headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Khamis, Oktober 27, 2011

~ SE ku Mogok ~

Assalamualaikum...
Dah nak masuk 5 tahun kami bersama...dia tak pernah buat perangai dan tak pernah meragam...tapi hari tu dia mula buat perangai...ishh!!!apa ni...janganlah macam ni...kesian tau kat kami...
Opppss...jangan salam faham tau...dia yang aku maksudkan tu ialah kereta kesayangan kami tu lah..selama ni tak pernah-pernah dia buat perangai tau..elok jer...
Nak dijadikan cerita...hari Khamis 13/10/2011...mu hubby kerja..and masa tu Mek Ayah aku ada lagi kat umah aku ni..so..aku bawalah mereka keluar jap bukan gi mana pun kat Simpang Renggam ni jer...bukan aku yang bawa kereta pun ayah aku yang bawa..aku mana pandai nak drive...hehehe..
Bila sampa SR tu..ayah nak isi minyak kat Petronas SR...dah isi minyak tu..nak start boleh tapi tak boleh tekan clas (apa ya bahasa surat keretanya???...hehehhe) dan tak boleh nak masukkan gear...
huhuhu...haru betul..so terpaksalah tolak kereta ke tepi dan aku call my hubby kat opis...tp dia dah balik umah..call hp pulak..nasib baik dapat...hubby kata tunggu pomen datang...
 
Bila pomen dah sampai dia terus check dan kena baiki kat situ jugak...pomen cakap clas bocor....
 
Ada dalam sejam jugak masa yang diambil untuk baiki...
ermm..RM200 melayanggggg......huhuhuh....
.
 Ni lah kanak-kanak yang sudah bosan menunggu kalau adik tu siap tidur lagi kat atas rumput tu...
Dah siap baiki,kami teruskan perjalanan ke tempat yang di tuju hari tu...


~ Rengit Trip Ke 9 ~

Assalamualaikum..
Dah banyak hari tidak bersiaran ni..rindu lah pulak..banyak story mori tapi tak tahu yang mana nak buat dulu..
Ermm...tak apa kita mulakan dengan cerita Rengit dulu...
ok!11/10 yang lepas,Mek dan Ayah aku datang lagi untuk beli barang kat Rengit...seperti biasa diorang akan sampai umah aku waktu petang...Sebenarnya..aku risau jugak dengan kesihatan ayah aku sejak kebelangkangan ni....hari tu lepas raya dia sakit..dalam masa sebulan dia tak datang sini...
Dan seperti biasa..keesokkan harinya baru kitorang pergi ke Rengit untuk cari barang yang dipesan oleh pelanggan.Untuk kali ini kami hanya membeli barang perabot seperti kerusi,kabinet tv,almari dan katil.

Hah!kira duit tu betul2 Ayah...hehehe...
Ni hari ke 2 ke Rengit untuk angkut barang...my hubby dah sedia untuk melakukan rutinnya..hahaha...

Dalam menunggu papanya buat kerja,anak2 ni dok main je permainan yang ada kat situ...Biasanya mula2 sampai Rengit kena cari dulu toys untuk Kakak dan adik ni kalau tak memang mengamuk...satu kerja pun tak boleh buat...

Bila semua barang dah diisi dalam lori...selamat jalan lah terima kasih...InsyaAllah..bulan depan jumpa lagi...

Ahad, Oktober 16, 2011

~ Derma Untuk Rumah Aman Daripada Pendapatan Nuffnang ~

Assallamualaikum..

Aku ada dapat email daripada Nuffnang...
Mesti korang pun dapat kan????
Dalam emailnya..Nuffnang menyatakan bahawa sokongan kita amat diperlukan untuk Rumah Aman...dimana untuk upgrade electricity and lightning breaker system yang memerlukan kos sebanyak rm 20,000 pada 30 october 2011.
Jadi tak salah rasanya untuk kita mendermakan sedikit dari pendapatan yang kita peroleh dari Nuffnang kan...
Caranya pun senang...
1) Log in to your Nuffnang account and head on over to http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011/
2)Select the amount that you wish to donate from your Nuffnang earnings (you can choose from RM 1, RM 5 or RM 10)
3) Hit the submit button, and you’re done!
 
Jadi.marilah...sama2 kita beramal...InsyaAllah akan diberkati oleh YAng Esa.



Khamis, Oktober 13, 2011

~ Sembahyang Kerrr?? ~

Assalamualaikum..
Sebenarnya..aku tak mood nak buat n3 hari ni...
huhuhu...sori ya...tp korang layan lah gambar2 ni...

Korang teka si Aisyah ni tengah buat apa??

Sembahyang lah ni gayanya...
hahaha...tengah nak sujud....

Dah siap dah???
Ntah bila dia amik kopiah papanya..
Semoga suatu hari nanti anak ummi akan jadi seorang ustazah ya...
InsyaAllah.!!!!

Jumaat, Oktober 07, 2011

~ Lepas Sorang...Sorang Yang Kena ~

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..anak2 dah sihat..
Mula2 Aisyah yang kena kan..lepas tu berpindah pulak pada kakaknya Ain..pergi klinik pulak untuk rawatan kakak..
tup!tup!..
Keesokannya...umminya pulak yang kena..adoii..berbaloi-baloi betul habis duit kat klinik dalam sehari dua ni..nak buat cmner kan..dah tak sihat kena jumpa doktor..
Masa jumpa doktor ke 2 tu..untuk kes kakak..
doktor cakap..
Ada sedikit keracunan makanan....
tapi..Alhamdulillah dah semakin sihat..
Malam tu lepas bawa kakak pergi klinik..adalah dalam tiga empat kali jugak muntah...yang adik pulak habis muntah tu demam pulak tapi nsib baik tak kuat..takut jugak aku dahlah dia tu takut nak makan ubat..Jadinya malan tu sorang satu lah jaga..aku jaga adik my hubby jaga kakak...
Dalam masa yang sama,perut aku pun dah lain macam...tapi aku lawan jer..tapi last2 terburai jugak isi perut..petang terus my hubby bawa pergi klinik...Malamnya..tiga sekali my hubby jaga...
Terima kasih ya sayang kerana sanggup berjaga malam menjaga kami...

Selasa, Oktober 04, 2011

~ Jom Tambah Trafik Blog! ~

Assalamualaikum...
Lepas buat n3 kat bawah tu...macam biasa aku ronda2 pulak ke blog Bangku Kosong.
then jumpa pulak segmen ni..
Jom Tambah Trafik Blog!
tapi segmen ni dari blog  http://salwaismail.blogspot.com
jom lah join...
NAK JOIN KLIK BANNER

Tarikh tutup: 5 /10/2011 (2.30 petang)
(Cepat join dah nak tutup..)

~ Kesihatan Tidak Mengizinkan ~

Assalamualaikum..
Dah banyak hari tak update blog ni..
rindu pulak..
sebelum ni buka2 tengok jer....
tak ada mood nak update..
bukan apa...
tapi..
kesihatan aku tidak mengizinkan...
semenjak dua tiga hari ni sakit jer dada ni..
ntahlah nape...
tapi aku tahan jer..
tak nak bagi my hubby risau sangat..
tapi..petang semalam..rasanya boleh jer lagi tahan 
hurm...kalau dah my hubby tahu terus dia paksa pergi klinik...
Dalam masa yang sama my little Aisyah pulak tetiba je muntah...
bila hubby balik kerja petang semalam terus dia ajak pergi klinik..
bila jumpa doktor dan check...
hurmmm...sedut lah ya..semput puan dah kuat saya dengar ni...
sedut jerlah...
aku ingat tak semput..cuma rasa sakit dada jer..rasa ketat2 jer...sebab tak pulak berbunyi macam biasa tu...bila dan sedut..Alhamdulillah....lega...
Lepas tu kami pergi makan...terasa nak makan sup kat Restoran Maju Seafood...
tapi bila mula nak makan..Aisyah muntah2 lagi...mula2 tadi aku ingat tak ada apa-apa sebab mungkin perut kosong..dia memang tak nak makan apa-apa pun seharian kat rumah...cuma pagi dia hanya makan nasi kerabu tu pun sikit...lepas tu petang mengadu sakit perut...
Semalam ada dalam 10 kali muntah...
tapi sikit2 jelah..
Apa lagi pergi lah klinik sekali lagi...
Doktor cakap..Angin...!!!
doktor bagi ubat sumbat kot punggung...ubat tahan muntah..
sebab doktor dah memang tahu..Aisyah ni memang tak nak makan ubat..doktor dah kenal sangat...kalau tak...tak kan masud wad hari tu...
Harap2 anak ummi cepat sembuh ya...nasib baik tidur semalam lena jer..Alhamdulillah...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers