headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Memaparkan catatan dengan label ayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayah. Papar semua catatan

Isnin, Mei 07, 2012

~ 4 Hari 3 Malam Di Kampung-Part 2~

Assalamualaikum..
Pagi ni ada semangat skit nak update blog ni..tapi line tenet tenat jer...
hurmmm...
Tak apa lah..kita buat slow2 ek..
ok!kita sambung balik cerita pasal kampung hari tu...
sebut kampung rindu datang membuak-buak...huhuhu...
Petang Khamis tu bila aku balik umah mek..sunyi jer..cam biasa selepas ketiadaan arwah..nasib baik adik aku yang bongsu ada bercuti semester...
Petang tu..kami semua sediakan bahan2 untuk majlis tahlil esok harinya,Jumaat.
Pagi jumaat..
Ambil peluang ni untuk ziarah kubur arwah ayah...
Ayah semoga engkau tenang disana...
Balik dari kubur,bantu keluarga aku buat apa yang patut..
tapi sedih jugak untuk kenduri ke 100 hari ni..kakak dan adik2 aku yang lain tak balik..
tak boleh cuti kot..takperlah...
so hanya tinggal aku sekeluarga,adik perempuan aku yang dok kat maktab dan yang kat UITM Dungun jer balik..
Walau apa pun majlis berlangsung seperti yang dirancang..
 
Lauk pauk yang disediakan oleh chef kami,Chef Shamsuddin,bapa mertua abang aku.
Solok lada,kacang goreng,gulai daging,ayam tandoori,sayur keladi dan sambal lada.
Alhamdulillah.
Lepas solat Jumaat,kaum lelaki kat kampung ni datang untuk bacaan tahlil..kalau dalam dielek kelantan kami panggil "ngatik".
Lepas selesai,dalam pukul 3..kaum ibu adakan bacaan yassin pulak disertakan dengan tazkirah.Biasanya acara ni akan diadakana setiap jumaat dari rumah ke rumah.
Gambar yang sempat disnap semasa jamuan makan.
Selepas majlis..basuh pinggang mangkuk lah...apa lagi....
untuk n3 selanjutnya..kita sambung lain kali..
InsyaAllah...

Sabtu, April 21, 2012

~ 4 hari 3 Malam Di Kampung ~

Assalamualaikum..
Buat pengetahuan korang...
Kalau kat fb ada yang dah tahu..
tahu apa ya?
Bukan apa pun...
saja nak cakap minggu lepas aku balik kampung..
yeayyy...balik kampung..hahaha..
ada yang jeles ke?
tak apa tak payah nak jeles ek...
tapikan..yang tak berapa best..balik kejap jer...
Petang rabu..kami bertolak dari PSR ni..
Alhamdulillah..perjalanan lancar je..maklumlah bukan musin cuti sekolah pun..
Pukul 2.30 kami bertolak..pukul 12.30 malam sampai kampung..
Tapi..oleh kerana tak nak menyusahkan MIL aku..kami singgah makan kat Pasir Putih dulu..makan malam laa...

 Singgah E-Rup Sup
tu nama restoran dia...
Aku hanya order sup perut jer..
tak ada selera..sebab sepanjang perjalanan aku demam..
sebenarnya dari malam lagi aku dah sakit tekak dan hidung berair..
dah telan soluable..tapi tak jalan..
malah..sepanjang perjalanan aku demam..
bila hirup sup tu..lega sikit..

macam-macam jenis sup ada kat sini..pilih jer menu dia..
masakan panas.western food..semua ada...
Bila sampai rumah MIL..aku terus tidur tapi dipaksa dulu makan ubat oleh my hubby..huhuhu..
Esoknya..bangun lega sikit..
tapi my hubby pagi-pagi lagi ke rumah mertua dia(umah mak aku lah..)
sebabnya nak pergi beli barang untuk majlis tahlil 100 arwah ayah aku hari Jumaat tu..
hah!sebab tu kami balik kampung..untuk majlis tahlil 100 hari..
Petang Khamis tu baru aku balik umah mak aku..
keadaan rumah seperti biasa..sunyi jer..tapi adik aku yang bongsu ada kat rumah tengah bercuti semester..ada jugak peneman mek aku..

okeh..aku stop dulu entry ni..kita sambung ke entry lain..cerita masih dikampung..manpak dah panjang sangat takut nanti korang boring nak baca...


Selasa, April 03, 2012

~ Aku Merindui Dia ~

Assalamualaikum..
Saat dan ketika ini...aku betul-betul merindui dia...
sangat-sangat...
Ayah...
Semalam 2 April..genap usiamu 60 tahun...
Kalau dulu..bila tiba tarikh ini,kami adik beradik akan berebut untuk wish selamat buatmu ayah...
siapa yang berjaya ucap dulu rasa bangga...hahaha..
Tapi..sekarang..sudah hampir 4 bulan kau pergi bertemu Ilahi..
Begitu cepat masa berlalu..
tapi kenangan bersamamu..tetap utuh dalam ingatan...
Ayah..
Hanya doa yang mampu aku kirimkan buatmu..
Agar rohmu tenang disana..
Apabila kenangan bersamamu terimbas di layar mata ini..
air mata pasti bergenang...Alhamdulillah tidak sampai jatuh ke pipi..
Namun semalam..
aku tewas...tidak dapat aku membendung lagi air jernih ini dari jatuh ke pipi..
teresak-esak aku menangis..
Anum terlalu merinduimu Ayah...
Nasib baik..suami anakmu ini ada bersama ketika itu..
dirangkul erat tubuhku..
memeluk sambil memujuk..
Yang pergi tetap pergi..
Dia kekuatan ku disaat aku merinduimu..
Ayah..maafkan anakmu ini..
kerana tewas lagi melawan perasaan..
Ya!Allah..ampunkan aku..
Aku redha dengan ketentuanMu..
Engkau Maha Berkuasa ke atas segalanya...
Ya!Allah..Kau cucurilah rahmatMu ke atas ayahku...
Kau tempatkan lah dia di antara roh orang-orang yang soleh..
Amin...
Gambar raya terakhir arwah bersama mek..
tapi masa ni aku tak balik raya kat kampung kerana my hubby kerja..
Semoga arwah tenang disana..
dan semoga mek terus tabah dan kuat semangat...

Khamis, Mac 01, 2012

~ Solok Lada..Resipi Kelantan ~

Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik hari ni dah 1 Mac...dah masuk bulan ke 3 dah untuk tahun ini..
Cepat betul masa berlalu rasanya kan?
Hari tu masa buat Majlis Tahlil untuk arwah ayah..kami ada buat SOLOK LADA..
Korang pernah makan tak?
Mesti pernah kan?
Best tau...
jom kita tengok...
 
Lada yang paling sesuai untuk buat solok..lada hijau..Kalau kat Johor ni susah nak cari lada ni melainkan kalau tanam sendiri...Biasanya mereka ni buat solok dengan lada yang hijau pekat tu..
 
Benda alah ni juga kita perlukan ya...si santan..
dan tak lupa kelapa yang telah diparut ya..
 
Oppss..aku lupa nak snap gambar ikan..ikan yang biasa dan sedap digunakan ialah ikan selayang..
ikan selayang ni akan diambil isinya sahaja..tulang tak payah ya..isi yang mentah2 gitu..lepas ambil isi ikan,ikan ni akan ditumbuk bagi halus...dan digaul bersama kelapa yang telah diparut...
siap tumbuk ikan kita gaulkan benda ni ya(ikan dan kelapa)
masa digaul tu boleh tambah garam,gula secukup rasa..
 oh!ya..masa dok gaul tadi kita letakkan sikit santan kat dalam tu ya...

dah siap gaul...
jom kita sumbat isi ikan dan kelapa tadi dalam lada ni...
sumbat bagi penuh ya...
 
Tadaaa...dah jadi kan?tapi yang ni belum masak lagi..kat dalam periuk tu kita boleh lagi tambah pucuk ubi kayu..lagi best..makan pulak dengan budu..
mak mertua lalu memang tak nampak...hehehe...
santan tadi tu kita masukkan sekali dalam tu..yang lebihan kita letak dalam isi ikan tu...

Dah masak...
tapi yang ini bukan aku yang buat tapi aku minta dari pakcik google..hehehe..
yang aku masak aku tak sempat dan lupa nak snap..
sebab dah kecur liur ni...
nak makan...
Best...!!!

Hmmm...teringin pulak nak makan solok lada...
bila nak buat lagi ni...???
hmmm.....

Rabu, Februari 29, 2012

~ Dimakan Anai-anai ~

Assalamualaikum..
Dag agak lama tak update blog kecintaan ini ya..Banyak jugak nak story mory..tapi cam tak ada idea lak...tapi tak apa akan ku cuba cari idea..
kemana lah menghilangnya idea ni ya...huhuhu..
hmmm...
oklah..Entry ni bukan untuk menagih simpati..tak pun..jauh sekali untuk membuka pekung di dada...malu r...hehehe..
Jom kita layan gambar2 ni dulu..





Gambar-gambar ni semua menunjukkan semua dinding rumah dimakan anai-anai..



Yang ni bahagian bumbung dapur diluar..
semua anai-anai dah makan..
Hebat betul makhluk Allah ni..malah kalau nak dikira..semua bahagian dirumah ni dah dimakan anai-anai..
mungkin tunggu masa untuk roboh kerana bahagian bumbung rumah pun dah dimakan anai-anai..
Tidak adakah peruntukkan yang sesuai untuk membaikpulih rumah ini?
Dari bahagian kerajaan,NGO atau swasta manakan yang boleh menolong baikpulih rumah ini?
Kalau ada boleh beritahu saya???
Sebenarnya...ini adalah rumah peninggalan arwah ayah..hanya tinggal mek dan seorang sepupu yang tinggal disini..kami adik beradik hanya balik ketika cuti sahaja...
Nak harapkan kami adik beradik untuk membaikpulih rumah ini..mungkin sampai bila tak mampu..

Jumaat, Februari 10, 2012

~ 40 Hari ~

Assalamualaikum..
Semalam 9 Februari genap 40 hari ayahku meninggalkan kami sekeluarga..
Ayah..semoga ayah tenang disana..kami sentiasa mendoakan ayah..
Hari khamis malam jumaat..kami buat majlis bacaan Al-Quran dan solat hajat..
 kami menjemput 10 orang penduduk kampung untuk membacakan ayat-ayat suci tersebut.
Sebelum bacaan Al-Quran,kami adakan dulu solat hajat..
Majlis bermula lepas Isyak dan tamat pada pukul 12 malam..
Dan hari ni..
kami adakan majlis tahlil untuk arwah dan juga maulidur Rasul.
Teringat dekat arwah..
Biasanya arwah cukup suka dengan majlis macam ni..dengan menghimpunkan semua ahli keluarga dan sanak saudara...
Kalau ada majlis kenduri,dialah antara insan yang sibuk membantu itu dan ini..
Tapi semua itu hanya tinggal kenangan sahaja..

Maaf..rasanya.entry ni pendek sahaja..kerana aku tiada mood untuk menulis...ini kerana banyak betul ujian dan dugaan yang terpaksa aku hadapi dalam minggu ini..ia begitu menyakitkan..Rasanya biarlah buat sementara waktu ni..aku nak stop dulu menulis blog dalam 2,3 hari..ehemmm2,3 hari jer..InsyaAllah...
InsyaAllah..aku tak akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan kemelut yang melanda..

Rabu, Februari 08, 2012

~ Hari Tanpa Kata @2 ~

Assalamualaikum..
Jom layan gambar kami kat Desaru Beach,Johor.
 




Gambar-gambar ni diambil sehari sebelum ayah ku meninggal..
Masa ni adik dan anak saudaraku datang bercuti ke rumah kami..

Rabu, Februari 01, 2012

~ Jual Murah-murah ~

Assalamualaikum..

Dah banyak hari tak update blog nih..sampai hubby tanya tak ada cerita terbaru ke ke blog?
Haaa..haa..aku cakap tak ada idea...boleh ker??
hihihi...
Bagi pembaca setia blog ni tentu dah tahukan..yang aku baru jer kehilangan ayah aku..baru sebulan..nyata sekali aku terlalu merindui dia...
dan..korang pun tentu dah tahu yang ketika hayat arwah masih ada beliau ada membuka sebuah kedai untuk menjual barangan terpakai..
Dan sekarang dengan sedihnya...kami terpaksa menutup kedai tersebut..tambahan pula tuan punya kedai yang kami sewa tak nak berkompromi..tak nak langsung bertolak ansur..walau pun arwah dah tak ada..10 sen pun berkira..tak per itu hak dia..
Jadi kami terpaksa punggah barang-barang yang masih ada dalam kedai tu sebelum 7 hari kematian ayah lagi..sedihkan..ini kerana selagi barang tersebut ada dalam kedai..selagi tu kami terpaksa bayar untuk setiap hari..
Sekarang,barang-barang ada di rumah mek..yang ada TV 52 inci dan 43 inci,meja makan,almari solek,katil.
Kami terpaksa menutup kedai kerana tiada siapa yang berkesempatan menguruskannya.tak apalah nak buat macam mana...
 
TV 50 inci..
Harga RM1000 ( masih boleh dirunding)

TV 43 inci
Harga RM 800 ( boleh dirunding)

Kabinet tv 
Harga nanti aku tanya mek aku..
So..ada sesiapa yang berminat?
Dan..kalau sesiapa yang tinggal kat negeri Kelantan terutama area Pasir Mas,Tanah Merah,Rantau Panjang,Kota Bharu..boleh lah hubungi saya kalau berminat..
Nak jual murah tapi berpatutanlah dengan harga yang kami beli dulu...kami ambil barang ni kat Rengit,Johor.

Sabtu, Januari 28, 2012

~ Kesiknyo....~

Assalamualaikum..
Dah 5 hari aku kat kampung...
macam-macam perasaan ada...
tambah-tambah lagi my hubby baru semalam bertolak ke USM...
kesiknyo rasa...
kesik????
Kesik tu bahasa kelantan..kalau bahasa malaysianya..sunyi...
Pertama jejak kaki kat rumah orang tua aku ni..macam2 perasaan bermain di fikiran..yang paling terasa...
rasa kesik...Ya!Allah..begitu sunyi dirasakan semenjak arwah ayah tak ada...
mula lah sebak datang bertandang..
lalu seboleh mungkin aku usir...
Ya!Allah..bantulah aku..kuatkan semangatku..
lebih2 lagi Kau kuatkanlah semangat ibuku...
Bila melangkah masuk..seakan-akan arwah masih ada tersenyum kepada ku...
sementelah..arwah seorang yang suka tersenyum..

Ya!Allah..
Kau damaikanlah ayah disana...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers