headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Selasa, Februari 01, 2011

~ Lafazkan Kalimah Cintamu ~

Assalamualaikum semua...

Hari ni kita baca novel pula ya..
jom kita terjah novel Siti Rosmizah



Korang dah baca tak novel ke 3 Siti Rosmizah ni??Best wooo......rugi kalau saper tak baca lagi(bagi peminat novel lah).
Korang nak tahu sinopsisnya ke?Meh lah aku citer cikit..cikit jer...kalau nak tahu kisahnya kena beli dan baca lah...hehehe..

Kisahnya : Mengisahkan Tengku Aqilah seorang anak yang di sisihkan oleh keluarga sendiri iaitu bapa kandungnya,Tengku Hisham dan di benci oleh kakak kandung juga,Tengku Natasha.Selama 13 tahun Tengku Aqilah berada di perantauan membina kehidupannya seorang diri.Namun kepulangannya ke tanah air telah membuka kembali luka di hati namun dia nekad untuk mendapatkan kasih sayang papanya demi wasiat mamanya.
Kakaknya Tengku Natasha,yang tidak pernah padam api dendamnya terhadap Qila telah memperlekehkan Qila dengan memberi jawatan sebagai penyambut tetamu di syarikat keluarga mereka.Demi untuk menagih kasih papanya,Qila akur.Dalam ingin menagih kasih seorang bapa,Qila menemui jejaka tampan,Tengku Ryan Ameer lelaki kacukan Inggeris Melayu yang juga merupakan sepupunya sendiri.Pertemuan pertama telah menerbitkan perasaan benci antara mereka.
Dapatkan Qila menambat hati papanya dan benci benarkah Ku Ryan kepada Qila???
Semuanya akan terjawab bila korang baca novel ni...

Aku suka novel ke 3 dia ni....susunan ayat yang bagus..ada masa aku ketawa sorang2 adakalanya aku menangis sorang2...time sedih..sedih sangat..time gelak..aku gelak kuat2...nasib baik lah aku baca novel ni masa dok kat kampung hari tu...kalau my hubby aku tengok aku baca novel ni tentu dia anguk-anguk,geleng-geleng lah...tengok gelagat aku..hahaha..



Ni lah novel aku yang dah lunyai...

Tiada ulasan :

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers