headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

Isnin, Mac 19, 2012

~ Wayang dan Wayang Lagi ~

Assalamualaikum..
Wayang...dah lama tak tengok wayang sebenarnya..
Last sekali masa zaman belajar dulu...time tu kat Kuantan lagi..
Lama betul rasanya tidak menjejakkan kaki ke panggung wayang...
Kalau dulu movie yang selalu kitaorang ( aku dan mu hubby lah..waktu tu time bercintan cintun lagi..) ialah filem Hindi..
Hindi?
Yalah kami memang minat tengok filem hindi dulu..nak-nak kalau Shah rukh Khan yang berlakon..lagilah kami tak lepaskan peluang..Kalau dah berkongsi minat yang sama apa lagi..layan jer lah..hahaha..
seronok betul time tu...
Betul tak my Hubby???
Tapi sekarang ni filem hindi pun dah tak macam dulu lagi..banyak2 sangat yang seksi melampau...
hah!..lama kan kami dah tak masuk panggung..?
sekarang dah ada anak dua..
Baru nak masuk panggung..
Tapi sekarang ni kena pilih2 movie lah..
biar sesuai dengan jiwa anak2 dan mak bapak boleh masuk sekali..
Ahad lepas..
Kali pertama selepas bertahun-tahun tak masuk panggung..
akhirnya kami masuk jugak..bersama anak2..
Plan asal nak tengok cerita kartun baru dari Malaysia tu..
Seefood tapi MBO Kluang tak ada pulak..
Dah tu..tengok jer lah cerita lain..
Hmm..boleh pulak layan Cinta Kura-Kura..
Hmm..oklah jugak tak payah fikir layan jer...
time gelak..gelak jer...nasib baik jugak watak Zizan sebagai Kura-kura tu menghiburkan...hahaha...
"Penyu abah kau.."...hahaha...
 
Sempat lagi snap gambar tiket ni..hihihi...
Lepas tengok wayang...
kami lepak pulak kat Kluang Railway Station ..
Order roti 4 set...
last2 aku dan hubby jugak kena habiskan..huhu..
 
Anak2 tak nak makan pun...
order pulak mee goreng..mintak yang tak pedas tapi pedas yang dapat..
tak makan lagi anak2..
siapa lagi kena habiskan?
aku dan hubby jugak..
mana kami tak membesar bagai johan..hahaha....
Itu cerita minggu lepas..
minggu ni...
kami tengok wayang lagi..
tapi kali ni kat Kluang Mall..
Big Cinema..
Nasib baik ada cerita Seefood..
 
Dapat jugak tengok movie ni..
Nasib baik anak2 pun melopong jer tengok walaupun cerita dalam bahasa omputih..
Time kelakar boleh jer diorang gelak..
hahaha..
Lepas tengok wayang...
kami lepak kat Vbowl,Kluang Parade pulak..main bowling..
hehehe..enjoy sakan....
yang bestnya...
dapat pulak aku kalahkan my hubby kali ni..hihihi..
jangan jeles ya sayang...
apa pun..terima kasih buat suamiku kerana sudi melayan karenah kami ya..
Ayang harap B pun gembira...

Jumaat, Disember 30, 2011

~Lagu Tema Tentang Dhia ~

Assalamualaikum..

Lagu tema Tentang Dhia


Lagu ni dinyanyikan sendiri oleh Ady Putra..
Best jugak suara diakan..
Ermm..tapikan..korang ada tengok tak episod akhir semalam??
Aku tak puas hati betul lah..
Ada pulak ending cam tu..
mana balasan untuk Ku Sami tu??
geram betul...


Khamis, Disember 29, 2011

~ Boboi Atau Osbon Juara MLM ? ~

Assalamualaikum..
Korang tengok Maharaja Lawak Mega tak?

Maharaja Lawak Mega 2011

Peserta yang akan ke final malam esok sudah pun diketahui..Mereka ialah BOBOI,OSBON,SEAHU DAN SYOK.
Antara mereka agaknya siapa pilihan korang?
Masing2 ada kelebihan dan dengan lawak yang tersendiri..
Tetepi yang mendapat undian tertinggi adalah BOBOI dan OSBON.

BOBOI

 OSBON

Mereka adalah calon terbaik yang bakal memenangi Juara Maharaja Lawak Mega dan sekaligus merangkul hadiah bernilai RM350,000
Lawak-lawak mereka begitu konsistan dan menghiburkan.Bila mereka masuk ke pentas ada yang dah tergelak..Dan setiap minggu persembahan mereka tidak menghampakan..
Untukmengetahui keputusananya..kita tunggu saja malam esokya..






Ahad, Disember 25, 2011

~ Lisa Surihani Dan Yusri Nikah Februari 2012 ~

Assalamualaikum..
Akhirnya,terjawab sudah...
Teki teki peminat kedua artis ini..
Akhirnya mereka berdua membuat pengumuman akan bernikah pada 23 Februari 2012.Majlis akad nikah akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan,Putrajaya.
Tahniah diucapkan..








Mereka juga turut mengumumkan tarikh persandingan yang akan diadakan pada 26 Februari di PICC.

Apapun segalanya telah terjawab..semoga mereka bahagia menempuh alam rumahtangga nanti..

Tahniah untuk keduanya...

Sunber : ZonArtis

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers