headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Selasa, Mac 29, 2011

~ Syurga Membeli-Belah di Pekan Renggit ~

Assalamualaikum....salam ceria!!!!

Minggu lepas...mek dan ayah datang umah....tujuannya???Mesti lah ada misi kan...selain melawat anak dan cucu mereka ni...hehehe!!!
Misinya....Aku telah bagi cadangan kat my parent untuk buat bisness...bisnessnya..menjual barang2 terpakai...so..datanglah mek dan ayah ke kuarters aku ni..hehehe!!!korang nak tahu diorang datang ngan apa???heheh..dengan lori lah..dari Pasir Mas ke Simpang Renggam.Jauh tu...
Diorang datang hari Sabtu lepas....hari Ahad tu kami bawa diorang ke Renggit.."Syurga Menbeli-belah Barangan Terpakai"
Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan...jauh gak kan...

Beginilah suasana kat Pekan Renggit..Pilih saja nak masuk kedai mana dan nak beli apa...semua ada!!
Ni lot2 kedai yang baru dibina untuk orang2 asli meniaga.


Ni deretan2 kedai yang terdapat di kawasan membeli-belah ni..


Antara barang2 yang ada dalam kedai...

 Ecah pun tak lepas peluang pilih barang2 yang dia nak...almaklumlah..mainan pun ada jugak..bila dah pilih2 asyik berebut-rebut jer dengan kakaknya...pening aku!!

Banyak jugak kedai yang kami masuk nak pilih2 dan beli barang...tu pun tak habis kedai kami jelajah..mek dah tak larat nak jalan jauh2..cian pulak!!
Setelah pilih barang yang nak..kami tinggalkan dulu untuk ambil keesokkan hari..nak tinggalkan deposit pun boleh tak nak tinggalkan deposit pun boleh..tp adalah lebih baik tinggalkan deposit takut nnt kalau tak buat camtu dijual pada org lain pulak..naya!
Harga barangan pun berpatutan...murah!!contohnya...tv 42 inci boleh dapat ngan harga RM 300...murahkan???Kalau sesiapa yang pernah datang ke sini tentu tahu keadaan dan suasananya..
Hari Ahad pergi tengok dan beli barang..hari Isnin pergi angkut barang dan pagi selasa bawa balik kampung..Hah!pasal tu aku balik kampung jugak..untuk pembukaan kedai baru kami..Alhamdulillah!!semua berjalan lancar setakat ini...Semoga Allah terus murahkan rezeki kami...









Isnin, Mac 21, 2011

~ MAAF !! Buat Pemenang 1st GA Besday My Dear~

Assalamualaikum..

Salam Ceria....
PAgi  ni cuaca mendung dan hujan sekejap2...huhuhu..tak kering lah baju yang aku basuh...yang semalam pun tak kering lagi...
Opps!! lari pada tajuk...
Sebenarnya....Aku nak minta MAAF BANYAK2 kat pemenang GA aku ni...
bukan apa...MAAF sebab aku masih belum sempat nak POS kan HADIAH2 kat korang...sebabnya....Aku sibuk sikit 2, 3 hari ni....Tak sempat nak ke Pejabat Pos....
Dan...ESOK..aku nak kena balik kampung....cuti selama 1 minggu....JAdi..tak sempat lagi lah...
So..lewat lah aku pos hadiah tu..harap korang faham ya...
MAAF YA..KAWAN-KAWAN......
InsyaAllah...Hadiah2 tu akan sampai jugak kat tangan korang ya...cuma lewat jer....!!!


Sabtu, Mac 19, 2011

~ Kampung Boy ~

Assalamualaikum....salam ceria...
cuaca mendung lah pagi ni..line tenet pun slow jer...boring betul kalau line slow macam ni....nak upload satu gmbr pun kena tunggu lama....

Hah!...korang mesti tengok rancangan kartun Kampung Boy kan???Aku suka kartun tu...bukan aku saja satu family aku suka tengok..my hubby,kakak dan adik...kalau tgk kartun tu dah tak bagi tukat siaran lain dah..terutama si adik tu...
Pagi ni baba paper Kosmo Online...jumpa pasal Datuk Lat dan Kampung Boy nya....wah!...sekarang ni nak buat teater Muzikal pulak ya....
 Jom kita baca berita Datuk Lat kat Kosmo....

Kampung Boy,komik ke Muzikal

KOMIK adalah merupakan bahan bacaan yang paling digemari ramai sama ada golongan kanak-kanak atau pun dewasa. Ia digemari kerana jalan ceritanya yang mudah serta pelbagai gambar yang menarik.


Tidak dinafikan, masyarakat kita sering dilambakkan dengan komik luar seperti dari Jepun. Antaranya seperti komik Doraemon yang dihasilkan oleh kartunis Fujio F. Fujiko atau pun menggemari Yoshito Usui yang telah mencipta komik Crayon Sin Chan.

Bagaimanapun, negara kita sebenarnya turut memiliki seorang insan istimewa yang boleh dianggap sebagai ikon kepada kartunis yang ada pada hari ini.

Insan tersebut adalah Datuk Mohd. Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat. Beliau juga adalah abang kepada pengarah filem terkenal negara iaitu Mamat Khalid.

Jika adiknya lebih popular dengan menghasilkan filem-filem yang digemari ramai, beliau pula sememangnya sangat dikenali sebagai seorang kartunis yang hebat dengan karakter ciptaannya, Lat dan kawan-kawan.

Karakter tersebut dilakar kemas dengan penceritaan yang menarik dalam komik The Kampung Boy, sebuah novel grafik yang cukup popular dengan jalan cerita mengenai kisah kehidupan kanak-kanak di kampung pada era 70-an dan 80-an.

Apa yang mengagumkan, komik tersebut bukan hanya popular di negara ini, malah ia turut mendapat perhatian di peringkat antarabangsa sehinggakan nama Datuk Lat turut dikenali oleh para kartunis di luar negara.

Menyingkap serba sedikit mengenai pelukis komik tersohor itu, beliau dilahirkan pada 5 Mac 1951 dan berasal dari Kota Baru, Perak. Bapanya merupakan kakitangan kerajaan berjawatan kerani, manakala ibunya pula adalah seorang suri rumah sepenuh masa.

Mengenai gelaran 'Lat' melekat sehingga ke hari ini, ia berasal dari gelaran 'Bulat' yang diberikan kepada keluarganya memandangkan fizikalnya yang bulat, tetapi kemudiannya dipendekkan menjadi Lat oleh rakan-rakannya.

Boleh dikatakan pembabitan Lat dalam bidang lukisan sebenarnya bermula sejak usia kanak-kanak lagi. Ayahnya adalah antara individu yang mengesan bakat dan minat yang dimilikinya serta banyak memberi sokongan kepada beliau.

Menariknya, beliau turut membantu menyumbang kepada pendapatan keluarganya apabila menjual kartun-kartun yang dihasilkan kepada akhbar dan majalah.

Malah, dalam usia yang cukup muda iaitu semasa berusia 13 tahun, beliau berjaya menghasilkan komik sulungnya berjudul Tiga Sekawan: Menangkap Penchuri yang diterbitkan oleh Sinaran Brothers pada tahun 1964.

Empat tahun kemudian, beliau telah mula menghasilkan Keluarga Si Mamat, sebuah siri komik untuk Berita Minggu dan ianya berterusan selama 26 tahun.


Wartawan jenayah

Setelah mendapat keputusan peperiksaan Senior Cambridge yang kurang memberangsangkan semasa di tingkatan lima sehingga tidak layak meneruskan pelajaran ke tingkatan enam, Datuk Lat akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1970.


Hasratnya untuk berhijrah diiringi dengan satu hasrat yang begitu tinggi iaitu mahu memohon pekerjaan sebagai kartunis sepenuh masa di akhbar Berita Harian yang banyak menyiarkan karya kartunnya sebelum ini.

Bagaimanapun, hasratnya itu tidak tercapai disebabkan tiada kekosongan pada masa itu. Sebaliknya, beliau tidak mempunyai sebarang pilihan yang lain dengan terpaksa menerima jawatan yang ada iaitu sebagai wartawan jenayah di akhbar New Straits Times.

Di samping kerjaya barunya itu, beliau masih tetap meneruskan minatnya melukis kartun. Tetapi sepanjang bergelar wartawan jenayah juga beliau sebenarnya mengalami kesukaran menyesuaikan diri sehingga pernah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan kembali semula ke kampung halamannya di Ipoh, Perak.

Namun begitu, nasib Datuk Lat mula berubah pada tahun 1974 apabila sebuah majalah Asia Magazine yang bertapak di Hong Kong telah menyiarkan kartun mengenai bersunat. Lebih menarik lagi, kartun berkenaan turut mendapat perhatian ketua penyunting New Straits Times, Tan Sri Lee Siew Yee.

Apabila diberitahu bahawa beliau sebenarnya sudah pun bekerja dengan akhbar berkenaan, beliau terus dipanggil ke pejabat Siew Yee sehinggalah akhirnya berjaya menjadi kartunis dengan tugasan pertama merakamkan kebudayaan Malaysia dalam siri kartun Scene of Malaysia Life.

Kemudian kehidupan beliau juga turut berubah selepas itu setelah karya komiknya semakin menjadi kegemaran segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Impiannya untuk menjadi seorang kartunis profesional sepenuh masa akhirnya tercapai.

Salah satu komiknya yang paling mendapat sambutan sudah tentu adalah The Kampung Boy yang diterbitkan pada tahun 1979. Ia merupakan sebuah komik autobiografi yang dilukis oleh beliau tentang zaman kanak-kanaknya di kampung.

Ternyata komik berkenaan mendapat sambutan yang cukup hangat dan difahamkan terjual sebanyak 60,000 hingga 70,000 salinan dalam tempoh empat bulan selepas keluar di pasaran. Sehingga tahun 2009, komik itu telah dicetak semula sebanyak 16 kali sehingga menjulang beliau sebagai kartunis paling masyhur di Malaysia.

Tersohor di luar negara

Semenjak bergelar kartunis profesional, pelbagai kejayaan memberangsangkan yang telah diraih oleh Datuk Lat. Biarpun banyak komik yang telah dihasilkan beliau, namun The Kampung Boy yang telah mempopularkan namanya dan memberi fenomena baru kepada dunia komik tanah air.

Selain diminati ramai, komik berkenaan turut mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Sehingga kini, ia telah terbit dalam 13 bahasa, seperti Jepun, Korea, Brazil, Sepanyol, Itali, Jerman dan Arab serta versi Amerika, Australia dan Thailand.


Melihatkan kepada populariti yang diraih oleh The Kampung Boy, ia juga telah diadaptasi menjadi siaran animasi sebanyak 26 episod yang disiarkan di saluran Astro. Malah, ia turut dialih bahasa untuk tayangan di beberapa buah negara seperti Jerman, Perancis dan Jepun.

Apa yang menariknya, beliau bukan sahaja dikenali masyarakat di negara ini tetapi namanya sering menjadi sebutan pelukis di luar negara. Misalnya, pengasas kartun The Simpsons, Matt Groening menyifatkan Kampung Boy sebagai satu buku komik terbaik sepanjang zaman.
Sergio Aragones yang merupakan pengasas kartun Groo the Wanderer pula telah mengambil inspirasi gaya ilustrasi bentuk hidung yang menjadi identiti eksklusif Datuk Lat dan digunakan untuk satu watak dalam karyanya yang dinamakan Lat.


Ketika berkunjung ke Jerman untuk melancarkan The Kampung Boy edisi bahasa Jerman di pesta buku terbesar dunia, Frankfurt International Book Fair 2008, beliau turut dianugerahkan oleh German-Malaysian Society dengan pengiktirafan Sumbangan Paling Menyerlah dalam Mempromosi Kefahaman Budaya antara Malaysia dan Jerman.

Sambutan hangat

Berdasarkan kejayaan yang diraih oleh pelukis yang dilabel sebagai Bapa Kartun Malaysia Kontemporari itu, buat julung-julung kalinya satu pementasan teater muzikal berjudul Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM) akan dipentaskan di Istana Budaya.

Teater muzikal berkenaan mengisahkan kehidupan Datuk Lat yang bermula sejak zaman kanak-kanak ketika membesar di kampung sehingga beliau menjadi seorang kartunis yang dikagumi di seluruh negara dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Ia telah diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Tall Order Production (TOP) serta mendapat kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Ia dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya bermula 16 Mac hingga 5 April 2011.

Diangkat daripada novel grafik Kampung Boy, ia juga mendapat perhatian istimewa apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersedia untuk menjadi penaung kepada pementasan teater berkenaan.

Menurut Pengarah Urusan ITNM, Mohd. Khair Ngadiron berkata, idea untuk menghasilkan pementasan teater muzikal berkenaan timbul berdasarkan kejayaan novel grafik The Kampung Boy yang berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa.

Jelasnya, begitu juga dengan sumbangan Datuk Lat yang telah mempromosikan budaya serta kehidupan harmoni masyarakat berbilang bangsa di Malaysia dan sewajarnya pementasan tersebut dihasilkan sebagai satu bentuk penghormatan kepada beliau.

“Saya akui bahawa antara cabaran getir yang terpaksa dilalui oleh pihak ITNM untuk menghasilkan pementasan muzikal ini adalah untuk mendapatkan persetujuan daripada Datuk Lat sendiri.

“Setelah mengadakan beberapa siri pertemuan, akhirnya beliau memberi persetujuan dengan syarat. Antara syaratnya beliau pementasan itu harus berkonsepkan muhibah sama ada di kalangan pelakon dan termasuk kru di belakang tabir,” ujarnya.

Menurut Khir lagi, muzikal ini juga dilihat mampu untuk memberi gambaran mengenai kehidupan masyarakat kampung dahulu yang tidak pernah dirasai oleh kebanyakan generasi pada hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani pula meluahkan rasa gembiranya apabila teater berkenaan akhirnya dapat dipentaskan setelah pernah tertangguh sebelum ini.

“Pada asalnya, pementasan ini berlangsung sehingga 3 April sahaja, tetapi ia telah ditambah selama dua hari lagi bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menontonnya,” ujarnya.

Teater muzikal yang diarahkan oleh Hans Isaac dan Harith Iskander ini turut dibarisi beberapa orang pelakon popular seperti Awie, Atilia, Jalil Hamid serta ramai lagi dengan kos keseluruhan RM 3 juta.

Sebanyak 14 buah lagu dipersembahkan dalam pelbagai genre yang dihasilkan oleh Michael Veerapan serta lirik yang ditulis oleh Adlin Aman Ramlie untuk lagu bahasa Melayu dan Harith Iskander untuk bahasa Inggeris.



Datuk Lat dan Awie


Awie (kiri), Hans Isaac, Harith Iskandar dan Douglas Lim antara yang terbabit dalam LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal.


Jumaat, Mac 18, 2011

~Siapa Juara Raja Lawak 5 ~

Assalamualaikum...
Malam ni akan berlangsungnya pertandingan akhir Raja Lawak 5.

Gambar dari akhbar kosmo

Siapa antara mereka pilihan korang???
Antara Balas,R2 dan Man??

Aku memang layan RJ 5 ni dari minggu pertama lagi...biasalah ada yang boleh melawak ada yang ntah apa-apa kan...
so..malam ni adalah penentunya....
 ketiga-tiganya hanya tinggal selangkah sahaja lagi sebelum berjaya mengikut jejak beberapa pelawak seperti Yus, Nabil, kumpulan Sepah dan Kechik yang pernah bergelar juara sebelum ini.
Balas....lawak mereka boleh tahanlah....tapi ada jugak double meaning tu...
R2 pulak...aku tgk hanya seorang jer yang nampak menyerlah..
Man...aku suka lawak dia...terutama pada minggu ada aku kisah..memang lawak!..

so..tunggu jer lah malam ni keputusannya..diharap mereka dapat melawak dengan baik dan menghiburkan hati penonton...

Habis Raja Lawak kita tunggu Maharaja Lawak pula....hahahahaha........

~ Terima Kasih Mak Dara ~

Assalamualaikum...

N3 ni sebenarnya dah lama melekat kat draf...hahaha...
Kenapa aku ucapkan terima kasih untuk Mak Dara ?
Kerana...
#
#
#
#
#

Tu dia....Kerana tersenarai dalan Top 20 Mak Dara 1st GA 
Walaupun GA nya dah lama tamat dan dah tahu siapa pemenangnya...namun aku berterima kasih pada Mak Dara kerana memilih anum shukri-Secebis Kudrat sebagai Top 20....
Terima Kasih...!!!!!!

Khamis, Mac 17, 2011

~ Kalau tak tahu..Jangan nak pandai-pandai...~

Huhuhu...kenapalah tangan ni gatal sangat nih..tak pasal2 Mister Linky Widgets jadi cam gitu....

Ada tak saper2 yang boleh ajar cmner nak dapatkan balik..huhuhu...kalau daftar lain mesti link korang semua hilang kan???


Huhuhu...geram betul.......!!!!!
Tolonggggggggggggggggg................

~ Jaga Tutur Kata Kamu ~

Assalamualaikum semua dan selamat pagi salam ceria....

Cuaca pagi ni....hujan!!!tak lebat tapi cukup untuk memberikan nafas baru kepada tumbuhan yang mungkin hampir layu....
Pagi ni..buka Utusan Malaysia Online...baca berita yng menarik...so...aku nak berkongsi berita hari ni dari ruangan Agama...


Waspada dalam berkata-kata




Dalam menjalani kehidupan sehari-hari pernahkah kita terfikir untuk berhati-hati ketika meluahkan setiap perkataan daripada mulut kita?

Sememangnya boleh dikatakan semua orang memahami betapa pentingnya apabila mahu berkata-kata kerana jika tersilap langkah mereka boleh terjerumus ke dalam dosa.

Kita hanya sekadar menguar-uarkan pepatah kerana mulut badan binasa tetapi ramai yang tidak mematuhinya.

Pada dasarnya, ucapan mahupun perkataan merupakan cerminan jiwa. Maka itu, Nabi Muhammad SAW berpesan pilihlah kata-kata yang baik.

Dalam hal ini, baginda merupakan teladan terbaik. Setiap saat, Rasulullah senantiasa menggunakan kata yang baik dan lembut untuk umatnya.

Baginda menjauhkan kata-kata yang buruk, kasar, dan keji. Bahkan, Rasulullah sangat membenci jika ada kalimat yang digunakan tidak pada tempatnya yang sesuai. Misalnya, ada perkataan yang baik dan bermakna mulia namun diucapkan kepada orang atau sesuatu yang sebenarnya tidak berhak menyandang ucapan itu.

Begitulah juga sebaliknya, jika ada kalimah buruk dan bermaksud menghina tetapi ditujukan untuk orang atau sesuatu yang mulia.

Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian memanggil orang munafik dengan panggilan tuan kerana jika dia memang seorang tuan, maka dengan panggilan itu kalian telah membuat Tuhan kalian murka".

Selain itu, umat Islam diminta menjaga ucapan yang mengandungi syirik. Seperti ucapan, "Aku meminta pertolongan kepada Allah dan kepadamu".

Sesuai tuntutan Rasulullah, mereka yang mengucapkan kalimat-kalimat seperti itu bererti telah menyekutukan atau sepadan bagi Allah SWT.

Dalam buku Berakhlak dan Beradab Mulia, Contoh-contoh dari Rasulullah, Saleh Ahmad asy-Syaami menambahkan, kalimat bernada mencela juga sebaik-baiknya dihindari. Peringatan itu juga disampaikan oleh Rasulullah melalui hadis yang diriwayatkan Bukhari, Muslim dan Muttafaaq alaih.

Rasulullah mengatakan: "Allah SWT berfirman, Anak keturunan Adam menyakiti-Ku, kerana mereka mencela masa, padahal Aku adalah Zat yang menciptakan dan menguasai masa. Aku yang menggantikan malam dan siang". Asy-Syaami menyatakan, perkataan yang mencela melahirkan kesalahan besar.

Menurut beliau, celaan yang diucapkan itu sebenarnya akan mengenai diri mereka sendiri. "Mereka telah berkata hal-hal yang tak patut," katanya.

Asy-Syaami menegaskan, ucapan-ucapan yang tak baik sama sekali tidak mendatangkan manfaat apa pun, sebaliknya, menjerumuskan seseorang ke jalan kebatilan. Ucapan yang buruk juga mendatangkan perpecahan dan pertikaian antara sesama manusia.

Termasuk yang perlu dijauhi adalah berkata bohong. Islam tidak memberikan keringanan bagi umatnya yang berbohong.

Ibn Qayyim dalam kitab al-Fawa'id mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap pembohongan. Sebab, kebohongan akan merosakkan cara pandang umat terhadap fakta yang sebenarnya.

Rasulullah melalui hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim mengatakan, pembohongan akan mengiring pelakunya kepada kejahatan dan kejahatan akan menjerumuskan ke dalam neraka.


Sumber : Utusan Malaysia.



Rabu, Mac 16, 2011

~ Pemenangnya...ialah...Jeng!jeng!jeng!!! ~

Assalamualaikum semua....

Dah sampai kemuncaknya....malam ini aku akan umumkan nama pemenang2 '1st GA Besday My Dear'
Setelah mencapai persetujuan dan pihak juri telah membuat pemilihan pemenangnya..dimana ia dipilih berdasarkan nombor penyertaan...

My Hubby telah memilih pemenang GA berdasarkan tarikh lahirnya...

13/3/1979

Jadi pemenang-pemenangnya ialah.....

^
^
^
^
13. Miza Yusof
^
^
^
^
^
^
3. Fadzillah Kamarudin
^
^
^
^
^
19. The Giveawaystuff
^
^
^
^
^
^
79. ayuselalu
^
^
^
^
^
Dan...juri juga berbesar hati memberi hadiah saguhati.....
^
^
^
^
1.Shidah
&
&
&
9. Ika puk puk
&
&
&
7. nanakimie

Kepada semua pemenang sila emailkan kepada saya..nama penuh,alamat rumah dan nombor telefon di comellady@gmail.com.

Hadiahnya?????
Tungguuuuuuuuuuu............................

Kepada semua peserta yang sudi join GA saya ni terima kasih banyak2 ya...jangan sedih tau tak menang nanti tak rock lah...mungkin rezeki bukan disini...

~ Picnik Di Hutan Lipur Gunung Belumut ~

Assalamualaikum...

Ahad lepas...sempena Birthday my hubby..kitorang pergi bersantai dan berkelah di Hutan Lipur Gunung Belumut...

Bertolak dari rumah dalam pukul 10 pagi..perjalanan ke sana dalam 51 km...tak pernah pergi lagi ke tempat ni...first time...cam mana lah agaknya...?????

Sampai jer kat sini..terus terimbau kenangan lalu....Kenangan di Hutan Lipur Lata Tembakah..bestnye kat sana...waktu dulu pergi sana zaman bujang2 lagi...sekarang dah lama tak pergi...bila berada di Gunung Belumut ni...teringat semasa di Lata Tembakah.....


Bezanya..dulu pergi berdua [time couple]...sekarang bawa anak2 sekali mandi air terjun...lagi pun diorang tak pernah lagi sampai tempat macam tu....air terjun!!!..sejuknyerrrrr.....


tenang dan damai jer suasananya...dengar bunyi cengkerik dan unggas2 hutan....


Seronoknyerrrr...mandi ya...walaupun airnya sangatlah sejuk tapi anak2 tak nak keluar pun dari air...tapi kami tak lama kat sana kerana cuaca pun tak mengizinkan..hujan lak...
Pukul 2 lebih kami dah keluar dari tempat tu...Balik umah..tetiba jer sakit kepala..berdenyut-denyut...mayb cuaca panas dan hujan yang tak menentu...

Tinta hati : seronok tengok anak2 dan suami begitu gembira..







~Haram..Kenapa terus Menunggu?? ~

Assalamualaikum..

Baca paper hari ni.....

Haramkan segera penjualan botol BPA

PULAU PINANG 15 Mac - Kerajaan diminta menguatkuasakan serta-merta pengharaman penjualan botol susu polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, Kementerian Kesihatan tidak seharusnya memberi tempoh setahun lagi untuk melaksanakan pengharaman tersebut kerana penggunaannya boleh menyebabkan gangguan terhadap sistem hormon termasuk fungsi tubuh bayi dan kanak-kanak.
Tegas beliau, penangguhan tersebut hanya menyebabkan lebih ramai bayi dan kanak-kanak terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.
"Bayi khususnya amat berisiko kerana jumlah toksin yang dihadam adalah besar berbanding berat badannya. Begitu juga organ-organ bayi yang sedang membesar akan lebih teruk terjejas berbanding orang dewasa sekiranya masih menggunakan bahan kimia industri ini.
''Oleh itu, kami menggesa pihak kementerian supaya menguatkuasakan serta-merta tindakan pengharaman pengimportan dan penjualan botol susu tersebut," katanya pada sidang akhbar di pejabat CAP di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penggunaan penjualan botol susu BPA mulai 1 Mac 2012.
Tindakan tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini masih tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu tersebut selamat digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.
Mengulas lanjut, menurut S.M. Mohamed, China merupakan negara pertama di Asia yang secara rasmi mengharamkan botol susu bayi yang mengandungi BPA pada 4 Mac lalu.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan China telah merangka satu peraturan yang disiarkan di dalam laman web rasmi mereka untuk mendapatkan pandangan umum tetapi tidak menjelaskan bila peraturan itu akan dikuatkuasakan.
Selain itu katanya, dua negara anggota Kesatuan Eropah (EU), Perancis dan Denmark telah mengenakan tindakan tersebut ke atas pengeluaran botol susu terbabit dan telah melanjutkan larangan terhadap semua produk makanan untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah.
Justeru, kata S.M. Mohamed, CAP menyeru pihak berkuasa supaya mengharamkan pemasarannya termasuk melabelkan BPA sebagai bahan berbahaya.
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, kerajaan digesa supaya menyegerakan pengharaman penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) kerana bimbang penggunaannya yang membahayakan kesihatan akibat sikap tidak peka pengguna.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, sepatutnya usaha mengeluarkan produk tersebut dari pasaran perlu disegerakan tanpa perlu melakukan penangguhan.
"Tidak sepatutnya alasan untuk membuat persediaan menukar, membeli mesin dan memilih bahan mentah yang sesuai digunakan bagi melanjutkan tempoh penguatkuasaan menghalang penjualan produk itu setahun lagi.
"Seharusnya, pelbagai inisiatif lain perlu dirancang bagi mengatasi masalah tersebut sebelum pengumuman pengharaman penjualan botol susu jenis polikarbonat dilakukan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Yusoff menambah, kerajaan seharusnya bertanggungjawab menghalang kebanjiran produk yang membahayakan pengguna dengan segera.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, sejak tiga tahun lalu pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengharamkan produk tersebut memasuki pasaran, namun ia menemui jalan buntu.
Kata beliau, pengharaman botol susu jenis itu tidak dapat dipastikan sama ada ia akan menghalang lambakan produk tersebut di pasaran.
"Sehubungan itu, rundingan antara kerajaan, syarikat pengeluar botol susu jenis polikarbonat dan persatuan pengguna perlu diadakan bagi menangani kemasukan produk itu pasaran secara haram.
"Lebih membimbangkan, produk alternatif bagi menggantikan jenis BPA akan dipalsukan bagi tujuan menipu pengguna," katanya.
Justeru itu, kata Jacob, rundingan tersebut diharapkan dapat menangani pelbagai isu lain yang bakal timbul berikutan pengharaman botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi BPA di pasaran dalam tempoh setahun ini.

Nota....ibu-ibu sila tengok botol susu anak2 anda...

Isnin, Mac 14, 2011

~ Selamat HAri Lahir Sayang ~

Assalamualaikum...


                                                 ♫
                                              ♫ Allah Selamatkan Kamu....
Allah Selamatkan Kamu....
Allah Selamatkan Kamu....suamiku....

Sayang...Tiada madah seindah bahasa yang dapatku ucapkan..hanyalah sekudus doa buatmu..suamiku....
Semoga dikau dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa menyayangi dan mencintai diri ini & anak-anak.
Semoga dirimu terus bersabar dalam melayan karenah dan telatah isterimu dan anak2mu...
Sayang....Tiada hadiah yang dapat ku berikan padamu..hanyalah kasih sayang dan cinta ini sebagai pengganti...semoga Allah terus memayungi cinta dan kasih sayang kita dengan restuNya...InsyaAllah!!!


                                                                                               ♫

~ 1st GA Besday My Dear Sudah TAMAT ~

Assalamualaikum dan salam ceria...
DAh 4 hari tak tenet...bukan apa tp adapter lappy ni rosak pulak...sekarang dah beli yang baru...
ok!ok!....sebenarnya di siniaku nak umumkan bahawa......

1st GA Besday My Dear sudah di TUTUP yang membawa maksud sudah TAMAT!!!!

Terima kasih banyak2 kepada rakan2 yang sudi memeriahkan GA ni...INsyaAllah...Pemenang-pemenang nya akan diumumkan dalam waktu terdekat...
Juri untuk pemilihan pemenang GA ni tentunya my hubby...yalahkan..dah dia yang sponsor hadiah...

HArap2 bersabar ya...InsyaAllah tak lama masa yang diambil....hehehe!!!!

Ahad, Mac 13, 2011

~ 1st GA Besday My Dear ~

**STICKY POST**
[ UNTUK N3 TERBARU SILA KE BAWAH YA]


Assalamualaikum semua...

Teringin nak buat GA....Tapi tak tahulah..ada tak yang nak join aku punya GA ni...
GA pertama aku ni mudah jer...sempana Hari Lahir My Hubby..

1st GA Besday My Dear

Syarat2nya senang sajer....
  1. Hanya follow aku punya blog...
  2. Pastu korang buat satu n3 ringkas tentang GA ni [kenapa korang nak join GA ni? ]
  3. Korang letak tajuk n3 "1st GA Besday My Dear"
  4. Korang tampal banner kat atas tu kat dalam n3..[kat sidebar tak payah pun tak per]..pastu korang linkkan balik ke n3  aku ni.
  5. Dah siap korang tinggalkan link korang kat ruangan "dok gebang" tu ya...
  6. Tag 2 orang kawan...dan pastikan orang yang korang tag tu tahu dia di tag.
  7. Tarikh tutup 13 MAC 2011
Tu jer...
Hadiah menarik menanti korang....
Hadiah fully sponsor by my husband..
3 orang pemenang akan dipilih...tp mungkin akan ada lebih kalau rezeki ada lebih..hehehe..
so...GOOD LUCK!!!!!!!

***Nama2 peserta akan dikeluarkan dalam masa terdekat...***
UPDATE  ** untuk lihat Senarai peserta GA ni sila..
tekan sini

Isnin, Mac 07, 2011

~ Dinner At Restoran Maju Seafood ~

Assalamualaikum...

Salam ceria dan selamat pagi...Jom kite bercerita pasal makan...huhuhu..gemok lagi aku ...tp nak buat camner dah memang jenis specis yang kuat makan..[ade aku kesah]aku memangtak kisah kalau bab makan tapi my hubby..???Dia pun memang tak kisah..asal aku dapat makan dan bahagia...hehehe..thanks!dear...
So...minggu lepas..bukan minggu ni atau semalam ya...kami sekeluarga keluar makan2 kat SR ni jer...makan kat Restoran Maju Seafood...


Kami order pakej untuk 2 orang makan jer..kalau tak silap harga dia RM 45 kot..lupa terus harga bila makan..muahahah..kat pakej tu ada siakap 3 rasa,kailan goreng ikan masin,daging masak merah,tom yam campur dan aku tambah telur dadar untuk Ecah...

Waa..snap dari dekat siakap 3 rasa...


tapi..ini yang kakak Ain makan...mee goreng!!



Airnya...fresh oren,tembikai susu,carrot susu dan ais kosang.....

Makan memang licin...Alhamdulillah...


Ahad, Mac 06, 2011

~ Tiga kes terbaru positif H1N1 seluruh negara ~

Assalamualaikum...

Harap2 korang semua sihat hari ni  ya...
Maklumlah...sekarang ni banyak penyakit yang melanda...dan yang masih aktif sekarang ni H1N1...risau betul lah....dah sampai ada kematian...

KUALA LUMPUR 5 Mac – Sebanyak tiga kes disahkan positif Influenza A (H1N1) hari ini menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 26 kes.



Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, sementara itu, bilangan kes gejala penyakit serupa Influenza (ILI) pula berjumlah 243, manakala bilangan yang dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal seramai tiga orang.

Dalam pada itu, katanya, hanya satu kes kluster ILI dilaporkan dikesan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini dengan 22 kes ILI diberi rawatan sebagai pesakit luar.

“Di Sungai Long pula hanya satu kes ILI menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Kajang,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Sehubungan itu, Rosnah menasihatkan orang ramai supaya membudayakan amalan membersihkan diri dengan mengikuti tujuh langkah mencuci tangan seperti yang dipaparkan pada iklan televisyen Kementerian Kesihatan.

Ini seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia...

Sama2lah kita menjaga kebersihan dan kesihatan...

~ Nenas Atasi Sembelit ~

Assalamualaikum....

Hmmm...ada yang masam..ada yang manis....apa ya??
dah tajuk n3 tu nenas mestilah tentang nenas...sedap tau kalau make colek...hehehe!


nampak best jer...

tapi nenas ni banyak manfaatnya...antaranya...

Antara manfaat nanas adalah:


1. Membantu menurunkan berat badan.
-Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

4. Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

5. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.

Sumber: Utusan Malaysia

tp kan...aku keliru sendiri...camner sebenarnya nenas dieja??
NENAS atau NANAS????

Jumaat, Mac 04, 2011

~Rekod Jakim: Setiap 15 minit satu pasangan bercerai~

Assalamualaikum semua...salam jumaat..semoga hari ni memberi penuh keberkatan..InsyaAllah!!!
Pagi tadi belek2 paper...hurmm..macam2 berita ada...macam2 sekarang ni berlaku..
Kat paper utusan hari ni..ada artikel ni..
'Setiap 15 Minit Satu Pasangan Bercerai'

Jom kite baca artikel penuh
PUTRAJAYA 3 Mac – Purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, angka itu diperoleh berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009.
Menurut beliau, statistik perceraian itu terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda.
Beliau berkata, kebanyakan kes perceraian berlaku disebabkan pasangan suami isteri tidak begitu menghayati kehendak ajaran agama dalam melayari kehidupan rumah tangga termasuk menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.

‘‘Masalah ini mungkin disebabkan peredaran masa yang memaksa mana-mana pasangan mengambil jalan mudah menamatkan ikatan perkahwinan mereka.

‘‘Oleh itu, Jakim akan meningkatkan usaha menyedarkan masyarakat mengenai kebaikan memelihara kerukunan rumah tangga dan mengelakkan penceraian,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan seminar sempena sambutan Maulidur Rasul yang bertajuk Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha.
Seminar tersebut dihadiri 1,500 kakitangan kerajaan dengan menampilkan dua ahli panel terkemuka iaitu pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Datuk Dr. Fatma Zahrah Mohd. Ramadan.
Beliau berkata, bagi mengatasi masalah tersebut, Jakim melaksanakan pelbagai program untuk memantapkan institusi kekeluargaan selain membina keluarga bahagia.
Katanya, program tersebut bertujuan menimbulkan kesedaran kepada setiap pasangan yang berkahwin selain menerangkan peranan sebenar sebagai suami, isteri, ibu dan bapa.
Beliau menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin supaya bersedia menghadapi tekanan seperti proses penyesuaian tingkah laku dan tabiat suami isteri.
Dalam pada itu, katanya, mereka juga harus bersedia menanggung beban tugas dengan penambahan anak, beban membayar hutang, membeli kenderaan dan menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anak.
Sementara itu, katanya, perceraian memberi kesan buruk kepada anak-anak hingga banyak gejala sosial berpunca daripada keluarga yang kucar-kacir.

Hmm..Sama2lah kita mengeratkan hubungan kekeluargaan...


Khamis, Mac 03, 2011

~ PERHATIAN!!!...Senarai Link Penyertaan GA ~

Assalamualaikum semua...
korang sihat tak hari ni?semoga selalu ceria dan senyum selalu..


Untuk check Senarai peserta 1st GA Besday My Dear sila klik sini ya


Terima kasih banyak-banyak....

Selasa, Mac 01, 2011

~ Tak Faham Lagi Ttg Nuffnang Ni ~

Assalamualaikum...

Hari ni buka lagi Nuff ni...aku tak faham lagi lah...ada saper2 boleh jelaskan?

Apa maksudnya tu???
Sampai yang camner kite boleh income?
Apa pulak BE dan ME tu?
huhuhuh....


Ada tak saper2 boleh terangkan???



~ CONTEST:Saya Suka LipGLOSS ~

assalamualaikum...

Malam ni aku nak join Contest Cik Dya

Jom Korang join contest ni..sebelum Tarikh tutup 3 MAC 2011 ya...cepat....cepat!!!

Slogan : Saya suka Lipgloss sebab ia menyerlahkan lagi senyuman saya sepanjang hari dengan bibir yang memukau pandangan mata sesiapa saja.(15 words)

aku dengan sukahatinya nak tag shidah.


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers