headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

Rabu, September 19, 2012

~ Selamat Hari Lahir Mek ~

Assalamualaikum...

Hari ni..19 September...
Hari lahir ibu tersayang...

SELAMAT HARI LAHIR MEK..
SEMOGA MEK TERUS DALAM RAHMAT DAN LINDUNGAN ALLAH...


SEMOGA MEK JUGA SENTIASA DIKURNIAKAN KESIHATAN BERPANJANGAN..
DIPANJANGKAN USIA SERTA DIMURAHKAN REZEKI..

TERIMA KASIH MEK KERANA MENJADI IBU YANG TERBAIK UNTUK KAMI ANAK2 MU..

KAMI 7 BERADIK SANGAT2 MENYAYANGIMU...

Sabtu, Jun 30, 2012

~ Happy Belated Birthday ~

Assalamualaikum...

Dah lama ak updatekan....
Sori banyak2 ya sebab broadband hari tu dah limit kuota..hihihihi..
Ni baru baru boleh online tapi line tetap slow jer...
Apa pun aku nak wish dulu selama untuk aku...

HAPPY BELATED BIRHDAY BUAT AKU..
YANG KE....
PADA 26 JUN 2012
MAKIN HARI DAH MAKIN BERTAMBAH USIA..ALHAMDULILLAH MASIH LAGI ALLH PANJANGKAN UMUR AKU...
SYUKUR ALHAMDULILLAH...
SEMOGA AKU SELALU DIBERKATI DAN SELALU DILINDUNGI ALLAH..
TERIMA KASIH KEPADA KAWAN2 DAN KENALAN YANG SELALU MENDOAKAN AKU..SEMOGA ALLAH TURUT MEMBERKATI KALIAN SEMUA...
UNTUK MY LOVELY HUBBY...
TERIMA KASIH SAYANG ATAS SEGALA-GALANYA YANG SAYANG LAKUKAN UNTUK ISTERIMU INI...
UNTUK ANAK2 DAN HUBBY...
TERIMA KASIH...MAKAN MALAM ,MALAM TU MEMANG BEST...


Ahad, Mei 13, 2012

~ Selamat Hari Ibu ~

Assalamualaikum...
Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Ibu kepada ibuku...
ESAH BINTI YAACOB
Kerana melahirkan anakmu ini ke dunia ini..
Terima kasih Mek ..
segala jasa dan pengorbanan mek membesarkan dan mendidik diri ini tak dapat dinilai dengan apa apa pun di dunia ini..
Hanya doa yang mampu anakmu ini titipkan sepanjang perjalanan hidup ini..
Semoga Mek terus tabah dan bersemangat dalam hidup ini selepas arwah ayah pergi meninggalkan kita 1 Januari lalu..
Semoga Allah terus memberikan kesihatan yang baik kepada Mek dan semoga Allah juga panjangkan umur mek..
Buat ibu mertuaku..
Saudah Binti Che Muda
Selamat Hari Ibu untuk Ma..
Terima kasih kerana sudi menerima diri ini menjadi sebahagian dari keluarga Ma..
Terima kasih juga kerana melahirkan anak lelakimu yang kini menjadi suamiku..
Terima Kasih..

Untuk ahli keluargaku..
yang sudah bergelar ibu..
Selamat Hari Ibu
Terima kasih kerana belikan ummi kek ni ya anak2 ummi..
dan terima kasih untuk my dear hubby juga kerana bersusah payah layan karenah anak2 untuk beli kek ni..

I LOVE YOU ALL..!!!!...SO SO SO MUCH!!!!

Isnin, Mei 07, 2012

~ 4 Hari 3 Malam Di Kampung-Part 2~

Assalamualaikum..
Pagi ni ada semangat skit nak update blog ni..tapi line tenet tenat jer...
hurmmm...
Tak apa lah..kita buat slow2 ek..
ok!kita sambung balik cerita pasal kampung hari tu...
sebut kampung rindu datang membuak-buak...huhuhu...
Petang Khamis tu bila aku balik umah mek..sunyi jer..cam biasa selepas ketiadaan arwah..nasib baik adik aku yang bongsu ada bercuti semester...
Petang tu..kami semua sediakan bahan2 untuk majlis tahlil esok harinya,Jumaat.
Pagi jumaat..
Ambil peluang ni untuk ziarah kubur arwah ayah...
Ayah semoga engkau tenang disana...
Balik dari kubur,bantu keluarga aku buat apa yang patut..
tapi sedih jugak untuk kenduri ke 100 hari ni..kakak dan adik2 aku yang lain tak balik..
tak boleh cuti kot..takperlah...
so hanya tinggal aku sekeluarga,adik perempuan aku yang dok kat maktab dan yang kat UITM Dungun jer balik..
Walau apa pun majlis berlangsung seperti yang dirancang..
 
Lauk pauk yang disediakan oleh chef kami,Chef Shamsuddin,bapa mertua abang aku.
Solok lada,kacang goreng,gulai daging,ayam tandoori,sayur keladi dan sambal lada.
Alhamdulillah.
Lepas solat Jumaat,kaum lelaki kat kampung ni datang untuk bacaan tahlil..kalau dalam dielek kelantan kami panggil "ngatik".
Lepas selesai,dalam pukul 3..kaum ibu adakan bacaan yassin pulak disertakan dengan tazkirah.Biasanya acara ni akan diadakana setiap jumaat dari rumah ke rumah.
Gambar yang sempat disnap semasa jamuan makan.
Selepas majlis..basuh pinggang mangkuk lah...apa lagi....
untuk n3 selanjutnya..kita sambung lain kali..
InsyaAllah...

Selasa, April 03, 2012

~ Aku Merindui Dia ~

Assalamualaikum..
Saat dan ketika ini...aku betul-betul merindui dia...
sangat-sangat...
Ayah...
Semalam 2 April..genap usiamu 60 tahun...
Kalau dulu..bila tiba tarikh ini,kami adik beradik akan berebut untuk wish selamat buatmu ayah...
siapa yang berjaya ucap dulu rasa bangga...hahaha..
Tapi..sekarang..sudah hampir 4 bulan kau pergi bertemu Ilahi..
Begitu cepat masa berlalu..
tapi kenangan bersamamu..tetap utuh dalam ingatan...
Ayah..
Hanya doa yang mampu aku kirimkan buatmu..
Agar rohmu tenang disana..
Apabila kenangan bersamamu terimbas di layar mata ini..
air mata pasti bergenang...Alhamdulillah tidak sampai jatuh ke pipi..
Namun semalam..
aku tewas...tidak dapat aku membendung lagi air jernih ini dari jatuh ke pipi..
teresak-esak aku menangis..
Anum terlalu merinduimu Ayah...
Nasib baik..suami anakmu ini ada bersama ketika itu..
dirangkul erat tubuhku..
memeluk sambil memujuk..
Yang pergi tetap pergi..
Dia kekuatan ku disaat aku merinduimu..
Ayah..maafkan anakmu ini..
kerana tewas lagi melawan perasaan..
Ya!Allah..ampunkan aku..
Aku redha dengan ketentuanMu..
Engkau Maha Berkuasa ke atas segalanya...
Ya!Allah..Kau cucurilah rahmatMu ke atas ayahku...
Kau tempatkan lah dia di antara roh orang-orang yang soleh..
Amin...
Gambar raya terakhir arwah bersama mek..
tapi masa ni aku tak balik raya kat kampung kerana my hubby kerja..
Semoga arwah tenang disana..
dan semoga mek terus tabah dan kuat semangat...

Sabtu, Februari 04, 2012

~ Doa Masuk Dan Keluar Tandas ~

Assalamualaikum...
Hari boring pulak rasanya....
jom kita belajar pulak doa masuk dan keluar tandas...
sebenarnya..ramai yang tahu tentang doa-doa ni semua kan..???
Tapi amalkan tak?
hehehehe..tepuk dada tanya iman...
aku ni kalau nak kira memang tahu pun doa-doa ni..masa kecil lagi hafal...tapi kejap je diamalkan..heheheh..suka sangat lupa bila nak masuk or keluar dari tandas untuk baca..
Bertepuk tangan syaitan-syaitan tu semua...huhuhuh...

So..petang ni aku nak share dengan kawan-kawan semua doa-doa ni...
semoga kita semua boleh amalkan..


  Do'a Masuk Tandas
Allaahumma innii a'uudzubika minal khubutsi wal khabaa'itsi.
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari syaitan besar laki-laki dan betina. (HR. Bukhari dan Muslim)

 Do'a Keluar Tandas
Ghufraanaka. Alhamdulillaahil ladzii adzhaba 'annjil adzaa wa'aafaanii.
Ertinya : Ku memohon ampunan-Mu. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan penyakitku dan telah menyembuhkan/menyelamatkanku. (HR. Abu Daud)

Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w ketika masuk ke tandas mesti melangkah dengan mendahului kaki kiri dan keluar tandas dengan mendahului kaki kanan. Tandas adalah tempat yang kotor berbanding dengan dunia diluar tandas jadi semestinya jangan kita memuliakan tandas tetapi mesti memastikan tandas sentiasa bersih.
Kita  digalakkan untuk tutup kepala bila masuk ke tandas. Kata orang, bila tak tutup kepala. Setan akan berak atas kepala. Lama-kelamaan kita akan jadi bengap...

Sumber :
http://lamanperpustakaan.blogspot.com/2011/01/doa-masuk-dan-keluar-tandas.html

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers