Assalamualaikum semua...
Hari tu kakak bawa balik satu pamplet yang di beri oleh cikgunya..so di sini aku nak kongsikan bersama ya..tentang penderaan seksual terhadap kanak-kanak.
Apa itu penderaan seksual terhadap kanak-kanak?
Apa jua perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.Tindakan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 0-18 tahun yang belum mencapai tahap pemikiran dan perasaan yang sempurna.
Perkara yang diklasifikasikan sebagai penderaan seksual.
- Memasukkan objek @ bahagian tubuh ke dalam faraj,mulut atau dubur.
- Rogol
- Seks Oral
- Liwat
- Pelacuran
- Peluk/cium
- Mempamerkan/memperlihat serta menyentuh buah dada,vagina dan zakar
- Mendedahkan tayangan video lucah dalam bentuk video,foto dan realiti.
- Mengintai kanak-kanak sewaktu mereka berada dalam tandas atau tidak berpakaian.
Apakah Tanda-tandanya?
- Mengigau,sukar tidur,takut gelap
- Perubahan tingkah laku secara tiba2,takut,marah menyisih diri
- Merasa tidak berupaya/tidak berdaya
- Berahsia
- Sering bercakap tentang teman baru yang lebih dewasa
- Menghisap jari,kencing malam bagi kanak-kanak yang besar
- Memakai pakaian yang berlapis-lapis
Apa Yang Perlu Dibuat Apabila Mereka Mula Memberitahu?
- Percayalah
Kanak2 jarang sekali mengadakan cerita.Mempercayai kanak2adalah langkah utama dalam membantu mengatasi trauma yang mereka lalui.
- Bertenang
Kesabaran dapat membantu mengembalikan maruah kanak-kanak.
- Tegas
Kanak2 harus dibenarkan dan digalakkan untuk menyatakan perasaan.
- Membimbing Kanak2 Untuk Menghadapi Situasi Seterusnya
Kanak2 perlu mengetahui mana2 pihak yang boleh membantu.
- Sokongan
Menyakinkan kanak2 bahawa ada orang membantu semasa diperlukan.
- Laporkan Kes Penderaan
Laporkan kes penderaan sahih dan disyaki dalam masa 48 jam.
Siapa Yang Boleh Kita Hubungi?
Talian NUR-15999
Teledera- 1 800 88 3040
Jabatan Kabajikan Masyarakat Negeri Atau Daerah
Rakan Cop
Balai Polis Berhampiran
Ini yang dapat aku kongsikan...
2 ulasan :
Assalamualaikum.
Penderaan seksual nampaknya telah menular dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Kita sepatutnya lebih kasih dan sayang kepada kanak-kanak ini. Mereka adalah masa depan negara.
TQ
Betul tu....kanak-kanak adalah permata negara..
Catat Ulasan