headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Memaparkan catatan dengan label tabika. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tabika. Papar semua catatan

Selasa, November 06, 2012

~ Majlis Konvo Puteriku ~

Assalamualaikum...
Hurm...dah agak lama menyepi ni...
ada yang rindu tak?
Huhuhu....dah agak dah mesti tak ada...
tak apa lah...
Yang penting aku HAPPY jer...
Alhamdulillah....
ok!
ni nak cerita tentang hari graduasi...
Oppss!!
Bukan aku punya dan bukan my hubby yang punya tapi Nurain Batrisyia yang punya....
Hurmmm...
Dah besar anak kami rupanya..
tahun depan dah masuk darjah 1...
So..31/10 hari tu telah diadakan Majlis Konvokesyen Tabika Kemas peringat Parlimen Simpang Renggam...
Jom kita layan gambar2 yang sempat disnap ni...




Nurain bersama Nurain..

Majlis selesai..
acara bergambar pula...



Tahniah my dear princess...
Semoga anak ibu bakal menjadi seorang anak yang berguna untuk agama,bangsa dan negara...InsyaAllah...

Isnin, September 24, 2012

~ Naib Juara Nasyid Hari Potensi Tabika Kemas ~

Assalamualaikum..

Ahad lepas,9 September 2012.
Tabika Kemas telah mengadakan Hari Potensi seperti tahun2 sebelum ni..
Kalau tahun lepas..bersukan tahun ni acara pentas pula..

Jadi Tabika Penjara telah hantar penyertaan dalam nasyid..
Acara ni diadakan di Dewan Empangan Machap..

Pentas

Beratur untuk di touch up oleh cikgu..

giliran my princess..

Sebahagian peserta..sempat posing..

Yeayyyy..dah dapat hadiah..
NAIB JUARA.
Alhamdulillah..tak sia2 cikgu ajar..

ni video yang my hubby rakam..
boleh dengar tak?
maaflah kalau tak jelas ya..

Tahniah my girl...
Kakak buat papa dan ibu bangga...


P/s : sori video x boleh nak upload..


Selasa, September 04, 2012

~ Tadika Kemas Penjara sambut Hari Merdeka ~

Assalamualaikum...
Pagi semalam..tadika penjara 1 telah mengadakan hari sambutan kemerdekaan..
So..aku kenalah menghadirkan diri..
memeriahkan majlis...
Jom kita layan gambar sekitar sambutan...

Berapa kerat yang ado..???
tapi tak apa..anak2 tetap bersemangat..
Yalah..kat tadika ni hanya ada 9 orang murid yang berumur 6 tahun...
tp yang hadir semalam hanya 6 orang..

Antara aktiviti yang diadakan..
yang ni hasil kerja puteri aku yang belum siap lagi...

Antara hasil kerja anak2 tu...
ada terselit hasil kerja si Aisyah,puteri ke 2 kami...
cuba teka yang mana...???
hihihi...

Selesai aktiviti menampal kertas menjadi bentuk bunga raya..
aktiviti bergambar pula..
tengok...si Aisyah..xcited tu...

MERDEKA..!!!!!

 Masing2 ikut jer arahan apa cikgu suruh buat...hihihihi..

Lepas bergambar..kita makan dulu....
special masakan dari pembantu kita..
Mee Rebus...
walau tidak ramai majlis tetap meriah..
Yang pasti anak2 teruja..

P/s : teringat dengan ucapan dari Tuan Huzaimi...
"Kita baru selesai menyanyikan Lagu Negaraku..
Tapi..pernahkah kita fikir...
suatu hari nanti...berpeluang lagikah kita untuk menyanyikan Lagu Negaraku..???"
Jadi..kekalkanlah kemerdekaan dan keamanan yang kita kecapi sekarang ini..
 

Rabu, Julai 18, 2012

~ Lawatan Tadika Penjara Ke Kuala Lumpur~

Assalamualaikum..
Ni pun cerita lama..bulan 7 dah nak habis..baru nak update untuk cerita awal bulan 7..huhuhu..
Nak buat cmner,keadaan tak mengizinkan..
Okeh!!!!
1/7/2012...
Tadika Kemas Penjara 1 dan 2 buat Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur.
Wahhh..kali ni jauh pulak perginya..
Kalau dulu pergi Melaka dan Johor Bharu jer..
Tapi kali ni ke Kuala Lumpur..
waktu ni aku masih lagi tak berapa sihat..
so..semua kerja memasak my hubby yang uruskan..
kalau aku buat jugak memang nak kena marah dengan dialah jawabnya...
So..my hubby masakkan bekal untuk kami lewat malam dah..
bangun pagi panaskan jer..
Terima kasih my dear...
Para ibu,bapa dan anak2 berkumpul depan sekolah sebelum bertolak jam 7 pagi..
Pergi dengan 2 buah bas penjara
(untuk bas buah ke biji ek???lupa..lama tak sekolah..huhuhuh)
Tapi..aku,my hubby dan Aisyah tak naik bas..kami follow belakang dengan kereta..
Hanya kakak yang naik bas..
Kami berhenti sarapan kat RNR Pagoh..

sempat lagi posing...

Alhamdulillah..perjalanan ok dan kami sampai KL pukul 11 lebih..
Destinasi pertama ke Putrajaya..

Sekejap jer kat Putrajaya ni..
habis posing dan round2 kejap kami ke destinasi kedua..
KLCC...
Di KCLL ni kami ke Petrosains..
Masing2 berkumpul sebelum masuk ke Petrosains..

Dah dapat tiket..jom masuk...
Harga tiket
Dewasa : RM 13.50
Kanak-kanak : RM 4.50

Jom kita tinjau apa ada kat dalam...


Nak masuk dalam kena melalui Perjalanan Sekilas Masa menggunakan Gondola..
Apa yg ada dalam perjalanan ni??
hehehe..u all kena rasa sendiri..

Gunung berapi



Habis meronda dan bergambar dalam Petrosains ni..kami bergerak ke destinasi seterusnya..
i-city,Shah Alam...
Masa sampai hari masih lagi cerah..xder lagi lampu2..
so..main salji lah dulu..

masuk Snowwalk..
Sebelum masuk..pakai baju sejuk dulu...

Peace!!!!
sejuk giler...
mula masuk..aku agak risau..
takut asma aku menyerang..
Tapi Alhamdulillah..
selepas guna krim Bio Ever..
asma aku dah hampir 2 bulan dah tak datang serang...
Alhamdulillah...

Nak jugak letak pic berdua.
ngeh!ngeh!

Jom teroka pulak apa ada disekitar kawasan i-city ni..



Hmm...habis ronda kawasan sekitar...
tapi rasanya belum habis..aku memang dah tak larat nak jalan..
Akhirnya..
kami berpisah..rombongan sekolah terus balik malam tu jugak..
aku..terus ke Sungai Buluh..
rumah akak aku..tidur sana...
Esoknya..kami ke destinasi kami...
jumpa member lama..

P/s : u all ada asma a.k.a semput tak?
kalau ada boleh cuba produk yang aku syorkan ni ya..
Bio Ever
InsyaAllah..dengan izin Allah..

Khamis, Mei 24, 2012

~ Hadiah Untuk Cikgu ~

Assalamualaikum..
Hari Guru dah lepas...
dan..aku lupa nak publish entry ni..
Kesian anak Ibu..mesti nak tengok hadiah dia untuk cikgu-cikgu dia ada dalam blog ni..
oklah..ibu buatkan ya..

Yang ni untuk Cikgu Hani..cikgu kakak sekarang..
Tadika Penjara 1

Yang ini untuk Cikgu Adah
cikgu lama untuk Tadika Penjara 2

Kat sekolah kakak hari tu ada buat sukaneka..
tapi untuk mereka2 je lah..
tak ada untuk ibubapa pun..
kakak cakap dia main bola jaring,pecahkan belon yang berisi air,cari gula2 dalam tepung..
Gembira dia hari tu..
Alhamdulillah..

Nota hati : Mesti korang tertanya-tanyakan..kena aku bahasakan ibu bukan ummi?
Hmm..next entry aku ceritakan ya...

Rabu, Januari 18, 2012

~ Bengkel Kemahiran Keibubapaan ~

Assalamualaikum...
Petang semalam aku hadiri Bengkel Keibubapaan yang dianjurkan oleh KEMAS di Tadika Kemas Penjara Simpang Renggam.
 
 
Banyak info dan pengetahuan yang aku dapat.
Terutama dalam usaha kita mendidik dan membimbing anak2 pada zaman sekarang ni..
Acara bermula dengan demo masakan oleh dua pembantu tadika penjara ni..iaitu Kak Mai dan Kak Shima.
Wahhh..steady jer chef kita ni..
 
Demo masakan Laksa Johor
Lepas acara ni..
ada pula ceramah yang disampaikan oleh Puan Nor Wahidah binti Abdoii Rahim selaku Penyelia Bina Insan,Parlimen Simpang Renggam.

Aku nak kongsikan disini...
Jika anak-anak hidup dalam kritikan,
mereka akan belajar mengutuk.
Jika anak-anak hidup dalam permusuhan,
mereka akan belajar bergaduh.
Jika anak-anak hidup dalam keaiban
mereka akan sentiasa berasa bersalah.
Jika anak-anak hidup dalam toleransi,
mereka akan belajar menjadi penyabar.
Jika anak-anak hidup dalam penghargaan,
mereka akan belajar jadi budiaman.
Jika anak-anak hidup dengan saksama,
mereka akan belajar menjadi adil.
Jika anak-anak hidup dengan persahabatan,
mereka akan belajar berkasih sayang
Jika anak-anak hidup dengan kemesraan dan berdampingan,
mereka belajar untuk menjadikan dunia tempat paling harmoni,indah dan membahagiakan.

Selesai ceramah tersebut,ucapan pula oleh Pegawai Kemas Daerah Kluang...Selepas itu..
Yang Berhormat pula ambil alih...

YB Onn sedang bagi ucapan..
Selesai YB beri ucapan,majlis jamuan makan dan lepas tu bersurai...

Ahad, September 25, 2011

~ Sambutan Hari Malaysia Dan Kemerdekaan ~

Assalamualaikum..
Hari Jumaat lepas..16 September..hari Malaysia..dan oleh kerana hari kemerdekaan negara jatuh pada hari raya ke 2 maka..jumaat lepas kita telah menyambut hari Malaysia dan Kemerdekaan serentak..
Dan..tabika sekolah anakku,Nurain Batrisyia membuat majlis ringkas untuk sambutan itu..so..sekolahlah hari Jumaat tu..aku pun terlibat sama untuk menjayakannya..
Pukul 8 lebih kami dah mula acara dengan...

 Nak kata perbariasan tak jugak..hehehe..kami hanya berkumpul depan tiang bendera dan nyanyi lagu Negaraku,Jalur Gemilang,Lagu Johor,Lagu Merdeka dan juga bacaan doa.
Lepas tu acara dalam kelas pulak...

Mewarna.Warnakan lukisan.Ni sebenarnya kad raya merdeka.

Kakak tengah warnakan...adik pulak buat apa ya???

Dok main gam lah...nak larang jerit pulak..biarlah dia main...

 Masing2 nak tunjukkan kad yang sudah diwarnakan...Selesai bergambar sesi menjamu selera pulak..

Wahhhh.....!!!!makanan zaman dulu-dulu..ubi kayu rebus...bestnya dah lama tak makan..cicah dengan sambal ikan bilis..Selesai menjamu selera..balik lah apa lagi..hehehe...


















Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers