headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Sabtu, Februari 26, 2011

~ Bloglist Anastasyea Bulan Mac 2011 ~

Assalamualaikum...
Aku nak join lagi bloglist anastasyea ni...


Kalau korang nak join klik sini

Untuk bulan feb aku dah join...bulan mac nak join lagi walaupun setiap komen aku kat n3 dia jarang balas...tak pe aku tak kisah..asal aku dapat belajar dari blog dia..hehehe...terima kasih anastasyea..walau kadang2 aku tak faham langsung ttg tutorial dia buat..huhuh...
Tarikh tutup 3 MAc 2011

~ Eh! Cicak ke ni???? ~

Assalamualaikum...semua dan selamat pagi...

Hurmmm...windu r...dah 2 hari tak buka blog...tak sempat sesangat..bukan bz sesangat pun..tapi entah lah...hehehe..mayb kurang mood nak buka lappy ni...huhuhu...

2 hari lepas aku adasnap seekor makhluk Allah ni..Dia asyik dok beronggeng belakang peti ais dan mesin basuh umah aku...
Cicak ke ni??/besar tol....


Gambar ni mayb tak jelas..tp memang besar tol cicak tu...aku ingat nak tangkap tp dia lagi laju dari aku..hahaha...pandai dia larikan diri...
tapi aku pasti dia masih kat umah ni...akan ku selongkar...hahaha..[gelak samseng]...
Geram betul aku....tak boleh nak tangkap...




Rabu, Februari 23, 2011

~ Majlis Sambutan Maulidur Rasul ~

Assalamualaikum semua...

Semalam,22/2...Penjara Simpang Renggan telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.Majlis diadakan di Surau Ar-Raudah PSR.
Majlis bermula dengan perarakan pelajar sekolah Agama PSR dan Tadika Kemas PSR..


Perarakan pelajar2 sekolah dan ibu bapa...




Sebahagian yang menyertai perarakan..


Ayu gitu anak dara ku...hihihi..


Sesi ceramah...

Selesai solat maghrib berjemaah..kami mendengar ceramah maulidur rasul pula...
selesai ceramah solat Isyak berjemaah..
kendian...makan lah pula..acara akhirnya....

Alhamdulillah....















~ Jom Singgah Restoran Jumaat ~

Assalamualaikum semua dan selamat pagi...harap2 korang hari ni ceria dan senyum selalu...
Okeh!..aku nak citer pasal makan lak ni...ada yang lapar tak ni?ke dah bekfast??
Hari tu balik dari tengok Festival Layang-layang tu kami singgah makan malam kat Restoran Jumaat.Restoran ni berdekatan dengan tol Simpang Renggam.


Gambar di snap waktu malam..tak terang lah...guna kamera hp jer..
Masuk jer restoran kami order Nasi Goreng Kampung,Tomyam Campur,Mie Goreng..

Nasi Goreng Kampung kat sini memang tip top...pedasnya cukup...meleleh!!!
Setiap kali kami ke sini..inilah menu yang selalu di order..


Tom yam campurnya..memang melekat lah...sedap!
korang mesti cuba...

Alhamdulullah..kami kekenyangan....



Selasa, Februari 22, 2011

~ Festival Layang-layang Di Pasir Gudang ~

Assalamualaikum...

Sabtu lepas,my hubby ajak g Pasir Gudang.Pasir Gudang????Hmmm...selama hampit 7 tahun kat Johor ni tak pernah pun kami ke Pasir Gudang..Nak buat apa ya kat sana??
My Hubby kata 'kita g tengok layang2..ada festival kat sana'...
Ooo..Festival Layang2...sok..kami pun pergi lah ke sana..

Tak pernah pergi tapi camne nak ke sana..jalan pun tak tahu???
so..aku pun kata.."Rakyat Malaysia mesti pandai baca signboard"..hahaha...
Yalah tu...tapi nasib baik ada GPS..sampai juga ke sana...tp sampai ke KFC Pasir Gudang jer..yalah dalam GPS tu tak ada Festival Layang-Layang...2,3 kali jugak kami pusing cari...last2 tanya pekerja kat KFC tu...hmmm..nasib baiklah dekat jer dari situ...tapi...nak cari parking pun susuah..bukan tak ada parking tapi parking penuh..huhuh..pusing lagi cari parking..sampai mu hubby nak batalkan plan kami..alahai..nak g Danga Bay...tp nasib baik jumpa parking...hehehe..orang ramai betul...masa tengah pusing2 cari parking tu..Sultan Johor baru jer balik..alahai..ruginya...

Festival ni diadakan di Bukit Layang-layang berdekatan dengan Muzium Layang-layang..Festival ni bermula 16/2/2011 hingga 20/2/2011...(dah habis daaa...)



Muzium Layang-layang


Antara gerai yang menjual layang-layang...kami beli satu layang2 untuk kakak...banyak juga gerai2 yang ada..antaranya gerai minuman dan makanan,gerai baju,tudung,gerai pizza hut dan ayam mas pun ada...


Jom..terbangkan layang2....



Layang2 puteri kakak dah terbang...


 Antara layang2 yang terbang di udara....ada macam2 corak dan jenis..buaya ada,ikan pari ada,naga pun ada...meriah betul!!!!
Tahun depan ada lagi..jom ramai2 g sana ya....!!!





Ahad, Februari 20, 2011

~ Bila Ecah Memberontak ~

Assalamualaikum...selamat pagi salam ceria semua....

Bila ecah sudah pandai memberontak...huhuhu..susah betul lah...kena turut karenah dia jer..anak ummi ni!!!!Begini alkisahnya...selalunya bila petang2 dalam area pukul 5 mesti nak kena keluar rumah..bukan pergi mana pun duduk kat depan jer main2...yalah..petang2 masa untuk riadah kan?hehehe..
Sekarang ni..Alhamdulillah..nak jer dia bertudung bila keluar rumah...Alhamdulillah!!!
tapi yang pasti akan mengamuk..memberontak bila kehendak di tak dituruti...hehehe..hari tu dia nak pakai kasut sendiri..ummi bukan tak bagi tapi takut jatuh bila duduk kat bangku tu..tp dia siap menjerit2 lagi...hahaha..kelakar...tapi oklah tu dia nak berdikari kan...

kesan air mata pun ada lagi tu..baru lepas nangis!!

tulah kasut yang nak dipakainya..siap palingkan muka lagi merajuk...masa cuba pakai tak dapat dia nangis..huhuhu...

ni time dia tengah menjerit2 nak pakai....
percubaan nak pakai...Alhamdulillah...berjaya!!!!....

Lepas tu boleh main dengan senang hati....ecah..ecah......!!!!

Jumaat, Februari 18, 2011

~ Jemari Asmara 2nd GiveAway!! ~

Assalamualaikum....

Satu lagi GA aku nak join..
Jom join ramai2...



GA ni dianjurkan sempena 3 perkara tau...
  1. Ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah yang ke 8 tahun hijrah pada 12 Rabiulawal 1432H
  2. Jemari Asmara bakal berusia 3 bulan pada 23 Februari 2011.
Hadiahnya memang menarik tajaan Asmara Collection...so bloeh lah meriahkan GA ni...Harap2 dapatlah salah satu hadiah yang ditawarkan tu...

Tarikh tutup penganjur belum umumkan lagi tapi beliau mensasarkan sebanyak 100 penyertaan tau..so cepat-cepat...join!!!
klik sini

Jari ni dah kebas2 nak tag kawan2...

~ Mari Membaca Giveaway ~

Assalamualaikum semua....


Jom ramai-ramai kita join GA ni...Rakyat Malaysia kan suka membaca...jon kita tambahkan lagi semangat untuk membaca...
Nak join???
klik sini  ramai-ramai ya.....
3 orang pemenang bertuah akan memenangi sebuah buku setiap seorang tau..harap2 murahlah rezeki ya...

GA ni akan berakhir pada 15/3/2011

Khamis, Februari 17, 2011

~ Air Nyor Mudo ~

Assalamualaikum...selamat pagi kawan2...

Harap2 korang semua sihat dan dapat menjalankan aktiviti harian dengan sempurna...
Aku..???ku tah berapa sihat hari ni...kurang sikit jer...boleh lagi update blog ni...
Hari ni aku nak cerita tentang Air Kelapa Muda..kalau orang Klate oyat..air nyor mudo..sedap weh!!!

Tengah kupas kelapa...

Nampak sedap kan???tak sabar nak makan..slurppp...
 
 
Tadaaa....dah siap airnya....tp tak boleh makan lagi...kita sejukkan baru best....
ok!jom kita minum.....

Buah kelapa muda ni ambik free je kat tepi jalan dalam penjara ni..hehehe....

 

Selasa, Februari 15, 2011

~ Keputeraan Baginda Rasul ~

Assalamualaikum semua dan selamat pagi...


Selamat Hari Maulidur Rasul...
Tanggal 12 Rabiuawal hari Isnin dalam tahun Gajah...lahirlah bayi comel yang diberi nama Muhammad Bin Abdullah.Bagindalah pembawa rahmat ke seluruh alam.Baginda merupakan nabi utusan terakhir yang diutus oleh Allah...
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Sama2lah kita menghayati hari keputeraan Baginda Rasul...banyak2kanlah berzikir dan beramal ibadah..InsyaAllah....

Isnin, Februari 14, 2011

~ Contest Anak & Ayah Serasi Bersama ~

Assalamualaikum..
Meh join contest ni...



Gambar anak dan ayahnya....

 Ok tak???
NAMA ANAK : NURAISYAH BATRISYIA BINTI MOHD SHUKRI
TARIKH LAHIR ANAK : 27 APRIL 2009
NAMA IBU : MAHANUN BINTI MAHMUD


Jadi aku nak tag 

Meh la join ramai2...

Tarikh Tutup sehingga 20 februari 2011 pukul 8.49mlm




















~ Valentine Day....Salah disisi Islam ~

Assalamualaikum...
14 Februari....Pasti ramai yang tunggu tarikh ni kan??Malah tak kurang ada juga yang memilih tarikh ni untuk melangsungkan perkahwinan...kenapa ya???Istimewa sangat ke tarikh tu??
Dan...aku tahu kita sedia maklum sebenarnya sambut Hari Kekasih ni salah disisi Agama Islam tapi kenapa masih ada yang ingin menyambutnyakan???

Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.


Sebab itulah, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.

Sekadar hiasan..,


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud: 'Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.'

Ahad, Februari 13, 2011

~ Chef Pagi Ahad ~

Assalamualaikum semua dan selamat pagi....
Apa mood korang pagi ni ek?aku harap korang berada dalam mood yang baik...senyum selalu..
Minggu ni my hubby cuti...so..dia telah menawarkan diri nak masak sarapan pagi...hahaha...apalagi anak aku si Ain tu terus order jer...
AIN   :  Papa..nak makan mee goreng...
PAPA   : Mie goreng apa?mie goreng basah.mie goreng mamak?
AIN   : Mie goreng basah...
PAPA   : Ok...siap!
(Amboi..!Amboi...!....macam kat kedai pulak order2 ni...aku nak tengok jadi ke tak...hehehe...)
Tiba-tiba....
AIN   :  Papa..tukar...tukar..nak mie goreng kering...tak nak kuah...
UMMI   :  Aik!boleh tukar2 pulak..tak nak lah..ummi nak mie goreng basah..
PAPA   :  Ok..Ok...Biar Papa yang buat...(dengan penuh keyakinan)

Tadaaa....dah siap mie goreng my hubby ni...nampak cam biasa je ek?tapi rasa dia superb!!..(puji suami sendiri kalau tak siapa nak puji...aku tahu suami aku memang pandai masak)..kat dalam mie tu penuh udang,ayam,sotong...
Terima Kasih Sayang.....

Tinta Hati : Tengahari nanti nak masak apa???


Jumaat, Februari 11, 2011

~ As Salam Atau Salam?? ~

Assalamualaikum...

Bulan lepas aku ada buat n3 pasal "Salam" ni...dalam n3 tu ada dinyatakan kita tak boleh menggunakan perkataan SALAM...tp masa aku BW..aku terjumpa n3 pasal ni...kat blog ustazlove

Sebenarnya kedua2nya boleh digunakan.. kerana ia juga merupakan maksud singkatan kepada “assalamualaikum”.. jika dipertikaikan dgn mengatakan hanya “as-salam” saja boleh digunakan, maka ianya masih ada ruang hujahan di situ.. kerana “salam” dan “as-salam” itu masih lagi mewakili singkatan kepada lafaz “assalamualaikum”.

Lafaz “assalamualaikum” sabit (disandarkan) daripada hadis Nabi s.a.w. Maka secara kebiasaannya, kita boleh mengambil “as salam” sbg lafaz singkatan dan meninggalkan “alaikum”.


Sedangkan lafaz “salamun alaikum” (takde alif lam – as-salam) juga terdapat dalam al-Quran surah ar-Ra’d : 24
“Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.“


Kalimah selamat sejahtera itu menggunakan lafaz سَلاَمٌ عَلَيْكُم (salamun alaikum) dan bukan “assalamualaikum”..


Ini memberi maksud, sama ada menggunakan “assalamualaikum” atau “salamun alaikum” dan singkatan “as-salam bagi assalamualaikum” atau “salam bagi singkatan salamun alaikum”.. kedua2nya adalah harus digunakan. Ini menurut pendapat Imam Abu Hasan al-Wahidi.. tetapi menurut pendapat Imam Nawawi, “assalamualaikum” itu lebih utama..

Kalau korang nak tahu lebih lanjut klik sini

Khamis, Februari 10, 2011

~ Sedap Sengothi ~

Assalamualaikum...
Apa yang sedap sengothi tu ya...apa lagi kalau bukan makanan tradisi masyarakat Klate...
BUDU....
Budu merupakan sos ikan bilis atau udang bari yang diperam sampai hancur.Ia sedap dimakan walaupun berbau kurang enak.Kebiasaannya budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau ditambah dengan bahan2 makanan lain seperti lada,asam limau nipis,bawang.Untuk menambahkan lagi selera budu dimakan bersama ulam-ulaman dan ikan tawar yang di bakar...huhuhu..best woooo....

ni budu yang dicampur dengan mempelam..
Kalau korang nak tahu...

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti menghalang proses penuaan aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
 Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah...so..banyak2 lah makan budu.. 

Tetapi..budu juga ada kelemahan...
Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.
Apa yang penting budu menyumbang kepada kecantikan dan awet muda....
Satu kajian rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan....

Psst... Sekarang ni aku tahu ramai yang telah menggemari budu ni...sedap kan?hehehe..rugi saper tak makan tau.. 

Sumber :Wikipedia Ensiklopedia,Kosmo




 





Rabu, Februari 09, 2011

~Mari Bercerita Bersama Kanak-kanak ~

Assalamualaikum dan selamat pagi semua....

Apa mood anda hari ni?Apa pun aku harap korang sentisa dilindungi Yang Maha Pencipta...InsyaAllah...
So...kawan2....Apa kita nak kongsi hari ni ya???ermmm...aku rasa aku nak kongsi perkara2 tentang kanak2 pulak..yalah aku pun ada anak2 yang sedang membesar dan lasak..hehehe...tp apa yang aku nak kongsi ni mungkin sesuai untuk kanak2 pra sekolah@tadika@taska..
 so..para ibu2 dan ayah2 yang ada anak seusia itu boleh lah baca n3 ni ya...
Mari Bercerita Bersama Kanak-kanak...kenapa ya kita sebagai ibubapa kena bercerita bersama anak2 kita ya..tujuannya adalah :
  •  untuk membina keyakinan diri
  • Mengalakkan kemahiran berkomunikasi dan menambah perbendaharaan kata
  • Menggalakkan kanak2 meluahkan perasaan
  • Menggalakkan nilai2 murni dalam kehidupan seharian
Tapikan mama @ ibu @ayah @papa...apa yang kita hendak ceritakan kepada anak2 tu mestilah jenis yang sesuai dengan peringkat umur diorang kan...so jenis cerita yang sesuai ialah :
  • Mengenai contoh teladan yang baik
  • Mengenai kanak-kanak
  • Mengenai binatang
  • Mengenai kisah Para nabi
Hah! yang ni pun penting untuk kita tahu...cara memilih buku cerita kanak2...
  • Pilih buku bergambar,cetakan perkataan yang bersaiz besar

  • Teks tidak terlalu banyak

  • Bilangan muka surat 8 hingga 16 ,16 hingga 32

  • Gambar dan perkataan yang terang/jelas [apabila anak2 sudah pandai membaca pilih saiz teks yg lebih kecil dan bilangan perkataan yang menigkat banyak]

  • Cerita yang mudah ke susah

  • Pengalaman seharian

  • Bahasa yang mudah dan perkataan yang diulangi   


  • so...Aku nak kongsi tips membaca buku cerita :

  • Jika membaca kuat [read loud]minta anak ikut baca baris setiap baris selepas ibu membaca

  • Baca secara ekspresif [sedih,gembira,kuat,perlahan]

  • Anak duduk dalam keadaan selesa contoh duduk di riba.di kusyen,lantai atau tikar

  • Semasa membaca tunjuk kepada perkataan dan gambar yang berkaitan

  • Sediakan suasana yang gembira.selesa dan selamat

  • Selepas selesai bercerita,minta anak ceritakan semula cerita tersebut


  • Banyak faedah yang akan kita perolehi...antaranya dapat mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara kita,membantu anak2 kita membaca...jadi...mama.ibu,ummi.ayah,papa....boleh cuba ya....

    tulisan hati : Alhamdulillah...kakak dah mengenal huruf2 dan dah boleh baca 2 suku kata...


    

    Selasa, Februari 08, 2011

    ~ Asmaul Husna ~

    Assalamualaikum semua ...

    Pagi yang indah ni (cewah..ayat..)..jom kita mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta...so hari ni aku nak buat n3 tentang Asmaul Husna...
    Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.

    Dalilnya...
    Berikut adalah beberapa dalil yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan Hadis tentang Asmaaul Husna:

    * "Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaaul Husna (nama-nama yang baik)." - (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

    * Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu" - (Al-Quran.Surah Al Israa': 110)

    * Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: "Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil." - Sahih Bukhari[1]





                                                     
                                                          
               1 al-Rahman الرحمن Maha Pengasih
    2 al-Rahim الرحيم Maha Penyayang
               3 al-Malik الملك Maha Merajai/Memerintah
    4 al-Quddus القدوس Maha Suci
    5 al-Salam السلام Maha Memberi Kesejahteraan
    6 al-Mukmin المؤمن Yang Memberi Keamanan
    7 al-Muhaimin المهيمن Maha Pemelihara
    8 al-Aziz العزيز Maha Gagah
    9 al-Jabbar الجبار Maha Perkasa
    10 al-Mutakabbir المتكبر Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
    11 al-Khaliq الخالق Maha Pencipta
    12 al-Barik البارئ Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
    13 al-Musawwir المصور Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
    14 al-Ghaffar الغفار Maha Pengampun
    15 al-Qahhar القهار Yang Memaksa
    16 al-Wahhab الوهاب Maha Pemberi Kurnia
    17 al-Razzaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki
    18 al-Fattah الفتاح Maha Pembuka Rahmat
    19 al-Alim العليم Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
    20 al-Qabid القابض Yang Menyempitkan (makhluknya)
    21 al-Basit الباسط Yang Melapangkan (makhluknya)
    22 al-Khafid الخافض Yang Merendahkan (makhluknya)
    23 al-Rafik الرافع Yang Meninggikan (makhluknya)
    24 al-Muiz المعز Yang Memuliakan (makhluknya)
    25 al-Muzil المذل Yang Menghinakan (makhluknya)
    26 al-Samik السميع Maha Mendengar
    27 al-Basir البصير Maha Melihat
    28 al-Hakam الحكم Maha Menetapkan
    29 al-Adl العدل Maha Adil
    30 al-Latif اللطيف Maha Lembut
    31 al-Khabir الخبير Maha Mengetahui Rahasia
    32 al-Halim الحليم Maha Penyantun
    33 al-Azim العظيم Maha Agung
    34 al-Ghafur     الغفور     Maha Pengampun
    35 al-Syakur    الشكور    Maha Pembalas Budi (Menghargai)
    36 al-Ali           العلى       Maha Tinggi
    37 al-Kabir      الكبير      Maha Besar
    38 al-Hafiz       الحفيظ     Maha Menjaga
    39 al-Muqit     المقيت     Maha Pemberi Kecukupan
    40 al-Hasib    الحسيب    Maha Membuat Perhitungan
    41 al-Jalil       الجليل      Maha Mulia
    42 al-Karim   الكريم      Maha Pemurah
    43 al-Raqib    الرقيب    Maha Mengawasi
    44 al-Mujib     المجيب   Maha Mengabulkan
    45 al-Wasik    الواسع    Maha Luas
    46 al-Hakim    الحكيم    Maka Bijaksana
    47 al-Wadud   الودود    Maha Pencinta
    48 al-Majid     المجيد     Maha Mulia
    49 al-Bais      الباعث      Maha Membangkitkan
    50 al-Syahid   الشهيد      Maha Menyaksikan
    51 al-Haq       الحق       Maha Benar
    52 al-Wakil   الوكيل      Maha Memelihara
    53 al-Qawi     القوى      Maha Kuat
    54 al-Matin    المتين      Maha Teguh
    55 al-Wali      الولى      Maha Melindungi
    56 al-Hamid  الحميد      Maha Terpuji
    57 al Muhsi  المحصى   Maha Menghitung
    58 al-Mubdik المبدئ    Maha Memulai
    59 al-Muid     المعيد     Maha Mengembalikan Kehidupan
    60 al-Muhyi المحيى      Maha Menghidupkan
    61 al-Mumit  المميت     Maha Mematikan
    62 al-Hai       الحي       Maha Hidup
    63 al-Qayyum القيوم     Maha Mandiri
    64 al-Wajid الواجد       Maha Penemu
    65 al-Majid  الماجد       Maha Mulia
    66 al-Wahid    الواحد    Maha Esa
    67 al-Ahad      الاحد     Maha Esa
    68 al-Samad الصمد     Tempat Meminta
    69 al-Qadir     القادر        Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
    70 al-Muqtadir المقتدر     Maha Berkuasa
    71 al-Muqaddim المقدم    Maha Mendahulukan
    72 al-Muakhir المؤخر     Maha Mengakhirkan
    73 al-Awwal الأول     Maha Awal (Alfa)
    74 al-Akhir الأخر      Maha Akhir (Omega)
    75 al-Zahir الظاهر       Maha Nyata
    76 al-Batin الباطن       Maha Ghaib
    77 al-Wali الوالي         Maha Memerintah
    78 al-Mutaali المتعالي Maha Tinggi
    79 al-Bar البر          Maha Penderma
    80 al-Tawwab التواب Maha Penerima Taubat
    81 al-Muntaqim المنتقم Maha Penyiksa
    82 al-Afu  العفو         Maha Pemaaf
    83 al-Rauf    الرؤوف  Maha Pengasih
    84 Malik al-Mulk مالك الملك Penguasa Kerajaan (Semesta)
    85 Zu al-Jalal wa al-Ikram   ذو الجلال و الإكرام    Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
    86 al-Muqsit    المقسط   Maha Adil
    87 al-Jamik    الجامع     Maha Mengumpulkan
    88 al-Ghani الغنى Maha Berkecukupan
    89 al-Mughni المغنى Maha Memberi Kekayaan
    90 al-Manik المانع Maha Mencegah
    91 al-Dar الضار Maha Memberi Derita
    92 al-Nafik النافع Maha Memberi Manfaat
    93 al-Nur النور Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
    94 al-Hadi الهادئ Maha Pemberi Petunjuk
    95 al-Badik البديع Maha Pencipta
    96 al-Baqi الباقي Maha Kekal
    97 al-Waris الوارث Maha Pewaris
    98 al-Rasyid الرشيد Maha Pandai
    99 al-Sabur الصبور Maha Sabar
     
    Marilah sama2 kita menghafal Asmaul Husna Allah ni kawan2...semoga kita akan dimasukkan ke syurga Allah.
     
    Sumber : Wikipedia Ensiklopedia Bebas

    Isnin, Februari 07, 2011

    ~ Nak Caya Ke Tak NiE???? ~

    Your Mail ID Has Won,£950.000.00 in the UK Benz Bonanza, send your info. Names........Address......Country......Sex/Tel......
     Hah???? nak caya ke tak ni???
    Gini citernya...tadi aku bukak email..ada 2 mail kat inbox...
    So????amacam??
    Korang nak caya ke tak?
    Ke korang pernah dapat email cam ni?

    ~ Selamat Tinggal ~

    Assalamualaikum semua...
    Selamat tinggal...???nape pulak aku ucap selamat tinggal ek?
    Hurmmm..sebak lak pula rasanya...
    Selamat tinggal Pak Yeop dan Kak Ani sekeluarga...Semoga selamat perjalanan pulang ya....
    Pagi tadi dah angkat barang2 masuk dalam lori...2 buah lori tu...


    yang dah lori ke 2...

    Selamat berangkat ya...sebak lah pulak..yalah 6 tahun kami berjiran..mesti rasa sedih kan?tak tahulah bila pulak boleh jumpa..mmmm..InsyaAllah kalau panjang umur kita jumpa lagi....



    Ahad, Februari 06, 2011

    ~ SEGMEN SENYUM XNAMPAK GIGI ~

    Assalamualaikum...


    Aku join SEGMEN SENYUM XNAMPAK GIGI kat blog Muas
    Korang tak nak join ker?
    huhuhu..puas sudah ku godek2 album gambar nak cari senyum yang tak nampak gigi..mula2 tak ada..tp cari punya cari jumpa yang ini..harap2 sesuai bila muas tengok ya....hehehe...
    so..aku nak tag mamaema , zana nordin ,czueka ,farasakura ,eyna azmi
    date dia sehingga 27.2.2011
    

    ~ Selamat Bersara Pak Yeop ~


    Assalamualaikum semua dan selamat pagi...

    Rasa letih tak hilang lagi...semalam kami penghuni Blok Cempaka dan Blok Dahlia bergabung tenaga semangat 1Malaysia mengadakan majlis BBQ sempena persaraan Pak Yeop.Pak Yeop ni merupakan S.M kat Penjara Simpang Renggam ni...Setelah lama berkhidmat so telah sampai waktunya dia akan bersara...


    Pak Yeop dan isteri tersayang,Kak Ani

    Sepanjang aku kenal Pak Yeop ni..dia seorang yang sempoi,baik hati dan sporting..suka jugak buat lawak..dia suka main tennis..cayalah Pak Yeop..walaupun di usia begini masih ligat main tennis...Kak Ani pula seorang yang suka menolong,baik hati dan suka bercerita..
    Semalam,kami adakan majlis untuk mereka..kami buat BBQ...


    Majlis dah nak mula..masing2 nak letakkan arang ke dalam tempat pembakaran..

    Api mula dinyalakan.....tapi apa yang nak dibakar ya???

    ni hah!bakar ikan 'jaket'.ikan pari dan ayam...tak lupa sosej untuk kanak2..aku tak sempat nak snap gambar tiba2 dah licin...

    majlis dah nak bermula..

    Kipas..kipas...jangan tak kipas...memasing nak tunjuk skill bakar ayam..

    Tadaaa..!!!dah nak masak....

    Sesi menjamu selera....

    Apapun majlis ni memang happening...ditambah lagi dengan iringan dari radio THR HINDI POWER...memang best...THR macam tahu pulak ya..lagu2 memang top dari filem lakonan pelakon pujaan hatiku..siapa lagi kalau bukan Shah Rukh Khan..

    Tinta Hati : Terima kasih kepada semua penghuni blok cempaka dan dahlia kerana sudi meraikan dan memeriahkan majlis untuk Pak Yeop dan keluarga...

    

    Sabtu, Februari 05, 2011

    ~ JOM JOIN CABUTAN BERTUAH RAFLESSIA COLLECTION NAK?? ~

    Assalamualaikum..



    Kawan2...nak join cabutan bertuah Raflessia Collection??
    kalaulah saya atau kawan2 yang bertuah boleh dapat tudung free tau...mesti cantik!
    meh la join...klik sini
    cabutan ni akan berlangsung sehingga 6 MARCH 2011

    ~ Rabbit ~

    Assalamualaikum semua...selamat pagi..korang dah sarapan ke belum?
    Aha! hari tu kakak cakap dia rindu kat arnab2 dia...yalah arnab dia ada kat kampung..parents MIL aku yang jaga...coz aku nak jaga kat sini tak ada tempat khas..jadi kalau kat kg..ada orang yang tolong jaga..tempatpun luas...FIL aku siap buat rumah lagi kat arnab2 tu..


    Cantik tak?hik!hik!boleh lah untuk arnab berteduh...


    Ni lah 2 ekor yang kmi beli...sebenarnya ni atas permintaan kakak nk beli arnab..coz dia nak bela kucing kat umah aku tak bagi..so dia mintak arnab...kebetulan aku pun suka arnab..hehehe..arnab ni aku beli kat Pasar Munduk di Pasir Mas...2 ekor harganya RM60.Aku beli time kat kampung hari tu...Tak sampai sebulan aku bela dah selamat melahirkan...tak tahu pulak yang si betina tu mengandung...hahaha..kejam betul tuannya ek...korang tahu berapa ekor anak dia lahirkan???? 5 ekor kau!!!..waktu lahir macam anak tikus aku tengok..
    

    Rumah arnab tu sebenarnya ada 2 bilik...satu bahagian tuk ibu dn anak2..satu lagi tuk si ayah dia..yalah..lepas beranak ayah dan ibu kena asingkan kalau tak beranak lagi lah ibu tu..hahaha..


    ni bilik si ayah..cian dia..lepas diasingkan dia macam terus menyendiri..

    Mungkin anak2 arnab tu dah besar sekarang...aku tak tahulah apa nama yang diorang beri kar arnab2 tu..tp yang pasti salah seekor arnab tu my hubby aku panggil PAJERO..tak tahulah kenapa???hehehe..

    Jumaat, Februari 04, 2011

    ~Selamat Tahun Arnab~

    Assalamualaikum...

    Selamat Tahun baru China...kepada kaum Cina...Tahun ni tahun Arnab...Sebut ttg arnab teringat kat arnab kat kampung yang di jaga oleh MIL aku...harap2 arnab2 tu sihat dan segar bugar...

    Ni hah! limau yang baru dikupas nak makan..sempat lg snap gambar dia...limau ni hubby aku yang bawa balik katanya tokey tempat dia servis kereta yang bagi...satu kotak...Terima kasih banyak2...


    Tadaaa....ni lah arnab tu....jate vs tino....hehehehe...



    

    Khamis, Februari 03, 2011

    ~ Sesi Promote Blog ~

    Assalamualaikum..


    Promosi ni di datangkan khas oleh Si Chipmunk
    Kalau korang nak promote blog korang leh lah join ya....Akak join ya...
    Nak tahu lebih lanjut klik sini

    

    ~ Lagi-lagi Lalat...Eh! Cicak Pun Adaaa..~

    Assalamualaikum...

    Hujan dah pergi...Mentari dah muncul kembali..tapi sang lalat tetap ada menemani diri...huhuhu..Setianya kau sang lalat...

    Banyak betoiii lalat ni...Aik!cicak pun jadi mangsa..hahaha..tulah pasal ni mesti kes cicak nak makan lalat ni...hihihi..sadis betul...
    Korang tahu x cmner nak halau lalat2 ni?

    Ni..cicak ke 2 yang terperangkap...huhuhu..kesian dierr...tp tak mati lagi tu...last2 aku tgk dah tak ada kat situ..tak tahu cmner dia blh lepaskan diri....

    

    Daisypath Anniversary tickers

    Daisypath Anniversary tickers