PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Isnin, April 30, 2012

~ Selamat Hari Lahir MY Little Girl,Aisyah ~

Assalamualaikum..

Hari lahirnya jatuh pada Jumaat lepas,27 April..
tapi semalam hari Ahad baru sempat nak raikan..
Sorry ya anak ummi..
Tapi kami tak buat apa-apa pun hanya beli sebiji kek dan makan kat Marrybrown.
Kebetulan aku nak jumpa kawan kat situ..

Tengok tu kek kecik jer tapi yang penting ada Angry bird kat atas tu..

ishh..dah macam birthday ummi dia pulak...
hihihih..
haaaa...tengok tu tangan Aisyah dah cungkil2 segala biji2 yang ada atas kek tu..
mulut dah comot dah..
Dah habis kek tu dikerjakan..
huhuhuhu..
Apapun...
Selamat Hari Lahir yang ke 3 tahun buat anak ummi dan papa...
NURAISYAH BATRISYIA BINTI MOHD SHUKRI
Semoga anak ummi menjadi seorang anak yang solehah dan menjadi anak yang bijak serta menghormati orang tua...aminnnn....

Jumaat, April 27, 2012

~ Santai Di Taman Awam Tepi Laut ~

Assalamualaikum..
Sabtu lepas,hmm..esok dah sabtu balik..
hari ni baru nak kuarkan cite sabtu lepas..
tak kisahlah kan...
ok..sabtu lepas..kami sekeluarga,jalan2 lagi..
jalan2 ke Pontian pulak..
Sebenarnya dah tak tahu nak pergi kemana..
dok saja kat rumah boring pulak
maklum hujung bulan..poket nipis sikit lah...
So..bincang punya bincang...
kami bawa diri ke Pontian..
Taman Awam Tepi Laut,Pontian..
Sebenarnya ini adalah kali ke 2 kami ke sini..
kali pertama masa si kecil Aisyah baru berusia dalam 50 hari kot rasanya seingat aku..
Tapi hari ni dah genap 3 tahun usia Aisyah..
(nanti ummi buat n3 pasal birthday Ecah ya)
Sukalah anak2 bila dibawa ke sini..
dapat main kat sini..
masa kami sampai tak ada orang pun lagi..
tapi bila duduk tak sampai 5 minit..
ramai pulak yang bertandang..
Sibuk my hubby dok melayan puteri2 kami ni..
tengok si Aisyah tu..tak biasa duduk kat buai cmtu..
kejap jer dah nak turun..
Jom kita tinjau kawasan sekitar..
cantik tak...?
waktu ni air laut belum pasang lagi...

sambil tengok permandangan dengan hembusan bayu laut yang bertiup agak kencang tu..
best jugak makan benda ni..
Rojak buah..
kecur liur pulak tengok gambar nih..

Luas kawasan dia ni..masa first time datang tak banyak lagi mainan2 ni semua..
sekarang dah penuh..

Dan..sebelum sampai kat taman ni aku sempat snap gambar masjid yang terpanjang kat Pontian..hari tu ada masuk paper pasal masjid ni..tapi aku hairan jugak sebab dia tulis tajuk Rumah Ibadat..nape tak tulis Masjid??
Hmmm..



Selasa, April 24, 2012

~ Air Tangan My Hubby ~

Assalamualaikum...

Hari rabu lepas...my hubby telah menawarkan dirinya memasak untuk kami..
Hmm..dalam hati aku...
boleh ke ni?
tapi aku percaya dia boleh..sebab sebelum ni pun dia ada jugak masak untuk kami..
tapi kali ni dia nak masak berpandukan buku resipi..
Nak masak apa agaknya ya...
okeh..resipinya..
dia suruh aku pilih nak makan apa dalam buku tu..
so..aku order jer lah..hahaha...
Ayam Masak Lada Hitam
aku pilih resipi paling simple..
jom tengok bahan2nya..
300gm isi ayam
1 labu bawang besar(dipotong kasar)
80gm halia(dihiris halus)
80gm bawang putih(dihiris halus)
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan lada hitam(dikisar kasar)
1 sudu makan kicap cair
1/2 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan minyak bijan
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Oleh kerana minyak bijan tak ada kat rumah..my hubby terpaksa ke SR untuk beli..
terima kasih kerana bersusah payah..

bahan-bahan yang telah my hubby sediakan..
Kakak Ain sibuk nak menolong..
bagi jer dia tumbuk lada hitam..
Ni hasilnya..
Bila dah siap sediakan bahan2..
Dah boleh lah dia masak..
aku jeling2 dari jauh..
Hasilnya...tadaa...
Nape hitam jadinya sayang..????
Alasannya..api besar dan aku lambat buka penutup minyak bijan..
huhuhu..
tak perlah sayang...bukan hangit pun kan..cuma warna jer hitam..
rasanya..sedap!!!
Lain kali sayang cuba lagi ya...
Apapun..terima kasih kerana sayang sanggup bersusah payah masak untuk isterimu ini..
Terima kasih banyak-banyak..
Sayang sayang ketat-ketat...
Muahhhhh....!!!!


Isnin, April 23, 2012

~ Habis Make Up Ummi Dikerjakan Aisyah ~

Assalamualaikum...

Dah tak tahu nak cakap apa bila tengok barang aku ni...

huhuhuhu...
dan bila tengok muka Aisyah macam ni...
muka dan seposen bila aku pura-pura marah..
Habis baju merah-merah kena make-up tu..
muka dah nak nangis bila aku amik make up kat tangan dia..
tu nak suruh dokong lah tu...
takut kena marah...
Hmmm..nak kata...benda dah jadi..
Aisyah!Aisyah!Aisyah!....
nak tergelak pun ada....

Macam biasa ayat dia kalau nak benda..
"Aisyah nak pegang je boleh tak?"

Sabtu, April 21, 2012

~ 4 hari 3 Malam Di Kampung ~

Assalamualaikum..
Buat pengetahuan korang...
Kalau kat fb ada yang dah tahu..
tahu apa ya?
Bukan apa pun...
saja nak cakap minggu lepas aku balik kampung..
yeayyy...balik kampung..hahaha..
ada yang jeles ke?
tak apa tak payah nak jeles ek...
tapikan..yang tak berapa best..balik kejap jer...
Petang rabu..kami bertolak dari PSR ni..
Alhamdulillah..perjalanan lancar je..maklumlah bukan musin cuti sekolah pun..
Pukul 2.30 kami bertolak..pukul 12.30 malam sampai kampung..
Tapi..oleh kerana tak nak menyusahkan MIL aku..kami singgah makan kat Pasir Putih dulu..makan malam laa...

 Singgah E-Rup Sup
tu nama restoran dia...
Aku hanya order sup perut jer..
tak ada selera..sebab sepanjang perjalanan aku demam..
sebenarnya dari malam lagi aku dah sakit tekak dan hidung berair..
dah telan soluable..tapi tak jalan..
malah..sepanjang perjalanan aku demam..
bila hirup sup tu..lega sikit..

macam-macam jenis sup ada kat sini..pilih jer menu dia..
masakan panas.western food..semua ada...
Bila sampai rumah MIL..aku terus tidur tapi dipaksa dulu makan ubat oleh my hubby..huhuhu..
Esoknya..bangun lega sikit..
tapi my hubby pagi-pagi lagi ke rumah mertua dia(umah mak aku lah..)
sebabnya nak pergi beli barang untuk majlis tahlil 100 arwah ayah aku hari Jumaat tu..
hah!sebab tu kami balik kampung..untuk majlis tahlil 100 hari..
Petang Khamis tu baru aku balik umah mak aku..
keadaan rumah seperti biasa..sunyi jer..tapi adik aku yang bongsu ada kat rumah tengah bercuti semester..ada jugak peneman mek aku..

okeh..aku stop dulu entry ni..kita sambung ke entry lain..cerita masih dikampung..manpak dah panjang sangat takut nanti korang boring nak baca...


Selasa, April 17, 2012

~ Remaja Melayu Sekarang......~

Assalamualaikum...
Ini cerita mingggu lepas...
lama berada dalam memori ni...
bukan lupa tapi kekangan masa..
Sesuai dengan tajuk post tu..
Aku bukan nak mengata tapi rasa terpanggil untuk bercerita..
bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi untuk sekadar renungan bersama..
Minggu lepas,hari sabtu kalau aku tak silap...
bila my hubby balik dari kerja petang tu..
dia ajak jalan2 Kluang...
secara kebetulan aku memang nak beli barang..
Jadi kami jalan2 ke Kluang Mall..
Kebetulan pulak ada pameran jeans kat Pasific tu..
nak jugak aku beli barang sehelai..tapi sorry to say...
tak ada saiz..hehehe...
nampak sangat gemok...huhuhu...
Dalam dok jalan2 tu..anak2 dan kelaparan..
seperti biasa..
KFC lah yang mereka tuju..
sampai aku tengok pak cik KFC tu dah nak terjeluak jer...
Masa tengah makan2 kat KFC..
tetiba..terpandang dua remaja melayu..perempuan...
terbeliak mata aku kejap...
Kenapa?
Pakaiannya...
mak aihhh...
macam mana nak gambarkan ek..?
hmmmm...
ibarat kita pakai blous(betul ke aku eja ni?) tanpa seluar..hah!camtulah...
kita pakai blous yang paras bawah sikit dari punggung..
kira ngam2 lindung punggung lah..
yes..camtulah pakaiannya..
mereka berdua tu..
Ishh!!!!..tak malu ke budak ni..??
aku tengok semua mata asyik dok tengok jer...
Bila tengok pemakaian mereka..
bertambah sedar aku sekarang..
remaja melayu sekarang sudah memberat masalah sosial mereka...
mereka tiada lagi segan silu...
Kalau ikut hati nak jer aku snap gambar mereka..
tapi tak kan lah nak aibkan orang pulak..
tapi...
sebenarnya..mereka sudah aibkan mereka sendiri dan ibu bapa mereka..
Mak bapak diorang tak marah ke?
kalau adik aku tu dah lama aku belasah cukup2..
dah tak ingat hukum Tuhan..
Insaflah wahai..remaja yang berada diluar sana..
tutuplah auratmu..
Bala Allah datang tidak mengenal siapa...
Allahukbar..!!!

Isnin, April 09, 2012

~DiGi WWWOW AWARDS 2012 NUFFNANG BLOGGER OF THE YEAR | KEMPEN MIALIANA.COM – PESERTA KEMPEN ~

Assalamualaikum..

"DiGi WWWOW Awards 2012 Nuffnang Blogger Of The Year | Kempen Mialiana.com - Peserta Kempen"
 
Yesss...bermula sudahhh...
Korang tengok badge kat atas tu?
tengok betul2...
okeh!kalau korang masih lagi tertanya-tanya apa kena mengena aku dengan badge tu..
meh aku kabor...
aku adalah salah seorang peserta kempen Digi WWWOW Awards 2012 Nuffnang Blogger Of The Year untuk blog Mialiana.com.
Korang kenal siapa Mialiana?
Kalau nak kenal korang klik SINI..korang akan kenal Mia dengan lebih dekat..
InsyaAllah,dengan masa yang ada aku akan berkempen habis-habisan untuk Mia memenangi Blogger Of The Year untuk tahun ini..
Dan..
Aku berharap sangat..
agar pengunjung blog ini akan turut bermurah hati dan baik hati sekali untuk mengundi akak kita ni...InsyaAllah,Allah akan balas setiap kebaikan yang kita lakukan..
Kalau boleh..undilah http://www.mialiana.com/ setiap hari..
Untuk mengundinya..korang klik promo badge kat sebelah kiri blog aku tu..yang gambar macam kat bawah nih..nak klik yang ni pun boleh..


Vote Mialiana Everyday

23 April - 13 May 2012

Dan...
Dan...
Dan...
Kempen ini ditaja oleh..

Amacam?
Ada berani nak undi?? 


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers