headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Catatan Popular

Intipan Ziarah

Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 31, 2012

~ Salam Kemerdekaan 2012 ~

Assalamualaikum...

SALAM KEMERDEKAAN NEGARA KE 55 



SEMOGA KEMERDEKAAN AKAN TERUS BERKEKALAN..

MOHON DARI SAYA..
KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA NI..
KEKALKAN KEDAMAIAN DAN KEHORMONIAN YANG KITA KECAPI..
JANGAN CEMARI DENGAN PELBAGAI AGENDA  YANG TAK BERFAEDAH

NIKMATILAH ANUGERAH ALLAH DENGAN SEBAIKNYA..
SYUKUR ATAS KURNIAN ALLAH...

UNTUK ADIKKU...
MAHAFIZUL IMRAN BIN MAHMUD
SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN..
SEMOGA AKAN TERCAPAI SEGALA CITA2..
BALAS JASA MEK DAN ARWAH AYAH KITA..
HAPPY ANAK MERDEKA..!!!!!

Sabtu, Ogos 18, 2012

~ Salam Aidilfitri 2012 ~

Assalamualaikum..

Sekarang ni kami sekeluarga dah berada dikampung..
Alhamdulillah..kami selamat sampai ke kampung...
terima kasih kepada kawan2 yang mendoakan keselamatan kami...

Dikesempatan ini...
kami sekeluarga ingin memohon AMPUN DAN MAAF..
Sekiranya...
sepanjang kami mengenali u all samaada secara realiti atau di alam maya ini..
kami ada melakukan kesalahan yang boleh membuatkan u all terasa atau sakit hati...
AMPUN DAN MAAF KAMI PINTA...


SALAM AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI KAMI SEKELUARGA

Alhamdulillah..kami akan beraya dikampung sehingga 7 syawal...

Jumaat, Julai 20, 2012

~ Salam Ramadhan 1433H ~

Assalamualaikum..

Bulan yang ditunggu hampir tiba...
Esok kita akan berpuasa..
Alhamdulillah..masih lagi diberikan kesempatan untuk menjalani ibadah yang paling ditunggu2 oleh umat Islam seluruh dunia ini..
Bulan yang paling barakah..
Bulan yang paling banyak pahala untuk dikumpul...
InsyaAllah..

Sumber gambar ni aku ambil kat FB..

Dikesempatan ini...Kami sekeluarga ingin memohon maaf sekiranya..selama ini ada keterlanjuran kata-kata,perbuatan dari kami yang membuatkan u all terasa hati..

Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan keimanan..
semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna daripada Ramadhan lepas..
jangan lupa terawih tau..
InsyaAllah...

Khamis, Mei 24, 2012

~ Hadiah Untuk Cikgu ~

Assalamualaikum..
Hari Guru dah lepas...
dan..aku lupa nak publish entry ni..
Kesian anak Ibu..mesti nak tengok hadiah dia untuk cikgu-cikgu dia ada dalam blog ni..
oklah..ibu buatkan ya..

Yang ni untuk Cikgu Hani..cikgu kakak sekarang..
Tadika Penjara 1

Yang ini untuk Cikgu Adah
cikgu lama untuk Tadika Penjara 2

Kat sekolah kakak hari tu ada buat sukaneka..
tapi untuk mereka2 je lah..
tak ada untuk ibubapa pun..
kakak cakap dia main bola jaring,pecahkan belon yang berisi air,cari gula2 dalam tepung..
Gembira dia hari tu..
Alhamdulillah..

Nota hati : Mesti korang tertanya-tanyakan..kena aku bahasakan ibu bukan ummi?
Hmm..next entry aku ceritakan ya...

Ahad, Mac 18, 2012

~ Celebrate Birthday My Hubby ~

Assalamualaikum...
Hari lahir my hubby yang lepas..hari selasa lepas lah tu..kami raikan dengan makan-makan jer kat Restoran di Simpang Renggam ni..
Nak potong2 kek my hubby tak nak..dah tua katanya..hahaha..
tua jiwa muda kan?
hihihi..
Sorry lah sayang...isterimu ini tidak ada hadiah untuk diberikan..huhuhu..sedihkan?bila tak dapat gembirakan orang tersayang dihari bahagianya..
Tiada hadiah yang dapat disediakan..isterimu ini kan tak kerja..hihihi..
Minta maaf sangat-sangat sayang...
Yang isterimu ini mampu hanya belanja makan jer..
boleh kan sayang?
So..malam tu..aku ajak my hubby makan kat Mayo Seafood..
 
Restoran ni berdekatan dengan traffic light depan jalan ke Taman Putrimas..
Lepas maghrib kami keluar...
Aku pilih restoran ni sebab tom yam dia memang kaw..masakan Thai..
Hajat nak makan kat Maju Seafood tapi...bila ke sana mesti teringat kat arwah ayah kerana arwah suka makan kat sana..
 
Tak lama menunggu..minuman kegemaran kami berdua sampai..
Carrot susu..
Jemput minum sayang...hehehe...
Kakak dan adik pulak..hanya order ais kosong jer..
memang itulah yang diorang order tiap kali makan kat luar..
 
 Menu ni my hubby pilih...aku suruh dia order jer apa nak makan..
hehehe..
Siakap masak 3 rasa,telur dadar,kailan ikan masin dan tom yam campur..
Untuk kakak,kami order tom yam campur yang tak pedas..
nasib baik tom yam kat sini memenuhi selera kakak..
pandai tukang masak ni buat tom yam tak pedas..
 
Ni hah! tom yamnya..untuk 2 orang makan jer ni sebab kami ambil pakej untuk 2 orang makan jer..
 
Yang ni adik yang order...buat pencuci mulut katanya...huhuh..
udang tepung..
Selamat menjamu selera...
Alhamdulillah...semoga rezeki kami sentiasa dimurahkan Allah S.W.T.
dan hubungan kami berkekalan hingga ke syurga..

Jumaat, Januari 20, 2012

~ Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan Sayang ~

Assalamualaikum..
Hari ini..20 Januari...
Genap 7 tahun usia perkahwinan aku dan suami tercinta.
"Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan Sayang"




 Sayang..
Perkenalan kita bermula sekitar MEI 1997... Namun diwaktu itu kita hanyalah sekadar kawan biasa...kita berkawan seperti yang lain..Namun entah kenapa bila hati bergetar rindu bila tidak bersua muka..Hari demi hari berlalu dan bulan silah berganti..cinta hadir jua tanpa dipaksa walau ada waktunya untuk menafikannya..Bila tangan tidak tertepuk sebelah..alangkah indahnya bila aku kau panggil sayang..(hahaha..indahkan waktu itu)
Kasih terus bersemi walau sebenarnya kita lebih banyak bertengkar daripada menyulam sayang..3 kali kita putuskan hubungan..namun jodoh kita memang kuat...
banyak rintangan dan dugaan kita tempuhi..
Akhirnya..JANUARI 2005,kita diijabkabulkan dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri.
Alhamdulliah..
Terima kasih Ya ! Allah..
Kerana kurniakan aku seorang suami yang penyayang dan memahami..
Terima kasih Ya ! Allah kerana berkati ikatan ini...
Terima kasih Ya ! Allah kerana berikan kami anugerah yang tidak ternilai..
Amin.
Terima kasih sayang kerana sudi terima diri ini seadanya..
terima kasih kerana sanggup bersabar melayan karenah diri ini..

" Terima Kasih Sayang " 

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers