headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Memaparkan catatan dengan label pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendapat. Papar semua catatan

Isnin, Mac 12, 2012

~Ingat Janji Kita-Murni Aqila ~

Asssalamualaikum....
Dah agak lama aku tak memberi komen tentang novel2 yang aku baca ni...malam ni rasa terpanggil nak buat...ceh!! pandai jek aku ni nak komen ya...hehehe...so kali ni aku pilih novel dari penulis yang aku sayang ni....my cute Murni Aqila...

Ingat Janji Kita



Novel ni mengisahkan tentang jejaka hensome yang bernama Raimi yang dipaksa kahwin oleh atuknya sendiri,Tok Jalal.Dahlah dipaksa kahwin calon isteri pun ditentukan.Demi menolak permintaan yang berupa arahan dari atuknya itu macam cara Raimi lakukan untuk mengelakkan dirinya berkahwin dengan pilihan atuknya termasuk mengupah sahabat baiknya,Adi untuk menyamar sebagai teman wanitanya.

Namun,kali pertama melihat Adi memakai pakaian wanita telah membuatkan jiwa Raimi bergoncang kerana pada pandangan matanya Adi sempurna sebagai wanita.

Tanpa pengetahuan Raimi,Adi sebenarnya menyimpan terlalu banyak rahsia dan kisah hidup yang amat memeritkan.Adi terpaksa berbohong dengan semua orang untuk menjaga rahsianya.

Sinopsisnya takat ini ya..nanti kalau aku ceritakan banyak2..tak suspen pulak..so..tak rugi kalau baca "Ingat Janji Kita " ni...
4 ****

Untuk Moon..
Baca novel ni..buat akak menangis.ketawa geli hati,marah,kecewa,geram..semua ada...pandai tau buat akak camni...
Akak menangis bila selami kehidupan Adinida..teruk sekali dia didera kan...
Akak ketawa bila Raimi bersama Adi...
Akak marah bila,kecewa dan geram dengan Kalsom...Ada jugak manusia tak berhati perut macam tu..kalau wujud orang macam tu memang akak hukum gantung jer..huhuhu.. geram betul..kalau boleh ending Kalsom dengan Adinida ,akak nak si Kalsom tu melutut minta maaf dengan Adi..
Dan...bahagianya bila dengar ayat ni
" Saya akan menjaga dan melindungi awak sampai ke akhir hayat saya"

Isnin, Julai 18, 2011

~ Antara Keluarga Dan Kerjaya ~

Assalamualaikum...
Salam ceria hari Isnin...agaknya korang tengah buat apa tu ya...Oppss!!mesti ada yang tengah kerja kat opis..dan tentu ada yang tengah jaga anak2 kat rumah...hehehe..
Entry kali ni mungkin lebih kepada pandangan or pendapat tentang antara keluarga ataupun kerjaya...
okey...mana satu pilihan korang ek???yang mana lebih utama...bagi aku lah kan..yang tak ada kerjaya macam aku ni mestilah pilih keluarga kan...tapi sebenarnya bukan aku tak nak kerja tapi dari habis belajar sampai dah beranak pinak ni aku apply kerja tapi tak dapat-dapat...so apa aku nak kata lagi kan...mungkin dah rezeki aku tak bekerja...sebenarnya..aku teringin nak pegang duit sendiri,kereta,rumah..tapi aku tahu mungkin setakat ini itu semua akan berlaku...ada hikmahnya semua itu....hikmahnya..aku bahagia disamping keluarga aku...sepenuh masa aku bersama keluarga...melihat anak-anak membesar dan menjaga kebajikan dan keperluan suami...Sesungguhnya Allah telah tetapkan segala-galanya...Dan aku rasa aku tak akan bekerja kerana aku dah PENAT mengisi borang meminta kerja...ada sampai satu tahap...bila my hubby aku bawa balik borang KEMAS untuk aku isi..tapi aku boleh pandang sepi je orang tu...aku boleh je tengok borang tu dengan pandangan yang kosong....
Hati aku jadi TAWAR untuk mengisi borang bila pulak melihat seorang jiran aku ni..muda lagi dia dah kahwin dan ada anak dah...sebelum ni dia memang full time wife..macam aku jugak...tetiba dia dapat tawaran kerja...gomen pulak tu...murahnya rezeki dia..kata aku..aku yang selama ni bertahun2 mintak tak pernah dapat2...nak buat macam mana kan???Bila dah dapat kerja gomen tu kenalah pergi kursus kan...dan terpaksalah tinggalkan anak kat ibu bapa kat kampung..nasib baiklah sekarang ni dah ambil balik anak tapi kenalah pulak upah pengasuh...kesiankan ...tapi itulah lumrahkan..bila ibu bapa bekerja..semuanya terpaksa dikorbankan..
Bagi aku...tak apa lah kalau tak bekerja pun..asalkan tak menyusahkan ibu bapa kat kampung untuk menjaga anak-anak kita...yalah..dari kecil lagi ibu bapa kita dah jaga kita...tak kan nak suruh mak ayah kita jaga anak kita pulak..bila masa mereka tu nak rehat kan?
Dah dapat kerja tu...terpaksa lah pulak korban kan masa berkualiti bersama anak-anak dan suami...balik kerja dah tentu letih..bila masa nak  bermesra dengan anak2 dan suami macam dulu...???Dan aku jugak tidak menafikan kerjaya adalah jaminan masa depan..kerana kelak kita tidak tahu apa yang akan berlaku...
Jadi..terpulang pada pendapat korang..ini hanyalah pendapat aku yang tidak bekerja...heheheh...mungkin pada isteri yang bekerja ada pendapat sendiri dan anda lebih tahu...

Tinta Hati : Ini hanyalah pendapat peribadi aku...jangan pulak ada yang terasa...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers