headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Catatan Popular

Intipan Ziarah

Memaparkan catatan dengan label birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label birthday. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 30, 2012

~ Happy Belated Birthday ~

Assalamualaikum...

Dah lama ak updatekan....
Sori banyak2 ya sebab broadband hari tu dah limit kuota..hihihihi..
Ni baru baru boleh online tapi line tetap slow jer...
Apa pun aku nak wish dulu selama untuk aku...

HAPPY BELATED BIRHDAY BUAT AKU..
YANG KE....
PADA 26 JUN 2012
MAKIN HARI DAH MAKIN BERTAMBAH USIA..ALHAMDULILLAH MASIH LAGI ALLH PANJANGKAN UMUR AKU...
SYUKUR ALHAMDULILLAH...
SEMOGA AKU SELALU DIBERKATI DAN SELALU DILINDUNGI ALLAH..
TERIMA KASIH KEPADA KAWAN2 DAN KENALAN YANG SELALU MENDOAKAN AKU..SEMOGA ALLAH TURUT MEMBERKATI KALIAN SEMUA...
UNTUK MY LOVELY HUBBY...
TERIMA KASIH SAYANG ATAS SEGALA-GALANYA YANG SAYANG LAKUKAN UNTUK ISTERIMU INI...
UNTUK ANAK2 DAN HUBBY...
TERIMA KASIH...MAKAN MALAM ,MALAM TU MEMANG BEST...


Isnin, April 30, 2012

~ Selamat Hari Lahir MY Little Girl,Aisyah ~

Assalamualaikum..

Hari lahirnya jatuh pada Jumaat lepas,27 April..
tapi semalam hari Ahad baru sempat nak raikan..
Sorry ya anak ummi..
Tapi kami tak buat apa-apa pun hanya beli sebiji kek dan makan kat Marrybrown.
Kebetulan aku nak jumpa kawan kat situ..

Tengok tu kek kecik jer tapi yang penting ada Angry bird kat atas tu..

ishh..dah macam birthday ummi dia pulak...
hihihih..
haaaa...tengok tu tangan Aisyah dah cungkil2 segala biji2 yang ada atas kek tu..
mulut dah comot dah..
Dah habis kek tu dikerjakan..
huhuhuhu..
Apapun...
Selamat Hari Lahir yang ke 3 tahun buat anak ummi dan papa...
NURAISYAH BATRISYIA BINTI MOHD SHUKRI
Semoga anak ummi menjadi seorang anak yang solehah dan menjadi anak yang bijak serta menghormati orang tua...aminnnn....

Ahad, Mac 18, 2012

~ Celebrate Birthday My Hubby ~

Assalamualaikum...
Hari lahir my hubby yang lepas..hari selasa lepas lah tu..kami raikan dengan makan-makan jer kat Restoran di Simpang Renggam ni..
Nak potong2 kek my hubby tak nak..dah tua katanya..hahaha..
tua jiwa muda kan?
hihihi..
Sorry lah sayang...isterimu ini tidak ada hadiah untuk diberikan..huhuhu..sedihkan?bila tak dapat gembirakan orang tersayang dihari bahagianya..
Tiada hadiah yang dapat disediakan..isterimu ini kan tak kerja..hihihi..
Minta maaf sangat-sangat sayang...
Yang isterimu ini mampu hanya belanja makan jer..
boleh kan sayang?
So..malam tu..aku ajak my hubby makan kat Mayo Seafood..
 
Restoran ni berdekatan dengan traffic light depan jalan ke Taman Putrimas..
Lepas maghrib kami keluar...
Aku pilih restoran ni sebab tom yam dia memang kaw..masakan Thai..
Hajat nak makan kat Maju Seafood tapi...bila ke sana mesti teringat kat arwah ayah kerana arwah suka makan kat sana..
 
Tak lama menunggu..minuman kegemaran kami berdua sampai..
Carrot susu..
Jemput minum sayang...hehehe...
Kakak dan adik pulak..hanya order ais kosong jer..
memang itulah yang diorang order tiap kali makan kat luar..
 
 Menu ni my hubby pilih...aku suruh dia order jer apa nak makan..
hehehe..
Siakap masak 3 rasa,telur dadar,kailan ikan masin dan tom yam campur..
Untuk kakak,kami order tom yam campur yang tak pedas..
nasib baik tom yam kat sini memenuhi selera kakak..
pandai tukang masak ni buat tom yam tak pedas..
 
Ni hah! tom yamnya..untuk 2 orang makan jer ni sebab kami ambil pakej untuk 2 orang makan jer..
 
Yang ni adik yang order...buat pencuci mulut katanya...huhuh..
udang tepung..
Selamat menjamu selera...
Alhamdulillah...semoga rezeki kami sentiasa dimurahkan Allah S.W.T.
dan hubungan kami berkekalan hingga ke syurga..

Selasa, Mac 13, 2012

~Selamat Hari Lahir Suamiku ~

Assalamualaikum..
Hari ni tanggal 13 Mac 2012...
meningkat lagi umur orang yang paling aku sayang iaitu suamiku..

SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU..
SEMOGA SAYANG DIMURAHKAN REZEKI,
PANJANG UMUR
DAN...
SEMOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI SAYANG WALAU DIMANA SAYANG BERADA..

Suamiku..
Isterimu ini sentiasa mendoakan kesejahteraan sayang...
sentiasa mendoakan agar hubungan kita akan terus ke syurga..
Isterimu ini tahu..
diri ini masih tidak sempurna untuk menjadi isteri yang solehah untuk mu..
masih lagi ada kekurangan yang perlu ditambah dan diperbaiki...
Untuk itu suamiku...
bimbinglah isterimu ini....
didiklah isterimu ini..
agar menjadi isteri yang mithali dah solehah pada pandangan matamu sayang..
Suamiku..
Terima kasih kerana sanggup menerima diri ini seadanya...
Terima kasih kerana sudi membahagiakan diri ini...
Terima kasih kerana sanggup melayan karenah diri ini walaupun kepenatan..
Semoga kita terus mendapat rahmat dari Yang Esa..

Jumaat, Januari 13, 2012

~ Selamat Hari Lahir Birthday Girl ~

Assalamualaikum...
Tanggal 8 Janauari 2006
lahir puteri pertama kami...
Kini..genap 6 tahun usianya...
Banyak kerenah dan keletah yang terpaksa kami layan..

Dan bersar anak umi..
Hari lahir kakak tahun ni jatuh pada hari ke 8 tok ayah meninggal..
dan malam tu kat rumah tok mek buat tahlil untuk malam ke 7..
jadi birthday kakak terpaksa buat kat rumah tok ma..
Maaf kakak ya..
sebenarnya umi memang tak ada mood nak raikan tapi umi kena jugak buat untuk anak umi..
memang umi masih lagi bersedih..tapi percayalah arwah mungkin juga tak suka kalau umi terus macam ni..
Sambutam hari lahir kakak semua umi long yang buat..papa hanya bagi duit jer..lagi pun petang tu kita kena balik rumah tok mek pulak..

Kakak dan adik..

RAikan bersama sepupu sepapat kakak dan adik..serta anak2 jiran..

Semoga anak umi ni menjadi seorang anak yang solehah dan menjadi muslimah yang sejati..

Makanan yang umi long sediakan..

Terima kasih kepada yang terlibat ya..
Kakak..
Doa dan harapan umi dan papa agar kakak manjadi seorang anak yang solehah,mendengar cakap dan menghormati orang tua...
Belajar rajin-rajin dan taat pada orang tua..
P/s : Maaf kualiti gambar tak memuaskan..guna kamera hp jer..

Ahad, Jun 26, 2011

~ Harinya Tiba Jua...It's My Birthday ~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...harinya tiba jua...26 JUN  2011....
Ya!Allah...Syukur kepadaMu Ya Allah...
kerana masih diberikan kesempatan dan peluang untuk bernafas dibumi ini...kerana masih diberi kesempatan untuk beribadat kepadaMU Ya Allah...Alhamdulillah..!!!
Ya !Allah...
Kau Panjangkan lah umurku..Kau Murahkanlah Rezekiku..Kau Kurniakanlah Kesihatan yang baik untukku..dan Ya Allah..Kau jadikanlah aku seorang isteri dan anak yang solehah serta jadikan aku seorang ibu yang mithali...
Ya!Allah..Kau bahagiakanlah kehidupanku dunia dan akhirat serta Kau ampunkanlah dosa-dosaku...
Aminnn.....
INSYAALLAH....dengan RahmatMu Ya Allah..

Dan...
terima kasih kepada kawan2 dan keluarga yang sudi memberikan ucapan selamat kepada ku melalui facebook dan telefon...
Dan lagi...
terima kasih kepada suami dan anak2 untuk kad ini...

Kad warna pink...ermm..mesti kakak yang pilih...heheheh..
Terima kasih banyak-banyak...ummi sayang korang semua...




Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers