headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Memaparkan catatan dengan label Kehamilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kehamilan. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 08, 2012

~ Bio Ever Dan Kehamilan ~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...dapat jugak aku buka blog hari ni.
dah beberapa hari tak berkesempatan..
Orait.!!!
Hari ni nak kongsi kepada u all semua tentang kehamilan..
Dengan izin Allah jua...
Bio Ever menjadi asbabnya..
Seronoknya..bila kita sebagai isteri dan ibu dapat hamil lagi ya.
Ok!kat sini nak kongsi testimoni2 ibu2 yang berjaya hamil setelah menggunakan Bio Ever.
Dengan izin Allah jua..

Inilah dia baby Bio Ever..
 
Doktor Kamesah..salah seorang Konsultant Smart Tycoon..telah merekomenkan pesakitnya krim Bio Ever..inilah hasilnya..


Ini ada lagi terstimoni ibu2 yang berjaya hamil...
Alhamdulillah..




Ada banyak lagi sebenarnya testimoni...
dilain masa akan diupdatekan..
Semoga akan memberi manfaat kepada yang memerlukan..

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya melalui 012 7323298 atau PM di FB saya..

Rabu, Ogos 01, 2012

~ V3SR...Body Re-Programming System ~

Assalamualaikum..

V3SR 
 Apa itu V3SR???
V3SR ialah satu kaedah BODY RE-PROGRAMMING SYSTEM
Satu kaedah di mana badan kiter akan di ajar/di programkan byk mana makanan/kalori yg sepatut nya di makan/ambil setiap hari…
Satu kaedah PROGRAM AWET MUDA secara semulajadi..
 Apa yg membezakan V3SR ngan prdct2 lain..

  1) V3SR BUKAN FOOD REPLACEMENT – oleh itu wpun selepas TAMAT tempoh program, berat n ukurlilit anda masih blh di maintain kan
2) V3SR sesuai utk semua golongan lelaki n wanita, samada utk slimming @ hanya utk kesihatan dalaman & luaran
3) V3SR BUKAN shaja satu kaedah yg SELAMAT utk menguruskan badan, tetapi ia juga mampu memberi anda SIHAT, SEXY, DAN PERAWANNNN
4) V3SR TANPA perlu berdiet ketat, TANPA suntikkan & TANPA meninggalkan makanan kegemaran anda
5) V3SR TIDAK langsung menganggu badan anda sekira nya ANDA MASIH MENYUSUKAN ANAK (Breastfeeding)
6) V3SR BOLEH di ambil ketika mengandung….(Sila berurusan/consult dgn Consultant yg bertauliah shj utk mengetahui apa yg boleh/TIDAK boleh di ambil ketika mengandung)
7) V3SR TIDAK mengandungi campuran bahan kimia beracun `Sibutramine Hydrochloride'. (Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala serta mempercepatkan denyutan jantung...)
8) V3SR SANGAT SESUAI di ambil ketika berpuasa…..(Tiada gastrik/perut berangin, badan rasa segar, Kurang keletihan)
9) V3SR bkn shj utk kegunaan sbg Slimming program , bukan sekadar Re-programming Body System, tetapi juga satu program mengajar bagaimana kita BELAJAR UTK MENCEGAH dan MENJAUHKAN PENYAKIT!!!
   PM sy utk mengetahui ttg PROGRAM ini.......:)
Atau..boleh email ke comellady@gmail.com
 V3SR..sesuai untuk lelaki dan perempuan..
P/s: Nnt saya akan updatekan testimoni pengguna V3SR..

Isnin, Julai 09, 2012

~ Bukan Rezeki Kami ~

Assalamualaikum..

Ini entry terakhir berkaitan entry Pengalaman Di Hospital tu ya..

Kalau ikut tajuk entry kat atas tu tentu u all dah boleh agak kan..???
Yupp...
Bukan rezeki kami untuk menimang cahaya mata tahun depan...dan bukan rezeki aku untuk mengandung tahun ini..
Result urine terakhir aku pada 5/7 lepas...
NEGATIF!!!!
So..aku tak mengandung...
Buat pengetahuan u all...
aku pun tak tahu kemana menghilangnya kandungan ku itu..
Nak kata gugur..bila masa ia gugur????
aku sampai sekarang masih tak dapat nak memahaminya...
Tapi walau apa pun aku redha dengan ujian ini...
 
Mungkin....
ia gugur time aku bleeding tu...
sebab..sepanjang aku tahu aku pregnant tu..
3 kali aku bleeding...
darah yang keluar macam darah haid biasa jer...
tempoh bleeding pun dalam 7 ke 8 hari..
tak ada pulak keluar darah yang banyak macam keguguran biasa yang dialami oleh orang lain..
Mungkin sebab kandungan aku masih terlalu baru..
tapi tak pulak keluar darah yang berketul-ketul..
Aku pun tak faham..
Doktor pun tak faham...
Siapa yang faham..???
Hanya Allah yang tahu....
 
Aku terima semua ini sebagai ujian dari Allah untuk kami sekeluarga..
Aku percaya ada hikmah di sebaliknya...InsyaAllah..
Allah Maha Mengetahuinya..
Kami boleh cuba lagi...
InsyaAllah...
Apa pun terima kasih kepada u all yang sentiasa menyokong dan mendoakan aku..
Terima kasih banyak-banyak..
Sayang  u all semua..
Muahhhh............


Sabtu, Julai 07, 2012

~ Pengalaman Di Hospital - Part 3 ~

Assalamualaikum..

Untuk part ni aku tak nak cakap banyak...
u all layan lah gambar2 yang sempat aku snap masa kat wad hari tu..
Bagi u all yang belum tahu kisah aku ni u all boleh klik SINI dan SINI

Time mula2 masuk wad...
Doktor kategorikan aku "Complate Miscarriage"
Dia cakap camtu mungkin sebab rahim aku kosong dan aku bleeding..

Tapi lepas tu...
Tro Ectopic Pregnancy..
Apa tu?
Kandungan Luar Rahim...tu yang kena buat ujian darah...
Tapi..Alhamdulillah..bukan yang ini...
Selepas buat beberapa ujian dan berkali-kali ambil darah...
Akhirnya..doktor cakap..
mungkin kandungan aku masih terlalu awal...
Hmmm...
Tapi sehingga ke hari aku keluar wad...
UPT aku still Positif
Setelah 13 hari aku dibenarkan keluar...
dengan temujanji akan diberitahu kelak..
tapi sampai ke hari ini...
Pihak hospital belum hubungi aku...
Dan..
sampai aku pun dah tahu status kandungan aku...


Rabu, Jun 20, 2012

~ Pengalaman Di Hospital - Part 2 ~

Assalamualaikum...

Kita sambung lagi kisah aku kat hospital ya...
okeh!!..
Semasa dibawa ke katil bernombor 24 tu..macam2 bermain difikiran..
Apa sebenarnya terjadi kat aku ni..?
Kenapa sampai kena masuk wad?
Anak2 macam mana?
Dah la hubby ada final exam..
Aku tengok muka my hubby masa aku cakap yang aku kena masuk wad tu..muka dia dah berubah..
aku tahu apa yang bermain di fikiran dia..
Yalah..cuba u all bayangkan..situasi kami waktu itu..
Namun begitu...walau apa jua situasi kita waktu itu..jika kita sentiasa ingat padaNya..
InsyaAllah..Allah akan tolong kita...
Betul tak kawan2...??
Kami terima dugaan ini..itu ujian buat kami..
Banyak hikmah yang kami dapat daripada ujian ini...
Hurmm...aku ditempatkan dalam sebuah bilik yang hanya ada 4 katil jer..Bilik aircond..alamak!!!..risau jugak kalau asma aku menyerang..
Dan..bila masuk..huhuhu...aku sorang jer????
Maknanya dari pukul 3 pagi aku masuk..sampai pukul 4 pagi hubby temankan aku...
Bila misi masuk dah kena halau suruh keluar...so...terpaksalah..
Kesian anak2 sampai pukul 4 pagi tak tidur...
Bila my hubby dan anak2 balik aku hanya rehat2 kat katil..dah tak ngantuk nak tidur..tambah pulak aku sorang2...
Untuk pengetahuan u all..hospital ni adalah hospital baru..kalau tak silap baru awal tahun ni beroperasi..
Nasib aku baik...awal2 pagi dah ada pesakit yang menghuni katil sebelah..berteman jugak..
lepas tu sorang demi sorang masuk..sampai penuh 4 katil..
Kes aku dikategorikan sebagai GYNAE..korang tahu apa maksud tu???
Aku faham tapi tak tahu cmner nak jelaskan..kalau ada yang tahu dengan terperinci bolehlah tolong jelaskan...hehehe...
Okeh...
Oleh kerana tiada siapa yang akan menjaga puteri2 kami tu..kami buat keputusan suruh Mek atau Ma yang datang..terpaksa buat camtu sebab hubby nak exam...kalau tak kami tak akan susahkan mereka...
Bila nak datang..tiket keretapi habis...bas habis..al-maklumlah cuti sekolah...
Dan..oleh kerana tiada pilihan jugak..
selepas lawat aku kat hospital tengahari tu..my hubby dan anak2 terpaksa drive balik kampung untuk ambil Mek aku..
U all bayangkan...dari Johor ke Kelantan berapa jam...
tapi my hubby bertolak dalam pukul 2 petang..pukul 12 malam sampai kampung...
Tidur sekejap, selepas subuh bertolak balik Johor...
Alhamdulillah perjalanan lancar..Mek dan adik aku yang datang...
Petang tu..doktor sekali buat scan..kali ni Doktor Pakar..
Bila scan..masih lagi tak nampak..doktor cakap rahim aku kosong..
Dan sekali lagi doktor periksa jalan bawah..
Dia buat ujian ultrasound...masih tak ada apa2..
Lepas tu..dia seluk pulak dengan tangan..seksa betul...dah lah aku sakit..
Lepas dia buat camtu memanglah keluar darah...
Padahal dari semalam tu darah dah berhenti keluar..bila dia buat camtu darah keluar lagi..
sakitnya tuhan yang tahu...
Bila semua tu tak berhasil..mereka para doktor suspek aku MENGANDUNG LUAR RAHIM.
Ya!Allah...sekali lagi ujian dariMu..
Aku diminta membuat ujian darah sebanyak dua kali ..
Darah aku dihantar ke PATH LAB Kluang kerana keputusannya akan diketahui dalam masa 24 jam walaupun terpaksa keluarkan RM 25 untuk satu sampel darah..bermakna bila 2 sampel darah aku kena bayar RM 50..tak kisahlah tu..sebab kalau sampel darah aku dihantar pada hospital kerajaan bermakna 3 minggu aku kena tunggu keputusannya..
Untuk 2 sampel darah aku kena tunggu 4 hari...

Ini keputusannya...
Aku tak faham apa maknanya...
tapi doktor cakap aku tak mengandung luar rahim...
Alhamdulillah...
Tapi doktor jadi pelik sebab UPT aku masih lagi membuktikan aku mengandung...sedangkan bila scan dibuat..rahim aku kosong...????
Korang pelik tak????
Aku pun pelik....
Tiada apa yang mampu aku buat..hanya berdoa dan tawakkal sahaja kepada Sang Pencipta..



Selasa, Jun 19, 2012

~ Pengalaman Di Hospital- Part 1 ~

Assalamualaikum..
 
Hari ni dah 19 Jun..baru ada sedikit semangat nak update blog ni..
Tengok tu..wajah blog pun dah baru..cantik tak?
Kredit to Mialiana ..
 
Kita nak mula dari mana ya...???
Okeh!..nak cerita tentang pengalaman semasa kena tahan selama 13 hari di wad Kenangan 7A di Hospital Kluang.
Kalau u all ikuti blog aku ni..korang akan tahu kenapa aku kena masuk hospital..
tak tahu?
okeh..korang klik kat SINI...
Hah! betul tu..kalau ikut kepada Urine Pregnancy Test (UPT) aku memang hamil..
Tapi oleh kerana aku mengalami pendarahan..kes aku di refer ke hospital..
Sebab doktor Rafeah yang rawat aku tu tak nak apa-apa yang buruk berlaku..
So..malam 31 MEI tu..my hubby pun terpaksalah bawa aku terus ke hospital..
Masa kami tiba kat hospital tu..
Alhamdulillah orang tak ramai...
Setelah diambil tekanan darah dan sekali lagi buat UPT...
kami kena tunggu dalam 1 jam..bila keluara bilik rawatan..
uikkss...ramainya orang..dari mana diorang ni datang..
So...tunggulah..dari 1 jam dah hampir 2 jam kena tunggu ..
dah lah keadaan aku tak berapa nak stabil sebab rasa sakit kat perut dan ari-ari tak berhenti lagi..huhuhuhu..
Bila nama dipanggil aku di tolak dengan kerusi roda (tak larat nak jalan) ke Dewan Bersalin untuk scan...
Nak tunggu doktor scan..kena tahan kencing dulu..
bila aku masuk bilik misi suruh aku minum air dan tahan kencing..
Adoii..dah lah bilik tu sejuk...
U all bayangkan...dari pukul 12 malam sampai ke pukul 2 pagi aku kena tunggu doktor untuk buat scan..
Dah lah dengan perut yang sakit dan kena tahan kencing...
Doktor sorang jer..kena tunggu sebab banyak kes orang nak bersalin...
seksanya rasa...
Bila doktor dah ada kena tunggu giliran pulak...
tiba giliran aku doktor dah ngantuk2 dah..
Bila scan tak nampak..
korang bayangkanlah apa dia buat...
periksa jalan bawah lah..apa lagi...
sakit betul..
Kejap jer dah siap terus dia kata..masuk wad...huhuhuhu...
Bila urusan daftar wad selesai..pukul 3 pagi 1 JUN baru dapat masuk wad...
Yang paling aku kesian..kat my hubby dan anak2...
terpaksa tunggu lama untuk selesaikan...
Dugaan datang bertimpa-timpa..
dah lah my hubby ada final exam..
anak2 siapa nak jaga..???
aku kat wad...
 
Muka menahan sakit...
anak2 setia menanti...
 Terima kasih my hubby dan anak2 kerana selalu beri semangat..

P/S: akan bersambung...


Ahad, Jun 03, 2012

~ Tertekan ~

Assalamualaikum...
Maaf ya kawan2...waktu dan saat ini masih lagi bersiaran dari Hospital Kluang...
Masih lagi ditahan disini dan tak tahu bila boleh keluar..
Maaf,fikiran agak tertekan..mungkin banyak sangat tekanan dan ujian yang dihadapi dalam tahun ini...
Ya!Allah aku hanya berserah padaMu.
aku tahu Engkau tidak akan menguji hambaMu ini jika hambaMu ini tidak mampu menghadapinya...
saat ini masih belum lagi mengetahui status kandungan aku ni...fikiran agak tertekan..
Namun terima kasih suamiku kerana sanggup bersusah payah untuk isterimu ini walaupun sayang sebenarnya berada dalam dalam situasi yang susah juga...
InsyaAllah ,Sayang kalau kita bersabar akan ada ganjarannya untuk kita...semoga kita selalu dalam lindungan Allah.
Kawan2....doakan agar kandungan saya selamat ya...
terima kasih..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers