headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Khamis, Mei 31, 2012

~ Kerana Tong Gas Aku Terima Rawatan Di Klinik ~

Assalamualaikum...

Sabtu lepas...diri ini rajin bebebor nak mengemas..selama ni tak adanya..hehehe..kononnya nak buat suprise kat my hubby lah ni..yalah,time tu my hubby tak ada kat umah dia ada meeting kat PD..
So...oppss..lupa hari Jumaat lah..
hihihi..sori u all ek..
So..hari jumaat tu dengan rela hati dan senang hatinya aku kemas ruang dapur sorang2..
Jadi camni bila kemas..


Sebelum ni..peti ais tu berada kat tepi tu ..kat kabinet dapur tu..aku hanya alihkan aje peti dan kabinet tu..tampal kitchen sheet tu..
tapi kabinet tu berat kalau ada tong gas kat dalam tu..
so aku dengan gagahnya(gagah ke) angkat tong gas tu..
Untuk pengetahuan u all..tong gas tu baru je di tukar baru so baru 2,3 hari guna..
berat lagi lah tu..
Tapi aku selamba jer angkat..hihihih..
Lepas kemas tu semua..aku dah rasa lain macam..rasa sakit kat ari ari..
So aku stop dulu lah..lagipun time tu my hubby tak ada..dia balik esoknya..
Esoknya..aku sambung kemas ruang sebelah lagi..
My hubby aku bertolak balik pun petang dah..
tapi..bila petang tu..aku rasa sakit yang amat kat bahagian ari-ari dan terus ke belakang punggung..
huhuhuhu..sakitnya Ya !Allah..
Aku call hubby ..nasib baik dia dah on the way balik..
aku cuba bertahan..
tapi air mata ni dah jatuh dah..sakit sangat2..
Nasib baik jiran sebelah ada kat rumah..so aku minta tolong dia hantar ke klinik..
Aku ke Klinik Rafeah..klinik ni baru dibuka kat SR ni..
Aku datang sini sebab..Doktor kat klinik yang biasa aku pergi suruh aku datang buat scan kat klinik ni..
Sebab nya apa u all nak tahu?
Minggu lepas aku dah kena dah sakit ni..
Bila dan jumpa doktor..macam2lah dia tanya..
sebab bila scan tak ada apa-apa yang pelik..
Alhamdulillah..
Last2 doktor tanya..
Awak ada buat kerja berat tak?
Aku dengan tersengih2nya jawab..
Ada..Angkat tong gas..
Doktor tu dah terkejut..tapi lepas tu dia terus mengelengkan kepala..
Mungkin tak percaya..ihihihi...
Yang tak best..kena inject..
huhuhuhu..
Apapun terima kasih kat jiran aku ni..kalau dia tak ada tak tahu apa nak jadi..
Sebab malam baru my hubby sampai umah..

~ D'Qalesya Boutique Sponsor Tudung Kempen Mialiana

Assalamualaikum...

Tengok tajuk entry kat atas tu...
Hah!berblog pun ada orang nak sponsor tudung tau..jangan jeles tau..hehehe..
tak adalah..korang pasti tahu kan..aku kan salah seorang peserta kempen Mialiana.com
untuk DiGi WWWOW Awards 2012 bagi kategori Nuffnang Blogger Of The Year.
So..Puan Mia kita ni dengan bermurah hati sponsor tudung dari D'Qalesya Boutique.
Hah!nampak tak gambar kat bawah tu,cantik tak?

 
 
So..aku dah dapat tudung ni..cantik tau..
Material : Cotton (body), Thai silk (awning).
 Sangat selesa dipakai.
lembut jer rasa...
Dah dapat tudung ni..apalagi..melaramlah..
kena jadi model tudung ni ke?
Hurmm..bab model ni..malu lah pulak nak kena jadi model ni..Aku ni pemalu orangnya..hihihi..tapi korang tengoklah..layak tak aku jadi model tudung ni..
Malu...tutup muka!!

hehehe..ni muka sebelum guna Nano Krim Bio Ever
Nampak gemukkan pipi aku..??

Yang ni muka selepas guna Nano Krim Bio Ever
Dah Nampak v shape selepas sapuan 1 hari saja.
(hehehe..sori sempat lagi promote krim ni)
Ok!dah cukup...

D'Qalesya Boutique adalah online butik yang menjual berbagai jenis shawl dan tudung-tudung terkini untuk muslimah. Antara koleksi-koleksi tudung dari kami seperti Tudung CT, Syria, Tudung Ekspres dan bermacam- macam lagi. Koleksi2 kami adalah dijamin kualiti dan harga adalah berpatutan. D'Qalesya Boutique akan sentiasa menawarkan koleksi-koleksi terbaik dan juga meningkatkan mutu perkhidmatan kami agar anda berpuashati dengan layanan dan barangan yang dibeli.
di masa hadapan. Oleh itu, kami mengharapkan sokongan dari anda semua!!! Kami dahului dengan ucapan TERIMA KASIH.. :) Untuk membuat tempahan, anda boleh PM FB 'Zia Sueriani Sue',atau email ke
dqalesyahijab@gmail.com ataupun isi ORDER FORM pada tab sebelah kiri.. Kami berharap untuk menjadi pengedar rangkaian kelengkapan muslimah dengan trend terkini setanding butik-butik ternama. InsyaAllah, kami akan berusaha mempelbagaikan koleksi2 kami
Atau boleh call / sms: 012-574 2316 & 012- 637 0463

Terima kasih Mia dan sponsor.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers