headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Ahad, November 21, 2010

Godek Punya Godek

     Godek punya godek...hurmmmm....apalah yang aku godek ya..letih jugak mata ni...bukan apa pun..godek mencari tamplate yang cantik...
     Nah!cantik tak yang ni...???tak per lah kalau aku rasa tak cantik lagi aku cari yang lain pulak..huhuhu..entahlah..ada jer rasa yang tak kena..tak tahulah tamplate yang ni bertahan berapa lama..hehehe..cantiklah buat masa ni..

Jumaat, November 19, 2010

Cinta Aku Seadanya


Cinta Aku Seadanya

Ingin rasa diri dicintai
Ingin rasa diri dirindui
Mengharap kasih pada yang tak sudi
Agar bahagia kemudian hari..
Sementelah diri sering diuji
Dikeji,dicerca dan dicaci
Kerana tanda lahir dia rela menyendiri

Syifa....dilahirkan mempunyai tanda lahir dipipi kiri...bukan niat dan kemahuan hati namun dia terus dicaci dan dikeji oleh orang-orang yang tidak tahu menilai dan menghargai ciptaan Ilahi...kerana kekurangan yang satu itu Syifa mempunyai sifat rendah diri yang begitu mendalam dalam diri.Dia tidak sanggup berdepan dengan masyarakat,tidak sanggup mendengar diri dicaci kerana setiap kali dicaci dan dikeji dia hanya akan menangis dan tidak pernah mempertahankan diri.Ini telah membuatkan kakak kandung sendiri,Zahra bertindak turut tidak menghargai Syifa dengan terus menghina Syifa kerana mempunyai tanda dipipi.Niat Zahra hanya ingin Syifa sedar diri dan berusaha untuk membela diri namun Syifa lebih rela mendiamkan diri.
Dengan kemelut yang melanda diri..masih ada lagi yang berhati mulia menyayangi.
Nafisah...kagum dengan keperibadian diri Syifa tidak pernah menilai tanda lahir dipipi gadis itu.Lantas ingin menyunting Syifa menjadi menantu untuk anak sulungnya,Muszahri.Kata sepakat diperolehi,Syifa dan Muszahri diijabkabulkan menjadi suami isteri.Syifa keliru sendiri adakah diri dicintai oleh suami yang mula mendapat tempat dihatinya.Sementelah ada yang menjadi duri...Luna seorang gadis yang up-to-date..mengilai Muszahri hingga sanggup menabur fitnah kepada Syifa.
Muszahri...seorang jejaka tampan yang kuat bekerja.Dunianya hanya kerja.Bila menjadi suami dia seakan tidak pandai memainkan peranan diri.Muszahri tidak pandai untuk menunjukkan rasa cinta dihati akibatnya Syifa terkontang-kanting seorang diri.Muszahri lelah sendiri bila Syifa koma dalam satu kemalangan.Muszahri hampir tumbang namun nasib baik ada sahabat sejati,Adlisham yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat.Muszahri lebih tertekan bila Syifa tidak mengingati dirinya sebagai suami.

eh!eh!nak baca lebih2 beli sendiri....heheheh...nanti tak syok lah...ermmm...konklusinya...bila aku baca novel ni...Geram sangat2 dengan Syifa...bukan apa..sifat merendah dirinya melampau-lampau...huhuhu..Muszahri pulak...ada jugak yang macam tu ya..tak tahu nak tunjukkan rasa cinta pada isteri...kesian....saat2 paling sedih dan tertekan bila Muszahri tidak dibenarkan berjumpa dengan Syifa semasa Syifa koma oleh Farizal,adiknya.sedih gak!

Apa2 pun aku suka baca novel Moon ni..Moon,akak bagi 4 ****




Selasa, November 16, 2010

Salam Aidiladha

      Pejam celik pejam celik...esok dah nak raya..raya lagi kita ya....
      Kepada kawan-kawan,sahabat handai dan sesiapa jua yang nak balik raya kat kampung tu diharap berhati-hati di jalan raya..semoga selamat sampai ke destinasi..
     Raya korban kali ni aku sekeluarga tak balik kampung...uwaaa...uwaaa...sedihnya...yalah raya puasa hari tu dah balik...kali ni my hubby kena kerja lah...so..berayalah kat kuarters penjara ni..sunyi....pasti sunyi!
     Kalau raya kat kampung mesti meriah..kat Kelantan memang meriah kalau raya korban...
    
    Dan bagi yang menunaikan ibadah haji tahun ni...semoga selamat semuanya dan mendapat haji yang mabrur..InsyaAllah...
    Di kesempatan ini aku nak ucapkan ...
                  
             SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

Ni lembu yang dikorbankan tahun lepas kat kampung aku..

Walau apa pun...lepas raya nanti aku sekeluarga akan balik kampung jugak...InsyaAllah.


Ahad, November 14, 2010

...titian kehidupan...

Wajah Baru

     Rumahku Syurgaku...



Jauh beza dari yang lama..tapi ni bukan rumah baru..rumah lama gak cuma suasana dan rupa kat dalam je yang baru...



ni langsir yang baru di jahit..biasa-biasa jer..cukup lah dapat tutup ruang dapur..


tu buai kakak....tak nak letak kat luar katanya nanti cepat rosak..hahaha..


cukuplah untuk berlindung...

tinta hati: Terima kasih buat suami tercinta dan anak-anak,Ain dan Aisyah..kerana sama-sama mewujudkan semua ini untuk kita sekeluarga...

Sabtu, November 13, 2010

Jauh Kau Pergi

      Yessss.....!!!!!
      Berjaya juga aku dapatkan Jauh Kau Pergi...Kak Dhiya,saya dah siap baca dah..ni nak komen boleh tak?hehehe...




Jauh Kau Pergi

Betapa jauh kau pergi...namun aku tetap setia menuggu....
Derita kenangan silam..buat aku sukar untuk menyambut salam cintamu...

Persahabatan yang terbina selama bertahun-tahun akhirnya bersatu dalam akad yang suci walaupun tanpa kerelaan hati namun Afiqah Najwa redha menghadapi..Kehilangan abang tersayang Najmi Hariri amat dirasai apatah lagi saudara kembar sendiri.Begitu lama Afi menangisi pemergian abangnya dalam satu operasi komando sementelah bila memikirkan diri sendirian. Afi dan Najmi dianggap tidah wujud oleh datuk dan nenek mereka sendiri kerana kesilapan ibu bapa yang berkahwin tanpa restu.Namun kerana kasih dan rindu kepada anak sendiri Haji Ibrahim dan Hajah Noraini tewas dengan ego sendiri lalu menerima cucu sendiri walaupun ketika itu Najmi telah pergi.
Nyawa Afi dalam bahaya apabila musuh abangnya mula mencarinya untuk mendapatkan maklumat yang tidak Afi ketahui.Afi bagaikan hidup dalam pelarian..namun Haiyan Rifqi dan kawan-kawan abangnya selalu disisi untuk melindungi Afi. Demi mengelak fitnah masyarakat Rif melamar Afi walau dalam hati tiada cinta.Namun demi Afi,Rif rela berkorban nyawa.Mereka berkahwin tanpa cinta dihati hanya sayang sebagai sahabat sejati.
Kuasa Allah yang Maha Esa mengatasi bila Afi redha dengan ketentuanNya,cahaya cinta mula bersinar kepada suami sendiri.Namun Rifqi masih di deritai kenangan silam bersama tunang tersayang,kerana tunangnya terbunuh di depan matanya sendiri.Jiwa Afi sengsara bila terpaksa bersaing dengan orang yang telah tiada.Di tengah kemelut yang melanda,Najmi muncul sebagai insan lain.Afi rasakan umpama mimpi dalam mimpi.
Kesudahannya....boleh baca sendiri bagi yang belum baca...hehehe..

Tahniah buat kak Dhiya Zafira..Membaca novel ni membuatkan saya menyelami watak Afi...saat dia derita kehilangan abang dan saat kemelutnya bersama Rif.Yang saya suka ketika Afi dibawa 'terbang' oleh Rif semasa berada Pulau Pinang.Dapat saya bayangkn perasaan Afi masa tu..takut dan gayat..tapi saya suka time tu..macam kelakar pulak..yalah...mentang-mentanglah Rif komando...
Saya juga teruja dengan operasi-operasi komando yang dilakukan oleh Najmi,Rif,Eddie,Luqman dan Helmi..mencabar!!
Saat saya menangis bila waktu Rif ingin menyelamatkan Afi dari mati lemas dengan buat CPR...namun dia gagal..dapat saya bayangkan perasaan Rif masa tu...takut kehilangan kali ke dua.
Sekali lagi saya teruja bila Afi mengandung dan dapat baby kembar...
"kita takut sama-sama, okey?"

Jumaat, November 12, 2010

Basikal Baru

      Yeeayyy....yeeaayyyy...semalam kakak dapat basikal baru...Gembiranya dia..
             "Terima kasih..papa...terima kasih ummi...."itulah kata dia..
Warna Pink...Warna kegemaran kakak.

Posing ngan adik daaa....

Harga sebenar basikal ni RM175...tp bila ditawar-tawar dapatlah harga murah skit..RM150...
Seronok betul dia main basikal..adik pun siap nak rebut-rebut lagi...Asyik mintak nak main kat luar jer...tak kira panas ke hujan...haru jugak...
      
suka sangart bergambar dua beradik ni...

Rabu, November 10, 2010

Realitinya

     Mungkin dulu atau sebelum ni pun aku hanya membaca di akhbar atau tengok tv je...tapi bila benda ni berlaku depan mata..terkejut aku..
     Kejadian yang aku nak cerita ni betul-betul berlaku depan mata..Ya!Allah..betul lah dunia ni sudah akhir zaman.Kisahnya macam ni..Suatu hari tu aku aku sefamili pergi shopping barang -barang dapur..dan semasa nak bayar harga barang tu ku ternampak seorang mamat ni kalut jer nak bayar harga barang dia..mula-mula dia ke kuanter depan tapi tak ada orang..last-last dia patah balik dan bayar kat kuanter yang banyak-banyak tu..aku tengok...ish!apasal mamat ni kalut sangat...lalu aku jengok lah barang-barang yang ada kat dalam bakul dia..eemmm..sikit jer barang dia apa susah beratur jerlah...fikirku...tapi aku jenguk lagi sekali..lepas tu aku tengok pulak rupa paras dia..ermm..melayu..kulit sawo matang camtu..tapi nape ada ada botol tu?fikir tu..2 botol pulak tu..amoi yang jaga kat kaunter tu pun siap jeling-jeling dah..maknanya????korang agaknya boleh fikir sendiri..dengan mukanya macam hilang aura dah...orang kata cahaya keimanan  pun dah tak ada...Ya!Allah...moga diberi petunjuk olehNya..
     Bukan nak menuduh tapi dah depan mata...dan itulah realitinya....

    " TEPUK DADA TANYA IMAN"
     

Ahad, Oktober 31, 2010

Masa Free

Main Bowling....ermmm...tak kiralah ada masa ke masa free ke masa terluang ke kami memang suka main bowling...bukan apa saja nak keluarkan peluh dan saja je nak suka suki dan mengeratkan hubungan kami dan anak2...bolehlah buat strike dalam 3,4 kali...cukuplah tu..nak buat banyak2 tak lepas...hahahah...

Amacam ada gaya tak?

yeayy....nasib baik tak strike..kalau tak kalah ummi..

ni adik nak main juga ke?

adik dan kakak pun sibuk nak main...

Apapun kami enjoy main....

Rabu, Oktober 20, 2010

Takkan Pernah Jauh


Aku baca novel ni dalam masa 3 hari.Emm...tu dah kira lambat tu kalau biasa aku baca novel,aku boleh habiskan dalam masa 2 hari..heheheh...beza 1 hari jer..
Shanika Latisha....sebenarnya aku baru jer beli novel dia...baru pertama kali walaupun aku tahu dia dah banyak novel.Pandangan pertama aku tengok novel ni...emmm..menarik!so aku belilah..

Takkan Pernah Jauh

Kasih tercipta
Rindu bersulam
Cinta membara
Sayang menjelma...
namun...
Lidah kelu untuk bersuara
Tiada lafaz dapat diungkapkan
Walau hati meronta-ronta
Cinta terpendam begitu saja
Takut kehilangan persahabatan yang terjalin.

Tahniah buat penulis...kerana berjaya menggarap jalan cerita yang unik.Dari alam remaja hingga ke usia emas.Kisah Shah Idham yang mungkin pada pandangan saya seorang lelaki yang takut untuk meluahkan kata cinta hingga terpaksa menderita memendam rasa selama 30 tahun.Lama betul!!!Dyba pula seorang wanita yang pada pandangan saya seorang yang penuh kasih sayang walau pun tidak mengetahui bayi kembar yang dijumpai anak siapa.Namun kerana takutkan abang tiri,dia terpaksa melarikan diri meninggalkan bayi yang jumpai bersama Shah.Saya kagum dengan keperibadian Shah kerana cintanya pada Dyba dan kasihnya kepada kembar itu.Walaupun tanpa Dyba dan perkahwinannya yang singkat,Shah berjaya membesarkan Khalel dan Hafiy sehingga mejadi manusia yang berguna walaupun bapa mereka seorang pembunuh dan hanya menyayangi diri sendiri sahaja.
Walau jarak masa selama 30 tahun yang memisahkan Shah dan Dyba,cinta yang tidak terluah itu tidak pernah padam walau cuba untuk dilupakan.Kuasa Allah,mereka disatukan juga walaupun masing2 sudah berusia kerana pada mereka yang tua hanya usia tapi tidak pada kasih sayang.
Tetapi...watak Wairin..seorang yang pendendam.Kerana cinta sanggup putus kehilangan kawan.Inilah konflik yang terpaksa di hadapi oleh Shah,Dyba,Fazril  dan Wairin bila hubungan persahabatan bertukar kepada cinta.Hanya Neesa yang mempunyai hidup sendiri namun masih terperangkap dengan mainan Wairin untuk membenci Dyba.Apa jadi kepada Wairin setelah pernikahan Shah dan Dyba?Adakah masih berdendam dan tidak boleh menerima kenyataan?
errmmm...itu lah yang dapat aku komen tentang novel ini..kalau korang nak tahu kisah nya bolehlah dapatkan novel ni di pasaran..terima kasih!!!

Khamis, September 16, 2010

Kisah Cuti Raya

Salam...
         Pada pagi 6 september 2010,selepas subuh aku satu keluarga dah bertolak dari Penjara Simpang Renggam ke Pasir Mas.Perjalanan Alhamdulillah...lancar dan selamat..pada pukul 4.30 petang kami dah sampai di desa tercinta..Alhamdulillah..Hurmm...sebelum balik lagi mek dah call nak makan apa untuk berbuka..aku pun apa lagi.."NASI KERABU AYAM BAKAR"..amboi!....sesedap hati order makan ya...heheheh..biasalah..Dan..apa lagi petang tu kami berbuka dengan nasi kerabu ayam bakar,ikan bakar,solok lada dan lauk pauk lain..wah!bestnyer...dah lama tak makan nasi kerabu mek..Terima Kasih ibuku...
Menunya Nasi Kerabu tapi nasi tak ada dalam pinggan lagi sebab masa tu lambat lagi masuk waktu berbuka..heheheh..

Keesokkan harinya 7hb kami bawa mek dan adik2 pergi shopping raya..beli segala keperluan untuk raya..letih jugak..petang pulak aku balik pulak ke rumah mak mertua..berbuka kat sana pulak..senangkan?rumah mak dan rumah mak mertua dekat..yalah kami satu daerah cuma kampung jer yang berlainan..tp perjalanan hanya 15 minit jer..Alhamdulillah..tak payah kecoh nak raya kat mana..heheheh..
Berbuka di rumah mertua kami masak "KARI AYAM" je menu utama..best jugak..tapi bukan aku yang masak pun...heheheh..siapa lagi kalau bukan mak mertua aku..yalah..aku sampai menu dah siap masak..Terima Kasih Ma..Malam pulak kami bawa anak2 saudara (anak yatim-kematian ayah) pergi shopping baju raya..seronok nampak diorang dua beradik nih..dapat baju raya dan barang2 keperluan lain..kami puas hati dapat buat macam tu..Alhamdulillah..semoga tahun depan murah rezeki dapat berbakti kepada anak yatim..
Hari ke 3 iaitu 8hb..kami just lepak2 kat umah jer..penat shopping semalam kot..heheheh..Petang tu kami berbuka di rumah mertua lagi..kali aku dan my lovely hubby yang masak..menu kami "MEE BERKUAH"..licin habis...yumm..yumm..tp aku tak sempat nak ambil gambar...heheheh..Hari last puasa berbuka pula di rumah mek..Menu penutup puasa aku buat "MEE CELUP,MEE BANDUNG MUAR" dan bagi yang tak nak makan mee kami sediakan "KARI KETAM"..yang ni pun aku tak sempat nak ambil gambar..heheheh..excited nak makan kot...tp masa aku sampai rumah sebelum berbuka tu aku sempat lah tengok mek dan adik aku sedang bungkus "KETUPAT DAUN PALAS"..

Ketupat Daun Palas..

Malam raya aku balik ke rumah mak mertua kerana kami akan beraya kat sana..suasana meriah.dengan bunyi2 mercun yang membingitkan telinga..
Hari raya..aku tak pergi solat sunat hari raya kerana anak aku ecah masih kecil..kalau pergi karang ada pulak yang akan ambil alih tempat tok imam..huhuhu..

keluargaku..

Selepas my hubby solat sunat hari raya kami menziarahi sanak saudara sebelah suami aku ni..lepas tu selepas solat jumaat kami beraya pula ke rumah mek..dan begitu lah untuk hari2 yang serterusnya kami bergilir-gilir beraya di rumah ibu masing2..penat?nak kata penat tak jugak sebab dekat jer..heheheh..apa pun aku seronok dapat pulang berhari raya bersama keluarga di kampung..kerana tahun depan tak dapat balik kerana my hubby kerja pula..
Apa pun..aku nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA...

      

Sabtu, September 04, 2010

Salam Aidilfitri 1431

     Ramadhan bakal meninggalkan kita sekali lagi..Syawal akan muncul dengan wajah berseri-seri meraikan kemenangan umat Islam dalam menunaikan Rukun Islam.Ucapan TAHNIAH dihulurkan kerana menang dalam mengawal hawa nafsu sepanjang bulan yang mulia ini.
      Sempena Syawal yang bakal menjelma ini,saya ingin mengambil kesempatan di blog ini untuk memohon ampun dam maaf kepada teman-teman,kawan-kawan,sahabat handai dan saudara-mara
 andai...sepanjang bersahabat ada yang terguris hatinya...
 andai... ketika bermesra ada yang tersentuh jiwanya
 andai... ketika berbicara ada yang tersentap nalurinya..

       Ampun dan maaf di pinta agar suasana Aidilfitri nanti akan bercahaya dengan pelita kemaafan  dan sumbu kegembiraan.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selasa, Ogos 31, 2010

Sambut Merdeka Kat Tadika

Salam...
         Hari ni Tadika Penjara Simpang Renggam dah buat sambutan Kemerdekaan yang ke 53...jadi kami para ibu bapa dijemput hadir sekali untuk memeriahkan sambutan.
         Errmmm...nasib baiklah kakak tak banyak ragam nak bangun pagi ni..mungkin tak sabar nak kibar jalur gemilang.Oleh kerana papanya kerja hari ni jadi aku yang kena hadirkan diri bawa sekali adiknya,Aisyah.
        Sampai kat sekolah dah ada ibu2 yang sampai..setelah semuannya berkumpul,kami nyanyikan lagu Negaraku,lagu Negeri Johor,lagu Tanggal 31 dan lagu Jalur Gemilang.Semangat semuanya termasuk kami ibu2...heheheh....
       Setelah selesai nyanyi..ada pula aktiviti mewarna lukisan..ibu2 disuruh sekali mewarna bersama anak-anak..hahaha..seronok jugak yalah dah lama tak mewarna..semua bersemangat merdeka.
Merdeka!Merdeka!Merdeka!...
Hasil Tangan Kakak

Kakak Bersama Lukisannya

Bergambar Bersama Kawan-kawan dengan Lukisan Masing2


Selamat Hari Merdeka!

Salam Kemerdekaan

Selamat Menyambut  Hari Kemerdekaan yang ke 53..
Semoga Malaysia akan terus aman dan makmur..dan semoga Malaysia akan sentiasa dilindungi Allah S.W.T.
Tapi...
Merdeka kah kita kalau saban hari masih ada yang membuang bayi?
Merdeka kah kita kalau saban hari masih ada mat rempit yang bermaharajalela di jalanan?
Merdeka kah kita kalau saban hari masih ada yang merasuah?
Merdeka kah kita kalau saban hari masih berlaku gejala sosial yang memalukan?
Merdeka kah kita???

Dimanakah letaknya erti kemerdekaan dalam jiwa kita?
Fikir-fikirkanlah....
Jangan lagi jiwa kita dijajah oleh nafsu sendiri.
Jangan lagi jiwa kita dijajah oleh budaya asing yang hanya ingin menyesatkan kita.
Renung-renungkanlah....

Salam Kemerdekaan

Isnin, Ogos 30, 2010

Ragam

Salam..
     Dah lama aku tak berceloteh tentang puteri-puteri kesayangan aku ni..Nurain dan Nuraisyah..si kakak dan si adik ni..sekarang ni kakak dah umur 4 tahun 9 bulan..adik pulak 1 tahun 5 bulan..dah semakin membesar..jenuh nak mengawal.baru 2 anak...ibu2 yang anak ramai macam mana lah agaknya ya..ermm...tak perlu contoh jauh contoh yang dekat pun ada ni..siapa lagi kalau bukan ibu ku yang tersayang...yalah aku ada 7 orang adik beradik..
     Berbalik kepada kisah puteri2ku..ermm...masing2 dengan perangai dan tingkah laku yang berbeza..mungkin yang sama nya mereka ni suka bergurau.Kakak ni..Alhamdulillah dah sekolah tadika dan dari hari ke sehari perkembangannya Alhamdulillah...nampak sudah berdikari.Kalau dulu bukan main manja lagi terutama dengan papa dia..manja sesangat..sekarang ni pun ada lagi manja tapi dah kuranglah skit..
    Sekarang ni macam-macam fiil perangai diorang ni...bila si adik dah boleh berjalan dan bercakap skit2..adik pun dah pandai mintak itu ini..tapi ayatnya.."nak air"...hah!tu lah ayatnya...walau nak benda lain sekalipun..nak air..nak air...hahaha....adik..adik...sekarang ni pun dia dah pandai sebut 'papa'..seronok dengar..sukalah papa dia bila anak dah boleh panggil papa ya..tp umi..adik tak boleh sebut lagi yang keluar 'mama'..huhuhu....nama kakak adik bantai sebut ain je..tak ada kakak2 nya..hahahah...kelakar betul Aisyah ni...
    Kakak ni kalau bab makan memilih betul..patutlah keding jer..huhuh..makan vitamin dah habis berbotol2..gemuknya tak jugak..kalau adik..bagi je makan apa semua dia makan..tulah sebab adik ni berisi skit badan dia...makanan kakak biasanya mee goreng,nasi ayam,bihun sup...tapi biasanya adik yang habiskan..
     Hmmm..sekarang ni pening kepala aku...huh!agaknya kakak lah idola adik..yalah semua yang kakak buat adik akan tiru..terutama bab merajuk..alahai si kecik umi dah pandai merajuk sekarang..dan dah pandai berebur-rebut barang dan gaduh2 ngan kakak..penin!penin!..
     Apa-apa pun aku suka dan seronok tengok mereka membesar..merekalah anugerah Allah kepada kami suami isteri.Semoga anak umi dan papa membesar dengan sihat dan gembira.

adik dah pandai memanjat..sekali jatuh nangis..pastu panjat lagi..

kakak yang gemar bergambar

toys terbaru..kakak punya Dora..adik punya Pooh.


Dari hatiku : anak-anak ku..umi dan papa bahagia dan bangga memilikimu..

Rabu, Ogos 25, 2010

Perasaan Aku

Hanya Aku Yang Tahu
Mereka Tidak Mungkin Tahu
Mereka Tidak Mungkin Merasainya
Hanya Aku Yang Boleh Merasai

Namun Kenapa Aku
Kenapa Tidak Mereka
Kenapa Bukan Orang Lain
Kerana Aku adalah Aku

Aku Tidak Mungkin Menjadi Mereka
Tidak Mungkin Menjadi Orang Lain
Kerana Aku Hanya Aku
Melalui Semua Ini

Tapi Siapa Aku
Dimana Aku
Hanya Aku dan Tuhan Yang Tahu
Kerana Aku Adalah Perasaan Aku

Perasaan Aku Yang Bahagia
Perasaan Aku Yang Derita
Perasaan Aku Yang Suka
Hanya Aku Yang Tahu


Ahaks!Aku pun tak tahu apa yang aku merepek ni...huhuhu...boleh ke ini di panggil sajak???Hahahaha...kalau ada yang baca bacalah...

Selasa, Ogos 24, 2010

Mercun Oh Mercun

            Puasa,Raya dan Mercun memang tidak boleh dipisahkan.Kalau dipisahkan mungkin sudah tidak meriah.Hmmm...sebelum puasa lagi telinga ni sudah terdengar-dengar bunyi mercun...huh!hangat jugak hati aku ni..Agak2lah kalau nak main mercun pun..belum puasa pun sudah bunyi pong sana pong sini...Geram betul!
         Sekarang ni kita dah berada di pertengahan Ramadan..maka semakin bingitlah telinga ni mendengar bunyi mercun.Dan semakin banyaaklah kes cedera akibat main mercun.Semakin sibuk lah doktor2 kat hospital.Apa nak jadi ni..dah tahu benda tu merbahaya..main lagi...siapa yang nak dipersalahkan????
        Hah!kes terbaru yang paling ngeri yang sampai budak 6 tahun melekat kat atas pokok..ngeri betul.Tapi rasanya tiada seorang pun yang ambil iktibar daripada kejadian tu kerana masih ada yang dilaporkan cedera akibat mercun.Agak2nya apa yang akan berlaku lagi supaya mereka2 ini insaf  tak nak main mercun lagi.Rasanya kerajaan dah lakukan macam-macam cara untuk membenteras penyeludupan mercun ini tapi masih berlaku lagi kejadian-kejadian yang tidak diingini.
        Yang hairannya..budak2 bawah umur yang seronok main..mak bapak diorang tak halang ke?Kalau anak tu cedera ke meninggal ke baru nak menyesal.Baru nak menangis.Yalah kadang2 tu mak bapak yang turut main......huhuhu...haru betul..
Jangan Main Mercun!!!

Sekarang ni macam -macam jenis mercun ada di pasaran.Mercun bola,mercun katak,mercun ayam,mercun ketupat,mercun roket dan macam2 lagilah..Main mercun ni memang ada nostalgianya.Masing-masing ada pengalaman sendiri...tp aku tak pernah main mercun cuma main bunga api je..tu pun takut2.Takut api kena kat muka.
Mercun Bola

Wahai adik2 dan kawan2 kat luar sana..beringatlah sewaktu bermain mercun.kalau boleh tak payahlah main langsung ya..takut nanti ada yang tak boleh raya atau ada yang raya tak cukup anggota badan.Jadi beringatlah sebelum kena.Jangan sampai Aidilfitri nanti sudah tak ada maknanya.

Isnin, Ogos 16, 2010

Bila Anugerah Tidak Di Hargai

Sedih..geram...marah...dan macam2 lagi perasaan merajai hati bila saban hari disajikan dengan berita pembuangan bayi....Ya!Allah...inikan tanda2 kiamat hampir tiba?Kenapa lah diorang ni sanggup membuang darah daging sendiri..binatang pun tahu sayang anak..inikn pulak manusia...memang tak ada hati perut langsung....yalah mungkin masa beranak tu tercabut habis segala urat perut.Tu yang tak ada hati perut tu.
Pilunya hati bila lihat gambar anak2 yang dibuang.Diorang ni tidak ada perasaan sayang ke?senang2 je buang.Masa bercinta semua manis..semua indah..bila dah terkena inilah jawabnya.Buang bayi yang di kandung selama 9 bulan.
Wahai anak2 remaja diluar sana..ingat lah bila berpacaran,bila berkasih-kasihan.Tak salah berpasangan tapi hendaklah ada batasannya mengikut agama kita,Islam.wahai ibu2 bapa2..tidak kasihkan anda pada bayi yang dikandung sampai sanggup membuangnya?Malu?oh....masa buat tidak fikir semua itu.
Wahai ibu2 dan bapa2 yang sanggup membuang anak2 anda tidak takutkah anda dengan hukum Allah?Sampai bila benda ini akan berlaku?Hargai anugerah yang Allah berikan.

ingatlah ketika kita kandung bayi ini...9 bulan di dalam kandungan.

tak kan sanggup di buang begitu saja..

Ingatlah wahai para ibu dan bapa...anak itu anugerah Allah yang sangat berharga.Didik dan bimbinglah mereka agar menjadi anak yang soleh dan solehah.InsyaAllah.

Apa sebenarnya hukuman yang patut dikenakan kepada mereka2 yang membuang anugerah Allah ini?Sekarang ni pun kerajaan sedang mengkaji hukuman apa yang patut dikenakan.Mungkin hukuman di dunia ini bolehlah terlepas tapi hukuman Allah itu pasti.

Ahad, Ogos 08, 2010

Ramadhan dan Puasa

Assalamualaikum...Ramadhan dah tiba...jadi kita sebagai umat Islam wajib mengerjakan rukun Islam ni...Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih diberi peluang untuk beribadah kepadaNya..InsyaAllah..kita mengharapkan ramadhan kali ni penuh makna dan penuh keberkatan dengan rahmat yang Allah berikan..
Sebagai umat Islam kita seharusnya bersyukur kerana Allah mewajibkan kita berpuasa di bulan yang mulia ini..Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah:183 yang bermaksud...
"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)


Banyak kelebihan dan kebaikan kalau kita berpuasa ni ya...syukur sangat2...antaranya
1)Puasa membersihkan diri kita daripada dosa..InsyaAllah bila kita berpuasa dengan ikhlas kita akan terhindar dari melakukan dosa.
2)Puasa akan dapat membersihkan kotoran dalam badan kita,dimana ia bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau tosik dalam darah manusia.
3)Ia juga memberikan kesegaran kepada fizikal dan mental kita.
)Puasa juga boleh menurunkan berat badan..hah!sape2 yang rasa diri dia tu dah obes..bolehlah jalankan misi kuruskan badan bulan puasa ni ya....(termasuklah aku)
4)Puasa juga menghindarkan diri kita daripada berkata benda yang bukan2,mengawal diri daripada mengumpat dan sifat2 buruk yang lain...(itupun kalau kita puasa kerana Allah)
5)Puasa juga mengajar diri kita erti kesabaran.

hah!itulah antara kelebihan berpuasa...sebenarnya ada banyak lagi kelebihan dan kebaikannya.

Sahur...ha..jangan lupa sahur ya...banyak berkatnya kalau kita bersahur.Rugi kalau tidak rebut peluang itu..Ia sesuai dengan sabda nabi kita Muhammad S.A.W..
“Makan sahurlah kalian kerana di dalam sahur ada barakah.” (HR. Al-Bukhariy no.1923 dan Muslim no.1095)

Bila bulan Ramadhan dah tiba ni bersama2lah kita berebut2 mengambil keberkatannya.Jangan pulak tidak puasa ya...yalah sekarang ni banyak sangat kisah yang terjadi...si polan2  itu x puasa lah...apa lah...kena tangkap sebab tak puasa lah..makan di khalayak ramai...isshh...tak malu ke diorang ni..ada tu umur dah lanjut tapi x puasa lagi..boleh siap makan depan orang ramai..huhuhuh..harap2 tahun ni x ada lagilah macam tu ya...moga2 semua umat islam mendapat hidayah di bulan mulia ni..InsyaAllah.

Puasa juga membolehkan kita mengawal hawa nafsu...macam2 nasfu kita boleh kawal...nafsu marah,nafsu makan dan macam2 lagi..sebut tentang nafsu makan ni ..aku nak cakap lah skit...errmm....

isteri: "bang,jom pergi bazar ramadhan,"ajak si isteri
suami: "ok,"jawab suami..tiba di bazar ramadhan...
isteri: "alahai bang!banyaknya makanan...saya nak itu..saya nk ini...saya nak makan yang tu...
......alahai..banyaknya berbelanja..nak makan itu lah ini lah..hah!itulah serba sedikit cerita di bulan puasa ni...macam2 kita nak makan..macam2 kita beli..last2 sekali bila dah time berbuka dah kenyang...makanan yang lebih tu akan membazir jer kan...so..pandai2lah kawal nafsu keinginan kita..

Semoga kita semua mendapat berkat di bulan yang mulai ini...InsyaAllah...Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa...

Selasa, Ogos 03, 2010

Jumpa Dentist

Hari ni..kakak kena jumpa dentist..hhuhuhu...cmner ni ek....takut pulak dia xnak pergi..tp Alhamdulillah...semua berjalan lancar..kakak memberikan kerjasama yg baik sekali..terima kasih anak ummi..
Bila dipanggil masuk bilik tu kakak ok jer...kami dah mula 'gabra'...takut kakak buat hal...setelah diperiksa gigi kakak kena tampal...4 batang pulak tu...semua gigi geraham...dalam hati aku..alahai..cmner lah gamaknya..nurse dah tanya dia nak buat semua ke buat sikit2..dia dah jawab sikit2 dah..hihihhi..takut lah tu..nurse tu kata kalau buat sikit2 nanti kena datang lagi...so kenalah buat semua...
kerjasama yang baik dari kakak...

muka dah lain macam...

akhirnya....huhuhhuhu..member dah nangis...nak balik..

adik pun nak periksa gigi jugak...tp..last sekali nangis....

ok lah tu...adik n kakak..6 bulan lg kita jumpa dentist pulak ek...

Isnin, Ogos 02, 2010

Lawatan Sambil Belajar

Sabtu lepas tadika kakak ada buat lawatan sambil belajar ke Bandaraya Johor Bharu..so..kami ibu bapa kenalah ikut serta rombongan tu..kalau x..jenuh cikgu nak mengawal budak2 ni...huhuhu....haru...dalam pukul 8.30 pagi bertolaklah kami ke destinasi..destinasi pertama ke Balai Bomba Johor Bharu..
terujanya kakak nak g lawatan..

turun...turun..dah sampai Balai Bomba..

ok!anak2....beratur...kita nak masuk dalam..

kakak n kawan dia..kat tepi lori water tanker...

hahahah...teruja betul anak2 main air...dah ada sampai nk mandi...bukan takat anak2..ibu2 pun teruja..hahaha...
makan tengahari...
lagilah seronok bila masuk zoo..
huk!tak sangka pulak kakak berani bergambar bersama ular...wooo..

adik pun teruja...seronok...

Isnin, Julai 26, 2010

hantu,jin,makhluk halus....

          huhuhuhu......haru biru...apa semua ni..ntahlah..cmner nk mula ni..ermmm...cmni lah..ni pengalaman aku sendiri..semenjak dua menjak tiga menjak...huhuhu..lama gak tu ek...aku pun tak tahu nape lengan aku sebelah kiri ni selalu kebas..dari siku sampai hujung jari..sampai nk pegang pisau kupas bawang pun x boleh lama2..haru ni...pegang kejap pastu letak balik pastu pegang balik...cam ada arus letrik je mengalir kat tangan..kalu ada betul2 leh gak buat cas bateri telefon  kn..hihihhi...apa daaa...rasa ni aku rasa sejak melahirkan anak pertama lagi tapi x lah kuat sangat cuma jari hantu jer rasa tu pun kat hujung jari jer..masa tu aku x amik kisah pun..tapi lama2 lepas lahir anak ke2 jadi cam teruk pulak..ni tak boleh jadi ni...so..aku balik kampung lah dengan tujuan nak mengurutlah..mak mertua aku pun panggillah tukang urut merangkap bidan kat kampung sebelah..datang lah dia nk urut aku..
        nak dijadikan cerita...hmm...masa urut kat bahagian kaki,paha..ok jer..best pulak..ringan rasa...tapi bila sampai tang tangan kiri...lalu berkatalah makcik tu.."gapo ni...ni buke sakit urat ni..ado bendo lain nih,"aku dah mula rasa lain...hei..mak cik ni nk takutkan aku lak..hhuhuh..mak cik terus baca ayat2 suci Al-Quran...makin berdebar2 aku..hish!apa pulak yang nak tumpang badan aku ni...tumpanglah bas ke kereta ke..berlambak kenderaan kat dunia ni....mak cik tu kata dia boleh rasa ada benda lain kat badan kita..maksud dia ngan benda lain tu hantu ke jin ke makhluk halus ke..apa2 ker yang sewaktu dengannya..tapi dia x boleh nak berubat lah...aku pun rasa cam sesak nafas lah pulak..(mana inheler aku ni)sabar2....tenang...aku pun turut baca ayat2 suci..selawat,zikir...tapi masa tu badan aku dah menggigil satu badan..ntah..tetiba jer rasa sejuk sesangat...huhuhuhu...tapi aku lawan..aku terus jer baca...org2 kat umah tu dah panik..terutama mak mertua aku..kak ipar aku pulak x habis2 muntah..gitu lak..dia memang cam tu...kalau ada kes2 mcmni dia mmg akan terasa..muntah lah sendawa lh...bapak mertua aku lak pergi cari tok bomoh...hihihi..kelakar pulak..cam dalam drama..tp bomoh yg di cari tak ada kat umah..keadaan aku masa tu ok skit..mak cik tu suruh aku genggam sejenis benda kat tangan aku..apa ntah tp untuk menghalau benda yg ada kat badan aku...masa tu aku rasa tangan aku dah besar paha...bayangkan lah...rasa jer bukan nampak..
     hubby aku pun cuba jugak nak ubat aku..(ada tokoh nampak)tapi tak berjaya..oleh kerana hubby aku seorang yang cepat panik dia pun telefon lah mak ayah aku kat umah,maklumkan keadaan aku..dalam masa yang sama mak cik tu mencadangkan orang yang boleh mengubati aku..laa...rupanya sedara aku jugak..x tahu pulak kami dia boleh ubat orang..kami hanya tahu dia ni yang hanya pergi balik mekah jer..bawa rombongan haji.jadi aku pun dibawa pulang ke umah mak ayah aku...masa tu jam dh pukul 10 mlm..bila sedara aku tu sampai dia terus berkata..."mu sakit gapo ni..ni buke sakit biaso ni"lepas dia cakap cmtu..terus dia menepuk2 belakangnya..dia rasa sakit kat bahagian pinggang...kata dia benda tu lawan dia...msa tu aku rasa biasa jer..aku senyum..dia terusmengubati aku..baca ayat suci al-Quran..sambil menekan belakang aku dengan sejenis kayu yang digunakan untuk mengubati pesakit yang terkena gangguan macam aku..aku x rasa apa pun masa tu..x sakit....x pulak menggigil..puas dia cuba untuk berhubung dengan benda tu..x nak keluar....degil betul!!!tetiba jer pembantu dia(anak dia)terus menerkam ke arah kakak ipar ku..dengan langkah silat..terkejut aku..lain pulak yang diserang..tp sekejap jer..lepas tu x ada apa2 yang berlaku..sampai sekarang aku x tahu ada lagi ke tak benda tu..tapi tangan aku masih kebas..
      dan..beberapa malam lepas aku mimpi jer..mimpi jumpa ngan ular...banyak sangat..besar kecik semua ada..dan sebelum kejadian ni pun kami selalu mendengar bunyi guli kat atas syiling umah..dannnn...apa yg aku tahu bila kita bermimpi mcm tu dan mendengar cmtu..itu tanda kita di ganggu makhluk lain...jin,hantu,makhluk halus...Ya!Allah....minta dijauhkn..Kau lindungi aku dan keluarga ku..amin....

Isnin, Julai 19, 2010

jejalan...

Ahad lepas...sebenarnya tak tahu nak g mana...dalam x tahu nk g mana tu ader jugak dua pilihan..my hubby beri dua pilihan..nk g Kluang main bowling ker nk g Tropikal Village..soooo...oleh kerana we all ni x pernah berkunjung ke sana..maka hari tu sampailah kesana dengan perjalanan yang x samapai pun 20minit...dekat jer...
pintu masuk....silalah masuk tengok2...

ahaks!dah sampai hollywood....

aik!sampai mesir pulak...

menara eifell....

tembok besar china....

seronok kakak n adik main...ngan replika kartun...macam2 ada...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers