headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Khamis, Oktober 11, 2012

~ Ubat Tahan Sakit..Bahaya ke.??? ~

Assalamualaikum...

Apa Anda Lakukan??
Ubat Tahan Sakit?!


 APA yang anda lakukan andai mengalami sakit kepala atau lenguh-lenguh badan berpanjangan? Terus-terang ramai daripada kita mengambil jalan mudah dengan mendapatkan ubat biasa yang dijual di kebanyakan farmasi atau kedai ubat tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu.


Walaupun sedar ia bukanlah penyelesaian terbaik, namun ramai yang tidak kisah kerana menganggap keadaan tersebut tidak serius dan akan pulih dengan sendirinya.

"Sakit sebegini walaupun ada kalanya dianggap remeh namun ia menjejaskan aktiviti harian termasuk kerja, tidur dan membuatkan seseorang tidak memberi perhatian sepenuhnya pada sesuatu tugasan atau menikmati hobi serta aktiviti yang lain," kata Pengarah Klinik Pakar, Hospital Mount Elizabeth Singapura, Dr. Alex Yeo.


Kenapa Ramai Yang Ambil Ubat Tahan Sakit??




Kata Dr. Alex, ubat tahan sakit biasa yang digunakan di seluruh dunia adalah ubat anti-keradangan bukan steroid (NSAIDs). Contoh-contoh ubat tersebut termasuk ibuprofein, diclofenac dan naproxen.

Sudah tentu ada daripada anda yang biasa megambil ubat tahan sakit jenis ibuprofen, mefenamic acid (ponstan) dan diclofenac (voltaren) untuk pelbagai masalah.

Maklumlah ubat tahan sakit ini mudah didapati kerana ia boleh dibeli di farmasi dan harganya juga murah. Bukan itu sahaja, ia juga berkesan untuk meredakan sakit kepala, sakit sendi dan sakit-sakit badan secara cepat.

Oleh itu ia menjadi ubat pilihan kepada sesetengah pesakit yang sering mengalami gejala migraine, gout dan arthiritis.
 
 
Kesan Jangka Masa Panjang
Walaupun terdapat label pada ubat yang mengatakan ia untuk penggunaan jangka masa pendek, kebanyakan pesakit tidak menghiraukannya serta tidak sedar dengan risiko yang akan datang.

Beliau berkata, biar pun dos lebih rendah berbanding ubat preskripsi doktor, penggunaan ubat tersebut secara berpanjangan boleh menyebabkan kesan sampingan terutama berkaitan gastrousus dan juga masalah buah pinggang. Penyakit akibat penggunaan NSAIDs jangka panjang juga dikatakan agak serius dan boleh mengundang maut.

Menurut beliau lagi, masalah kesan sampingan akibat penggunaan ubat tahan sakit berpanjangan bukan sahaja dialami penduduk Asia, malah ia berlaku di seluruh dunia.


Bahaya Kepada Tubuh Kita


Menurut Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, antara ubat tahan sakit yang paling glamour adalah Ponstan. Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang (inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.

Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok  serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.
 
 
KESAN PADA KULIT

PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yg amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.


KESAN PADA GINJAL



Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie Renal function test) harus diperiksa secara berkala.

Secara amnya, NSAIDs boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke kawasan buah pinggang akibat pengecutan saluran darah. Mekanisme ini berlaku disebabkan oleh kekurangan prostaglandin yang fungsinya untuk mengembangkan salur darah ke buah pinggang.

Kepada pesakit buah pinggang kronik di mana buah pinggang masih lagi ada sikit fungsinya, atau yang mempunyai hanya satu buah pinggang sahaja, anda tidak boleh memakan ubat tahan sakit jenis ini.

KESAN PADA HATI (LIVER)

PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yg mempunyai masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.

KESAN PADA SEL-SEL DARAH

PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap 10-20% dari normal.

KESAN-KESAN LAIN

PONSTAN  juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yg mengamalkan IUCD.

KESAN PADA WANITA MENGANDUNG

NSAIDs mesti dielakkan untuk ibu mengandung selepas 6 bulan ke atas. Ia tidak dikelaskan di dalam ubat yang boleh menyebabkan kecacatan tetapi terdapat risiko untuk menyebabkan masalah jantung dan buah pinggang kepada kandungan di kemudian hari.

NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yg penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah di jantung ( closure of the foetal ductus arteriosus), masalah ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yg lama. Ponstan tidak diberikan terutama beberapa hari sebelum proses kelahiran.

PENGGUNAAN PADA IBU YG MENYUSUKAN ANAK

Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yg memakan Ponstan , boleh tersebar pada bayi yg menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan PONSTAN sbg ubat tahan sakit.

PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK

Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.
KESAN KEPADA PERUT
Kepada perut, kesan NSAIDs adalah bergantung kepada dos yang diambil. Kesan kepada perut : 
- bermula dengan rasa perut kurang selesa, kembung dan keluar angin
- perut menjadi luka (gastritis)
- perut menjadi ulcer (gastric ulcer)
- perut mula berdarah (gastrointestinal bleeding)
- perut berlubang (gastro perforation)
Kesan kepada perut disebabkan oleh dua perkara, iaitu iritasi kepada sel lapisan perut secara langsung atau secara tidak langsung.


Alternatif Kepada Ubat Tahan Sakit



Bio Ever Nano Cream 


Insya Allah, pasti boleh!!
Produk kesihatan yang sangat serbaguna...

Bagaimana Bio Ever berfungsi??

- melancarkan perjalanan darah

- membuang toksin dalam badan
- 'clear'kan bahagian yang ada blockage
- renew sel-sel yang rosak/mati pada tubuh badan
- menstabilkan hormon
- dan banyak lagi!!



Garam Buluh & Mineral Coffee





Kenapa Garam Buluh & Mineral Coffee turut membantu?

Sifat alkali & high magnesium dalam kedua-dua produk ni boleh menuetralkan asid dalam badan kita. Juga membantu proses penyembuhan penyakit dgn lebih cepat. Insya Allah!



Lactolite




Kelebihan Lactolite Kepada Badan

* Menyingkirkan toksin badan
* Menggalakkan metabolism
* Mengurangkan beban badan
* Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik
* Membantu dalam penghadaman
* Membantu melegakan sembelit
* Membantu sintesis vitamin


Pakej Body Re-Programming V3SR





V3SR Untuk Apa?

* Untuk kesihatan dalaman & luaran!* Mengembalikan keremajaan usia organ dalaman (jantung,buah pinggang,usus dll)
* Me'reducekan' visceral fat (lemak tepu yg telah lama berada di sekeliling abdomen dan jantung
* Pakej keperawanan untuk hub.suami isteri 'complete'dr hujung rambut sampai hujung kaki (kulit halus + glow + anjal,muka v shape, keintiman dll)
* 'Mereduce'kan ukurlilit + slim pakej



Hubungi saya 012 7323298
atau PM kat Facebook Mahanun Mahmud
untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang dicadangkan..


12 ulasan :

wahida berkata...

bahaya jugak pengambilan yg berlebihan ubat tahan sakit ni ye...scary pulak baca...

NM03 berkata...

saya penggemar ponstan yg tegar!

Tanpa Nama berkata...

bagus info ni, tq share ye

emarieys berkata...

ubat tahan sakit banyak dadah ..

Cikgu Ma berkata...

memang kurang bagus amalkan pengambilan ubat penahan ni...

good info ^_^

IntaNBerliaN berkata...

bahaya jugak yer..

Anum Shukri berkata...

@wahidamemang bahaya..kesan jangka masa panjang..

Anum Shukri berkata...

@NM02huhuhu..bahaya tu..baik bertukar ke alternatif lain seperti yg dicadangkan..

Anum Shukri berkata...

@Kesuma AngsanaKA,thanks sudi baca..

Anum Shukri berkata...

@Ema Blogbetul tu ema..

Anum Shukri berkata...

@Cikgu Ma Betul tu cikgu Ma..

Anum Shukri berkata...

@IntaNBerliaNIna..memang bahaya dear..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers