headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Memaparkan catatan dengan label Maulidur rasul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maulidur rasul. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 10, 2012

~ 40 Hari ~

Assalamualaikum..
Semalam 9 Februari genap 40 hari ayahku meninggalkan kami sekeluarga..
Ayah..semoga ayah tenang disana..kami sentiasa mendoakan ayah..
Hari khamis malam jumaat..kami buat majlis bacaan Al-Quran dan solat hajat..
 kami menjemput 10 orang penduduk kampung untuk membacakan ayat-ayat suci tersebut.
Sebelum bacaan Al-Quran,kami adakan dulu solat hajat..
Majlis bermula lepas Isyak dan tamat pada pukul 12 malam..
Dan hari ni..
kami adakan majlis tahlil untuk arwah dan juga maulidur Rasul.
Teringat dekat arwah..
Biasanya arwah cukup suka dengan majlis macam ni..dengan menghimpunkan semua ahli keluarga dan sanak saudara...
Kalau ada majlis kenduri,dialah antara insan yang sibuk membantu itu dan ini..
Tapi semua itu hanya tinggal kenangan sahaja..

Maaf..rasanya.entry ni pendek sahaja..kerana aku tiada mood untuk menulis...ini kerana banyak betul ujian dan dugaan yang terpaksa aku hadapi dalam minggu ini..ia begitu menyakitkan..Rasanya biarlah buat sementara waktu ni..aku nak stop dulu menulis blog dalam 2,3 hari..ehemmm2,3 hari jer..InsyaAllah...
InsyaAllah..aku tak akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan kemelut yang melanda..

Sabtu, Februari 04, 2012

~ Maulidur Rasul 2012 ~

Assalamualaikum..
Salam Mualidur rasul buat semua umat Islam seluruh dunia ini..
Marilah kita sama-sama berselawat keatas junjungan besar Nabi kita,nabi Muhammad S.A.W.
 
Ehsan en google
 
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
 
 Betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
 
Google
 

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers