headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Khamis, September 16, 2010

Kisah Cuti Raya

Salam...
         Pada pagi 6 september 2010,selepas subuh aku satu keluarga dah bertolak dari Penjara Simpang Renggam ke Pasir Mas.Perjalanan Alhamdulillah...lancar dan selamat..pada pukul 4.30 petang kami dah sampai di desa tercinta..Alhamdulillah..Hurmm...sebelum balik lagi mek dah call nak makan apa untuk berbuka..aku pun apa lagi.."NASI KERABU AYAM BAKAR"..amboi!....sesedap hati order makan ya...heheheh..biasalah..Dan..apa lagi petang tu kami berbuka dengan nasi kerabu ayam bakar,ikan bakar,solok lada dan lauk pauk lain..wah!bestnyer...dah lama tak makan nasi kerabu mek..Terima Kasih ibuku...
Menunya Nasi Kerabu tapi nasi tak ada dalam pinggan lagi sebab masa tu lambat lagi masuk waktu berbuka..heheheh..

Keesokkan harinya 7hb kami bawa mek dan adik2 pergi shopping raya..beli segala keperluan untuk raya..letih jugak..petang pulak aku balik pulak ke rumah mak mertua..berbuka kat sana pulak..senangkan?rumah mak dan rumah mak mertua dekat..yalah kami satu daerah cuma kampung jer yang berlainan..tp perjalanan hanya 15 minit jer..Alhamdulillah..tak payah kecoh nak raya kat mana..heheheh..
Berbuka di rumah mertua kami masak "KARI AYAM" je menu utama..best jugak..tapi bukan aku yang masak pun...heheheh..siapa lagi kalau bukan mak mertua aku..yalah..aku sampai menu dah siap masak..Terima Kasih Ma..Malam pulak kami bawa anak2 saudara (anak yatim-kematian ayah) pergi shopping baju raya..seronok nampak diorang dua beradik nih..dapat baju raya dan barang2 keperluan lain..kami puas hati dapat buat macam tu..Alhamdulillah..semoga tahun depan murah rezeki dapat berbakti kepada anak yatim..
Hari ke 3 iaitu 8hb..kami just lepak2 kat umah jer..penat shopping semalam kot..heheheh..Petang tu kami berbuka di rumah mertua lagi..kali aku dan my lovely hubby yang masak..menu kami "MEE BERKUAH"..licin habis...yumm..yumm..tp aku tak sempat nak ambil gambar...heheheh..Hari last puasa berbuka pula di rumah mek..Menu penutup puasa aku buat "MEE CELUP,MEE BANDUNG MUAR" dan bagi yang tak nak makan mee kami sediakan "KARI KETAM"..yang ni pun aku tak sempat nak ambil gambar..heheheh..excited nak makan kot...tp masa aku sampai rumah sebelum berbuka tu aku sempat lah tengok mek dan adik aku sedang bungkus "KETUPAT DAUN PALAS"..

Ketupat Daun Palas..

Malam raya aku balik ke rumah mak mertua kerana kami akan beraya kat sana..suasana meriah.dengan bunyi2 mercun yang membingitkan telinga..
Hari raya..aku tak pergi solat sunat hari raya kerana anak aku ecah masih kecil..kalau pergi karang ada pulak yang akan ambil alih tempat tok imam..huhuhu..

keluargaku..

Selepas my hubby solat sunat hari raya kami menziarahi sanak saudara sebelah suami aku ni..lepas tu selepas solat jumaat kami beraya pula ke rumah mek..dan begitu lah untuk hari2 yang serterusnya kami bergilir-gilir beraya di rumah ibu masing2..penat?nak kata penat tak jugak sebab dekat jer..heheheh..apa pun aku seronok dapat pulang berhari raya bersama keluarga di kampung..kerana tahun depan tak dapat balik kerana my hubby kerja pula..
Apa pun..aku nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA...

      

Sabtu, September 04, 2010

Salam Aidilfitri 1431

     Ramadhan bakal meninggalkan kita sekali lagi..Syawal akan muncul dengan wajah berseri-seri meraikan kemenangan umat Islam dalam menunaikan Rukun Islam.Ucapan TAHNIAH dihulurkan kerana menang dalam mengawal hawa nafsu sepanjang bulan yang mulia ini.
      Sempena Syawal yang bakal menjelma ini,saya ingin mengambil kesempatan di blog ini untuk memohon ampun dam maaf kepada teman-teman,kawan-kawan,sahabat handai dan saudara-mara
 andai...sepanjang bersahabat ada yang terguris hatinya...
 andai... ketika bermesra ada yang tersentuh jiwanya
 andai... ketika berbicara ada yang tersentap nalurinya..

       Ampun dan maaf di pinta agar suasana Aidilfitri nanti akan bercahaya dengan pelita kemaafan  dan sumbu kegembiraan.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers