headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Selasa, Januari 18, 2011

Bab 1

Kemana lagi harus kaki ini melangkah andai ke hujung dunia sekali pun kelibatnya akan di buru oleh bayangan masa silam.Hati ini sudah tidak betah lagi untuk menangkis segala dugaan tapi hanya pada Yang Maha Kuasa akan terus dipanjatkan doa agar dia terus tabah dalam setiap rintangan dan ujian olehNya.Hingga ke hari ini sudah banyak air mata yang tumpah hanya kerana seorang lelaki bergelar suami,Omar Firdaus bin Idris.


“Tak boleh ke kau tinggal kat sini lama sikit Anim?”,Tanya sahabat baiknya Najwa Irna.Tasnim Aina memandang Najwa Irna beberapa saat sebelum menggeleng-gelengkan kepalanya.Najwa Irna sudah menunjukkan riak-riak sedih.Dia betul-betul sedih dan buntu macam mana lagi hendak memujuk Tasnim Aina.Dia tahu kelukaan yang ditanggung oleh sahabatnya itu namun tidak boleh kah sahabatnya itu memberi peluang kedua kepada suaminya,Omar Firdaus.Padanya Omar Firdaus seorang lelaki yang cukup sempurna,tampan dan baik hati.Ramai gadis yang gilakan lelaki itu.

“Wawa,boleh aku minta tolong kau sikit?”,pertanyaan Tasnim Aina mematikan lamunannya tentang Omar Firdaus.

“Kau ni macam tak biasa pulak….apa dia?” Balas Najwa Irna yang lebih mesra di panggil Wawa.

“Aku nak kau janji dengan aku yang kau tak akan bagitahu Omar ke mana aku pergi”,terang Tasnim Aina dengan wajah yang cukup tenang.

“Aku janji tapi kau pun mesti janji dengan aku yang kau akan selalu hubungi aku”,pinta Najwa Irna lantas memeluk sahabatnya itu.Matanya mula berkaca-kaca menahan sendu.

“Bas kau pukul berapa,aku hantar ya?”,Tanya Najwa Irna selepas pelukan mereka terlerai.

“Pukul 9.30 malam ni”,balas Tasnim Aina pendek.Termenung Tasnim mengenangkan kebaikan Najwa Irna.Sahabat yang dikenali semasa mereka menuntut di salah sebuah kolej di Kuantan.Pada hari pertama mereka berkenalan mereka terus rapat seperti adik beradik.Najwa Irna memang anak jati Pahang yang berasal dari daerah Jengka tapi dia tinggal menyewa di Bandar Kuantan kerana tempat kerja yang jauh untuk berulang-alikDan kini dia menumpang di rumah sewa Najwa.Dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya lagi. Lagipun Najwa sudah terlalu banyak menolongnya.Biarlah dia pergi.



******************************************************

“Ibu,tolonglah jange pakso Anim.Anim dok sedio lagi nok nikoh”,rayu Tasnim Aina dalam bahasa ibunda dan sememangnya dia adalah anak jati Kelantan yang tinggal di daerah Pasir Mas.Tasnim Aina benar-benar mengharapkan pengertian ibunya.

“Bilo lagi mu nok sedio Anim,lagipun anok jate Pak Idris tu baik budoknyo berbudi bahaso,meme padan dengan Anim”,terang ibunya,Aishah.Tasnim Aina tidak berdaya lagi nak memujuk ibunya.Pak Idris adalah kenalan rapat arwah ayahnya semasa mereka sekeluarga tinggal di kuaters penjara.Arwah ayahnya Mohd. Adam adalah Penguasa Penjara.Malah,bakal suaminya nanti merupakan teman sepermainan sejak kecil namun perhubungan mereka putus kerana keluarga Pak Idris berpindah kerana kenaikan pangkat ke utara tanah air.

“Anim,dengarlah ibu royat ni…ni untuk kebaikan Anim jugok.Kalu ibu tak dok nanti sapo nok jago Anim”,ucap ibunya.

“Ibu jange kecek gitu,Anim sayang ibu”.Dengan perasaan yang sebak Tasnim memeluk ibunya.

“Anim,bas kau dah sampai”,kata-kata Najwa Irna mematikan lamunan Tasnim Aina terhadap ibunya.Pantas air mata yang mengalir di pipinya di seka.Mujurlah Najwa Irna tidak nampak dia menangis kerana tempat yang mereka duduk agak suram cahaya lampunya.

“Kau jaga diri ya,jangan lupa call aku.Ingat ya Anim,setiap masalah ada penyelesaiannya.Jangan kau lari dari masalah itu kerana ia tak akan selasai.Carilah cara yang terbaik untuk selesaikan masalah kau.Ingat Allah banyak-banyak”,ucap Najwa Irna sambil memeluk sahabatnya.Kata-kata Najwa meresap masuk ke jiwanya.Tasnim Aina hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis pada sahabat yang telah banyak menolongnya.Tidak sampai beberapa minit bas yang dinaiki Tasnim Aina hilang dari pandangan Najwa Irna.


********************************************************


Sudah seminggu Tasnim Aina bergelar isteri kepada Omar Firdaus.Selepas kenduri yang berlangsung dengan penuh meriah itu,raut wajah Tasnim Aina yang comel itu masih lagi berlagu mendung.Bingung memikirkan peristiwa yang berlaku dalam masa terdekat ini.Sangkanya dia akan menamatkan zaman bujang pada umur 25 tahun namun di usia 20 tahun dia sudah bertukar status.Wajahnya langsung tiada riak ceria seperti kebanyakan pengantin lain.Dalam masa seminggu jugalah hubungan Tasnim Aina dan Omar Firdaus tidak seperti pasangan suami isteri lain. “Aku nak cakap dengan kau sikit”,kedengaran suara Omar Firdaus di ruangan bilik yang hanya menempatkan sebuah katil,satu almari pakaian,satu meja solek dan satu sofa dengan dua tempat duduk.Tasnim Aina hanya membatukan dirinya.Setelah tiada reaksi yang diterima dari Tasnim Aina,Omar Firdaus meneruskan kata-katanya.

“Seminggu lagi kita akan berpindah ke Kuantan”,mendengar kata-kata suaminya Tasnim Aina berkata dalam hati baguslah tu lagipun baki cuti aku ada lagi seminggu.Tasnim Aina berkerja sebagai kerani di sekolah menengah di daerah kelahirannya,Kelantan.Kalau dia terpaksa mengikut suaminya ke Kuantan bermakna dia terpaksa juga bertukar sekolah lain.Aduh!ni yang leceh ni.Namun,dia tiada pilihan lain kerana tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya,dia masih ingat lagi kata-kata ibunya pada malam pernikahannya.
“Dan satu lagi yang kau perlu tahu yang aku tak cintakan kau dan kita kahwin pun kerana orang tua kita jadi pandai-pandailah kau jaga diri dan walaupun aku beri kau kebebasan namun kau kena ingat yang kau isteri orang”,terang Omar Firdaus panjang lebar.Selepas itu Omar Firdaus terus keluar dari bilik itu.

“Ya Allah!tabahkanlah hati hambaMu ini.Bimbinglah aku kerana aku tidak mahu menjadi seorang isteri dan anak yang derhaka”.Tasnim Aina bertekad untuk belajar mencintai dan menerima suaminya seadanya.

Tiada ulasan :

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers