headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Memaparkan catatan dengan label jalan2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan2. Papar semua catatan

Rabu, Julai 18, 2012

~ Lawatan Tadika Penjara Ke Kuala Lumpur~

Assalamualaikum..
Ni pun cerita lama..bulan 7 dah nak habis..baru nak update untuk cerita awal bulan 7..huhuhu..
Nak buat cmner,keadaan tak mengizinkan..
Okeh!!!!
1/7/2012...
Tadika Kemas Penjara 1 dan 2 buat Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur.
Wahhh..kali ni jauh pulak perginya..
Kalau dulu pergi Melaka dan Johor Bharu jer..
Tapi kali ni ke Kuala Lumpur..
waktu ni aku masih lagi tak berapa sihat..
so..semua kerja memasak my hubby yang uruskan..
kalau aku buat jugak memang nak kena marah dengan dialah jawabnya...
So..my hubby masakkan bekal untuk kami lewat malam dah..
bangun pagi panaskan jer..
Terima kasih my dear...
Para ibu,bapa dan anak2 berkumpul depan sekolah sebelum bertolak jam 7 pagi..
Pergi dengan 2 buah bas penjara
(untuk bas buah ke biji ek???lupa..lama tak sekolah..huhuhuh)
Tapi..aku,my hubby dan Aisyah tak naik bas..kami follow belakang dengan kereta..
Hanya kakak yang naik bas..
Kami berhenti sarapan kat RNR Pagoh..

sempat lagi posing...

Alhamdulillah..perjalanan ok dan kami sampai KL pukul 11 lebih..
Destinasi pertama ke Putrajaya..

Sekejap jer kat Putrajaya ni..
habis posing dan round2 kejap kami ke destinasi kedua..
KLCC...
Di KCLL ni kami ke Petrosains..
Masing2 berkumpul sebelum masuk ke Petrosains..

Dah dapat tiket..jom masuk...
Harga tiket
Dewasa : RM 13.50
Kanak-kanak : RM 4.50

Jom kita tinjau apa ada kat dalam...


Nak masuk dalam kena melalui Perjalanan Sekilas Masa menggunakan Gondola..
Apa yg ada dalam perjalanan ni??
hehehe..u all kena rasa sendiri..

Gunung berapi



Habis meronda dan bergambar dalam Petrosains ni..kami bergerak ke destinasi seterusnya..
i-city,Shah Alam...
Masa sampai hari masih lagi cerah..xder lagi lampu2..
so..main salji lah dulu..

masuk Snowwalk..
Sebelum masuk..pakai baju sejuk dulu...

Peace!!!!
sejuk giler...
mula masuk..aku agak risau..
takut asma aku menyerang..
Tapi Alhamdulillah..
selepas guna krim Bio Ever..
asma aku dah hampir 2 bulan dah tak datang serang...
Alhamdulillah...

Nak jugak letak pic berdua.
ngeh!ngeh!

Jom teroka pulak apa ada disekitar kawasan i-city ni..



Hmm...habis ronda kawasan sekitar...
tapi rasanya belum habis..aku memang dah tak larat nak jalan..
Akhirnya..
kami berpisah..rombongan sekolah terus balik malam tu jugak..
aku..terus ke Sungai Buluh..
rumah akak aku..tidur sana...
Esoknya..kami ke destinasi kami...
jumpa member lama..

P/s : u all ada asma a.k.a semput tak?
kalau ada boleh cuba produk yang aku syorkan ni ya..
Bio Ever
InsyaAllah..dengan izin Allah..

Khamis, Julai 12, 2012

~ Air Terjun Kota Tinggi Dan Steamboot Di Restoran Singgah Selalu,JB ~

Assalamualaikum..

Bulan lepas punya cerita nih..
tak kisah kan??
Lepas beberapa hari keluar wad hari tu..
Hari minggu kalau tak silap aku lah..
Bawa MIL berjalan-jalan ke Kota Tinggi..
(Kebetulan MIL aku masih ada kat umah aku ni..dia datang selepas beberapa hari aku masuk wad..my mother pulak balik pada malam aku keluar wad tu)
Destinasi kami ke Kota Tinggi Waterfall...
 
 First time sampai sini...
cantik jugak permandangan..

Tiket masuk ke sana..
ermmm...sori aku lupa berapa RM..
Tapi kalau tak silap aku..
Dewasa RM 7
Kanak-Kanak RM 3...
Rasa aku lah ni..kalau salah sorry ek...


Ni air terjunnya...
sejuk jer..
Tapi aku tak mandi pun hanya my hubby dan anak2 jer yang mandi..


Jom kita layan pic yang sempat aku snap..

Ada gelongsor panjang...


Makan bekalan yang sempat aku masak...
Seronok tengok diorang mandi..bila dah kesejukan baru keluar dari air...
Kami berada disana sampai ke petang..
Oleh kerana waktu masih terlalu awal waktu itu untuk pulang..
My hubby terus drive ke Johor Bharu..
dan menunaikan hasrat aku untuk makan steamboot..
Kami dibawa ke Restoran Singgah Selalu..
Makan Steamboot..

Hanya gambar ini yang sempat aku snap..
sebab perut memang dah lapar...
Alhamdulillah..
Terima kasih my dear hubby..
kerana sentiasa berusaha untuk menggembirakan isterimu ini..
Kerana setelah kejadian isterimu ini dimasukkan ke wad...
Kita tahu ada hikmah disebaliknya Allah berikan untuk kita...


Isnin, Mei 21, 2012

~ Menang Piala FA Hubby Belanja Makan ~

Assalamualaikum..

Hahaha...macam kami yang main..yalah Kelantan menang Piala FA..aku jugak dapat tempiasnya..hehehe..bukan tempias apa pun..
Hubby dah janji malam tu..
dia kata kalau Klate menang Hubby belanja nasi beriani kat Batu Pahat.
Hah!..yeayy..Klate menang...dapat kami makan nasi beriani..
First time kami datang makan kat sini..


 Datang makan tengahari kat sini..

Tengok tu nasi membukit kat dalam pinggan..
Kami order nasi beriani ayam dan daging..
Nasi Beriani Ayam- RM6
Nasi Beriani Daging - RM 7
Nasi untuk anak2 tu dah kira separuh tu tapi membukit lagi..
banyak betul..
Alhamdulillah..kenyang..
Kawan2 yang tinggal sekitar Johor ni bolehlah datang makan kat sini..
Sedap!
Siap makan..kami ronda2 Batu Pahat..
Mula ingat nak pergi Carefour tapi bila sampai sana intai2 macam tak ada parking..
maklumlah hari minggu..
So..terus drive ke Batu Pahat Mall
Masuk Pasific Bowl..main bowling..

kakak dah pandai snap gambar..
suka sangat bila disuruh snap gambar aku dan hubby..
5 game kami main..tangan dah sakit2..huhuhu..
Aku happy bila tengok hubby happy...
Kali ni dia menang..hehehe..sukalah tu..
Lepas main terus balik...
Alhamdulillah.terima kasih Allah







Selasa, Mei 15, 2012

~ Surprise Hari Ibu ~

Assalamualaikum..
Dapat Surprise lagi...
Terharu betul...
Thanks my dear hubby..
Love you forever n ever..

Apa ya surprisenya???

Makan malam kat The Katerina Hotel,Batu Pahat.

Bila kami sampai sana..
Frust jugak sebab tak ada buffet..
so kami order jer lah apa nak makan..

Nasi Goreng Kampung
Ini aku punya
Aku makan habis..lapar time tu..hehehe..

Char Kuew Teow Penang
My hubby punya
My hubby ada suapkan untuk aku Kuew Teow ni..
rasa dia ok lah..sedap!

Nasi Goreng Cina
Kakak dan adik punya
Nasi ni banyak..tak habis makan anak2 ummi ni..
dah lah ambil 2 set..
aku ingat sikit jer nasi nya..
bila sampai nasinya macam 2 mangkuk jer..

Manggo Smoothie

Yang ni apa namanya ek..
yang pasti strawberry campur lemon..
rasa dia masam2 manis..

Kakak dengan gayanya minum Strawberry Smoothie..

Yang membuatkan aku terharu..
Hubbby : Sayang..Selamat Hari Ibu
Aku : Terima kasih sayang..
Tapi..ayang tak minta semua ini..
(sebelum aku habis cakap,my hubby dah potong cakap aku)
Hubby: Sayang..B buat semua ni kerana B hargai sayang..hargai segala apa yang sayang buat..sayang masak,sayang basuh baju,sayang kemas rumah,sayang jaga anak2,sayang jaga suami sayang ni..I love you..sayang penting bagi B...
Kat situ jugak air mata aku menitis...
ahhhh..............
Sebelum...datang hotel ni..kami ke Johor Bharu dulu..
JB lagi..minggu lepas dah ke JB..
kerana plan asal my hubby nak bawa kami makan kat atas kapal kat Danga Bay tu..

tapi malang..kapal ni tak nak belayar...
So..kami sempat makan tauhu bakar kat situ..
 
sebenarnya..aku dan hubby baru jer first time rasa tauhu bakar ni..
tak habis sebab aku memang tak makan tauhu...
 
Apa pun terima kasih buat suami dan anak2..kerana telah menterharukan diri ini...


Isnin, Mei 14, 2012

~ Jalan-jalan ke Johor Bharu ~

Assalamualaikum..
Ini cerita Ahad lepas..
Hurmm..Ahad lepas kan Datuk Lee Chong Wei beraksi untuk final Badminton kat Dewan Bandaraya Johor Bharu..so..niat dihati nak jumpa dengan Chong Wei lah..
Tapi sebenarnya kami tak tahupun mana letaknya dewan tu..hahaha..main redah jer..
2,3 kali pusing jugak baru jumpa tapi bila dah jumpa..alahai..ramainya orang..nak parking kat mana..jalan masuk tutup..
So..tak nak menyusahkan my hubby aku pendamkanlah hasrat nak tengok Chong Wei main..
takper..asal my hubby aku tak susah..
So..kitorang pun lepak santai di Teluk Danga Bay..Untuk tahun ni hari Ahad tu baru sampai kat Danga Bay tu..dah lama sebenarnya tak datang sini..Last sekali masa bawa keluarga MIL aku datang sini..
Jom lah kita layan gambar-gambar yang sempat disnap ni ya..



Si Adik merajuk kerana nak naik keretapi...

Merajuk dia nak naik ni..cian..tapi orang tak ramai tak seronok nak naik..

Selepas puas bergambar sana sini..kami ke lokasi lain pula..
Jalan sakan ya..
My hubby bawa kami ke Nusajaya..
tapi tempat ni belum siap lagi..

Wilayah Iskandar
Ala-ala Putrajaya..

Habis ronda terus balik...

Khamis, Mei 10, 2012

~ 4 Hari 3 Malam Di Kampung-Part 3 ~

Assalamualaikum..
Kita sambung lagi cerita kat kampung hari tu ya...
lupa nak tulis..
pagi jumaat tu kami sarapan dengan ni ha...
dah lama tak makan...

Laksam
Laksam ni akak ipar aku yang buat..
kebetulan dia memang buat niaga..
so..makan lah..
yang paling suka my hubby lah..
suka sangat dia dengan laksam sampai bertambah-tambah.
hurmm...
kalau balik kampung memang selera makan tak boleh nak kawal langsung lah..
Asyik nak makan jer..
Hah!yang ni pulak mee celup
tapi yang ni kami makan kat kedailah...
Aku makan mee celup ni pagi Sabtu..
lepas makan..terus kami ke Kota Bharu..
Saja ronda..
Lepas ronda KB,kami ke Pantai Cahaya Bulan..
Hmmm...teringat masa aku dan hubby masa mula2 bercinta dulu..
Pantai ni lah menjadi saksi..cewwaahhh....!!
bila sampai pantai aku tak turun pun dari kereta sebab panas yang amat..
tempat ni dah banyak berubah..
tak macam dulu..
sorry tak ingat nak snap gambar..hihihi..
Kami lepas kejap jer pastu balik..
Petang pulak balik umah MIL lah..
biasalah kalau dah rumah dekat terpaksalah bergilir-gilir..
Malam tu bermalam umah MIL
Pagi balik rumah mek aku pulak sebab tengahari kami dah bertolak balik PSR.
Sekian,habis sudah cerita kampung..
bila nak balik kampung pulak ya?
hurmm..raya puasa ni lah..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers