headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Memaparkan catatan dengan label makan2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan2. Papar semua catatan

Khamis, Julai 12, 2012

~ Air Terjun Kota Tinggi Dan Steamboot Di Restoran Singgah Selalu,JB ~

Assalamualaikum..

Bulan lepas punya cerita nih..
tak kisah kan??
Lepas beberapa hari keluar wad hari tu..
Hari minggu kalau tak silap aku lah..
Bawa MIL berjalan-jalan ke Kota Tinggi..
(Kebetulan MIL aku masih ada kat umah aku ni..dia datang selepas beberapa hari aku masuk wad..my mother pulak balik pada malam aku keluar wad tu)
Destinasi kami ke Kota Tinggi Waterfall...
 
 First time sampai sini...
cantik jugak permandangan..

Tiket masuk ke sana..
ermmm...sori aku lupa berapa RM..
Tapi kalau tak silap aku..
Dewasa RM 7
Kanak-Kanak RM 3...
Rasa aku lah ni..kalau salah sorry ek...


Ni air terjunnya...
sejuk jer..
Tapi aku tak mandi pun hanya my hubby dan anak2 jer yang mandi..


Jom kita layan pic yang sempat aku snap..

Ada gelongsor panjang...


Makan bekalan yang sempat aku masak...
Seronok tengok diorang mandi..bila dah kesejukan baru keluar dari air...
Kami berada disana sampai ke petang..
Oleh kerana waktu masih terlalu awal waktu itu untuk pulang..
My hubby terus drive ke Johor Bharu..
dan menunaikan hasrat aku untuk makan steamboot..
Kami dibawa ke Restoran Singgah Selalu..
Makan Steamboot..

Hanya gambar ini yang sempat aku snap..
sebab perut memang dah lapar...
Alhamdulillah..
Terima kasih my dear hubby..
kerana sentiasa berusaha untuk menggembirakan isterimu ini..
Kerana setelah kejadian isterimu ini dimasukkan ke wad...
Kita tahu ada hikmah disebaliknya Allah berikan untuk kita...


Isnin, Mei 21, 2012

~ Menang Piala FA Hubby Belanja Makan ~

Assalamualaikum..

Hahaha...macam kami yang main..yalah Kelantan menang Piala FA..aku jugak dapat tempiasnya..hehehe..bukan tempias apa pun..
Hubby dah janji malam tu..
dia kata kalau Klate menang Hubby belanja nasi beriani kat Batu Pahat.
Hah!..yeayy..Klate menang...dapat kami makan nasi beriani..
First time kami datang makan kat sini..


 Datang makan tengahari kat sini..

Tengok tu nasi membukit kat dalam pinggan..
Kami order nasi beriani ayam dan daging..
Nasi Beriani Ayam- RM6
Nasi Beriani Daging - RM 7
Nasi untuk anak2 tu dah kira separuh tu tapi membukit lagi..
banyak betul..
Alhamdulillah..kenyang..
Kawan2 yang tinggal sekitar Johor ni bolehlah datang makan kat sini..
Sedap!
Siap makan..kami ronda2 Batu Pahat..
Mula ingat nak pergi Carefour tapi bila sampai sana intai2 macam tak ada parking..
maklumlah hari minggu..
So..terus drive ke Batu Pahat Mall
Masuk Pasific Bowl..main bowling..

kakak dah pandai snap gambar..
suka sangat bila disuruh snap gambar aku dan hubby..
5 game kami main..tangan dah sakit2..huhuhu..
Aku happy bila tengok hubby happy...
Kali ni dia menang..hehehe..sukalah tu..
Lepas main terus balik...
Alhamdulillah.terima kasih Allah







Selasa, Mei 15, 2012

~ Surprise Hari Ibu ~

Assalamualaikum..
Dapat Surprise lagi...
Terharu betul...
Thanks my dear hubby..
Love you forever n ever..

Apa ya surprisenya???

Makan malam kat The Katerina Hotel,Batu Pahat.

Bila kami sampai sana..
Frust jugak sebab tak ada buffet..
so kami order jer lah apa nak makan..

Nasi Goreng Kampung
Ini aku punya
Aku makan habis..lapar time tu..hehehe..

Char Kuew Teow Penang
My hubby punya
My hubby ada suapkan untuk aku Kuew Teow ni..
rasa dia ok lah..sedap!

Nasi Goreng Cina
Kakak dan adik punya
Nasi ni banyak..tak habis makan anak2 ummi ni..
dah lah ambil 2 set..
aku ingat sikit jer nasi nya..
bila sampai nasinya macam 2 mangkuk jer..

Manggo Smoothie

Yang ni apa namanya ek..
yang pasti strawberry campur lemon..
rasa dia masam2 manis..

Kakak dengan gayanya minum Strawberry Smoothie..

Yang membuatkan aku terharu..
Hubbby : Sayang..Selamat Hari Ibu
Aku : Terima kasih sayang..
Tapi..ayang tak minta semua ini..
(sebelum aku habis cakap,my hubby dah potong cakap aku)
Hubby: Sayang..B buat semua ni kerana B hargai sayang..hargai segala apa yang sayang buat..sayang masak,sayang basuh baju,sayang kemas rumah,sayang jaga anak2,sayang jaga suami sayang ni..I love you..sayang penting bagi B...
Kat situ jugak air mata aku menitis...
ahhhh..............
Sebelum...datang hotel ni..kami ke Johor Bharu dulu..
JB lagi..minggu lepas dah ke JB..
kerana plan asal my hubby nak bawa kami makan kat atas kapal kat Danga Bay tu..

tapi malang..kapal ni tak nak belayar...
So..kami sempat makan tauhu bakar kat situ..
 
sebenarnya..aku dan hubby baru jer first time rasa tauhu bakar ni..
tak habis sebab aku memang tak makan tauhu...
 
Apa pun terima kasih buat suami dan anak2..kerana telah menterharukan diri ini...


Khamis, Mei 10, 2012

~ 4 Hari 3 Malam Di Kampung-Part 3 ~

Assalamualaikum..
Kita sambung lagi cerita kat kampung hari tu ya...
lupa nak tulis..
pagi jumaat tu kami sarapan dengan ni ha...
dah lama tak makan...

Laksam
Laksam ni akak ipar aku yang buat..
kebetulan dia memang buat niaga..
so..makan lah..
yang paling suka my hubby lah..
suka sangat dia dengan laksam sampai bertambah-tambah.
hurmm...
kalau balik kampung memang selera makan tak boleh nak kawal langsung lah..
Asyik nak makan jer..
Hah!yang ni pulak mee celup
tapi yang ni kami makan kat kedailah...
Aku makan mee celup ni pagi Sabtu..
lepas makan..terus kami ke Kota Bharu..
Saja ronda..
Lepas ronda KB,kami ke Pantai Cahaya Bulan..
Hmmm...teringat masa aku dan hubby masa mula2 bercinta dulu..
Pantai ni lah menjadi saksi..cewwaahhh....!!
bila sampai pantai aku tak turun pun dari kereta sebab panas yang amat..
tempat ni dah banyak berubah..
tak macam dulu..
sorry tak ingat nak snap gambar..hihihi..
Kami lepas kejap jer pastu balik..
Petang pulak balik umah MIL lah..
biasalah kalau dah rumah dekat terpaksalah bergilir-gilir..
Malam tu bermalam umah MIL
Pagi balik rumah mek aku pulak sebab tengahari kami dah bertolak balik PSR.
Sekian,habis sudah cerita kampung..
bila nak balik kampung pulak ya?
hurmm..raya puasa ni lah..

Rabu, Mei 09, 2012

~ Jumpa Dentist Dapat Hadiah Pizza Hut ~

Assalamualaikum...
Minggu lepas,kakak mengadu sakit gigi..
bila tengok gigi yang kena tampal tahun lepas dah tercabut tampalannya..
So..petang rabu lepas,kami bawa ke KKSR..
untuk rawatan..
Kan dah kena tampal balik..
tapi kakak ok jer..
kerjasama masih seperti dulu..
Tapi si adik buatkan kami tidak percaya...

Tengok tu...kerjasama yang baik dari Aisyah...
tak pulak ku sangka..
sebab Aisyah ni penakut orangnya..
hahaha..dia siap boleh gelak2 lagi dengan kakak dia...
 
Tengok muka dia..masa kakak kena tampal gigi dia tu..
Dan..oleh kerana anak2 ummi dan papa memberikan kerjasama yang baik..
ada hadiah dari papa...
Jom..kita makan pizza..
 
seronok dapat makan ya..
tp diorang ni tak makan sangat pizza diorang makan sup dia jer..
habis tu yang order banyak2 tu siapa makan ya...?
hehehehe...
siapa lagi kalau bukan ummi dan papanya...
 
Tapi kami order yang kecil jer..yang untuk 2 orang makan..
tu pun dah kenyang...
Alhamdulillah...

Isnin, Mei 07, 2012

~ 4 Hari 3 Malam Di Kampung-Part 2~

Assalamualaikum..
Pagi ni ada semangat skit nak update blog ni..tapi line tenet tenat jer...
hurmmm...
Tak apa lah..kita buat slow2 ek..
ok!kita sambung balik cerita pasal kampung hari tu...
sebut kampung rindu datang membuak-buak...huhuhu...
Petang Khamis tu bila aku balik umah mek..sunyi jer..cam biasa selepas ketiadaan arwah..nasib baik adik aku yang bongsu ada bercuti semester...
Petang tu..kami semua sediakan bahan2 untuk majlis tahlil esok harinya,Jumaat.
Pagi jumaat..
Ambil peluang ni untuk ziarah kubur arwah ayah...
Ayah semoga engkau tenang disana...
Balik dari kubur,bantu keluarga aku buat apa yang patut..
tapi sedih jugak untuk kenduri ke 100 hari ni..kakak dan adik2 aku yang lain tak balik..
tak boleh cuti kot..takperlah...
so hanya tinggal aku sekeluarga,adik perempuan aku yang dok kat maktab dan yang kat UITM Dungun jer balik..
Walau apa pun majlis berlangsung seperti yang dirancang..
 
Lauk pauk yang disediakan oleh chef kami,Chef Shamsuddin,bapa mertua abang aku.
Solok lada,kacang goreng,gulai daging,ayam tandoori,sayur keladi dan sambal lada.
Alhamdulillah.
Lepas solat Jumaat,kaum lelaki kat kampung ni datang untuk bacaan tahlil..kalau dalam dielek kelantan kami panggil "ngatik".
Lepas selesai,dalam pukul 3..kaum ibu adakan bacaan yassin pulak disertakan dengan tazkirah.Biasanya acara ni akan diadakana setiap jumaat dari rumah ke rumah.
Gambar yang sempat disnap semasa jamuan makan.
Selepas majlis..basuh pinggang mangkuk lah...apa lagi....
untuk n3 selanjutnya..kita sambung lain kali..
InsyaAllah...

Isnin, April 30, 2012

~ Selamat Hari Lahir MY Little Girl,Aisyah ~

Assalamualaikum..

Hari lahirnya jatuh pada Jumaat lepas,27 April..
tapi semalam hari Ahad baru sempat nak raikan..
Sorry ya anak ummi..
Tapi kami tak buat apa-apa pun hanya beli sebiji kek dan makan kat Marrybrown.
Kebetulan aku nak jumpa kawan kat situ..

Tengok tu kek kecik jer tapi yang penting ada Angry bird kat atas tu..

ishh..dah macam birthday ummi dia pulak...
hihihih..
haaaa...tengok tu tangan Aisyah dah cungkil2 segala biji2 yang ada atas kek tu..
mulut dah comot dah..
Dah habis kek tu dikerjakan..
huhuhuhu..
Apapun...
Selamat Hari Lahir yang ke 3 tahun buat anak ummi dan papa...
NURAISYAH BATRISYIA BINTI MOHD SHUKRI
Semoga anak ummi menjadi seorang anak yang solehah dan menjadi anak yang bijak serta menghormati orang tua...aminnnn....

Selasa, April 24, 2012

~ Air Tangan My Hubby ~

Assalamualaikum...

Hari rabu lepas...my hubby telah menawarkan dirinya memasak untuk kami..
Hmm..dalam hati aku...
boleh ke ni?
tapi aku percaya dia boleh..sebab sebelum ni pun dia ada jugak masak untuk kami..
tapi kali ni dia nak masak berpandukan buku resipi..
Nak masak apa agaknya ya...
okeh..resipinya..
dia suruh aku pilih nak makan apa dalam buku tu..
so..aku order jer lah..hahaha...
Ayam Masak Lada Hitam
aku pilih resipi paling simple..
jom tengok bahan2nya..
300gm isi ayam
1 labu bawang besar(dipotong kasar)
80gm halia(dihiris halus)
80gm bawang putih(dihiris halus)
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan lada hitam(dikisar kasar)
1 sudu makan kicap cair
1/2 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan minyak bijan
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Oleh kerana minyak bijan tak ada kat rumah..my hubby terpaksa ke SR untuk beli..
terima kasih kerana bersusah payah..

bahan-bahan yang telah my hubby sediakan..
Kakak Ain sibuk nak menolong..
bagi jer dia tumbuk lada hitam..
Ni hasilnya..
Bila dah siap sediakan bahan2..
Dah boleh lah dia masak..
aku jeling2 dari jauh..
Hasilnya...tadaa...
Nape hitam jadinya sayang..????
Alasannya..api besar dan aku lambat buka penutup minyak bijan..
huhuhu..
tak perlah sayang...bukan hangit pun kan..cuma warna jer hitam..
rasanya..sedap!!!
Lain kali sayang cuba lagi ya...
Apapun..terima kasih kerana sayang sanggup bersusah payah masak untuk isterimu ini..
Terima kasih banyak-banyak..
Sayang sayang ketat-ketat...
Muahhhhh....!!!!


Sabtu, April 21, 2012

~ 4 hari 3 Malam Di Kampung ~

Assalamualaikum..
Buat pengetahuan korang...
Kalau kat fb ada yang dah tahu..
tahu apa ya?
Bukan apa pun...
saja nak cakap minggu lepas aku balik kampung..
yeayyy...balik kampung..hahaha..
ada yang jeles ke?
tak apa tak payah nak jeles ek...
tapikan..yang tak berapa best..balik kejap jer...
Petang rabu..kami bertolak dari PSR ni..
Alhamdulillah..perjalanan lancar je..maklumlah bukan musin cuti sekolah pun..
Pukul 2.30 kami bertolak..pukul 12.30 malam sampai kampung..
Tapi..oleh kerana tak nak menyusahkan MIL aku..kami singgah makan kat Pasir Putih dulu..makan malam laa...

 Singgah E-Rup Sup
tu nama restoran dia...
Aku hanya order sup perut jer..
tak ada selera..sebab sepanjang perjalanan aku demam..
sebenarnya dari malam lagi aku dah sakit tekak dan hidung berair..
dah telan soluable..tapi tak jalan..
malah..sepanjang perjalanan aku demam..
bila hirup sup tu..lega sikit..

macam-macam jenis sup ada kat sini..pilih jer menu dia..
masakan panas.western food..semua ada...
Bila sampai rumah MIL..aku terus tidur tapi dipaksa dulu makan ubat oleh my hubby..huhuhu..
Esoknya..bangun lega sikit..
tapi my hubby pagi-pagi lagi ke rumah mertua dia(umah mak aku lah..)
sebabnya nak pergi beli barang untuk majlis tahlil 100 arwah ayah aku hari Jumaat tu..
hah!sebab tu kami balik kampung..untuk majlis tahlil 100 hari..
Petang Khamis tu baru aku balik umah mak aku..
keadaan rumah seperti biasa..sunyi jer..tapi adik aku yang bongsu ada kat rumah tengah bercuti semester..ada jugak peneman mek aku..

okeh..aku stop dulu entry ni..kita sambung ke entry lain..cerita masih dikampung..manpak dah panjang sangat takut nanti korang boring nak baca...


Selasa, April 03, 2012

~ Jom Makan Western Food ~

Assalamualaikum..
Jom makan...
makan lagi ya...macam mana tak kembang semangkuk...
Hmmm..
kali ni my dear hubby bawa kami makan WESTERN FOOD..
Ohooo..makanan barat ni..aku jarang nak sentuh..
Bukan jauh pun pergi..kat Simpang Renggam ni ada jer kedai yang betul-betul jual makanan barat ni..
Kedai biasa jer..tapi aku tengok semua yang ada dalam kedai tu lelaki..
maksud aku..dari pelayan sampai ke tukang masak semua lelaki..
First time ni datang sini..
sebelum ni hanya lalu jeling-jeling jer..
Asalnya,malam tu aku kurang sihat sikit..sakit kepala berdenyut-denyut..
so..my dear hubby ajak makan sup..
tapi dalam perjalanan ubah fikiran terus singgah sini..
Masa sampai orang tak ada lagi...
tapi bila kami dah siap order..berduyun orang masuk kedai ni..
Agaknya kami ni muka pembawa rezeki..
hahaha...
biasa macam tu..kalau kedai makan tu (mana-mana kedai lah ya) tak ada orang..tapi bila kami duduk mesti ramai yang singgah..
Jom kita order ya..
Tengok menu...
Aku order Chicken Chop ni..
Harga dia RM 8.00
Ni my dear hubby order..
Beef Steak
Harga dia RM 9.50
Ni..kakak Ain yang order..
Maggie Goreng
Harga dia RM..aku tak ingat..hehehe..
Si adiknya tak makan sebab waktu tu dia tidur nyenyak kat riba my dear hubby...
Airnya pulak...
 Carrot susu dan yang satu lagi tu my hubby punya..
Air epal hijau yang dicampur dengan oren dan susu..
rasanya..memang best tapi yang ni kurang orennya...
Alhamdulillah..makan sampai licin..
Alhamdulillah..
Terima kasih my dear hubby..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers