headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Rabu, Januari 19, 2011

Bab 4

“Berdosa seorang isteri keluar rumah tanpa izin suami,Anim,”ujar ibunya pada suatu petang setelah beberapa hari dia berada di kampong.Berada di kampong membuatkan jiwanya tenang.Lupa seketika kepada masalah yang membebankan jiwa.Namun,petang itu jiwanya berkocak kembali apabila ibunya mempersoalkan keputusanya meninggalkan Omar Firdaus.




“Tapi bu…abe Omar pun tok kisoh Anim ado ko tak dok,”jawab Tasnim acuh tak acuh.Geram betul Aishah dengan sikap anaknya.



“Apo pun alasan Anim tetap dosa kalu keluar rumoh tok mintok izin suami.Tok cium bau syurga tau dok,”bebel Aishah tidak puas hati dengan tindakan Tasnim.Wajah Tasnim yang tadinya ceria bertukar mendung.



“Ibu,Anim mintok maaf…tapi kelakuan Abe Omar betul-betul buat Anim sakit hati,”luah Anim.



“Anim….apo pun masalahnyo,ni buke caro nok selesai masalah.Kalu dok lari gini masalah tok akan selasai.Anim keno hadapi kenyataan.Keno bice dari hati ke hati,apo ore putih kato….face to face,”terang Aishah dengan harapan Tasnim akan terima kata-katanya.Dia tahu Tasnim anak yang baik.Namun,ayat terakhir yang keluar daripada mulut ibunya membuatkan Tasnim tergelak.



“Pandai ibu kecek ore putih ya…,”usik Tasnim



“Eh!budok ni…ore kecek betul-betul…dio main-main pulok,”geram betul Aishah dengan anaknya.



Dengan menarik nafas yang dalam Tasnim berkata “Ibu…bui Anim maso nok tene hati dan perasaan Anim dulu,”pinta Tasnim memohon pengertian ibunya.Ibunya hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil mengeluh kecil.Hati seorang ibu,simpati dengan nasib yang menimpa anaknya namun hokum hakam agama tidak boleh di ambil mudah.Aishah takut anaknya akan mendapat kemurkaan Allah dan kemarahan suami.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.



“Hello!Assalamualaikum."

“Waalaikumussalam,”jawab Tasnim dengan riang kerana sudah dapat menggagak suara tersebut.


“Anim,kau apa khabar?aku rindulah kat kau…bila kau nak balik Kuantan?,”soal Najwa kepada sahabat baiknya.

“Amboi!Amboi!Berapa banyak soalan kau nak tanya ni?aku ok lah sihat…kau lupa ke Wawa aku cuti tanpa gaji 3 minggu,”ujar Tasnim.
“Anim…semalam aku ada jumpa Omar.Dia tanya pasal kau.Aku tengok dia macam kucing hilang anak lah…monyok je muka..tak bermaya langsung.Kesian aku tengok dia,”ucap Najwa cuba menerangkan keadaan Omar.


“Habis tu…kau cakap aku kat kampung ke?,”tanya Tasnim dengan degupan jantung yang sangat kencang.

“Tak…aku tak cakap apa-apa pun.Tapi aku rasa dia mesti syak aku tahu kat mana kau…aku…aku…kesian lah tengok dia Anim,”tutur Najwa perlahan-lahan.HAnya tuhan yang tahu perasaan Tasnim ketika itu.Ya!Memang dia merindui suaminya tapi perasaan kecewa dan sakit hati melebihi segalanya.Ya!Allah…Kau bantulah aku.

******************************************************************

Omar Firdaus dan Sabrina berjalan keluar dari panggung wayang di Berjaya Megamall dengan berpegangan tangan lagak seperti sepasang kekasih yang mesra.Ketika itu jugalah ada 4 pasang mata sedang menyaksikan kemesraan itu tanpa mereka sedari.

“Sayang…jom kita main bowling,”ajak Sabrina penuh manja.

“Tak nak lah…I dah penat ni sayang,”balas Omar.

“Ala…sekejap jer..lagipun dah lama I tak main..nanti kempunan pulak,”pancing Sabrina dengan harapan kekasihnya akan bersetuju.Melihat kesungguhan Sabrina untuk bermain Omar tidak sampai hati untuk menolak permintaan buah hatinya.Lantas keduanya melangkah seiringan menuju ke Bowling Megalane yang terletak berhadapan dengan panggung wayang di Megamall itu.

Selesai bermain bowling,mereka bersiar-siar pula di Bandar Kuantan.Omar merasakan dirinya pada waktu itu sungguh bahagia.Jika tidak kerana kahwin paksanya dengan Tasnim tentu sekarang ini Sabrina sudah menjadi isterinya.Namun,benarkah hatinya kini benar-benar bahagia dengan Sabrina di saat hati dan perasaannya tiba-tiba terusik dengan segala pengorbanan Tasnim sewaktu dia ditimpa kemalangan beberapa bulan lepas.Benarkah hatinya bahagia bersama Sabrina sedangkan tidurnya kini sudah beeteman.Tiba-tiba fikiran Omar menjadi tidak keruan.

Egonya tinggi melangit untuk mengakui cintanya pada Tasnim mula berputik.Tetapi bagaimana dengan Sabrina.Malah,buah hatinya itu masih tidak mengetahui bahawa dia sudah beristeri.Sabrina juga tidak mengetahui Omar pernah mengalami kemalangan yang hampir meragut nyawanya.Kepada Sabrina Omar beritahu yang dia terpaksa ke Perth,Australia untuk untuk beberapa bulan kerana urusan kerja.Kejamkah dia kepada Sabrina.Dia sedar Sabrina seorang wanita yang baik dan cukup memahami.Tiba-tiba dia rasa berdosa kepada kedua wanita tersebut kerana menipu mereka.Ya!Allah..bagaimana harus aku selesaikan kemelut ini?Kau bantulah aku Ya!Allah…Wajah Tasnim dan Sabrina tiba-tiba muncul di depan matanya silih berganti.Tasnim…Sabrina…Tasnim..Sabrina….Fikiran Omar menjadi tidak menentu.Bagaimana harus dia berterus terang kepada kedua-duanya.Tasnim…isteri yang setia dan pengorbanannya tidak harus dipermainkan.Sabrina…kekasih hati yang cukup memahami,baik hati dan manja.Masing-masing mempunyai kelebihan.Adakah dia harus memilih antara keduanya?Omar terus berdialog dengan dirinya.Seribu satu persoalan yang timbul di fikirannya.Omar benar-benar buntu.Tetiba dia terdengar satu lagu yang cukup popular suatu ketika dahulu.Lagu itu seakan betul-betul kena pada situasinya sekarang.Dia terus menghayati lagu yang baru diputarkan oleh stesen radio didalam keretanya.

Seumur hidup aku

Ini yang pertama

Pintu hatiku diketuk

Oleh dua wanita

Punyai ciri selama ini ku cari

Berbeza wajah ayunya tetap asli



Kalau ku pilih di sini

Apa kata di sana

Kalau ku pilih di sana

Di sini akan terluka

Perlukah aku pilih keduanya

Bahagi kasih adil-adilnya



Sungguh ku merasa resah

Untuk menilai sesuatu yang indah

Namunku ada pepatah

Yang aku gubah...



Di sana hanyalah menanti

Sampai bila pun ku tak pasti

Bertanya khabar melalui tinta

Jarang sekali bertemu muka

Namunku tahu dia setia



Dan di sini tetap menunggu

Berada jelas di mataku

Kasih tak luak terhadap aku

Sanggup menunggu kata putusku

Sayang ketabahanmu menawanku



Ku terima satu nota

Ringkas tulisannya

Dia sedia undur diri

Dan memaafkanku

Katanya anggap ini satu mimpi

Yang datang sekadar...

Untuk menguji...

Ah!kalau betul kena dengan situasinya sekarang ini…siapa yang akan mengundur diri?Soalan itu terus bermain di benaknya.Antara sedar atau tidak Omar sudah sampai dihadapan rumahnya setelah seharian bersama Sabrina.Namun,perasaannya pelik kerana kawasan rumahnya gelap gelita bagaikan tiada penghuni.Setelah mematikan enjin kereta,Omar termenung memikirkan keadaan tersebut,hatinya tertanya kemana Tasnim pergi lewat malam begini belum sampai rumah.Seingatnya Tasnim tidak pernah membuat perangai begini.Dia seorang isteri yang baik.Walaupun selama ini mereka tidak sehaluan namun Tasnim selalu memaklumkan kepadanya kemana dia pergi.Dia seorang isteri yang baik,tidak pernah melawan kata.Kalaulah mereka berkahwin atas dasar cinta tentu Omar sudah bahagia dahulu lagi.

Omar melepaskan keluhan yang panjang,cuba mengingati kemana Tasnim pergi dan seingatnya Tasnim ada memberitahunya yang dia akan berjumpa kawan baiknya Najwa…tetapi kenapa sampai sekarang belum pulang?Dengan seribu persoalan di fikiran Omar melangkah masuk ke dalam rumah.Suasana di dalam rumah gelap gelita,Omar member salam namun tiada jawapan.Omar memetik suis lampu yang berada di penjuru runag tamu rumahnya.Setelah ruang rumah diterangi cahaya lampu,Omar memanjat tangga menuju ke biliknya mencari Tasnim,namun hampa …Tasnim tiada disitu,mencari di bilik air juga tiada.

Segenap ruang dalam rumah itu di geledah Omar bagaikan Tasnim ada bersembunyi di dalam rumah itu,namun Omar kecewa.Lantas telefon bimbitnya di ambil dan terus mendail nombor Tasnim namun operator mengatakan ia berada di luar kawasan.Berkali-kali Omar cuba mendail nombor isterinya namun jawapan yang sama diterimanya.Telefon Tasnim seakan dimatikan.Ya!Omar yakin Tasnim mematikan telefon bimbitnya.Hatinya mula berang.Tidak sangka dengan tindakan Tasnim.Namun hatinya mula berkata-kata lagi betul ke isterinya sengaja mematikan telefonnya atau ada sesuatu yang berlaku pada Tasnim.Memikirkan itu,Omar mula di landa resah sekali lagi.Fikirannya betul-betul bercelaru.

Tiada ulasan :

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers