headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Memaparkan catatan dengan label Suka-suka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suka-suka. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 03, 2012

~ Kami Suka Main Metal Slug ~

Assalamualaikum..

U all pernah main game ni tak?


Actually..nilah game feberet aku dan hubby...
Masih lagi aku ingat..
Masa mula2 kahwin dulu..
Inilah game yang kami main kalau tak ada apa2 aktiviti lain nak dibuat..
Kalau dulu...
kami main guna komputer..sampai tenggelam butang keyboard tu..hahaha..
Dan sampai sekarang kami masih lagi main game tu..
tapi sekarang guna PS2 pulak...
hehehe..
seronok main game ni..hilang tension..
masa main ni lah kami boleh gelak dan ketawa sama2...
sekarang ni..anak2 pulak suka main...
main sama2 lah...kadang2 bergilir2...
Hahahaha...

Jumaat, Julai 27, 2012

~ Imej Baru Aisyah ~

Assalamualaikum...

Dah lama tak update tentang hal anak2 dara aku ni..
So..kali ni nak bercerita tentang Aisyah..
Kata my hubby..
Aisyah ni penyeri kepada kami..
kalau dia ada..ada saja benda yang boleh membuatkan kami gelak..
Kakaknya pula adalah kekuatan kami.
Aisyah sekarang ni..
macam2 dah dia tahu..
nak2 kalau main game dalam tab papanya..
pandai jer dia tekan2..
Kalau dia nak sesuatu tu..
pandai jer pujuk..siap ada ayat" please" lagi kat belakang ayat dia tu..siap ada gaya sekali..tapi aku tak pernah berjaya snap gambar masa dia buat aksi nakkan sesuatu dengan ayat pleasenya..huhuhu...

Sekarang ni..dah berambut pendek..
dulu rambut dia ikal yang bergulung2 tu..

 
Inilah imej terbaru dia..
Aku dah potong pendek rambut dia..
ok jugak kan??
Bila dah pendek senang nak urus..
kalau panjang dulu..rambut dia selalu kusut..
Sampaikan kalau sikat rambut dia..mesti ada rambut yang bergumpal kat sikat..
aishhh...ganas betul ibu dia ni sikat rambut anak..hahahaha...
Perangai sekarang yang selalu memeningkan kepala aku ni ialah selalu gaduh ngan kakak dia..
kadang2 kakak dia selalu mengalah..kesian pulak..
Satu yang aku suka dia ni...
kalau pergi ke pasaraya atau mana2..
dia tak suka beli mainan..apa yang dicarinya ialah makanan..
Si kakak pulak pantang nampak mainan..hahaha..
Tapi bila sampai rumah..mesti rebutkan mainan kakaknya..hahaha...
Satu lagi..
Suka sangat menyanyi dan menari/joget...
Kalau kat dalam kereta tu boleh jer dia layan lagu omputih..
Boleh jer dia ikut nyanyi lagu "On The Floor" tu..
Dan kalau menari...muzik cina mati pun dia boleh joget..aduhhh...Aisyah..Aisyah...
muzik lagu Hindi lagi lah...
Kalau bab agama pula..
Dia suka ikut setiap step bila kami solat...tapi last2..depan kami dia duduk..huhuhu...
Dia suka dengar lagu daripada album terbaru Iwan tu..
apa ek tajuk dia..lupa pulak..
"Tunggu sebentar..solat lah dulu....."
Dia boleh jer nyanyi...
Macam2 dia boleh buat sekarang ni..
yang kadang2 boleh buat aku gelak ketawa dan ada pula boleh buat aku naik angin...
Sabar jer lah ibu...
 


Khamis, Julai 12, 2012

~ Air Terjun Kota Tinggi Dan Steamboot Di Restoran Singgah Selalu,JB ~

Assalamualaikum..

Bulan lepas punya cerita nih..
tak kisah kan??
Lepas beberapa hari keluar wad hari tu..
Hari minggu kalau tak silap aku lah..
Bawa MIL berjalan-jalan ke Kota Tinggi..
(Kebetulan MIL aku masih ada kat umah aku ni..dia datang selepas beberapa hari aku masuk wad..my mother pulak balik pada malam aku keluar wad tu)
Destinasi kami ke Kota Tinggi Waterfall...
 
 First time sampai sini...
cantik jugak permandangan..

Tiket masuk ke sana..
ermmm...sori aku lupa berapa RM..
Tapi kalau tak silap aku..
Dewasa RM 7
Kanak-Kanak RM 3...
Rasa aku lah ni..kalau salah sorry ek...


Ni air terjunnya...
sejuk jer..
Tapi aku tak mandi pun hanya my hubby dan anak2 jer yang mandi..


Jom kita layan pic yang sempat aku snap..

Ada gelongsor panjang...


Makan bekalan yang sempat aku masak...
Seronok tengok diorang mandi..bila dah kesejukan baru keluar dari air...
Kami berada disana sampai ke petang..
Oleh kerana waktu masih terlalu awal waktu itu untuk pulang..
My hubby terus drive ke Johor Bharu..
dan menunaikan hasrat aku untuk makan steamboot..
Kami dibawa ke Restoran Singgah Selalu..
Makan Steamboot..

Hanya gambar ini yang sempat aku snap..
sebab perut memang dah lapar...
Alhamdulillah..
Terima kasih my dear hubby..
kerana sentiasa berusaha untuk menggembirakan isterimu ini..
Kerana setelah kejadian isterimu ini dimasukkan ke wad...
Kita tahu ada hikmah disebaliknya Allah berikan untuk kita...


Sabtu, Julai 07, 2012

~ Dari Ummi Kepada Ibu ~

Assalamualaikum...

Dah tengah malam ni mata tak nak tidur..
teman pulak my hubby main PS2...hehehe..
okeh! Dalam entry lepas,Klik SINI
Aku bahasakan diri aku ni IBU bukan lagi UMMI..
Nape ya?
Aku ada cakap kan yang aku akan bagitau nape..
Ntahlah...hehehehe..
aku pun tak tahu nape...
Camne nak jelaskan ya...
Sebenarnya..
semasa mula2 mengandung dulu..memang aku teringin di panggil IBU..tapi ntah nape..tiba2 terpanggil UMMI...
Boleh cmtu ek?
Hihihi..
Sebenarnya..aku selesa jugak di panggil IBU...
Kata my hubby..
Kita tukar lah pulak..dari ummi kepada ibu..
aku tanya kenapa...????
dia kata...
Panggil ummi..aku nampak cam brutal sikit...huhuhu...
Ada ke camtu...
tapi yalah kot...
Brutal camne tu?
Ntahlah...mungkin aku ni cepat marah kot..tapi aku tidak suka membebel..
hihihi...
Aku pun tak tahu nak jelaskan macam mana...
Terpulanglah kepada keselesaan u all nak panggil apa kan...
Buat masa sekarang ni aku selesa di panggil ibu..
tapi kadang2 tu anak2 memang panggil ummi..
maklumlah dah biasa kan...
Susah jugak nak ajar mereka panggil ibu...
Tapi kan lama2 tu biasalah kan...
Dah besar nanti terpulang pada mereka nak panggil ummi ke ibu ke...
Ada orang tanya...
Kenapa tidak MAMA...???
????
Aku tak suka....


Jumaat, Mei 25, 2012

~ Sekadar Renungan ~

Assalamualaikum...

..
Sumber : FB
 Sekadar untuk renungan...
Tapi kalau ini yang berlaku..apa pendapat kawan2?

Yalah..orang yang kita sayangi menyayangi orang lain...
mesti sangat sakit dan pedih hati untuk menanggungnyakan?

Tapi kata orang..
Jika kita betul2 ikhlas cintakan pasangan kita...
tak kira apa jua ribut yang melanda atau tak kira badai apa yang bergelora dalam rumahtangga kita..kita akan tetap bersama pasangan kita walau ketika susah atau pun senang..kita tak akan mudah untuk beralih kasih... kerana bagi kita.pasangan kita adalah anugerah yang terindah yang Allah berikan.Datanglah seribu bidadari pun kita tak akan tergoda.

Ya!Allah..Ku pohon rahmatMU..
Jauhilah aku dari terjadinya perkara ini...
Amin..!!!

Buat Suami..
Maafkan diri ini jika aku tidak sempurna untuk dirimu..
Tiada lain yang ku pinta..hanya kesetiaan dan kejujuran darimu..
Semoga mahligai yang kita bina atas dasar cinta ini akan terus bergemerlapan hingga ke pintu Syurga Allah...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers