headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Rabu, Februari 09, 2011

~Mari Bercerita Bersama Kanak-kanak ~

Assalamualaikum dan selamat pagi semua....

Apa mood anda hari ni?Apa pun aku harap korang sentisa dilindungi Yang Maha Pencipta...InsyaAllah...
So...kawan2....Apa kita nak kongsi hari ni ya???ermmm...aku rasa aku nak kongsi perkara2 tentang kanak2 pulak..yalah aku pun ada anak2 yang sedang membesar dan lasak..hehehe...tp apa yang aku nak kongsi ni mungkin sesuai untuk kanak2 pra sekolah@tadika@taska..
 so..para ibu2 dan ayah2 yang ada anak seusia itu boleh lah baca n3 ni ya...
Mari Bercerita Bersama Kanak-kanak...kenapa ya kita sebagai ibubapa kena bercerita bersama anak2 kita ya..tujuannya adalah :
  •  untuk membina keyakinan diri
  • Mengalakkan kemahiran berkomunikasi dan menambah perbendaharaan kata
  • Menggalakkan kanak2 meluahkan perasaan
  • Menggalakkan nilai2 murni dalam kehidupan seharian
Tapikan mama @ ibu @ayah @papa...apa yang kita hendak ceritakan kepada anak2 tu mestilah jenis yang sesuai dengan peringkat umur diorang kan...so jenis cerita yang sesuai ialah :
  • Mengenai contoh teladan yang baik
  • Mengenai kanak-kanak
  • Mengenai binatang
  • Mengenai kisah Para nabi
Hah! yang ni pun penting untuk kita tahu...cara memilih buku cerita kanak2...
  • Pilih buku bergambar,cetakan perkataan yang bersaiz besar

  • Teks tidak terlalu banyak

  • Bilangan muka surat 8 hingga 16 ,16 hingga 32

  • Gambar dan perkataan yang terang/jelas [apabila anak2 sudah pandai membaca pilih saiz teks yg lebih kecil dan bilangan perkataan yang menigkat banyak]

  • Cerita yang mudah ke susah

  • Pengalaman seharian

  • Bahasa yang mudah dan perkataan yang diulangi   


  • so...Aku nak kongsi tips membaca buku cerita :

  • Jika membaca kuat [read loud]minta anak ikut baca baris setiap baris selepas ibu membaca

  • Baca secara ekspresif [sedih,gembira,kuat,perlahan]

  • Anak duduk dalam keadaan selesa contoh duduk di riba.di kusyen,lantai atau tikar

  • Semasa membaca tunjuk kepada perkataan dan gambar yang berkaitan

  • Sediakan suasana yang gembira.selesa dan selamat

  • Selepas selesai bercerita,minta anak ceritakan semula cerita tersebut


  • Banyak faedah yang akan kita perolehi...antaranya dapat mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara kita,membantu anak2 kita membaca...jadi...mama.ibu,ummi.ayah,papa....boleh cuba ya....

    tulisan hati : Alhamdulillah...kakak dah mengenal huruf2 dan dah boleh baca 2 suku kata...


    

    Tiada ulasan :

    Daisypath Anniversary tickers

    Daisypath Anniversary tickers