headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Memaparkan catatan dengan label kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kampung. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 28, 2012

~ Syawal 2012 ~

Assalamualaikum..

Hamboiiiii....!!!!!
raya sakan nampaknya tuan blog ni ya...
sampai blog pun dah lama tak update ya..

hehehe..tak lah sakan berayanya..tp almaklumlah..kalau dah berada kat kampung kan...
nak buka blog pun tak sempat..nak berfb pun jarang2 jer..
ok..kite cerita pasal raya ya...
Raya pertama...
Pagi raya kami beraya diteratak bondaku..
raya tahun ni semua adik beradikku pulang...kecuali kakak sulung aku yang sampai kampung pada malam raya ke 2...
Pagi raya kami solat sunat hari raya di madrasah berdekatan dan selepas itu kami menziarahi pusara arwah ayah..
tahun ni tahun pertama tanpa ayah..
semoga arwah tenang disana...
Al-fatihah..

Selepas sessi bermaafan..sessi bergambar pula...
Ini gambar kami tahun ni..
beraya dikampung...

Ni..my family...
tak cukup lagi tu..

Lepas bergambar..serbu pula meja makan..
hihihi..sori..juadahnya tak sempat nak disnap gambarnya..
yang ada pagi tu ialah.
nasi himpit kuah kacang,rendang ayam,puding triffle,ketupat daun palas dan macam2 lagi..
tengaharinya..kami masak nasi jagung...

Petang raya...
kami bergerak ke rumah my hubby pula..(rumah mak mertua lah tu..)
kebetulan..keluarga sebelah abah mertua ku ada bersama...

keluarga sebelah abah mertuaku..
yang keluarga sebelah mak mertua..tak sempat nak bergambar..




Rabu, Mei 23, 2012

~ Main Masak-masak ~

Assalamualaikum..

Oppss!lupa...
ada satu lagi citer masa kat kampung hari tu..
bila belek2 pic kat lappy ni jumpa pic2 ni..
so...layan jer ek..

Main apa tu???
Laa...dia dok main masak2 kat belakang rumah tok ma dia ni..
Siap ada dapur.cerek air,mangkuk dan macam2 lagi..

Main bersama sepupunya..
memang hari tu si Aisyah ni lepas bebas main..
Aku dah tak kuasa nak larang dia main kotor tu..
sebab aku masa tu tengah demam..
Kalau MIL aku yang jaga memang dia bagi main jer..
tapi tak kisahlah ..dapat jugak anak2 rasa bagaimana bila main masak2 kat kampung..
Hari tu memang baju purple dia kotor..berselut..

Siap berbuai lagi..
kalau duduk kat atas buai ni memang lena..
dengan kawasan yang redup ni..

Tengok apa tu?
Monyet!
yang ni bukan yang liar ya tapi dipelihara oleh FIL.
Ada 3 ekor semuanya..

Hurmm...bila tengok anak2 main masak2 tu teringat zaman dulu2..
masa zaman kanak2..
main masak2..kalau boleh semua barang kat dapur nak dikeluarkan..
tapi memang tak dapat pun mesti kena marah..
yalah barang yang masih elok nak buat main masak2 mana si ibu tak naik hangin kan?
hehehe...
Korang macam mana mesti pernah main kan?

Khamis, Mei 10, 2012

~ 4 Hari 3 Malam Di Kampung-Part 3 ~

Assalamualaikum..
Kita sambung lagi cerita kat kampung hari tu ya...
lupa nak tulis..
pagi jumaat tu kami sarapan dengan ni ha...
dah lama tak makan...

Laksam
Laksam ni akak ipar aku yang buat..
kebetulan dia memang buat niaga..
so..makan lah..
yang paling suka my hubby lah..
suka sangat dia dengan laksam sampai bertambah-tambah.
hurmm...
kalau balik kampung memang selera makan tak boleh nak kawal langsung lah..
Asyik nak makan jer..
Hah!yang ni pulak mee celup
tapi yang ni kami makan kat kedailah...
Aku makan mee celup ni pagi Sabtu..
lepas makan..terus kami ke Kota Bharu..
Saja ronda..
Lepas ronda KB,kami ke Pantai Cahaya Bulan..
Hmmm...teringat masa aku dan hubby masa mula2 bercinta dulu..
Pantai ni lah menjadi saksi..cewwaahhh....!!
bila sampai pantai aku tak turun pun dari kereta sebab panas yang amat..
tempat ni dah banyak berubah..
tak macam dulu..
sorry tak ingat nak snap gambar..hihihi..
Kami lepas kejap jer pastu balik..
Petang pulak balik umah MIL lah..
biasalah kalau dah rumah dekat terpaksalah bergilir-gilir..
Malam tu bermalam umah MIL
Pagi balik rumah mek aku pulak sebab tengahari kami dah bertolak balik PSR.
Sekian,habis sudah cerita kampung..
bila nak balik kampung pulak ya?
hurmm..raya puasa ni lah..

Isnin, Mei 07, 2012

~ 4 Hari 3 Malam Di Kampung-Part 2~

Assalamualaikum..
Pagi ni ada semangat skit nak update blog ni..tapi line tenet tenat jer...
hurmmm...
Tak apa lah..kita buat slow2 ek..
ok!kita sambung balik cerita pasal kampung hari tu...
sebut kampung rindu datang membuak-buak...huhuhu...
Petang Khamis tu bila aku balik umah mek..sunyi jer..cam biasa selepas ketiadaan arwah..nasib baik adik aku yang bongsu ada bercuti semester...
Petang tu..kami semua sediakan bahan2 untuk majlis tahlil esok harinya,Jumaat.
Pagi jumaat..
Ambil peluang ni untuk ziarah kubur arwah ayah...
Ayah semoga engkau tenang disana...
Balik dari kubur,bantu keluarga aku buat apa yang patut..
tapi sedih jugak untuk kenduri ke 100 hari ni..kakak dan adik2 aku yang lain tak balik..
tak boleh cuti kot..takperlah...
so hanya tinggal aku sekeluarga,adik perempuan aku yang dok kat maktab dan yang kat UITM Dungun jer balik..
Walau apa pun majlis berlangsung seperti yang dirancang..
 
Lauk pauk yang disediakan oleh chef kami,Chef Shamsuddin,bapa mertua abang aku.
Solok lada,kacang goreng,gulai daging,ayam tandoori,sayur keladi dan sambal lada.
Alhamdulillah.
Lepas solat Jumaat,kaum lelaki kat kampung ni datang untuk bacaan tahlil..kalau dalam dielek kelantan kami panggil "ngatik".
Lepas selesai,dalam pukul 3..kaum ibu adakan bacaan yassin pulak disertakan dengan tazkirah.Biasanya acara ni akan diadakana setiap jumaat dari rumah ke rumah.
Gambar yang sempat disnap semasa jamuan makan.
Selepas majlis..basuh pinggang mangkuk lah...apa lagi....
untuk n3 selanjutnya..kita sambung lain kali..
InsyaAllah...

Sabtu, April 21, 2012

~ 4 hari 3 Malam Di Kampung ~

Assalamualaikum..
Buat pengetahuan korang...
Kalau kat fb ada yang dah tahu..
tahu apa ya?
Bukan apa pun...
saja nak cakap minggu lepas aku balik kampung..
yeayyy...balik kampung..hahaha..
ada yang jeles ke?
tak apa tak payah nak jeles ek...
tapikan..yang tak berapa best..balik kejap jer...
Petang rabu..kami bertolak dari PSR ni..
Alhamdulillah..perjalanan lancar je..maklumlah bukan musin cuti sekolah pun..
Pukul 2.30 kami bertolak..pukul 12.30 malam sampai kampung..
Tapi..oleh kerana tak nak menyusahkan MIL aku..kami singgah makan kat Pasir Putih dulu..makan malam laa...

 Singgah E-Rup Sup
tu nama restoran dia...
Aku hanya order sup perut jer..
tak ada selera..sebab sepanjang perjalanan aku demam..
sebenarnya dari malam lagi aku dah sakit tekak dan hidung berair..
dah telan soluable..tapi tak jalan..
malah..sepanjang perjalanan aku demam..
bila hirup sup tu..lega sikit..

macam-macam jenis sup ada kat sini..pilih jer menu dia..
masakan panas.western food..semua ada...
Bila sampai rumah MIL..aku terus tidur tapi dipaksa dulu makan ubat oleh my hubby..huhuhu..
Esoknya..bangun lega sikit..
tapi my hubby pagi-pagi lagi ke rumah mertua dia(umah mak aku lah..)
sebabnya nak pergi beli barang untuk majlis tahlil 100 arwah ayah aku hari Jumaat tu..
hah!sebab tu kami balik kampung..untuk majlis tahlil 100 hari..
Petang Khamis tu baru aku balik umah mak aku..
keadaan rumah seperti biasa..sunyi jer..tapi adik aku yang bongsu ada kat rumah tengah bercuti semester..ada jugak peneman mek aku..

okeh..aku stop dulu entry ni..kita sambung ke entry lain..cerita masih dikampung..manpak dah panjang sangat takut nanti korang boring nak baca...


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers