headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Selasa, September 27, 2011

~ Nak Nasi Goreng....!!!~

Assalamualaikum..
Anak2 ummi..hari ni nak makan apa???
Adik nak makan apa???
Nasi goreng...!!!Ermm..biasanya kalau di tanya adik nak makan apa tu lah jawapannya...
Nasi goreng...
adik memang suka makan nasi goreng...tak kiralah nasi goreng apa pun dia akan makan..

tengok tu dia makan...sampai cam tu sekali pipinya..penuh nasi dalam mulut..

Nasi dah nak habis..sayur diasingkan sendiri..Masa ni mood tak nak makan sayur..kalau mood nak makan dia akan makan semua jenis sayur..

Senyum jer dapat makan nasi goreng...time ni kakak tak balik sekolah lagi..nak pergi amik lah tu..makan dulu...

Ahad, September 25, 2011

~ Sambutan Hari Malaysia Dan Kemerdekaan ~

Assalamualaikum..
Hari Jumaat lepas..16 September..hari Malaysia..dan oleh kerana hari kemerdekaan negara jatuh pada hari raya ke 2 maka..jumaat lepas kita telah menyambut hari Malaysia dan Kemerdekaan serentak..
Dan..tabika sekolah anakku,Nurain Batrisyia membuat majlis ringkas untuk sambutan itu..so..sekolahlah hari Jumaat tu..aku pun terlibat sama untuk menjayakannya..
Pukul 8 lebih kami dah mula acara dengan...

 Nak kata perbariasan tak jugak..hehehe..kami hanya berkumpul depan tiang bendera dan nyanyi lagu Negaraku,Jalur Gemilang,Lagu Johor,Lagu Merdeka dan juga bacaan doa.
Lepas tu acara dalam kelas pulak...

Mewarna.Warnakan lukisan.Ni sebenarnya kad raya merdeka.

Kakak tengah warnakan...adik pulak buat apa ya???

Dok main gam lah...nak larang jerit pulak..biarlah dia main...

 Masing2 nak tunjukkan kad yang sudah diwarnakan...Selesai bergambar sesi menjamu selera pulak..

Wahhhh.....!!!!makanan zaman dulu-dulu..ubi kayu rebus...bestnya dah lama tak makan..cicah dengan sambal ikan bilis..Selesai menjamu selera..balik lah apa lagi..hehehe...


















Selasa, September 20, 2011

~ Selamat Hari lahir...Bondaku ~

Assalamualaikum...
 
19 SEPTEMBER 2011
SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN..BONDAKU
SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR,DIMURAHKAN REZEKI DAN DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN...!!!!
INSYAALLAH...!!!!

MY BONDA
ESAH BINTI YACOB
Mek...terima kasih atas segala pengorbanan dan susuh payah mek mendidik dan membesarkan anakmu ini...segala pengorbanan yang mek berikan tidak terbalas rasanya..namun InsyaAllah...anakmu ini akan sentiasa membuatkan engkau gembira...InsyaAllah!!!

Ahad, September 18, 2011

~ Gambar Raya 2011 ~

Assalamualaikum...
Hari ni dah berapa syawal ya...???
Aku baru nak upload gambar raya yang tak berapa nak meriah tahun ni...
huhuhuh...
Yalah..beraya kat negeri orang..tak balik kampung...semua adik beradik yang lainbalik..aku jer yang tak balik...nak buat cmner...my hubby kerja...tak kan aku nak balik sorang2 pulak...tak elok....

Nilah keluarga kecil aku...

Bersama anak2 dara kecil ku.

My hubby dengan anak sulungnya...

Dan...inilah kaum keluargaku..
Dari kiri (atas) :Hilmi(abg ipar),Mahayu(kakak long),Hilman Ammar(anak saudara-anak kak long),Nur Zakyla(kakak ipar),Maharan(abang ngah).
Tengah(duduk) : Mahmud(ayahku),Esah(ibuku),Mahadi(Adik-alang),Fazilatul isma(adik ipar).
Duduk(baris ke3) : Mahaziqah Farhah(adik-makdeq),Mahazzatul Fatehah(adik-che su),Mahafizul imran(adik-che do),Hilman Aqil(anak saudara-anak kaklong),si kecik Danial Fitri(anak saudara-anak Alang).
Duduk ( bawah) : Mahazwanies Aeinaa(anak saudara-anak abg ngah),Mahazikrul Mustaqim( anak saudara-anak abg ngah),  Hilman Ashraff(anak saudara-anak kak long).

Korang tengok dalam gambar tu saper yang tak ada???
huhuhuh...aku lah....uwaaaa.......
sedih kan????
tapi tak apa lah..asalkan..semua gembira dan bahagia...
InsyaAllah ,semoga Allah terus merahmati kami sekeluarga...

Khamis, September 15, 2011

~ Riben Merah Dalam Blog tu..Apa Maknanya??? ~

Assalamualaikum..
Aku rasa ramai yang tengah mengadap lappy sekarang ni..tak ngantuk lagi ker??
hehehe..
ok..Ada tak yang tertanya-tanya bila masuk blog ni ada ternampak RIBEN MERAH kat tepi sebelah kiri tu???
Apa maknanya???
Ada makna tu...
hehehe...
Jangan segan kalau korang terasa nak klik riben merah tu ya..klik jer...
ini kerana kalau korang klik tanda merah tu korang akan mendapat points yang akan membolehkan korang tukarkan atau dalam bahasa omputihnya REDEEM kepada benda2 yang menarik.
Tanda riben merah ini sebenarnya merupakan tanda yang blog tersebut akan memberikan mata ganjaran kepada pembaca atau pengunjung blog tersebut tapi kena log in melalui fb.Setiap point bernilai 100 sekali klik sehari.
Untuk meklumat lanjut korang boleh layari laman web PUNCH TAB..atau korang klik jer riben merah kat sebelah kiri tu..

P/s: entry malam tadi tapi dibawa ke pagi ni sebab dah mengantuk...

Rabu, September 14, 2011

~ Hari Tanpa Kata @1 ~

Assalamualaikum..
 



Selasa, September 13, 2011

~ Aisyah Tiba- tiba Hilang ~

Assalamualaikum...
Tak boleh aku nak bayangkan kalau betul2 si kecik ku Aisyah hilang...huhuhu...Ya!Allah minta dijauhkan..
Al-kisahnya..semalam,aku dan beberapa orang ibu2 yang anak nya bersekolah tadika dan termasuk cikgunya sekali telah membuat lawatan dari rumah ke rumah..ala...lawatan raya lah...so. kitaorang beraya lah ke rumah ibu2 yang anaknya bersekolah tadika juga...
Acara bermula 12.30 tengahari..kami melawat ke blok baru...untuk hari tu kami sempat melawat 7 buah rumah..fuh!kenyaang perut...Alhamdulillah..macam2 kami makan..mee gireng,bihun goreng,macaroni goreng,bihun sup,kue tiaw goreng...penuh perut...
Semasa rumahke 2 terakhir kami lawat...
Lepas menjamu selera...wah!bukan main makan..dan bersalaman dan ucapkan terima kasih..aku keluar tiba2 tengok Aisyah tak ada..aku tanya si kakak mana adik..kakak cakap tak tahu...aku dah panik..mana lah dia pergi..alahai..dah lah aku terpaksa naik dan turun tangga..tambah dengan semput aku..Ya!Allah..bagai nak tercabut nyawa...huhuhu...terus satu blok tu aku panggil nama Aisyah..
"Aisyah!Aisyah!Aisyah!......"
dan sayup-sayup aku dengar...
"Kakak...Kakak..kakak.."
si adik panggil kakak...
tiba2 Kak Ina,tuan rumah yang kami pergi tu jerit ke arah aku..
"Anum..Aisyah kat sini.."
Ya!Allah..aku terus panjat tangga lagi..walau dlam keadaan semput...
korang tahu Aisyah pergi mana????
Ermmm..diorang jumpa kat tingkat 3...tingkat yang tak ada orang tinggal lagi..tingkat kosong!!!!.
Pelik betul..camner Aisyah boleh naik tangga ke tingkat 3 padahal kakak dan kawan2nya yang lain turun tangga...
Aku tak tahulah..mungkin dia nampak kakak dia panjat tangga kot...tapi kakaknya turun tangga..huhuhuhu..
musykil aku...
Tapi tak apalah...Alhamdulillah...semua selamat..syukur Aisyah tak apa-apa..dia dah menangis masa akak tu jumpa..tangan pulak kotor...
Fuh!!itu baru sekejap Aisyah menghilang...aku dah tak tentu arah...
Dan..rumah terakhir..kami pergi..terpaksa lagi aku panjat tangga sampai ke tingkat 3 di blok lain pulak..letih yang tadi tak hilang lagi...dan minggu depan sambung ziarah lagi..


Khamis, September 08, 2011

~ Amalkan Membaca Ayat Kursi

Assalamualaikum...
 Mari kita amalkan bacaan ayat kursi..InsyaAllah..dengan niat yang betul Allah akan lindungi kita..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ayat Kursi.jpg 

 ALLAHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUMU. LAA TA'KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM. LAHUU MAA FISSAMAAWAATI WA MAA FIL ARDHI. MAN DZAL LADZII YASFA'U 'INDAHUU ILLAA BI IDZNIHI. YA'LAMU MAA BAINA AIDIIHIM WA MAA KHALFAHUM. WA LAA YUHITHUUNA BI SYAI-IN MIN 'ILMIHII ILLAA BI MAASYAA-A. WASI'A KURSIYYUHUSSAMAAWAATI WAL ARDHA. WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM.

Maksud ayat : 

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
 Penjelesan ayat :
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiatnya : 
  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  • Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  • Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  • Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  • Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

  • Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  • Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

  • Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

  • Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).

    semoga peroleh keberkatan atas perkongsian ini..InsyaAllah.


Rabu, September 07, 2011

~ Rengit Trip ke 8 dan Balik Kampung ~

Assalamualaikum...
Hari ni dah 9 Syawal..cepat benar masa berlalu..tentu dah ramai yang sedang buat open house ya..cam aku ni dah ramai yang tanya bila nak buat open house...huhuhu..nanti2 lah dulu ya...sabar..raya kan sebulan..hihihi..
Ermm..hari ni baru aku nk update cerita tentang Rengit..APA????korang dah bosan ya baca cerita ni..???ala..jangan lah cmtu..huhu..tp kalau korang dah bosan pun aku nak tulis jugak...Ada Mak kisah????
Ok!16/8/2011....Mek dan ayah sampai umah aku...kebetulan waktu mereka sampai baru jer masuk waktu berbuka...so join sekali lah...
Petang 17/8/2011...kami ke Rengit...nak pergi pagi my hubby kerja..so kenalah pergi petang...macam biasalah..pergi untuk beli barang mana yang nak atau yang pelanggang pesan..so kalau dah namanya cari barang..kenalah jalan2 kawasana premis tu..alahai dah la musim puasa...tapi Alhamdulillah..cuaca sangat-sangat mengizinkan..redup jer jadi taklah letih sangat..
Kali ni..kami lebih kepada beli peti ais,mesin basuh dan perabot.
 
Kami selalu ambil barang kat kedai ni..tuan kedai baik hati selalu beri diskaun dan hadiah saguhati macam toys untuk kanak-kanak...
 
Aksi kakak dan adik bila dah penat menunggu..main jer permainan yang ada kat situ..
Lama jugak nak mencari barang yang betul2 berkenan dengan harga yang murah..penat tawar menawar kami hanya sempat berbuka dalam kereta semasa perjalanan balik...tapi sampai Simpang Renggam kami singgah makan kat Maju Seafood.Alhamdulillah....lepas makan kami singgah kat Bazar Ramadhan yang jual baju2 raya dan sebagainya...kami belikan mek dan ayah baju raya yang dah siap...
Hari Jumaat...18/8/2011...sekali lagi ke sana untuk angkut barang isi dalam lori...tang ni..my hubby dan my father yang penat..kena angkut barang masuk dalam lori...yang ringan2 boleh lah aku tolong...dan macam semalam tu..kami berbuka dalam kereta dulu lepas tu baru singgah makan kat mana2..
Pagi Sabtu 19/8/2011..sekali lagi bawa mek dan ayah pergi bazar...nak tukar baju sebab tak muat..huhuhu..
Pada mulanya..mereka nak bertolak balik hari sabtu tapi my hubby bagi cadangan balik hari Isnin..sebab kalau balik Isnin kami pun boleh balik sekali..Apa???nak balik kampung....???wow!!seronoknya...my hubby tetiba jer bagi cadangan...pucuk dicita ulam mendatang lah...hahaha...so..tinggal sehari lagi untuk berada di PSR ni..hari Ahad...so..hari Ahad kemas yang mana patut...
Dan...pagi Isnin selepas sahur dan sembahyang subuh..kami bertolok balik kampung...Ho!ho!ho..balik kampung...Alhamdulillah...selamat sampai..
My hubby dapat cuti 5 hari jer..Jumaat dah balik PSR..oklah tu dapat berbuka dan sahur dengan ahli keluarga yang lain..

Khamis, September 01, 2011

~ Malam Raya...Semua Kerja Nak Buat..!!!! ~

Assalamualaikum..
Ahaks!dapat petang raya...hehehehe..orang pergi beraya aku buka lappy update blog...huahahaha..tak kisahlah..kiranya pun my hubby tak ada..kerja!!!huhuhu..tinggallah aku dan anak2..
Ni kisah malam raya...huhuhu..bila malam raya semua kerja nak buat..nak masak nak kemas rumah..macam2 lagi lah..huhuhu..sempat ke tak siap ni..pukul berapalah tidur ya...
Errmm..lepas berbuka petang tu..kami tak buat apa2 lagi..relek dulu..hehehe..rasa cam letih pulak..tp si kakak pulak sibuk tanya bila nak masak kakak nak tolong..nak tak nak kenalah buat..pukul 9 lebih mulalah kerja kat dapur...aku kemas dulu dapur yang masih berselerak sejak pindah hari tu...my hubby potong daging..dia kata biar dia yang masak malam ni untuk pagi syawal nanti..

 hah!potong bang jangan tak potong daging tu...kita buat RENDANG DAGING..hurmm..si adik yang lebih2 tolong...habis satu muka di sapu air daging...hahaha..
Hurm...kalau si adik tolong papanya potong daging...kakak buat apa ya???
jom kita tengok kakak buat apa..

Tu diaaa....tengah masukkan duit dalam sampul...masukkan betul2 ya jangan ada yang tertinggal pulak..naya nanti..hihihi..

1 hinggit jer tahun ni ya..bajet kurang..hehehe..
kakak masukkan duit ni pun sembunyikan dari adik...tak nak bagi adik tahu..adik tu pantang nampak duit...hahaha..
Habis jer my hubby potong daging..boleh lah start masak ya..

hah!..dah ada dalam kuali..lambat lagi nak masak tu...
so..tungguuuuuu....
dalam dok tunggu tu..iron baju dulu...
bila masuk dapur nak tengok rendang atas dapur
tup!tup!...
uwwwwaaaa...
"Bang...gas habisssss..."
alahai...nak buat cmner...nak cr gas kat mana pukul 1 pagi...huhuhu..
apa boleh buat..
tutup lampu..
TIDURRRRR...

zzzzzzzzzz
Terbengkalai nak masak macaroni goreng...
huhuhuh...tp..jadi jugak masak macoroni tengahari raya tu...hehehehe...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers