PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Isnin, Januari 31, 2011

~ Contest Nama Baby Saya ~


Assalamualaikum....



Jom kawan2..join contest ni..



Anak pertama bernama NURAIN BATRISYIA
Bermaksud ,Nurain-Cahaya mata
Batrisyia-cerdik,pintar.
Nama ini dipilih oleh papanya..
Nama ini dipilih kerana kami suka dengan nama ini sebab ia mempunyai maksud yang baik.Harapan kami agar NURAIN BATRISYIA menjadi cahaya mata kami yang cerdik dan pintar seperti maksud namanya.



Nama Anak 2 : NURAISYAH BATRISYIA
Cahaya kecerdikan,kepintaran Aisyah
Nama ni dipilih oleh umminya sendiri lah...yalah kalau yang sulung papanya yang pilih so.. yang ini giliran ummi lah..aku pilih nama ni sebab memang berkenan dengan nama Aisyah.Nama Batrisyia dikekalkan untuk mengeratkan lagi ikatan persaudaraan antara adik dan kakak.Harapannya agar Nuraisyah Batrisyia akan menjadi anak setabah Aisyah R.A serta cerdik dan pintar.
Ummi dan papa doakan agar anak2 membesar dengan sihat dan hidup bahagia.








                                                                       

~ Siapa Sudi Tolong Jawab ~


Assalamualaikum Semua....

Korang tahu kan..???tak tahu?Tak per aku tahu korang tahu....yalah korang tahu yang aku ni blogger baru kat alam maya ni...so aku nak bertanya kat korang siapa yang sudi menjawab pertanyaan aku ni...cian kat aku...huhuhu...
Bukan susah pun soklan aku nak tanya...ermmm..

1.Aku nak tanya....apa perbezaan Contest dan Giveaway tu?yalah aku tengok rakan2 blogger suka sangat buat benda2 ni...(teringin gak aku nak buat..hehehe)mesti korang ingat ini soklan bodoh dari aku ya...tak per ku tk kisah asal kan aku tahu...

2.Aku tahu yang Nuffnang tu boleh menjanakan pendapatan..tapi macam mana ek?mana mana blogger2 ni buat sampai boleh duit?(soklan ntah apa2 lagi...huhuhu)

Aku rasa dua soklan tu jer dulu...nanti banyak2 korang tak nak jawab kecian kat aku yang tak tahu apa2 ni..Aku nak tinggalkan pantun untuk korang..

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Aku budak baru belajar,
Kalau salah tunjukkan.

Sabtu, Januari 29, 2011

~ Main Air Banjir Umah Tok Ma ~

Assalamualaikum semua..

 Main air banjir umah tok ma???
bila tu??musin banjir dah lepas...(ya ker?)
Laaa..tentu lah time hujung tahun lepas..kami sekeluarga kan kat kampung masa tu..yalah sebulan lebih aku kat kampung..my hubby aku kan buat PJJ kat USM....so aku dan anak2 aku lepak lah kat kampung..best gitu!



Ni hah!gini lah keadaan umah MIL aku yang dinaiki air..tak lah dalam mana pun..tapi kalau hujan lebat sesangat...boleh tenggelam 2 anak tangga..

Budak2 suka sangat main kan???air sikit nak main air banyak lagilah...boleh jer diorang main air kat dalam parit kecik tu..



Boleh posing lagi...ni lah antara sepupu sepapat kakak...kakak cakap dia punya kupu-kupu...hahaha..


Kesian angsa ni..cari penempatan selamat...ni lah antara mangsa pemindahan banjir...hahaha....

Kakak suka sangat main air tapi takut nak redah air tu takut lintah..huhuhu..memang ada lintah pun...geli-geleman aku...budk2 ni siap boleh tangkap lagi lintah tu...eeeeiiiii.....si adik pulak nak sangat main air..tp aku tak lepaskan....kecian dia....hehehe...






Jumaat, Januari 28, 2011

~ Kata Ganda Bahasa Klate

Assalamualaikum semua...

Korang buat apa pagi ni ya...????
oppss!!!lupa aku..tentu ada yang sedang bekerja ya..ada yng sedang bersoal jawab dengan bos kat pejabat..ada yang sedang makan pagi..dan tentu ada yang sedang menulis blog kan...masing2 ada aktiviti kan??Apa pun yang korang sedang lakukan aku harapkan korang sedang berbahagia...

So..hari ni aku nak buat apa ya...maksud aku aku nak buat n3 apa kat sini..hurmmm..
apa kata kita belajar pula kata ganda bahasa klate ....

Kata ganda ni bukanlah bermaksud sesuatu benda tu banyak.. tetapi lebih kepada penguat mengenai sesuatu.. kata orang putih 'superlative'....
 Contohnya...

Kurus kekek = yang bermaksud kurus yang amat.
Gemuk debok = gemuk yang amat
Nipis si'ak = nipis yang amat seperti kain yang teramat nipis
Kuning lehe = warna kuning yang teramat
Merah nyalo = merah yang teramat
Kecik tu'ek = kecil yang amat
Besar geduk = teramat besar
Manis leting = teramat manis
Tawar he'bear = teramat tawar..bear tu bukan beruang ya...
Masin pe'rak = masin yang teramat..terlebih masin dalam masakan contohnya..
Pahit le'pe'= pahit yang amat
Comel lote = comel/cantik yang amat
Uduh se'pa' = tak cantik
Busuk kohong = busuk yang amat
Punah jane = rosak yang teruk

Ha...itulah antara kata ganda yang masyarakat klate gunakan dalam percakapan seharian..ada banyak lagi sebenarnya..tp tak larat aku nak senaraikan...hehehe..

Khamis, Januari 27, 2011

~ Nak Makan Tak? ~

Assalamualaikum semua..

Jom kita makan Pizza..Nak Tak???Nak???



Jom makan pizza...yummy..tapi korang jangan tanya apa nama ni aku lupa..tapi masa aku g makan ni..ni lah yang terbaru di pasaran..hehehe..


Tapi si kakak ni tak suka sangat makan pizza..apa yang dia order kepak ayam jer...



Ai...adik ni cam teror jer guna pisau nak makan ayam...

Makan..makan sampai licin..Alhamdulillah..kekenyangan!



Rabu, Januari 26, 2011

Jom Blaja Kecek Klate

Assalamualaikum semua...

             Di petang yang indah ni..tak ada kerja nak di buat??
             Jom kita belajar bahasa Kelantan...heheh...aku tahu mungkin ramai orang luar yang dah tahu bahasa Kelantan ni dan pandai cakap Kelantan kan..tapi tak apa..aku nak buat jugak entry ni..




Bahasa Kelantan ni kadang-kadang sedikit berbeza dalam setiap daerah..
so..jom kito kecek klate..

Samah ~ 50 sen
katok ~ pukul
supit rokrhak ~ plastik yang digunakan untuk mengisi sesuatu bahan
soheh ~ betul /benar
gelenyar ~ gedik
jambe ~ tandas
sero ~  rasa
bidah ~ lastik
bekeng/pongoh ~pemarah
murih ~ marah

ermm....tu lah perkataan yang dapat aku fikir setakat ni..lain kalau ada masa aku buat lagi...


     

Bloglist Sandiwara Seorang Insan @ Syafiq Rosli

Assalamualaikum...

Jom join bloglist ni..



Aku baru jer pollow blog ni n terus nak join bloglist dia..buat pengetahuan saudara mohd syafiq..saya ni seorang perempuan ya..perempuan yang nak kata peramah tak juga..ada juga malu-malu kucing..hehehe..apa pn yang pasti saya seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak....

Isnin, Januari 24, 2011

~ Cute Baby Style Contest~

Assalamualaikum...


CUTE BABY STYLE CONTEST by HUDA
  24 Januari 2011- 24 Febuari 2011 @ 12pm


                                                      Nak join contest ni???senang jer
                                                       klik sini                

    Kata puan penganjur..Cute Baby Sytle Contest ni bermaksud baby dengan  style atau gaya nya yg tersendiri dan bersahaja. Vouge ke, cun ke, handsome ke, macho ke, manja ke anything asalkan ianya style baby yang mampu mencuit hati para juri kami dan comel..

So..saper-saper yang ada baby yang berumur 3 bulan hingga 3 tahun tu boleh lah join contest ni ya...
Penganjur juga kata kena letakkan gambar anak yang menepati tajuk..




Nama Anak : NURAISYAH BATRISYIA  BINTI MOHD SHUKRI
Umur : 1 TAHUN 21 BULAN
Tarikh Lahir : 27 APRIL 2009
Nama Ibu : MAHANUN BINTI MAHMUD

Gambar ni hah!..posing dah ok tp pakai selipar terbalik pulak.hihihi..

gOOD Luck...!!!!!




Ahad, Januari 23, 2011

Kuasa Magika

Assalamualaikum...

Apa yang nak aku bebelkan disini ni tentang tabiat anak2 aku yang semakin menjadi ni..apa lagi asyik dok ulang tengok Magika jer..siang malam..Nasib baiklah..diorang tengok dvd kat dalam bilik..kalau tak tak tengok tv lah aku...


Magika

Aku pun memang layan jugak citer ni..best jugak lah..credit untuk KRU..lagu -lagu dalam citer ni pun best...sampai anak aku Ain tu boleh nyanyi sekali...
aku suka time M.Nasir nyanyi..
"nak kemana kamu bertiga..jangan sampai kejutkan naga"
Pada aku cerita dia menarik..tentang seorang budak lelaki yang bernama Malik yang menyalahkan dirinya kerana kematian ibunya.Malik selalu bersedih dan suka memberontak hingga menyebabkan dia berada dalam dunia magika.Kakaknya,Ayu yang risau kehilangan adiknya itu turut sama masuk ke dunia magika..Dalam dunia magika mereka temui pelbagai watak antaranya Nenek Kebayan,Badang,Mahsuri,Lembing Awang Pulang Ke Dayang,Hang Tuah lima saudara,Bawang Putih Bawang Merah dan banyak lagi.

Hah!inilah hobi anak2 ku sekarang...tengok Magika..

Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan

Assalamualaikum...

Pagi lagi aku baca paper hari ni....biasanya malam baru sempat baca..tertarik dengan artikel ini...alahai...bila lah aku dapat capai tahap ini..

Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan.


KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.




Antara blogger yang mencapai jumlah pendapatan yang tinggi.

 Berita lanjut dapatkan naskhah Berita Minggu hari ini..


Sabtu, Januari 22, 2011

Sekadar Peringatan

Assalamualaikum...

Aku ada terbaca dalam facebook seorang hamba Allah ni..mungkin info ni berguna untuk kita semua.....


   Siapa yang menggunakan perkataan "SALAM"??
   Apakah maksud disebalik perkataan itu?                 

  " Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
    Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)"


     Jadi...baik gunakan...ASSALAMUALAIKUM or       ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim
yang lain.


Di radio ikim (91.50 fm), Ustaz Zawawi ada cerita
tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang
bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum”
dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap
iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”


Ringkasnya, baginda SAW
akan beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah :
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada MILAH ye” contoh lah tu..
Dan bukannya : “Kirim salam kat MILAH yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim
salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat
dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan
“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.


Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘
dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud
‘Hamba-hamba binatang dan orang-orang yang sesat'
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan
dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud
“Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud
“Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud
“Celaka Kamu"

”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Ini sekadar peringatan untuk semua.....




.

~ IF I HAVE RM1OO ~


 

Nak join aunimiyukie nilah...best tu kalau dapat RM1oo kan????
dan saya nak tag 3 orang...sape ek??hmm..
hidayah ,dan


Kalau nak join boleh klik sini

Kalau saya ada duit RM100...apa saya nak buat ya...nak beli apa ek?
ok...saya akan belikan sesuatu untuk my hubby sempena hari lahirnya yang bakal tiba Mac ini..saya nak tukarkan kasutnya yang sudah lusuh tu..


Kasut jenis ni lah saya nak hadiahkan...InsyaAllah!


Jumaat, Januari 21, 2011

Kakak Dan Kerja Sekolahnya


Assalamualaikum...

Cikgu kata kakak dah banyak perubahan kat sekolah..kerja yang di bagi boleh siapkan..kalau dulu selalu menangis..sekarang dialah paling ceria...




cikgu suruh warnakan petak yang ditanda..



warnakan cantik-cantik ya kakak..nanti cikgu bagi bintang banyak2 ya..


Bila dah lama2 dia warnakan..diadah tunjukkan muka boring...hahaha.



Bila kakak sibuk buat kerja sekolah adik pun turut sibuk nak buat..apa lagi kacau kakak lah..tengoklah dah pegang sharpenerkat tangan..hmmm....begitu lah selalunya..


tinta hati : anak ummi...belajar rajin2 nanti cepat pandai ya..



Oksigen Please...

Assalamualaikum semua...

Semput!semput.....
2 hari lepas aku kena dapatkan rawatan lagi...apalagi kalau bukan asma aku yang menyerang...huhuhu..
nak tidur malam pun tak lena..asyik bunyi jer...


Ginilah jadi nya kalau anda penghidap asma...tapi Alhamdulillah sekarang ni masih terkawal...
cuaca sekarang memang tak menentu...Apa pun kena jaga kesihatan.

Santai Ria di Gunung Lambak Waterpark

Assalamualaikum semua...

Sempana anniversary aku dan my hubby kelmarin  kitorang pergi bersantai di Gunung Lambak Waterpark...
Tinggal kat Johor ni dah 6 tahun tapi tak pernah lagi jejakkan kaki kat tempat ni..bukan jauh pun dalam 30 ke 40 minit perjalanan dengan  kereta..tempatnya pun dekat Bandar Kluang...


Papan tanda yang sempat di snap...


Kami bertolak dari rumah dalam pukul 11 lebih waktu pagi lah...takkan malam pulak...hehehe...aku hanya bawa bekal bihun goreng jer..punyalah malas nak masak yang lain2...bukan apa..kitorang ada plan b kalau plan a tak jadi...so kiranya kalau tempat yang kami nak pergi tu tak ada ramai orang kitorang akan pakai plan b pergi lain pula...tapi nasib baik orang pun ramai...



Kolammya macam kolam kat kolam renang hotel..heheh..ada satu kolam jer besarlah jugak..kolam yang lain masih dalam pembinaan.



Alahai...cik abang snap gambar..jauh bebenor...tak nampak muka kami anak beranak..



Eeeii....sejuk!..First masukkan kaki dalam air..mak aih!!sejuk bangat....huhuhu...sampai si adik terketar-ketar kesejukan..tapi still nak main air..




nape gambar ni jadi kecil????aku pun tak tahu....tapi tak apa nampak jugak adik,kakak n papa dia sedang main..

Puas jugak anak2 main air..sampai ajak balik tak nak balik lagi...
a'ah...bayaran masuk berapa ek???
untuk dewasa RM5.00
untuk kanak-kanak RM3.00...
kira murah lah tu...


tinta hati : anak2ku...nanti ajak papa pergi lagi ek...hehehe...




Khamis, Januari 20, 2011

Bloglist QDA

Join bloglist ni lah pulak...lagi pun senang jer...tak payah penin2...hehehe..



apa nak penin...just letak header ni jer...kata tuan tanah tak payah buat n3 pun tak per...kalau cam gitu..saya dah selesai...

Happy Anniversary ke 6

Salam semua....

Hari ni tanggal 20 jan...genap usia perkahwinan ku ke 6 tahun...Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana terus memelihara dan melindungi ikatan suci ini...Thank You Allah!!!

Semoga Allah terus melindungi dan memelihara hubungan kami..hingga ke syurga..InsyaAllah!!!!

Kepada suamiku...
Terima kasih atas segala cinta dan kasih sayangmu..perhatianmu membahagiakan kehidupan ini..
Bersama cintamu aku bahagia..
Terima kasih juga untuk amanah Allah untuk kita...dua orang puteri yang semakin membesar..

Abang...
Tanpa mu..aku lah yang rindu...
Tanpa dirimu...hilanglah manjaku...


   "SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN"

Rabu, Januari 19, 2011

Bab 4

“Berdosa seorang isteri keluar rumah tanpa izin suami,Anim,”ujar ibunya pada suatu petang setelah beberapa hari dia berada di kampong.Berada di kampong membuatkan jiwanya tenang.Lupa seketika kepada masalah yang membebankan jiwa.Namun,petang itu jiwanya berkocak kembali apabila ibunya mempersoalkan keputusanya meninggalkan Omar Firdaus.




“Tapi bu…abe Omar pun tok kisoh Anim ado ko tak dok,”jawab Tasnim acuh tak acuh.Geram betul Aishah dengan sikap anaknya.



“Apo pun alasan Anim tetap dosa kalu keluar rumoh tok mintok izin suami.Tok cium bau syurga tau dok,”bebel Aishah tidak puas hati dengan tindakan Tasnim.Wajah Tasnim yang tadinya ceria bertukar mendung.



“Ibu,Anim mintok maaf…tapi kelakuan Abe Omar betul-betul buat Anim sakit hati,”luah Anim.



“Anim….apo pun masalahnyo,ni buke caro nok selesai masalah.Kalu dok lari gini masalah tok akan selasai.Anim keno hadapi kenyataan.Keno bice dari hati ke hati,apo ore putih kato….face to face,”terang Aishah dengan harapan Tasnim akan terima kata-katanya.Dia tahu Tasnim anak yang baik.Namun,ayat terakhir yang keluar daripada mulut ibunya membuatkan Tasnim tergelak.



“Pandai ibu kecek ore putih ya…,”usik Tasnim



“Eh!budok ni…ore kecek betul-betul…dio main-main pulok,”geram betul Aishah dengan anaknya.



Dengan menarik nafas yang dalam Tasnim berkata “Ibu…bui Anim maso nok tene hati dan perasaan Anim dulu,”pinta Tasnim memohon pengertian ibunya.Ibunya hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil mengeluh kecil.Hati seorang ibu,simpati dengan nasib yang menimpa anaknya namun hokum hakam agama tidak boleh di ambil mudah.Aishah takut anaknya akan mendapat kemurkaan Allah dan kemarahan suami.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.



“Hello!Assalamualaikum."

“Waalaikumussalam,”jawab Tasnim dengan riang kerana sudah dapat menggagak suara tersebut.


“Anim,kau apa khabar?aku rindulah kat kau…bila kau nak balik Kuantan?,”soal Najwa kepada sahabat baiknya.

“Amboi!Amboi!Berapa banyak soalan kau nak tanya ni?aku ok lah sihat…kau lupa ke Wawa aku cuti tanpa gaji 3 minggu,”ujar Tasnim.
“Anim…semalam aku ada jumpa Omar.Dia tanya pasal kau.Aku tengok dia macam kucing hilang anak lah…monyok je muka..tak bermaya langsung.Kesian aku tengok dia,”ucap Najwa cuba menerangkan keadaan Omar.


“Habis tu…kau cakap aku kat kampung ke?,”tanya Tasnim dengan degupan jantung yang sangat kencang.

“Tak…aku tak cakap apa-apa pun.Tapi aku rasa dia mesti syak aku tahu kat mana kau…aku…aku…kesian lah tengok dia Anim,”tutur Najwa perlahan-lahan.HAnya tuhan yang tahu perasaan Tasnim ketika itu.Ya!Memang dia merindui suaminya tapi perasaan kecewa dan sakit hati melebihi segalanya.Ya!Allah…Kau bantulah aku.

******************************************************************

Omar Firdaus dan Sabrina berjalan keluar dari panggung wayang di Berjaya Megamall dengan berpegangan tangan lagak seperti sepasang kekasih yang mesra.Ketika itu jugalah ada 4 pasang mata sedang menyaksikan kemesraan itu tanpa mereka sedari.

“Sayang…jom kita main bowling,”ajak Sabrina penuh manja.

“Tak nak lah…I dah penat ni sayang,”balas Omar.

“Ala…sekejap jer..lagipun dah lama I tak main..nanti kempunan pulak,”pancing Sabrina dengan harapan kekasihnya akan bersetuju.Melihat kesungguhan Sabrina untuk bermain Omar tidak sampai hati untuk menolak permintaan buah hatinya.Lantas keduanya melangkah seiringan menuju ke Bowling Megalane yang terletak berhadapan dengan panggung wayang di Megamall itu.

Selesai bermain bowling,mereka bersiar-siar pula di Bandar Kuantan.Omar merasakan dirinya pada waktu itu sungguh bahagia.Jika tidak kerana kahwin paksanya dengan Tasnim tentu sekarang ini Sabrina sudah menjadi isterinya.Namun,benarkah hatinya kini benar-benar bahagia dengan Sabrina di saat hati dan perasaannya tiba-tiba terusik dengan segala pengorbanan Tasnim sewaktu dia ditimpa kemalangan beberapa bulan lepas.Benarkah hatinya bahagia bersama Sabrina sedangkan tidurnya kini sudah beeteman.Tiba-tiba fikiran Omar menjadi tidak keruan.

Egonya tinggi melangit untuk mengakui cintanya pada Tasnim mula berputik.Tetapi bagaimana dengan Sabrina.Malah,buah hatinya itu masih tidak mengetahui bahawa dia sudah beristeri.Sabrina juga tidak mengetahui Omar pernah mengalami kemalangan yang hampir meragut nyawanya.Kepada Sabrina Omar beritahu yang dia terpaksa ke Perth,Australia untuk untuk beberapa bulan kerana urusan kerja.Kejamkah dia kepada Sabrina.Dia sedar Sabrina seorang wanita yang baik dan cukup memahami.Tiba-tiba dia rasa berdosa kepada kedua wanita tersebut kerana menipu mereka.Ya!Allah..bagaimana harus aku selesaikan kemelut ini?Kau bantulah aku Ya!Allah…Wajah Tasnim dan Sabrina tiba-tiba muncul di depan matanya silih berganti.Tasnim…Sabrina…Tasnim..Sabrina….Fikiran Omar menjadi tidak menentu.Bagaimana harus dia berterus terang kepada kedua-duanya.Tasnim…isteri yang setia dan pengorbanannya tidak harus dipermainkan.Sabrina…kekasih hati yang cukup memahami,baik hati dan manja.Masing-masing mempunyai kelebihan.Adakah dia harus memilih antara keduanya?Omar terus berdialog dengan dirinya.Seribu satu persoalan yang timbul di fikirannya.Omar benar-benar buntu.Tetiba dia terdengar satu lagu yang cukup popular suatu ketika dahulu.Lagu itu seakan betul-betul kena pada situasinya sekarang.Dia terus menghayati lagu yang baru diputarkan oleh stesen radio didalam keretanya.

Seumur hidup aku

Ini yang pertama

Pintu hatiku diketuk

Oleh dua wanita

Punyai ciri selama ini ku cari

Berbeza wajah ayunya tetap asli



Kalau ku pilih di sini

Apa kata di sana

Kalau ku pilih di sana

Di sini akan terluka

Perlukah aku pilih keduanya

Bahagi kasih adil-adilnya



Sungguh ku merasa resah

Untuk menilai sesuatu yang indah

Namunku ada pepatah

Yang aku gubah...



Di sana hanyalah menanti

Sampai bila pun ku tak pasti

Bertanya khabar melalui tinta

Jarang sekali bertemu muka

Namunku tahu dia setia



Dan di sini tetap menunggu

Berada jelas di mataku

Kasih tak luak terhadap aku

Sanggup menunggu kata putusku

Sayang ketabahanmu menawanku



Ku terima satu nota

Ringkas tulisannya

Dia sedia undur diri

Dan memaafkanku

Katanya anggap ini satu mimpi

Yang datang sekadar...

Untuk menguji...

Ah!kalau betul kena dengan situasinya sekarang ini…siapa yang akan mengundur diri?Soalan itu terus bermain di benaknya.Antara sedar atau tidak Omar sudah sampai dihadapan rumahnya setelah seharian bersama Sabrina.Namun,perasaannya pelik kerana kawasan rumahnya gelap gelita bagaikan tiada penghuni.Setelah mematikan enjin kereta,Omar termenung memikirkan keadaan tersebut,hatinya tertanya kemana Tasnim pergi lewat malam begini belum sampai rumah.Seingatnya Tasnim tidak pernah membuat perangai begini.Dia seorang isteri yang baik.Walaupun selama ini mereka tidak sehaluan namun Tasnim selalu memaklumkan kepadanya kemana dia pergi.Dia seorang isteri yang baik,tidak pernah melawan kata.Kalaulah mereka berkahwin atas dasar cinta tentu Omar sudah bahagia dahulu lagi.

Omar melepaskan keluhan yang panjang,cuba mengingati kemana Tasnim pergi dan seingatnya Tasnim ada memberitahunya yang dia akan berjumpa kawan baiknya Najwa…tetapi kenapa sampai sekarang belum pulang?Dengan seribu persoalan di fikiran Omar melangkah masuk ke dalam rumah.Suasana di dalam rumah gelap gelita,Omar member salam namun tiada jawapan.Omar memetik suis lampu yang berada di penjuru runag tamu rumahnya.Setelah ruang rumah diterangi cahaya lampu,Omar memanjat tangga menuju ke biliknya mencari Tasnim,namun hampa …Tasnim tiada disitu,mencari di bilik air juga tiada.

Segenap ruang dalam rumah itu di geledah Omar bagaikan Tasnim ada bersembunyi di dalam rumah itu,namun Omar kecewa.Lantas telefon bimbitnya di ambil dan terus mendail nombor Tasnim namun operator mengatakan ia berada di luar kawasan.Berkali-kali Omar cuba mendail nombor isterinya namun jawapan yang sama diterimanya.Telefon Tasnim seakan dimatikan.Ya!Omar yakin Tasnim mematikan telefon bimbitnya.Hatinya mula berang.Tidak sangka dengan tindakan Tasnim.Namun hatinya mula berkata-kata lagi betul ke isterinya sengaja mematikan telefonnya atau ada sesuatu yang berlaku pada Tasnim.Memikirkan itu,Omar mula di landa resah sekali lagi.Fikirannya betul-betul bercelaru.

Bab 3

Sudah tiga migggu Omar terlantar dibiliknya.Omar dibenarkan keluar wad setelah seminggu berada di hospital.Kecederaan Omar belum sembuh sepenuhnya tetapi boleh dirawat di rumah menurut doctor.Kakinya masih bersimen dan lehernya masih tidak boleh digerakkan.Dalam masa tiga minggu itulah juga Tasnim Aina menjaga dan merawat suaminya.Mujurlah juga pihak sekolah memberikan cuti tanpa gaji.Manakala keluarga mertuanya hanya berada di kuatan hanya beberapa hari sahaja.Dalam masa itulah juga Tasnim Aina terpaksa manadah telinga menahan pedih dihati dan mengumpul kesabaran dengan karenah suaminya.


“Tasnim!Tasnim.”jerit Omar lantang.Tasnim Aina yang berada di dapur tergesa-gesa mendapatkan suaminya.Mujurlah bilik Omar terletak di tingkat bawah.Selepas pulang dari hospital Omar meminta untuk menggunakan bilik Tasnim yang berada di tingkat bawah supaya senang dia bergerak.Sebelum ini biliknya di tingkat atas banglo dua tingkat itu.Selepas berpindah masuk ke rumah itu Omar memintanya untuk tinggal di bilik berasingan.Dia hanya menurut kerana tidak mahu bergaduh lagipun orang tak ingin tak kan kita nak terhegeh-hegeh.Dan buat sementara waktu ini Tasnim terpaksa berkongsi bilik dengan suaminya kerana senang untuk menguruskan suaminya.Namun begitu mereka masih tidak sekatil Tasnim hanya tidur di atas sofa.

“Abang panggil Anim ke.”Tanya Tasnim dengan nada yang lembut.

“Toilet,”jawab Omar Firdaus sepatah namun bernada marah.Terkial-kial Tasnim memapah suaminya ke bilik air.Bau badan suaminya membuatkan jiwa wanitanya bergelora.Namun di tahan perasaan itu kerana selama hampir 4 bulan perkahwinan meraka Omar belum pernah menyentuhnya malah tidur mereka pun berasingan.Selesai menguruskan suaminya dia keluar semula dari bilik suaminya untuk masakkan makan malam.Tidak lama masa yang di ambil Tasnim,kembali ke bilik suaminya untuk meninjau keadaan suaminya.Melihat suaminya sedang membaca buku Tasnim terus ke bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib.Tanpa sedat perbuatan Tasnim diperhatikan suaminya.Dalam diam Omar memuji kecantikan Tasnim.Dai terpegun seketika,betapa selama ini dia tidak pernah menilai kecantikan isterinya sendiri.Dia masih ingat lagi macam mana dia melayan Tasnim semasa mereka berpindah masuk ke rumah itu.

“Aku nak kau kemas semua barang-barang dalam rumah ni,selagi tidak kemas jangan makan,”kata Omar setibanya mereka ke rumah banglo dua tingkat itu.Sebenarnya,rumah itu Omar baru beli.Walaupun rekaan dalaman rumah itu sudah siap namun perabot dan barang-barang lain masih lagi bersepah-sepah.

Prang!!

“Hei….!!!kau buat kerja ke kau menjahanamkan barang aku,bodoh!!,”herdik Omar tanpa rasa simpati.Tidak pernah Tasnim di herdik sebegitu rupa.Hatinya memberontak seketika.Kalau bukan suami dah lama aku’ smack down’ jerit hati Tasnim.Namun dia cepat-cepat beristighfar.

“Maafkan Anim Bang…Anim tak sengaja,”sambil memandang cermin bingkai gambar yang pecah.

“Kau ingat dengan minta maaf boleh cantumkan balik cermin yang pecah itu,”marah Omar lagi walaupun harga barang itu tidak seberapa namun demi menyakitkan hati wanita itu dia sanggup.Entah mengapa dia merasa cukup benci melihat wajah isteri yang baru dinikahi tanpa rela itu.Baginya Tasnum Aina seorang hikpokrit,berpura-pura.Dan yang paling penting wanita yang menjadi isterinya itu telah menghancurkan kebahagiannya dengan Sabrina teman wanitanya.

“Abang,Anim minta maaf,”rayu Tasnim dengan air mata yang sudah memenuhi kelopak mata.

“Hei…!!!jangan panggil aku abang,”herdik Omar sekali lagiBadan Tasnim sudah terhinjut-hinjut menahan tangis.Namun Omar puas,puas kerana dapat menyakitkan hati Tasnim.Dalam hati Omar ketawa,padan muka kau perempuan..rasakan!

“Kau jangan nak menangis depan aku pulak bodoh!jangan nak berpura-pura depan aku.Kau ingat dengan menangis begitu aku akan simpati dengan kau?aku akan jatuh cinta dengan kau?jangan haraplah…dasar perempuan tidak sedar diri.Kalau ikutkan hati aku ,tak nak aku nikah dengan aku tapi yalahkan..mak kau yang beria-ia nak bermenantukan aku.Tak sedar diri,”luah Omar dengan nada marah yang masih bersisa.

“Abang,janganlah libatkan ibu Anim dalam masalah kita,”pinta Tasnim sambil menahan sendu.Sakit sungguh hatinya bila Omar menghina ibunya sebegitu.Omar hnya tersenyum sinis seperti mengejek-ejek isterinya.

“Abang nak makan tak,boleh Anim siapkan?.”pertanyaan Tasnim memtikan lamunannya.Pantas dia alihkan wajahnya ke luar tingkap takut Tasnim terperasan yang dia sedang diperhatikan.Bila pertanyaannya tidak dijawab,Tasnim terus keluar daripada bilik itu untuk sediakan makan malam.Selepas beberapa minit Tasnim masuk semula dengan menatang dulang yang berisi nasi,lauk pauk serta air.

“Jemput makan bang,”pelawa Tasnim dengan senyuman yang manis.Sebenarnya Tasnim sedikit gugup bila melihat segaris senyuman yang terukir di bibir suaminya.Selama ini suaminya tidak pernah melemparkan senyuman kepadanya.Jangankan senyum nak tengok wajahnya pun Omar tidak sudi.Namun malam itu Tasnim melihat perubahan itu.Jauh disudut hatinya Tasnim bersyukur.

“Apa kau masak ni?tawar,masin semua ada,kau nak tambahkan penyakit aku lagi ke?yalah biar cepat aku mati nanti senang hidup kau.Kalau tak pandai masak jangan masak,bodoh!.”marah Omar pada Tasnim.Walaupun masakan Tasnim tidak seteruk mana namun egonya terlalu tinggi

“Minta maaf bang,”

“Kau ni kan…dari hari pertama kau masuk rumah ni sampai ke hari ini,perkataan maaf je kau tahu sebut,”herdik Omar.Walaupun, dalam diam dia memuji budi pekerti isterinya.Omar tahu isterinya itu sedang menahan perasaan marah padanya.Omar bersyukur kerana selama ini Tasnim tidak pernah melawan segala perbuatanya walaupun dia dimarahi,dihina,diherdik.

Namun,sejak peristiwa malam itu,kelakuan Omar terhadap Tasnim berubah sedikit demi sedikit begitu juga dengan perasaannya.Entah mengapa Omar tidak pasti adakah dia sudah jatuh cinta kepada isterinya sendiri?Ah!tak mungkin…Omar cuba menafikan perasaanya sendiri.Egonya terlalu tinggi.Namun hatinya betul-betul tersentuh bila Tasnim dengan relanya mencuci najisnya,apabila dia diserang demam yang teruk yang membuatkan dia hanya berbaring di katil selama satu minggu.Hati lelakinya menangis terharu.

Tasnim mula lega dan gembira apabila suaminya tidak lagi marah-marah dan suaranya tidak lagi meninggi bila bercakap.Paling menggembirakan hatinya apabila Omar Firdaus sudah sembuh.Mereka tidak lagi bergaduh malah semakin mesra.Tasnim bersyukur kepada Allah dengan perubahan suaminya.Gembira hati bukan kepalang,doa yang dipohon selama ini dimakbulkan Allah.

Suatu malam,Omar terpegun melihat isterinya yang baru keluar dari bilik air dengan rambutnya yang masih basah,walaupun dengan hanya memakai kain batik dan t-shirt penampilan Tasnim membuatkan Omar terpegun seketika.Ya!Allah.kenapa selama ini aku tidak dapat melihat semua ini…bisik hati kecil Omar.Bagaikan ada satu kuasa,Omar melangkah kearah Tasnim dengan perlahan dan memeluknya dari belakang.Tasnim tergamam dan kaku tetapi membiarkan sahaja perbuatan suaminya.Matanya dipejamkan dan dia sudah dapat merasakan bibir suaminya sudah berada di lehernya,dia mengeliat kegelian.Belum sempat Tasnim berbuat apa-apa,bibir suaminya sudah menyentuh lembut bibirnya.Penuh kasih dan syahdu.Akhirnya,mereka menunaikan tanggungjawab yang satu itu.

Bab 2

Tiga bulan berlalu,hubungan Tasnim suami isteri masih tidak berubah,dingin dan bercakap bila perlu sahaja.Sepanjang tempoh itu,Tasnim Aina sudah dapat bertukar ke sekolah berhampiran dengan tempat tinggalnya di Bandar Kuantan.Manakala suaminya terlalu sibuk dengan kerjanya sebagai kontraktor.Pada Tasnim Aina,dia telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri sedaya upayanya namun Omar Firdaus melayannya ibarat patung yang bernyawa.Tasnim Aina redha dengan takdirnya dan dia masih lagi bersabar.Sehinggalah pada suatu petang dia diuji lagi. “Hello!Assalamualaikum,”sapa satu suara yang tidak dikenali di telefon bimbitnya.


“Waalaikumussalam,”jawab Tasnim Aina dengan hati yang tertanya siapakah gerangan suara tersebut.

“Puan Tasnim Aina ke tu?saya dari Hospital Tengku Ampuan Afzan,suami puan Omar Firdaus kemalangan jalan raya sekarang masih di dalam bilik kecemasan,”terang suara itu yang pasti jururawat di hospital itu.Mendengar kenyataan dari jururawat tersebut telefon bimbitnya terlepas dari tangan.Ya!Allah…dugaan apakah ini.Walaupun cinta untuk Omar Firdaus belum hadir namun naluri kemanusiaannya menyebabkan dia menangis dan lemah longlai lututnya.Tambahan pula Omar Firdaus adalah suaminya walaupun belum tidur sekatil.Nasib baiklah dia baru sampai ke rumah selepas pulang dari sekolah, kalaulah dia menerima panggilan semasa memandu tentu juga sekarang ini dia berada hospital.Tanpa berlengah lagi Tasnim Aina mendail nombor telefon Najwa Irna memaklumkan kejadian yang menimpa suaminya dan kemudian terus memandu ke hospital.

Najwa Irna yang tiba lebih awal di hospital terus mendapatkan Tasnim yang tergese-gesa berjalan ke arahnya.Lantas mereka berdua beriringan menuju ke bilik kecemasan di mana Omar Firdaus dirawat.Namun mereka tidak dibenarkan masuk sehingga rawatan keatas Omar Firdaus selesai.Apabila tiada tanda-tanda rawatan akan selesai awal Tasnim dan Najwa Irna ke surau hospital untuk sembahyang Asar.Selepas sembahyang Tasnim Aina berdoa. “Ya!Allah Ya Tuhanku,aku memohon kepadaMu Ya!Allah,Kau selamatkanlah suamiku,Kau sembuhkanlah sakitnya Kau kurangkanlah kesakitan yang dialaminya.Sesungguhnya Ya!Allah aku redha dengan ketentuanMu walaupun kehidupan kami tidak seperti pasangan suami isteri lain namun dia tetap suamiku dan Ya!Allah kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerima aku sebagai isterinya.Kau ampunkanlah dosa-dosa kami Ya!Allah,Amin!Begitu khusyuk Tasnim menadah tangan memohon rahmat dari Allah.Air matanya tak henti-henti mengalir.Najwa Irna yang melihat keadaan itu begitu terharu dan memujuk kawan baiknya agar kuatkan semangat.

“Anim,bersabarlah kuatkan semangat kau.Aku tahu Allah mendengar doa kau.InsyaAllah Omar akan selamat,”Tasnim Aina hanya mengangguk-angguk lantas memeluk kawannya meminjam kekuatan.Selesai bersembahyang mereka beriringan ke tempat menunggu bilik kecemasan tadi.Hampir setengah jam menunggu doctor yang merawat Omar Firdaus keluar mendapatkan Tasnim Aina.

“Bagaimana dengan keadaan suami saya doktor,”Tanya Tasnim sebelum sempat doktor membuka mulut.

“Sabar puan,saya Doktor Taufik,”doktor Taufik memperkenalkan dirinya.

“Saya Tasnim Aina dan ini kawan saya Najwa Irna,”mereka berjabat tangan tanda perkenalan.Sempat juga doktor itu melirikkan matanya kearah Najwa Irna.Terpesona dengan keayuan Najwa Irna.

“Bagaimana dengan suami saya doktor,”sekali lagi Tasnim Aina bertanya dan membuatkan doktor Taufik sedikit tersentak.

"Saya harap puan bersabar,suami puan masih lagi tidak sedarkan diri tapi keadaannya dah stabil.Dia akan dipindahkan ke wad sekejap lagi dan puan boleh melihat suami puan,”terang Doktor Taufik.

“Terima kasih doktor.”

Sementara menunggu suaminya dipindahkan ke wad Tasnim Aina dan Najwa sekali lagi menuju ke surau untuk sembahyang maghrib.Selesai solat dan berdoa mereka berjalan menuju ke wad yang menempatkan suami Tasnim Aina.Tersentuh dan sedihnya perasaan seorang isteri melihat keadaan suaminya yang terbaring tidak sedarkan diri dengan kaki kanannya tergantung dan bersimen sementara itu lehernya juga berbalut.Kesan luka kecil juga terdapat di muka dan lengan.

Walaupun keadaan stabil namun Omar Firdaus masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan.Setitik demi setitik air matanya gugur ke pipi tidak tahan melihat keadaan suaminya.Najwa Irna yang masih setia di sisi memeluk bahu kawannya untuk menenangkannya.Ya!Allah…Kau tenangkanlah hatiku dan berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.Doa Tasnim Aina dalam hati.Runtun hatinya melihat keadaan suaminya.Malam itu Tasnim Aina bermalam di hospital tetapi disuruhnya Najwa Irna pulang kerana tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu yang telah banyak membantunya.Najwa Irna yang tidak sampai hati untuk meninggalkan sahabatnya itu terpaksa akur setelah disuruh berkali-kali oleh Tasnim Aina.Omar Firdaus masih tidak sedarkan diri.

Tasnim Aina begitu setia menemani suaminya.Keluarganya dan keluarga mertuanya sudah diberitahu mengenai kejadian yang menimpa Omar Firdaus.Mungkin mereka dalam perjalanan.Dalam keadaan fikirannya yang berserabut akhirnya Tasnim Aina tertidur keletihan sehinggalah dia terdengar suara yang cukup dikenalinya memanggil namanya.

“Ya!Allah…Abang dah sedar.Syukur Alhamdulillah,”ucap Tasnim sambil menadah tangan kemudian meraup mukanya tanda kesyukuran.Lantas dia memanggil doktor.Setelah diperiksa dan tiada sebarang komplikasi lain alat bantuan pernafasan ditanggalkan.Tasnim Aina begitu lega dan gembira bila doctor memberitahu keadaan suaminya.Tasnim Aina meninggalkan suaminya untuk solat subuh dan memanjatkan kesyukurannya kepada Ilahi.Selesai bersolat Tasnim Aina kembali ke wad dan mendapati keluarga mereka sudah sampai.

Selasa, Januari 18, 2011

Bab 1

Kemana lagi harus kaki ini melangkah andai ke hujung dunia sekali pun kelibatnya akan di buru oleh bayangan masa silam.Hati ini sudah tidak betah lagi untuk menangkis segala dugaan tapi hanya pada Yang Maha Kuasa akan terus dipanjatkan doa agar dia terus tabah dalam setiap rintangan dan ujian olehNya.Hingga ke hari ini sudah banyak air mata yang tumpah hanya kerana seorang lelaki bergelar suami,Omar Firdaus bin Idris.


“Tak boleh ke kau tinggal kat sini lama sikit Anim?”,Tanya sahabat baiknya Najwa Irna.Tasnim Aina memandang Najwa Irna beberapa saat sebelum menggeleng-gelengkan kepalanya.Najwa Irna sudah menunjukkan riak-riak sedih.Dia betul-betul sedih dan buntu macam mana lagi hendak memujuk Tasnim Aina.Dia tahu kelukaan yang ditanggung oleh sahabatnya itu namun tidak boleh kah sahabatnya itu memberi peluang kedua kepada suaminya,Omar Firdaus.Padanya Omar Firdaus seorang lelaki yang cukup sempurna,tampan dan baik hati.Ramai gadis yang gilakan lelaki itu.

“Wawa,boleh aku minta tolong kau sikit?”,pertanyaan Tasnim Aina mematikan lamunannya tentang Omar Firdaus.

“Kau ni macam tak biasa pulak….apa dia?” Balas Najwa Irna yang lebih mesra di panggil Wawa.

“Aku nak kau janji dengan aku yang kau tak akan bagitahu Omar ke mana aku pergi”,terang Tasnim Aina dengan wajah yang cukup tenang.

“Aku janji tapi kau pun mesti janji dengan aku yang kau akan selalu hubungi aku”,pinta Najwa Irna lantas memeluk sahabatnya itu.Matanya mula berkaca-kaca menahan sendu.

“Bas kau pukul berapa,aku hantar ya?”,Tanya Najwa Irna selepas pelukan mereka terlerai.

“Pukul 9.30 malam ni”,balas Tasnim Aina pendek.Termenung Tasnim mengenangkan kebaikan Najwa Irna.Sahabat yang dikenali semasa mereka menuntut di salah sebuah kolej di Kuantan.Pada hari pertama mereka berkenalan mereka terus rapat seperti adik beradik.Najwa Irna memang anak jati Pahang yang berasal dari daerah Jengka tapi dia tinggal menyewa di Bandar Kuantan kerana tempat kerja yang jauh untuk berulang-alikDan kini dia menumpang di rumah sewa Najwa.Dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya lagi. Lagipun Najwa sudah terlalu banyak menolongnya.Biarlah dia pergi.



******************************************************

“Ibu,tolonglah jange pakso Anim.Anim dok sedio lagi nok nikoh”,rayu Tasnim Aina dalam bahasa ibunda dan sememangnya dia adalah anak jati Kelantan yang tinggal di daerah Pasir Mas.Tasnim Aina benar-benar mengharapkan pengertian ibunya.

“Bilo lagi mu nok sedio Anim,lagipun anok jate Pak Idris tu baik budoknyo berbudi bahaso,meme padan dengan Anim”,terang ibunya,Aishah.Tasnim Aina tidak berdaya lagi nak memujuk ibunya.Pak Idris adalah kenalan rapat arwah ayahnya semasa mereka sekeluarga tinggal di kuaters penjara.Arwah ayahnya Mohd. Adam adalah Penguasa Penjara.Malah,bakal suaminya nanti merupakan teman sepermainan sejak kecil namun perhubungan mereka putus kerana keluarga Pak Idris berpindah kerana kenaikan pangkat ke utara tanah air.

“Anim,dengarlah ibu royat ni…ni untuk kebaikan Anim jugok.Kalu ibu tak dok nanti sapo nok jago Anim”,ucap ibunya.

“Ibu jange kecek gitu,Anim sayang ibu”.Dengan perasaan yang sebak Tasnim memeluk ibunya.

“Anim,bas kau dah sampai”,kata-kata Najwa Irna mematikan lamunan Tasnim Aina terhadap ibunya.Pantas air mata yang mengalir di pipinya di seka.Mujurlah Najwa Irna tidak nampak dia menangis kerana tempat yang mereka duduk agak suram cahaya lampunya.

“Kau jaga diri ya,jangan lupa call aku.Ingat ya Anim,setiap masalah ada penyelesaiannya.Jangan kau lari dari masalah itu kerana ia tak akan selasai.Carilah cara yang terbaik untuk selesaikan masalah kau.Ingat Allah banyak-banyak”,ucap Najwa Irna sambil memeluk sahabatnya.Kata-kata Najwa meresap masuk ke jiwanya.Tasnim Aina hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis pada sahabat yang telah banyak menolongnya.Tidak sampai beberapa minit bas yang dinaiki Tasnim Aina hilang dari pandangan Najwa Irna.


********************************************************


Sudah seminggu Tasnim Aina bergelar isteri kepada Omar Firdaus.Selepas kenduri yang berlangsung dengan penuh meriah itu,raut wajah Tasnim Aina yang comel itu masih lagi berlagu mendung.Bingung memikirkan peristiwa yang berlaku dalam masa terdekat ini.Sangkanya dia akan menamatkan zaman bujang pada umur 25 tahun namun di usia 20 tahun dia sudah bertukar status.Wajahnya langsung tiada riak ceria seperti kebanyakan pengantin lain.Dalam masa seminggu jugalah hubungan Tasnim Aina dan Omar Firdaus tidak seperti pasangan suami isteri lain. “Aku nak cakap dengan kau sikit”,kedengaran suara Omar Firdaus di ruangan bilik yang hanya menempatkan sebuah katil,satu almari pakaian,satu meja solek dan satu sofa dengan dua tempat duduk.Tasnim Aina hanya membatukan dirinya.Setelah tiada reaksi yang diterima dari Tasnim Aina,Omar Firdaus meneruskan kata-katanya.

“Seminggu lagi kita akan berpindah ke Kuantan”,mendengar kata-kata suaminya Tasnim Aina berkata dalam hati baguslah tu lagipun baki cuti aku ada lagi seminggu.Tasnim Aina berkerja sebagai kerani di sekolah menengah di daerah kelahirannya,Kelantan.Kalau dia terpaksa mengikut suaminya ke Kuantan bermakna dia terpaksa juga bertukar sekolah lain.Aduh!ni yang leceh ni.Namun,dia tiada pilihan lain kerana tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya,dia masih ingat lagi kata-kata ibunya pada malam pernikahannya.
“Dan satu lagi yang kau perlu tahu yang aku tak cintakan kau dan kita kahwin pun kerana orang tua kita jadi pandai-pandailah kau jaga diri dan walaupun aku beri kau kebebasan namun kau kena ingat yang kau isteri orang”,terang Omar Firdaus panjang lebar.Selepas itu Omar Firdaus terus keluar dari bilik itu.

“Ya Allah!tabahkanlah hati hambaMu ini.Bimbinglah aku kerana aku tidak mahu menjadi seorang isteri dan anak yang derhaka”.Tasnim Aina bertekad untuk belajar mencintai dan menerima suaminya seadanya.

HAPPY BIRTHDAY GIVEAWAY


salam...
Bila diintip ada GA..nak join lah....GA ni sempena hari lahir dia...so..Selamat Ulangtahun Kelahiran ya farhana....semoga selalu dilindungi Allah...Amin....
Saper2 yang nak join GA ni bolehlah join..syaratnya pun senang dah hadiah pun best...



gambar yang sebagai salah satu syarat GA tu ya...ni lah keluarga kecil saya...

Puteri Bongsu

Alahai...kalau nak citer pasal  puteri bongsu aku ni.(bongsulah lagi tu..hehe)memang banyak betul fiil perangainya sekarang ni...Nuraisyah Batrisyia umur baru 21 bulan...belum 2 tahun lagi tapi perangai macam kakaknya yang berumur 4 tahun(tp..kakaknya dah 5 tahun).

Sekarang ni dah pandai memberontak pulak..huhuhu..pening aku!terutama bila tak dapat barang yang dia mahu..dengan kakaknya pula siap boleh gaduh-gaduh lagi..kalau gaduh-gaduh biasa jerit-jerit tu ok lagi tapi dah pandai pukul-pukul kakak...kesian kat kakak tu...nasib baiklah kakak tak melawan..

Selain tu...dia sekarang ni dah pandai berkawan dan bermain bersama kawan-kawannya...tp kalau diperhatikan dia macam tak mahu sangat berkawan dengan kawan-kawan yang seusia dengannya..boleh jer dia masuk group kakak dia..


tp ni teman yang seusia dengannya Marissa Dania..


Macam-macam karenah dia sekaran ni...kalau nak di cerita semuanya tak cukup masa pulak...tapi dia lah penghibur kami..ecah...ecah...Kalau kakaknya dulu,semasa seumur dengannya masih tak boleh bercakap tapi ecah dah boleh cakap dah walaupun pelat...dia juga mudah diajar..dia akan turut apa yang diajar...misalnya kalau aku eja A.Y.A.M..dia akan sebut AYAM...kalau aku eja I.T.I.K...dia akan sebut itik dengan kepelatannya...suka betul aku...mengira pun dah pandai dari aku...kalau aku sebut 1 dia dan 2...hahaha...alif,ba,tha pun dia dah boleh turut apa yang dibaca...Alhamdulillah...mungkin pengaruh kakaknya kot...hehehe....


ni lah puteri bongsu kami...

Apa-apa pun aku doakan agar puteriku ni membesar dengan sihat...

Ahad, Januari 16, 2011

Penantian

Kebosanan Menjerat Naluri
Menagih Janji Yang DiTaburi Mawar Beracun
Kelihatan Jiwa-jiwa Mengantuk
Menunggu Satu Pengharapan
Sebuah Penantian Yang
Entah Bila Akan Berakhir...

Suara-suara Kegelisahan
Menjerit,Meronta Dalam Jantung Hati
Terpendam Bagai Keranda
Di Lapisan Bumi

Ada Yang Tersenyum,Tersengih
Membisu Seribu Bahasa
Menatap,Memandang
Sebuah Pengertian.

Khamis, Januari 13, 2011

LUCKY LINKER BY AMIEY LEE

NAK JOIN....NAK JOIN....

LUCKY LINKER BY AMIEY LEE


200 blogger terawal tglkan link di Myster Linky dapat satu peluang cabutan bertuah...

hmmm salah satu cara nak blogwalking paling senang sekarang adalah tglkan link..

ok..nak mudahkan korang supaya snang nak jalan2 g blog kawan2 yang lain kan...

jgn malu2 jgn segan.. korang amat amat amat amat djemput tglkan link korang

kt blog aku yg tk berapa nk jadi blog ni kekekekekekeke...

sila2 la ye... aku nak wat cabutan lagi ni....

ni suma sempena My Qaisarah is turning 2 Yearsss

hadiahnye adalah sehelai T-SHIRT.......

TETAPI JIKA ANDA ADALAH FOLLOWER..

HADIAH AKAN JADI DOUBLE...

MAKSUDNYE 2 TSHIRT UNTUK ANDA DAN PASANGAN ANDA

JIKA ANDA BUAT ENTRY....

(copy keseluruhan entry ini sahaja dan tulis tajuk "LUCKY LINKER BY AMIEY LEE")

HADIAH AKAN JADI TRIPLE....

2 HELAI T-SHIRT + HADIAH MISTERI UNTUK BUAH HATI ANDA

(buah hati : anak/ibu/ayah/MIL/FIL/siblings/bff)

NOTA PENTING : SILA TGLKAN KOMEN DIRUANGAN KOMEN ENTRY INI YE.. SAMADA ANDA HANYA LINK/ LINK+FOLLOWER/LINK+FOLLOWER+ENTRY

love u all..muahhh

Bloglist Anastasyea Bulan Februari 2011

Assalamualaikum...

Teringin nak join segmen Bloglist Anastasyea Bulan Februari 2011 ni...almaklumlah aku ni tak pernah nak join benda camni...bukan apa sebab tak pandai sangat..ni pun nak cuba-cuba..harap menjadilah....kalau tak jadi tolonglah ajarkan ya tuan punya segmen ni...Macam menarik lak segmen ni yalah boleh tambah ramai kenalan...hehehe..







Pertama... Buat satu post pasal segmen ini dengan tajuk 'Bloglist Anastasyea Bulan Februari 2011' Kemudian masukkan gambar header kat atas tu supaya blogger yang belum mengenali saya .. boleh kenal. Bak kata peribahasa .. tak kenal maka tak cinta! ..


kedua .. Create satu link ke blog ini. Bukan dua dan tiga .. hanya satu sahaja. Tapi kalau rerajin nak letak sepuluh pun .. saya tak kisah. Lagi suke ada la!




Ketiga .. Pastikan anda meletak link blog ini diexchange link ataupun bloglist blog anda. Nanti kalau saya datang check dan link tersebut tak ada .. maka secara automatik .. penyertaan anda digugurkan!


Segmen ini anya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Jadi kalau nak join and get some traffic from here .. saya mengalu²kan anda untuk join. Tapi kena ingat .. blog saya nie tak lah banyak trafik macam blog famous yang lain. Jadi ..jangan mengharap sangat k!

Aku ni baru jer jengok2 blog anastasyea ni...blog dia simple je tp bermanfaat..korang pun mesti jengok blog dia...
 kliksini

Ahad, Januari 09, 2011

Birthday Girl

Allah Selamatkan Kamu...
Allah Selamatkan Kamu...
Allah Selamatkan Nurain Batrisyia..
Allah Selamatkan Kamu....

Alhamdulillah...puteri sulungku dah genap 5 tahun pada 8 januari 2011..
Alhamdulillah...kerektor dan fiilnya makin berubah dan makin menampakkan kematangan...tapi perangai manjanya masih tetap ada..biasalah budak2kan...

Semalam,kami buat sikit jamuan untuk dia..seronok betul dia...ajak kawan2 rapatnya..puas sungguh dia main sampai tidur awal betul semalam...


Birthday Kek Ain
dia pilih sendiri..

Alamak..gambar ni jer sempat upload...tak per lah...lain kali aku letakbanyak2....

Sabtu, Januari 08, 2011

Belum Terlewat

Salam...dah lama aku tak update blog ni....maklumlah bercuti panjang kat kampung...sebulan lebih tu...
Rasanya belum terlewat untuk aku wish SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada seluruh warga dunia ni...hehehe..

Semoga 2011 tahun kebahagian dan keberkatan kepada semua...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers