headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 28, 2012

~ Syawal 2012 ~

Assalamualaikum..

Hamboiiiii....!!!!!
raya sakan nampaknya tuan blog ni ya...
sampai blog pun dah lama tak update ya..

hehehe..tak lah sakan berayanya..tp almaklumlah..kalau dah berada kat kampung kan...
nak buka blog pun tak sempat..nak berfb pun jarang2 jer..
ok..kite cerita pasal raya ya...
Raya pertama...
Pagi raya kami beraya diteratak bondaku..
raya tahun ni semua adik beradikku pulang...kecuali kakak sulung aku yang sampai kampung pada malam raya ke 2...
Pagi raya kami solat sunat hari raya di madrasah berdekatan dan selepas itu kami menziarahi pusara arwah ayah..
tahun ni tahun pertama tanpa ayah..
semoga arwah tenang disana...
Al-fatihah..

Selepas sessi bermaafan..sessi bergambar pula...
Ini gambar kami tahun ni..
beraya dikampung...

Ni..my family...
tak cukup lagi tu..

Lepas bergambar..serbu pula meja makan..
hihihi..sori..juadahnya tak sempat nak disnap gambarnya..
yang ada pagi tu ialah.
nasi himpit kuah kacang,rendang ayam,puding triffle,ketupat daun palas dan macam2 lagi..
tengaharinya..kami masak nasi jagung...

Petang raya...
kami bergerak ke rumah my hubby pula..(rumah mak mertua lah tu..)
kebetulan..keluarga sebelah abah mertua ku ada bersama...

keluarga sebelah abah mertuaku..
yang keluarga sebelah mak mertua..tak sempat nak bergambar..




Sabtu, Ogos 18, 2012

~ Salam Aidilfitri 2012 ~

Assalamualaikum..

Sekarang ni kami sekeluarga dah berada dikampung..
Alhamdulillah..kami selamat sampai ke kampung...
terima kasih kepada kawan2 yang mendoakan keselamatan kami...

Dikesempatan ini...
kami sekeluarga ingin memohon AMPUN DAN MAAF..
Sekiranya...
sepanjang kami mengenali u all samaada secara realiti atau di alam maya ini..
kami ada melakukan kesalahan yang boleh membuatkan u all terasa atau sakit hati...
AMPUN DAN MAAF KAMI PINTA...


SALAM AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI KAMI SEKELUARGA

Alhamdulillah..kami akan beraya dikampung sehingga 7 syawal...

Ahad, September 25, 2011

~ Sambutan Hari Malaysia Dan Kemerdekaan ~

Assalamualaikum..
Hari Jumaat lepas..16 September..hari Malaysia..dan oleh kerana hari kemerdekaan negara jatuh pada hari raya ke 2 maka..jumaat lepas kita telah menyambut hari Malaysia dan Kemerdekaan serentak..
Dan..tabika sekolah anakku,Nurain Batrisyia membuat majlis ringkas untuk sambutan itu..so..sekolahlah hari Jumaat tu..aku pun terlibat sama untuk menjayakannya..
Pukul 8 lebih kami dah mula acara dengan...

 Nak kata perbariasan tak jugak..hehehe..kami hanya berkumpul depan tiang bendera dan nyanyi lagu Negaraku,Jalur Gemilang,Lagu Johor,Lagu Merdeka dan juga bacaan doa.
Lepas tu acara dalam kelas pulak...

Mewarna.Warnakan lukisan.Ni sebenarnya kad raya merdeka.

Kakak tengah warnakan...adik pulak buat apa ya???

Dok main gam lah...nak larang jerit pulak..biarlah dia main...

 Masing2 nak tunjukkan kad yang sudah diwarnakan...Selesai bergambar sesi menjamu selera pulak..

Wahhhh.....!!!!makanan zaman dulu-dulu..ubi kayu rebus...bestnya dah lama tak makan..cicah dengan sambal ikan bilis..Selesai menjamu selera..balik lah apa lagi..hehehe...


















Ahad, September 18, 2011

~ Gambar Raya 2011 ~

Assalamualaikum...
Hari ni dah berapa syawal ya...???
Aku baru nak upload gambar raya yang tak berapa nak meriah tahun ni...
huhuhuh...
Yalah..beraya kat negeri orang..tak balik kampung...semua adik beradik yang lainbalik..aku jer yang tak balik...nak buat cmner...my hubby kerja...tak kan aku nak balik sorang2 pulak...tak elok....

Nilah keluarga kecil aku...

Bersama anak2 dara kecil ku.

My hubby dengan anak sulungnya...

Dan...inilah kaum keluargaku..
Dari kiri (atas) :Hilmi(abg ipar),Mahayu(kakak long),Hilman Ammar(anak saudara-anak kak long),Nur Zakyla(kakak ipar),Maharan(abang ngah).
Tengah(duduk) : Mahmud(ayahku),Esah(ibuku),Mahadi(Adik-alang),Fazilatul isma(adik ipar).
Duduk(baris ke3) : Mahaziqah Farhah(adik-makdeq),Mahazzatul Fatehah(adik-che su),Mahafizul imran(adik-che do),Hilman Aqil(anak saudara-anak kaklong),si kecik Danial Fitri(anak saudara-anak Alang).
Duduk ( bawah) : Mahazwanies Aeinaa(anak saudara-anak abg ngah),Mahazikrul Mustaqim( anak saudara-anak abg ngah),  Hilman Ashraff(anak saudara-anak kak long).

Korang tengok dalam gambar tu saper yang tak ada???
huhuhuh...aku lah....uwaaaa.......
sedih kan????
tapi tak apa lah..asalkan..semua gembira dan bahagia...
InsyaAllah ,semoga Allah terus merahmati kami sekeluarga...

Khamis, September 01, 2011

~ Malam Raya...Semua Kerja Nak Buat..!!!! ~

Assalamualaikum..
Ahaks!dapat petang raya...hehehehe..orang pergi beraya aku buka lappy update blog...huahahaha..tak kisahlah..kiranya pun my hubby tak ada..kerja!!!huhuhu..tinggallah aku dan anak2..
Ni kisah malam raya...huhuhu..bila malam raya semua kerja nak buat..nak masak nak kemas rumah..macam2 lagi lah..huhuhu..sempat ke tak siap ni..pukul berapalah tidur ya...
Errmm..lepas berbuka petang tu..kami tak buat apa2 lagi..relek dulu..hehehe..rasa cam letih pulak..tp si kakak pulak sibuk tanya bila nak masak kakak nak tolong..nak tak nak kenalah buat..pukul 9 lebih mulalah kerja kat dapur...aku kemas dulu dapur yang masih berselerak sejak pindah hari tu...my hubby potong daging..dia kata biar dia yang masak malam ni untuk pagi syawal nanti..

 hah!potong bang jangan tak potong daging tu...kita buat RENDANG DAGING..hurmm..si adik yang lebih2 tolong...habis satu muka di sapu air daging...hahaha..
Hurm...kalau si adik tolong papanya potong daging...kakak buat apa ya???
jom kita tengok kakak buat apa..

Tu diaaa....tengah masukkan duit dalam sampul...masukkan betul2 ya jangan ada yang tertinggal pulak..naya nanti..hihihi..

1 hinggit jer tahun ni ya..bajet kurang..hehehe..
kakak masukkan duit ni pun sembunyikan dari adik...tak nak bagi adik tahu..adik tu pantang nampak duit...hahaha..
Habis jer my hubby potong daging..boleh lah start masak ya..

hah!..dah ada dalam kuali..lambat lagi nak masak tu...
so..tungguuuuuu....
dalam dok tunggu tu..iron baju dulu...
bila masuk dapur nak tengok rendang atas dapur
tup!tup!...
uwwwwaaaa...
"Bang...gas habisssss..."
alahai...nak buat cmner...nak cr gas kat mana pukul 1 pagi...huhuhu..
apa boleh buat..
tutup lampu..
TIDURRRRR...

zzzzzzzzzz
Terbengkalai nak masak macaroni goreng...
huhuhuh...tp..jadi jugak masak macoroni tengahari raya tu...hehehehe...

Isnin, Ogos 29, 2011

~ Salam Aidilfitri ..Merdeka...!!!!~

Assalamualaikum..
Hari ni..hari terakhir kita berpuasa..dan bererti hari terakhir Ramadhan..Semoga Ramadhan tahun ini..penuh keinsafan dan keberkatan dari Allah..InsyaAllah!!!
Dan...
Kebetulan pula..Aidilfitri tahun ini..kita sambut pada 31 Ogos..bererti..kita akan menyambut 2 perayaan dalam satu masa..Aidilfitri dan Kemerdekaan Negara yang ke 54 tahun..
Raya...!!!
Raya...!!!
Raya...!!!
Merdeka...!!!
Merdeka...!!!
Merdeka...!!!
Dengan ucapan..:
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA RAKAN2 BLOGGERS,RAKAN FB DAN SEMUA RAKAN2 YANG MENGENALI DIRI INI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN DI PINTA ANDAI DIRI INI ADA MELAKUKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN....
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 54 TAHUN..
SEMOGA MALAYSIA TERUS AMAN DAN DAMAI DALAM MASYARAKAT 1 MALAYSIA.


Selasa, Ogos 16, 2011

~ Kad Raya Maya Dari Bangku Kosong~

Assalamualaikum...

Yeayyyy..dapat kad raya dari Blog Bangku Kosong

Terima kasih kepada En,Hasrul Hassan kerana sudi memberi kad raya kepad follower2 blog Bangku Kosong ya...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers