headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Sabtu, Mei 28, 2011

~ Ke Mana Menghilangnya...????? ~

Assalamualaikum..

Seram Sabtu...eh!!!!seram sabtu pulak....Salam Sabtu...heheheh..sori....
ok!straight to the point lah ya...

Kemana menghilangnya butang follow dan follower-follower sekali?????
tak ada lah....

 tak ada....hilang....!!!!!
huhuhuhu....
ingatkan lambat muncul tp line tenet sekarang ni laju jer....
yang aku hairan lagi...blog2 lain yang aku masuk pun tak ada jugak butang follow tu...camner nak follow....
antaranya blog yang aku nak follow tp tak boleh ...
Farah Liyana
FAZLINA AZIZ
ikhyAr dee

dan blog2 yang selama ini aku ikuti pun tak ada butang follower nya....huhuhuh...
Kenapa ya????
Siapa boleh tolong jawab?????



Jumaat, Mei 27, 2011

~ Akhirnya Syaitan Yang Menang ~

Assalamualaikum...

Macam hampeh........!!!!!!!!!!!!
uikss!!!apa ni????
yalah....penamat cerita dalam slot Seram TV3 memang hampeh..!!!!itu yang boleh aku katakan...
Cerita apa lagi kalau bukan cerita Mantera Anjasmoro....


Mantera Anjasmoro
Aku ni sebenarnya memang peminat cerita-cerita seram ni...kalau ada cerita seram memang aku tengok...Mantera Anjasmoro ni aku ikuti dari episod satu lagi...sampai episod last semalam....tapi ending dia macam tu jer...eh!h!..dah habis??habis camtu jer???aku dan my hubby hanya berpandangan satu sama lain...dengan muka tak puas hati...
Memang kami tak puas hati dengan ending camtu...hampeh betull....rasa cam nyesal jer tengok..huhuhuh....apa lah motif pengarah,penulis skrip buat camtu hah???kenapa syaitan pulak yang menang???kenapa macam Ustaz Kalam tak boleh buat apa-apa denga ilmu yang ada...berserah camtu jer...adoiiyaaa...Banyak persoalan yang tergantung camtu jer...
Bagaimana dengan kesudahan dengan Rukiah,pembantu rumah Sabrina dan Zahid tu???mati ke apa??
Kalau nak buat kelainan pun agak-agaklah...dengan buat ending yang macam tu akan menampakkan syaitan yang berkuasa...Kenapa watak Ustaz Kalam macam lemah jer??Ending macam tu akan menyesatkan penonton terutama golongan kanak-kanak dan golongan orang yang tak kuat iman...takut nanti mereka akan terpengaruh.
Apa motif drama itu dibuat macam tu aku tak tahulah...atau akan ada musin ke 2???kalau ada sambungannya..baguslah kerana ada yang belum selesai...tapi kalau penamatnya macam tu...aku memang tak setuju...
Tapi kalau untuk memberi pengajaran kepada penonton supaya tidak mengamalkan ilmu hitam kerana akhirnya memakan diri sendiri oklah tu tapi drama ini seolah-olah menampakkan syaitan betul2 berkuasa dengan kekalahan 2 orang ustaz yang ingin membantu...
Aku pun tak tahu apa diorang fikir.....huhuhu...dahlah..aku ni dari semalam tak habis2 lagi bengang dengan cerita tu....
korang macam mana pulak?????

Khamis, Mei 26, 2011

~ Padah Bila Suka Copy Paste ~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..korang tengak buat apa tu..tentu tengah santai minum petang dengan famili ya...dan layan kartun Hagemaru..hahahah....

ok!berbalik pada tajuk n3 aku tu..hmmmm...copy paste..copy paste..copy paste...senang kan??hhehehe...tentu korang jugak pernah buat copy paste ni kan...hah!tak pernah..tipu lah...hahaha....ok.sebenarnya camni lah kisahnya...
Biasalah aku ni suka jugak copy paste benda2 kat dunia maya ni..terutama berita2 menarik untuk masuk kan dalam blog...tp bila dah kite copy paste tu jangan lupa istiharkan kat mana kita amik benda tu kan...
Nak dijadikan cerita..hari tu aku copy paste satu berita dari salah satu akhbar online yang ada kan..so..aku masukkan kat blog lah...lepas tu ramailah jugak readers yang masuk baca n3 tu..walaupun sebagai silent readers,yalah tak ada yang tinggalkan komen...
dan....
beberapa hari lepas tu..aku pun bukalah akaun Nuffnang aku tu...tapi aku pelik lah nape status keahlian aku telah bertukar dari Glitterati kepada Biasa...pelik lah...apa yang aku buat???aku pun hantar mesej kat Nuff...nuff pun jawablah...

"Your membership status was affected because our crawlers detected ad script from our competitor, Innity on your blog. If you wish for Glitterati status to be reinstated, kindly ensure that all script from Innity has been removed."

Alahai...bila masa pula letak iklan Innity ni ek?setahu aku aku hanya setia pada Nuff jer..cewahhh...
So..nuff suruh aku cari sebarang kod yang ada innity ni..aku pun cari lah...puas aku godek2..akhirnya jumpalah kat satu post [tu pun nuff cakap post yang berapa hari bulan punya..]

 Ni lah dia yang menyebabkan en nuff merajuk tu..terus tukar status keahlian aku...
Sekarang ni rasanya dah settle...tunggu perubahan status ke Glitterati dalam masa 96 jam...
Terima kasihlah kepada pihak Nuffnang kerana sudi membantu aku menyelesaikan masalah ni ya...
terima kasih banyak2...

Kesimpulannya...boleh kita copy paste apa2 bahan pun tapi baiklah check dulu kod HTMLnya ya...supaya en nuff kita tak merajuk..hehehehe....ataupun elok kita bina sendiri ayat2 dalam news2 yang kita nak tu tp berdasarkan fakta yang betul..kreatiflah skit kan..



Selasa, Mei 24, 2011

~ Makan Ikut Cara Islam~

Assalamualaikum...

Korang dah makan ker...sarapan???or sekarang ni ada yang sedang masak untuk tengahari...???Apa pun selamat menjamu selera...
Pagi ni aku nak kongsi tentang makan...Makan Mengikut Cara Islam...so..jom kite kutip ilmu ini...

       MAKAN IKUT CARA ISLAM



Makanan dan minuman adalah bahan asas yang paling penting di dalam kehidupan seharian seseorang manusia. Ia adalah suatu keperluan yang tidak dapat diabaikan kerana kesihatan dan kekuatan seseorang itu sebahagian besarnya bergantung kepada makanan dan minuman yang diambil selain ketentuan Allah SWT.
Rasulullah SAW pernah menggambarkan di dalam hadis baginda kedudukan orang yang sihat antaranya, sesiapa yang mempunyai pencarian yang cukup (rezeki yang banyak) dan mempunyai tahap kesihatan yang baik seolah-olah seseorang itu merasakan dunia ini dia yang punya. (riwayat Tirmizi)

Manusia memerlukan makanan disebabkan beberapa perkara faktor:
* Membekalkan haba dan tenaga bagi menjaga dan mengekalkan suhu badan, bagi tugas-tugas pernafasan dan aliran darah, membantu fungsi otot serta proses penggantian zat dalam badan (metabolisme badan).
* Membentuk tisu-tisu baru dalam tempoh pertumbuhan badan dan juga untuk membaiki tisu-tisu yang sudah reput atau mati dan rosak . Kanak-kanak memerlukan bekalan yang mencukupi agar proses pembesaran mereka tidak terbantut.
* Untuk mengawal aktiviti pelbagai organ tubuh badan terutamanya jantung.

MAKANAN

Walaupun makanan adalah keperluan utama tetapi pengambilannya tidaklah boleh sewenang-wenangnya.
Dalam hal ini Rasulullah SAW yang menyatakan antara lainnya yang bermaksud: "Kami adalah suatu kaum yang tidak akan makan kecuali lapar dan apabila kamu makan tidak pula sampai kekenyangan".

Walaupun seseorang itu tidak mampu untuk mengikut cara pengambilan makan atau diet Rasulullah SAW secara total tetapi apa yang lebih penting makanlah sekadar yang perlu.

Rasulullah SAW memberi garis panduan makan dan minum untuk umat Islam antaranya adalah:
* Tidak terlalu kenyang. Kegemaran makan sampai padat adalah sesuatu yang amat dibimbangi nabi SAW ke atas umatnya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Yang paling saya takuti di antara hal-hal yang saya takuti adalah besar perutnya gendut kerana banyak makan, terus menerus tidur, kegemaran tidur yang melampaui batas, bersikap malas, lemah keyakinan, tidak mempunyai pendirian yang tegas dan tetap".
* Makanlah sekadar yang mencukupi asalkan dapat berdiri untuk bekerja kerana keadaan lapar juga boleh mematahkan semangat berusaha atau bekerja.
* Isi perut hendaklah dibahagikan kepada tiga bahagia iaitu 1/3 makan dan 1/3 untuk minum dan 1/3 lagi untuk pernafasan sehingga jiwa menjadi baik dan bersih.
Ada beberapa hal yang perlu diberi perhatian dalam urusan makan dan minum iaitu:
* Perut besar yang selalu dipenuhi makanan itu adalah rumah penyakit, sedangkan menjaga diri sebelum sakit adalah pengubatan. Jika dihinggapi penyakit sukar untuk diubati dan memakan masa untuk sembuh. Oleh itu bersederhanalah dalam makan dan minum.
* Kekuatan tubuh badan bukan dengan sebab banyak makan tetapi dengan pengambilan makanan dan minuman yang mencukupi dan seimbang.
* Jikalau perut sudah penuh berisi dengan makanan maka sempitlah ruang untuk air dan juga udara. Sekiranya hal ini berlaku timbullah rasa malas, lesu dan lalai.
Keadaan ini amat membahayakan kesihatan kerana akhirnya seseorang itu akan sering sakit-sakit, fikiran tumpul serta hilang semangat untuk bekerja.
Apabila garis panduan ini dipatuhi atau diikuti dapatlah mengelakkan dari rasa sendat, mual, susah bernafas dan sebagainya selepas makan.

Setiap individu seharusnya mengetahui bahawa:
* Perut adalah rumah penyakit seseorang. Pepatah ada mengatakan "anda adalah apa yang anda makan".
* Kekuatan tubuh badan bukanlah disebabkan banyak makan tetapi berkaitan pengambilan makanan yang baik dan seimbang.
* Jika perut sudah dipenuhi dengan makanan dan minuman, maka ruang udara akan menjadi sempit dan berkurangan; ini akan menimbulkan rasa malas, lesu dan lalai.
Apabila terasa lapar hendaklah terus makan, jangan bertangguh kerana apabila ditangguh-tangguh akan menyebabkan seseorang itu akan mengambil makan yang berlebihan sehingga dua kali ganda.

Jika diikuti prosedur pengambilan makanan yang ditetapkan oleh Islam fenomena lebih berat badan dan obesiti tidak akan berlaku. Islam melarang seseorang terus tidur selepas makan sama ada pada siang hari atau malam. Setiap kalori atau tenaga daripada makanan hendaklah terus dibakar dengan melakukan pelbagai gerak kerja atau aktiviti.

Kalori yang tidak diguna atau dibakar akan disimpan di dalam badan dalam bentuk lemak dan terus berkumpul daripada masa ke semasa jika tidak dikawal.

Obesiti di kalangan kanak-kanak satu fenomena perlu ditangani dengan baik. Ada beberapa faktor penyebab fenomena ini berlaku. Antaranya:
* Kurang keprihatinan ibu bapa
Ibu bapa tidak mengambil berat tentang kepentingan makanan berkhasiat, sajikan makanan kepada keluarga asalkan kenyang, sedangkan Islam menggesa supaya seseorang itu memakan makanan yang halal lagi berkhasiat.

SARAPAN PAGI

Keluar rumah tanpa sarapan sama ada bagi kanak-kanak sekolah atau pekerja merupakan satu amalan yang tidak sihat, kecuali berpuasa. Keadaan ini akan menjejaskan kadar metabolisme.

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Nestle (M) Berhad pada tahun 2001 ke atas 12,000 murid sekolah rendah (berumur tujuh hingga 12 tahun di seluruh negara) mendapati, lebih 30 peratus kanak-kanak sekolah rendah tidak bersarapan.

Antara alasan paling kerap adalah tidak cukup masa (48 peratus) dan tidak berselera (30 peratus). Pilihan makanan sarapan paling lazim adalah roti, nasi lemak, nasi goreng dan kuih.

Didapati pengambilan makanan harian juga tidak teratur. Semakin ramai kanak-kanak gemar kudapan seperti ais krim, buah, bijirin sarapan pagi, kentang goreng, coklat dan makanan ringan.

Hasil kajian ini menunjukkan masih ada ibu bapa yang kurang ambil berat kepentingan bersarapan, sedangkan anak-anak sepatutnya makan sebelum mereka memulakan kelas.
* Mementingkan rasa makanan, mengenyangkan, murah berbanding khasiat

Trend hari ini makanan segera menjadi amalan dan kegemaran, sedangkan kandungan makanan yang dijual itu mengandungi kadar lemak, garam dan juga gula yang tinggi.

Ini amat membahayakan kesihatan. Namun makanan inilah yang banyak dijual di merata-rata tempat. Ini bermakna kanak-kanak dan murid-murid sudah disogok dengan makanan ini, lebih-lebih lagi dengan harga RM1 sudah dapat dibeli berbanding makanan lain.

Selain makanan segera yang digoreng, nasi lemak adalah makanan tumpuan pelajar. Dengan harga antara RM1.20 sehingga RM3 mereka sudah dapat membeli sebungkus nasi lemak.

Kajian mengenai khasiat nasi lemak perlu dibuat, kerana dulu masyarakat beranggapan minyak kelapa tidak elok untuk kesihatan sedangkan pada hari ini masyarakat pula mengambil minyak kelapa dara.

PENGARUH IKLAN

Iklan makanan segera ada di mana-mana sahaja dan yang paling berkesan adalah di televisyen.
Makanan dibungkus dengan gaya yang menarik untuk memancing kanak-kanak, ada yang gunakan kartun-kartun, gambar-gambar haiwan, kenderaan dan pelbagai lagi.

Anak-anak kecil yang menghabiskan banyak masa mereka di depan kaca televisyen sudah tentu akan terpengaruh dengan iklan-iklan yang disajikan kepada mereka. pihak berwajib patut memberi panduan cara pengambilan yang baik.

MEMANJAKAN ANAK
Ada ibu bapa yang memanjakan anak-anak dengan menyogokkan makanan segera. Di rumah terdapat pelbagai pelbagai jenis makanan segera, snek kurang zat dan minuman sedia diminum dengan pelbagai jenama.

KURANG AKTIF
Kanak-kanak hari ini kurang aktif kerana mereka kurang ruang untuk bergerak, terkurung di dalam rumah kerana faktor keselamatan. Duduk di depan televisyen atau di depan komputer bermain play station berbekalkan makanan ringan atau jajan.

sUMber : Utusan Malaysia Online.

Semoga mendapat info dan ilmu yang berguna....

Isnin, Mei 23, 2011

~ Mangsa tertimbus sedalam 3 hingga 4 meter - Bomba ~

Assalamualaikum...
Dua hari tak buka blog...Sabtu dan Ahad...biasalah..kalau minggu my hubby tak kerja...so tak sempatlah nak bertenet...minggu ni pun kami tak kemana-mana hanya dok kat rumah tp kami kemaskan rumah..terutama kami buka katil-katil supaya nak pindah nanti senang..angkat jer!!
Tak sempat juga lah nak buat n3 pasal tanah runtuh tu...MasyaAllah...sungguh terharu..Takziah kepada keluarga dan waris mangsa runtuhan...Seseungguhnya itu adalah kehendak Allah...ada hikmah sebalik kejadian..

  Mangsa tertimbus sedalam 3 hingga 4 meter - Bomba


HULU LANGAT 22 Mei - Sukar untuk dibayangkan, namun hakikatnya runtuhan tanah yang menimbus 16 mangsa di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di sini semalam mempunyai kedalaman antara tiga hingga empat meter.

Tragedi itu diburukkan lagi dengan hujan lebat yang turun bermula pukul 5 petang sehingga 8 malam sehingga menyukarkan usaha mencari mangsa berikutan berlaku pergerakan tanah.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Puzi Mohd. Tabot berkata, hasil kerjasama pelbagai pihak, operasi mencari dan menyelamat itu dilakukan selama 14 jam mulai pukul 3 petang dan ditamatkan pukul 5.40 pagi setelah mayat terakhir ditemui.

"Keadaan paling kritikal adalah sewaktu hujan lebat di awal operasi. Setelah operasi menyelamat ditamatkan, kami cuma menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan termasuk operasi pembersihan dan membantu mangsa yang mengalami trauma.

"Ketika ini tiada pergerakan tanah dikesan namun kami akan meletakkan sebuah jentera dengan kekuatan 10 anggota di lokasi bagi memantau keadaan terutamanya sewaktu hujan sehingga esok," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang semalam, seramai 16 mangsa yang majoritinya terdiri daripada penghuni serta warden rumah anak yatim tersebut maut akibat tertimbus tanah runtuh.
Ditanya mengenai keadaan mangsa ketika ditemui, Mohd. Puzi berkata, kebanyakan mayat berada dalam keadaan sempurna.

"Kebanyakan mangsa ditemui berdekatan dan ada antaranya tertindih di antara satu sama lain. Sembilan mayat ditemui menggunakan anjing pengesan.

"Bagi yang terselamat, langkah awal diambil termasuk memberi oksigen selain menenangkan mereka agar dapat bertahan lebih lama kerana ada antaranya mengambil masa sehingga empat jam untuk diselamatkan," jelas beliau.


Sumber : Utusan Malaysia Online

Al-fatihah untuk mangsa-mangsa runtuhan...

Jumaat, Mei 20, 2011

~ Blog Remove..????~

Assalamualaikum....

Pagi ni..rajin nak BW kat blog2 korang semua..mula2 tu check dulu jejak kekawan kat shoutbox...terima kasih tinggal jejak...

Pastu nak masuk blog http://ashimia2611.blogspot.com/ ni..tapi apa yangdi paparkan???


kenapa ya???
blogspot ada masalah lagi ker???
tak boleh lah nak balas kunjungan aimi...sorry ya..

~ Jom Muhasabah Diri ~

Assalamualaikum...

Jom kita bermuhasabah diri di pagi Jumaat....tenang jer pagi ni...

Batal Wuduk Jika Tidur????

Saya faham jika sudah berwuduk tetapi tertidur yang tetap punggung itu tidak membatalkan wuduk. Soalnya, saya selalu melihat sebilangan jemaah yang tidur semasa khutbah Jumaat. Walaupun kelihatan tetap punggung tidurnya kelihatan lena sampai berdengkur.
Adakah keadaan begini juga tidak membatalkan solat. Bagaimana pula dengan tuntutan mendengar khutbah yang dikatakan sebagai menggantikan dua rakaat solat?


JAWAPAN :

Safwan bin 'Assal r.a. berkata yang bermaksud: "Rasulullah SAW memerintahkan kami agar tidak mencabut kasut ketika musafir selama tiga hari tiga malam kecuali jika berjunub, buang air besar, air kecil atau tidur". (riwayat Ahmad, al-Nasaai dan al-Tirmizi. Al-Tirmizi mensahihkannya).
Bagi menjawab persoalan ini, ada beberapa hadis sahih yang menjelaskan bahawa tidur yang lena dan tetap punggungnya tidak perlu berwuduk semula.
Anas r.a berkata yang bermaksud: Suatu ketika, para sahabat Rasulullah SAW menunggu solat isyak sehingga tersengguk-sengguk kepala mereka kerana nabi SAW melewatkannya. Setelah baginda bersiap untuk menunaikan solat, mereka bersolat tanpa memperbaharui wuduk. (riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Ibn 'Abbas r.a berkata yang bermaksud: Aku telah bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah (isteri nabi). Rasulullah SAW bangun untuk menunaikan solat malam. Lalu, aku bangun berdiri di sebelah kirinya. Kemudian, baginda menarik tanganku hingga aku berada di sebelah kanannya. Setiap kali kepalaku tersengguk kerana mengantuk, baginda akan menarik telingaku. Baginda melakukan solat itu sebanyak 11 rakaat. (riwayat Muslim).
Mengikut pandangan Imam al-Syafie r.a apabila seseorang tidak tidur dalam posisi duduk dan punggungnya tidak menempel dengan mantap pada posisi tempat duduknya.
Jika seseorang yang mempunyai wuduk tidur dengan posisi di atas sisi badannya (menyamping) atau dengan posisi terlentang, atau juga ada celah di antara punggungnya dengan tempat duduknya, maka wuduknya batal.
Wuduk tidak menjadi batal disebabkan mengantuk. Mengantuk adalah keadaan di mana seseorang merasa berat kepalanya, di mana dia masih dapat mendengar perkataan orang-orang yang ada di sekitarnya, walaupun tidak memahaminya.
Menurut pendapat paling sahih, termasuk pandangan dalam mazhab al-Syafie, apabila seseorang tidur tetapi tetap punggungnya di bumi tetap terletak di lantai, wuduknya tidak terbatal berdasarkan beberapa hadis di atas. Namun, yang afdalnya adalah berwuduk apabila tertidur berdasarkan maksud hadis secara umum.

KHUTBAH JUMAAT

Mendengar khutbah Jumaat dan solat dua rakaat fardu Jumaat adalah ganti kepada solat zuhur. Kedua-duanya sama penting dan sama wajib dipenuhi.
Cuma sindrom sesetengah kita adalah bila solat Jumaat, mereka ingat solat Jumaat yang wajib dihadiri manakala khutbah Jumaat tidak dengar pun tidak mengapa yang penting solat Jumaat. Ini adalah tanggapan yang salah.
Kefarduan solat Jumaat adalah untuk memberi peluang orang Islam berkunjung ke masjid mendengar pesanan agama dan wasiat iman yang disampaikan oleh para khatib.
Falsafahnya supaya dalam kehidupan seminggu seorang lelaki muslim akan ada catatan yang dipijak kakinya ke masjid melalui kefarduan solat Jumaat.
Bayangkan kalau solat Jumaat tidak difardukan ke atas orang lelaki Muslim, alamatnya hati-hati yang kering pasti tidak akan berkunjung melainkan untuk solat hari raya.
Allah SWT memfardukan Jumaat semoga dengan kefarduan tersebut terdidik jiwa hamba-hamba-Nya ke arah kebaikan dan amal soleh. Untuk beroleh manfaat solat Jumaat maka solat Jumaat hendaklah ditunai dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan, bukan kerana terpaksa.
Perhatikan dengan mata hati maksud firman Allah SWT ini: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat)... (al-Jumu'ah: 9).
Pergi untuk mengingati Allah SWT sama ada berzikir, membaca al-Quran sementara khatib naik mimbar. Bila khatib mula berkhutbah, berhenti zikir dan baca al-Quran, tumpukan perhatian pada khutbah.
Maksudnya ke masjid pada hari Jumaat bukan untuk tidur dalam masjid, sampai ada yang berdengkur malahan untuk mengingati Allah SWT. Ingat sesungguhnya Allah SWT telah memberi peringatan di dalam surah al-Jumu'ah.
Golongan Yahudi yang tidak beramal al-Taurat adalah umpama keldai yang membawa pikulan kitab-kitab yang tinggi nilainya tetapi si keldai tidak tahu apa yang dipukulnya. Ini adalah seburuk-buruk perumpamaan ke atas golongan yahudi.
Jika Yahudi ditempelak dek Allah SWT kerana mengabaikan isi al-Taurat, maka umat Muhammad juga akan menerima nasib yang sama kerana mengabaikan al-Quran.

Sumber : Utusan Malaysia

Isnin, Mei 16, 2011

~ Alhamdulillah..income dari Nuffnang ~

Assalamualaikum...

N3 ni dah dua tiga hari terperuk dalam draft...bukan tak nak keluarkan tapi time tu blogspot kan buat hal..so tak boleh nak buka blog...

Hari tu saja -saja buka Nuffnang...nasib baik time tu line laju jer..tak lah mood aku hilang...dan bila tengok akaun nuff...Alhamdulillah...dah ada RM rupanya...boleh lah daripada tak ada kan....


ni lah income yang dapat sejak berblog ni..hehehe..Alhamdulillah lah walau ciput sesangat..InsyaAllah bertambah lah tu ya....
Jadi..terima kasih banyak2 en nuff ya....

~ Selamat Hari Guru ~

Assalamualaikum dan salam ceria semua...

Pertama sekali ucapan HARI GURU buat semua guru-guru di Malaysia...

"SELAMAT HARI GURU"

Ni hadiah yang kakak bagi kat cikgu dia...yang kotak besar tu...

Semoga kawan-kawan yang bergelar pendidik terus tabah dalam mendidik anak bangsa...ramai jugak kawan2x aku yang bergelar cikgu ni...
Tidak lupa ucapan Selamat Hari Guru untuk cikgu-cikgu yng pernah mendidik aku..
Cikgu Tadika Kemas Pohon Tanjung,Pasir Mas..
Cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong,Pasir Mas..
Cikgu-cikgu Sekolah Menengah Perempuan,Pasir Mas..
Cikgu-cikgu Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Satu..
Pensyarah-pensyarah Pahang Skill Development Centre..

Jasa dan pengorbanan kalian amat dihargai..
TERIMA KASIH..!!!!!1




Khamis, Mei 12, 2011

~ Mister Linky's Magical Widgets Sebenarnya Adalah......~

Assalamualaikum...

Suspen jer tajuk...korang suspen ke tak???heheheh...tak payah lah suspen...meh aku terus kepada isinya ya...

Dua malam lepas aku sempat BW kt blog bloggers lain..dan aku termasuk lah ke blog Mrdaha .Dan semasa aku dok lepak2 kat blog beliau..aku terjumpa ni...


Kalau korang nak tahu, Mister Linky ni :
  • Tidak menjana Backlinks!
  • Tempat orang spam link blog!
  • Tidak memberikan traffic kepada blog anda!

So....??????
Kalau korang nak tahu lebih lanjut berserta buktinya sekali korang boleh terjah blog Mrdaha ya....banyak2 info2 yang berguna kat blog beliau...terutama untuk bloggers baru macam aku ni...
Untuk Mrdaha...sorry lah ya saya terjah blog anda dan dok lepak lama kat situ...

Dan....
Aku pun berfikir dan terfikir2x....
nak buang ke tak widgets tu????
nnt camner bloggers yang datang ke blog ni nak tinggalkan link ek???
sebenarnya..banyak cara untuk nak tinggalkan link ni...tapi macam mana ek???
adoiyaiii...tak reti aku macam mana nak exchange link...
korang boleh ajar tak????
Tolong ya....
Aku dah buat keputusan..nak buang jer widgets tu....
jadinya...sebelum aku pandai buat benda alah tu semua..kepada yang sudi datang blog aku ni korang boleh lah tinggalkan link korang kat kotak SHOUTBOX ya.....kat tepi tu....
Minta maaf banyak2 ya semua....

Rabu, Mei 11, 2011

~ Terkedu Aku Seketika ~

Assalamualaikum...
N3 malam ni mungkin penuh emosi....sebelum aku teruskan....aku ingin sedekahkah al-fatihah kepada 2 orang teman yang pernah hadir dalam hidup ini....

Al-fatihah.....

Petang tadi sempat aku buka fb dan balas komen kawan2 yang hantar...tiba2 terkedu aku seketika bila seorang kawan aku maklumkan yang seorang teman kami telah pergi mengadap Ilahi...3 hari lepas...Ya!Allah...itu ketentuanMu...


Ya....BANG T yang dimaksudkan oleh kawan aku tu ialah seorang teman yang berpangkat ABANG kepada kami bekas pelajar SMP ,Pasir Mas....terutama kepada pelajar2 yang tinggal di asrama sekolah termasuklah aku...ini kerana arwah Abang T yang kami panggil Abe T merupakan anak kepada tukang masak asrama yang mesra kami panggil Mok Yah.
Abang T ni sepanjang yang aku kenal seorang yang suka menolong dan setia mendengar rintihan dan masalah kami ketika tinggal di asrama.Dia yang selalu menolong ibunnya memasak...malah sebenarnya hubungan kami terutama geng2 aku sangat rapat dengan Mok Yah dan Abe T...kami juga suka mengusik-usik Abe t ni..sementelah dia waktu itu masih bujang...
Malah hubungan kami tidak berakhir walaupun sesudah tamat SPM..kami masih lagi melawat Mok Yah di rumah mereka...aku dan geng memang riuh kalau bertandang ke rumah mereka..
Ahhh!!!.....kenangan itu....
Semoga arwah tenang disana...
Tidak cukup dengan itu..kawan aku beritahu..yang salah seorang kawan kami telah meninggal dunia..Ya !Allah..itu juga ketentuanMU..bila aku bertanya bila waktuya dia meninggal..kawan aku cakap 4 tahun lepas...sekali lagi aku terkedu....kenapa aku baru mengetahuinya??????Semoga arwah tenang di sana juga...

Semoga roh ke dua-dua arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..aminn..
Sesungguhnya kematian itu pasti....

Isnin, Mei 09, 2011

~ Kejutan Hari Ibu ~

Assalamualaikum....

First of all....aku nak ucapkan 'SELAMAT HARI IBU' kepada semua ibu-ibu yang ada kat dunia ni...semoga anda terus tabah dalam menempuhi onak dan badai kehidupan seorang ibu...

Ucapan istimewa ni jugak aku tujukan buat ibuku tersayang...ESAH BINTI YACOB...kerana dia aku lahir ke dunia ni...TERIMA KASIH MEK ATAS SEGALA PENGORBANAN MU SELAMA INI MEMBESAR DAN MENDIDIK ANAKMU INI....
Tak lupa juga....
Buat IBU MERTUAKU....SAODAH BINTI CHE MUDA....TERIMA KASIH KERANA MENERIMA DIRI INI SEBAGAI MENANTU DALAM KELUARGAMU...

KEJUTAN????
Ada kejutan ker???hhuhuhu..terharu pun ada...hahahah..nak gelak pun ada...

DIALOG ANTARA KAKAK DAN PAPA...

KAKAK : PA...HARI NI HARI IBU..ADA KEJUTAN UNTUK UMMI KER???
PAPA : KEJUTAN???HAH!!...ADA..ADA....
(aku sudah tersenyum geli hati tengok muka my hubby)
KAKAK : KITA NAK BUAT KEJUTAN APA KAT UMMI ,PA???
terus dua beranak tu berbisik-bisik....
padahal aku ada jer kat sebelah diorang tu...
PAPA : JANGAN CAKAP KAT UMMI TAU KITA BUAT KEJUTAN....
KAKAK : OK!!! (tersengih2 memandang aku)
aku buat muka blur jer...huhuhu..apalah diorang rancang tu..
tak semena-mena....
KAKAK : ALA..PAPA..KAKAK TAK CAKAP PUN UMMI YANG KITA NAK BELI KEK...SUPRISE KAN???
(aku dan my hubby terus berpandangan...hahahah....sakit perut aku tahan gelak..kang nak gelak depan kakak kan mesti dia merajuk..huhuhu....

dialog ni berlaku ketika kami sedang asyik makan cendol pulut kat gerai tepi jalan berdekatan IKS Simpang Renggam...

nilah hah!!!kejutannya.....

Apapun....TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA YA...ANAK2 UMMI ATAS INGATAN KALIAN...DAN JUGA BUAT SUAMIKU....
UMMI AMAT MENGHARGAI DAN BETUL2 TERHARU....
TERIMA KASIH!!!!!

Sabtu, Mei 07, 2011

~ BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011 ~

Assalamualaikum...

jom join...


TEKAN jer kalau nak join..



~ Di Arah Pindah ~

Assalamualaikum....

Salam pagi Sabtu???Apa aktiviti korang hari ni ek???
Aku pening lah...tak tahu mana nak mula dulu nih!!!...nak start kemas barang dari mana ek??
Kemas???kenapa nak kena kemas lak??
hehehe....tak adalh...sebenarnya kami di arah pindah rumah lah..alahai....boringnya kalau bab2 pindah2 ni...kalau kena pindah balik kampung ok jugak..ni kena pindah rumah jer kat dalam kawasan ni jugak...tapi rumah ni selesa lah jugak...rumah 2 tingkat....
hah!!!2 tingkat???apalah kitaorang nak buat kat rumah 2 tingkat tu dengan duduk 4 orang jer...besar umah tu woooo..huhuhuhh...takut pun ada....


Amacam???seram tak nampak????hihihih....

 ni rupa kat dalam..luas jugak....ruang tamu pun luas...


Ni ruang dapur...tak luas sangat n tak sempit sangat..siap kabinet dah..
Almari pakaian pun ada ada setiap bilik...bilik ada 4 dan toilet ada 3....
oklah tu kan....
tapi tak tahu bila boleh masuk.sebab letrik dan air tak ada lagi..rumah pun tak basuh lagi...banyak kerja kena buat nih!!!huhuhu...rumah sekarang ni pun makin bersepah sebab tengah keluarkan barang yang patut di kemas...
my hubby cakap..mungkin minggu depan nak masukkan lertik dan air..pastu kena basuh rumah dulu..lepas basuh baru boleh angkut barang...dan boleh lah buat solat hajat...InsyaAllah...

Rabu, Mei 04, 2011

~ Rengit -Trip ke 3 ~

Assalamaulaikum semua...

Kalau korang dah baca n3 aku yang lepas tu mesti korang sedikit hairan kan...hah!tak hairan???huhuhu..tak apa lah...hairan nya bukan apa pun...yalah aku asyik cakap sibuk,tak sempat buka lappy lah..tak sempat itu lah...apalah yang aku buat ya sampai busy tahap menteri ni ek??
Yuppp...dalam 2,3 hari lepas memang aku busy sesangat....Alkisahnya.....mek dan ayah datang untuk trip ke 3 Rengit....barang2x kat kedai habis sudaaaa....Alhamdulillah!!!ada jugak sambutan...
Petang Khamis mereka sampai...itupun dari Dungun coz hantar adik aku yang study kat UITM tu..bermakna mereka dah bermalam kat Dungun umah mak saudara aku...mereka bertolak petang rabu dari kampung dan pagi khamis terus drive lori tu datang SR...Hah!masa diorang dalam perjalanan datang tu lah aku call suruh beli durian kat Segamat...hehehe!!!!

Hari Jumaat..my hubby kerja...so petang lah kitaorang bertolak pergi Rengit...tu pun dah lewat dalam kul 5 lebih...tapi xperlah..sebab hari tu hanya pergi untuk tengok2x barang jer...bila dan berkenan bayar deposit.Esoknya hari Sabtu kami ke sana lagi untuk angkut barang masuk dalam lori..


Antara barang2x yang dibeli...


Ada tv,peti ais,tilam,katil.dll...


Sempat lagi my mother posing bersama barang2 yang dijual kat sana...hahaha!!!


Bersama membantu tuan kedai membalut perabut yang dibeli...

Permandangan dari surau kat sana...
Nasib baik lah hari tu tak hujan..Alhamdulillah...bila segala sudah selesai..kami bertolak balik..dah malam baru sampai..sebelum tu singgah makan kat Farhan Seafood...

Kali ni masih ada lagi aku dengar suara2x tak puas hati ngan kami...xper lah...yang penting kami tahu apa yang kami buat....
Hari Ahad...kami pergi lagi ke Rengit...untuk beli barang yang dipesan oleh salah seorang pelanggan kat kedai..
Hari Isnin..mek dan ayah bertolak balik kampung...dan Alhamdulillah..barang2x yang dibawa balik sudah terjual...

Selasa, Mei 03, 2011

~ SOrry My Dear.!!!~

Assalamualaikum...

Alahai..Maaf banyak2 ya sayang....Bukan ummi lupa tapi ummi tak sempat nak update blog ni...lagipun ummi dah wish kat anak ummi kan....

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 2...
BUAT ANAK UMMI..NURAISYAH BATRISYIA BINTI MOHD SHUKRI

SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH DAN MENDENGAR KATA YA...DAN SEMOGA AISYAH BERJAYA DALAM HIDUP...SELALU INGATKAN UMMI,PAPA DAN KAKAKMU YA....


Ni kek yang sempat di beli papa ya...tak sempat nak buat majlis..hanya kita2x jer ya....
kakak dan adik dengan kek birthday adik...
Apa pun...ummi dan papa harap Aisyah menjadi anak yang solehah...aminnn....

~ BEN ASHAARI !!! Aku nakkkkk !! ~

Assalamualaikum...
Jom Join segmen BEN ASHAARI....


nak tahu lebih lanjut klik SINI

Kenapa Ben Ashaari patut pilih blog ni ya???
Sebab blog ini perlu melangkah lebih jauh supaya tidak ketinggalan.

~ Durian Oh! Durian~

Assalamualaikum...

Dah banyak hari tak buka lappy dan update blog nih!!!Baru hari ni berkesempatan...sibuk skit 2,3hari ni...tak sempat nak berblog or berfb....sori lah kekawang ek....

Tajuk entry hari ni DURIAN...emmm..mestilah pasal durian...

bestnyer......dapat jugak makan durian..dah lama nak beli tapi asyik bertangguh jer...
korang nak tahu dari mana dapat buah durian nih????
emmm...my father yang beli semasa dalam perjalanan ke umah aku ni...dia beli kat Segamat sana....hihihi..suka!!!.thanks! ayah....
so..dapatlah aku sekeluarga menikmati keenakan durian ni...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers