Assalamualaikum...
Apa yang sedap sengothi tu ya...apa lagi kalau bukan makanan tradisi masyarakat Klate...
BUDU....
Budu merupakan sos ikan bilis atau udang bari yang diperam sampai hancur.Ia sedap dimakan walaupun berbau kurang enak.Kebiasaannya budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau ditambah dengan bahan2 makanan lain seperti lada,asam limau nipis,bawang.Untuk menambahkan lagi selera budu dimakan bersama ulam-ulaman dan ikan tawar yang di bakar...huhuhu..best woooo....
ni budu yang dicampur dengan mempelam..
Kalau korang nak tahu...
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti menghalang proses penuaan aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah...so..banyak2 lah makan budu..
Tetapi..budu juga ada kelemahan...
Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.
Apa yang penting budu menyumbang kepada kecantikan dan awet muda....
Satu kajian rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan....
Psst... Sekarang ni aku tahu ramai yang telah menggemari budu ni...sedap kan?hehehe..rugi saper tak makan tau..
Sumber :Wikipedia Ensiklopedia,Kosmo
Sumber :Wikipedia Ensiklopedia,Kosmo
2 ulasan :
lama da x mkn budu
Laaa..anies makan budu ek?dah lama tak makan tu kena makan tu...hihihi...
Catat Ulasan