headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Catatan Popular

Intipan Ziarah

Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan

Isnin, Mac 12, 2012

~Ingat Janji Kita-Murni Aqila ~

Asssalamualaikum....
Dah agak lama aku tak memberi komen tentang novel2 yang aku baca ni...malam ni rasa terpanggil nak buat...ceh!! pandai jek aku ni nak komen ya...hehehe...so kali ni aku pilih novel dari penulis yang aku sayang ni....my cute Murni Aqila...

Ingat Janji Kita



Novel ni mengisahkan tentang jejaka hensome yang bernama Raimi yang dipaksa kahwin oleh atuknya sendiri,Tok Jalal.Dahlah dipaksa kahwin calon isteri pun ditentukan.Demi menolak permintaan yang berupa arahan dari atuknya itu macam cara Raimi lakukan untuk mengelakkan dirinya berkahwin dengan pilihan atuknya termasuk mengupah sahabat baiknya,Adi untuk menyamar sebagai teman wanitanya.

Namun,kali pertama melihat Adi memakai pakaian wanita telah membuatkan jiwa Raimi bergoncang kerana pada pandangan matanya Adi sempurna sebagai wanita.

Tanpa pengetahuan Raimi,Adi sebenarnya menyimpan terlalu banyak rahsia dan kisah hidup yang amat memeritkan.Adi terpaksa berbohong dengan semua orang untuk menjaga rahsianya.

Sinopsisnya takat ini ya..nanti kalau aku ceritakan banyak2..tak suspen pulak..so..tak rugi kalau baca "Ingat Janji Kita " ni...
4 ****

Untuk Moon..
Baca novel ni..buat akak menangis.ketawa geli hati,marah,kecewa,geram..semua ada...pandai tau buat akak camni...
Akak menangis bila selami kehidupan Adinida..teruk sekali dia didera kan...
Akak ketawa bila Raimi bersama Adi...
Akak marah bila,kecewa dan geram dengan Kalsom...Ada jugak manusia tak berhati perut macam tu..kalau wujud orang macam tu memang akak hukum gantung jer..huhuhu.. geram betul..kalau boleh ending Kalsom dengan Adinida ,akak nak si Kalsom tu melutut minta maaf dengan Adi..
Dan...bahagianya bila dengar ayat ni
" Saya akan menjaga dan melindungi awak sampai ke akhir hayat saya"

Rabu, Julai 13, 2011

~ Di Sebalik Wajah- Elee Mardiana

Assalamualaikum...

Salam ceria pagi Rabu..cerah jer cuaca hari ni...Alhamdulillah...
Dah lama rasanya aku tak review novel ya...ok ! kali ni aku nak review novel penulis kesayangan aku..novel terbaru dia...



Di Sebalik Wajah

Korang dah baca tak novel ni???kalau belum baca boleh dapatkan di pasaran ya...
Buat Kak Elee ...Maaf ya baru sekarang anum baru sempat nak review novel akak ni ya...dan terima kasih ya kerana novel ni kena dengan jiwa Anum..heheheh..

Okey...mula 2 beli tengok sinopsis kat belakang tu dulu...pandangan pertama...ok!macam best jer...bila dah baca..mengisahkan Sofia yang berkelulusan luar negara pulang ke kampung semata-mata untuk memenuhi permintaan terakhir ibunya untuk mencari saudara yang hilang sejak lama.Kisah Sofia diawalnya hanya dalam 3 bab jer lepas tu aku dah tercari-cari mana sofia ni..heheheh...
Tiba-tiba muncul pulak Ashraf Adil seorang wartawan tersohor...dan bila Sofia lihat wajahnya walaupun dalam paper...terus ada getaran dijiwa..ceeewah...ni cinta pandang pertama ke????hihihi...belum puas berkenalan dengan Ash muncul pulak Aslan seorang detektif...bila terus baca lagi jumpa pula orang-orang atasan ni yang berselindung di sebalik wajah meraka..dan yang paling tak sangka..Laaa...ada thriller lah...kisah jenayah,siasat,bunuh..makin aku suspen baca...hahaha...Paling tak sangka lagi bila Ash kena tembak...huhuhuhu...bila baca pergelutan jiwa keluarga Ash..menitis jugak air mata aku...huhuhu...kak elee ni...suka camni tau...
Aku pun naik hairan siapa sebenarnya yang beria-ia nak menghancurkan keluarga Ashraf..Banyak kejutan betul...Bila semua watak berkumpul baru terungkap misteri Di sebalik Wajah...
ok???Kalau korang tak puas hati korang bacalah sendiri ya....hehehehe..kalau tak..tak suspenlah..

Tapi kenapa ending dia 3 bulan kemudian ya kak elee?????

Anum bagi ***** bintang

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers