headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Rabu, Januari 19, 2011

Bab 2

Tiga bulan berlalu,hubungan Tasnim suami isteri masih tidak berubah,dingin dan bercakap bila perlu sahaja.Sepanjang tempoh itu,Tasnim Aina sudah dapat bertukar ke sekolah berhampiran dengan tempat tinggalnya di Bandar Kuantan.Manakala suaminya terlalu sibuk dengan kerjanya sebagai kontraktor.Pada Tasnim Aina,dia telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri sedaya upayanya namun Omar Firdaus melayannya ibarat patung yang bernyawa.Tasnim Aina redha dengan takdirnya dan dia masih lagi bersabar.Sehinggalah pada suatu petang dia diuji lagi. “Hello!Assalamualaikum,”sapa satu suara yang tidak dikenali di telefon bimbitnya.


“Waalaikumussalam,”jawab Tasnim Aina dengan hati yang tertanya siapakah gerangan suara tersebut.

“Puan Tasnim Aina ke tu?saya dari Hospital Tengku Ampuan Afzan,suami puan Omar Firdaus kemalangan jalan raya sekarang masih di dalam bilik kecemasan,”terang suara itu yang pasti jururawat di hospital itu.Mendengar kenyataan dari jururawat tersebut telefon bimbitnya terlepas dari tangan.Ya!Allah…dugaan apakah ini.Walaupun cinta untuk Omar Firdaus belum hadir namun naluri kemanusiaannya menyebabkan dia menangis dan lemah longlai lututnya.Tambahan pula Omar Firdaus adalah suaminya walaupun belum tidur sekatil.Nasib baiklah dia baru sampai ke rumah selepas pulang dari sekolah, kalaulah dia menerima panggilan semasa memandu tentu juga sekarang ini dia berada hospital.Tanpa berlengah lagi Tasnim Aina mendail nombor telefon Najwa Irna memaklumkan kejadian yang menimpa suaminya dan kemudian terus memandu ke hospital.

Najwa Irna yang tiba lebih awal di hospital terus mendapatkan Tasnim yang tergese-gesa berjalan ke arahnya.Lantas mereka berdua beriringan menuju ke bilik kecemasan di mana Omar Firdaus dirawat.Namun mereka tidak dibenarkan masuk sehingga rawatan keatas Omar Firdaus selesai.Apabila tiada tanda-tanda rawatan akan selesai awal Tasnim dan Najwa Irna ke surau hospital untuk sembahyang Asar.Selepas sembahyang Tasnim Aina berdoa. “Ya!Allah Ya Tuhanku,aku memohon kepadaMu Ya!Allah,Kau selamatkanlah suamiku,Kau sembuhkanlah sakitnya Kau kurangkanlah kesakitan yang dialaminya.Sesungguhnya Ya!Allah aku redha dengan ketentuanMu walaupun kehidupan kami tidak seperti pasangan suami isteri lain namun dia tetap suamiku dan Ya!Allah kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerima aku sebagai isterinya.Kau ampunkanlah dosa-dosa kami Ya!Allah,Amin!Begitu khusyuk Tasnim menadah tangan memohon rahmat dari Allah.Air matanya tak henti-henti mengalir.Najwa Irna yang melihat keadaan itu begitu terharu dan memujuk kawan baiknya agar kuatkan semangat.

“Anim,bersabarlah kuatkan semangat kau.Aku tahu Allah mendengar doa kau.InsyaAllah Omar akan selamat,”Tasnim Aina hanya mengangguk-angguk lantas memeluk kawannya meminjam kekuatan.Selesai bersembahyang mereka beriringan ke tempat menunggu bilik kecemasan tadi.Hampir setengah jam menunggu doctor yang merawat Omar Firdaus keluar mendapatkan Tasnim Aina.

“Bagaimana dengan keadaan suami saya doktor,”Tanya Tasnim sebelum sempat doktor membuka mulut.

“Sabar puan,saya Doktor Taufik,”doktor Taufik memperkenalkan dirinya.

“Saya Tasnim Aina dan ini kawan saya Najwa Irna,”mereka berjabat tangan tanda perkenalan.Sempat juga doktor itu melirikkan matanya kearah Najwa Irna.Terpesona dengan keayuan Najwa Irna.

“Bagaimana dengan suami saya doktor,”sekali lagi Tasnim Aina bertanya dan membuatkan doktor Taufik sedikit tersentak.

"Saya harap puan bersabar,suami puan masih lagi tidak sedarkan diri tapi keadaannya dah stabil.Dia akan dipindahkan ke wad sekejap lagi dan puan boleh melihat suami puan,”terang Doktor Taufik.

“Terima kasih doktor.”

Sementara menunggu suaminya dipindahkan ke wad Tasnim Aina dan Najwa sekali lagi menuju ke surau untuk sembahyang maghrib.Selesai solat dan berdoa mereka berjalan menuju ke wad yang menempatkan suami Tasnim Aina.Tersentuh dan sedihnya perasaan seorang isteri melihat keadaan suaminya yang terbaring tidak sedarkan diri dengan kaki kanannya tergantung dan bersimen sementara itu lehernya juga berbalut.Kesan luka kecil juga terdapat di muka dan lengan.

Walaupun keadaan stabil namun Omar Firdaus masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan.Setitik demi setitik air matanya gugur ke pipi tidak tahan melihat keadaan suaminya.Najwa Irna yang masih setia di sisi memeluk bahu kawannya untuk menenangkannya.Ya!Allah…Kau tenangkanlah hatiku dan berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.Doa Tasnim Aina dalam hati.Runtun hatinya melihat keadaan suaminya.Malam itu Tasnim Aina bermalam di hospital tetapi disuruhnya Najwa Irna pulang kerana tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu yang telah banyak membantunya.Najwa Irna yang tidak sampai hati untuk meninggalkan sahabatnya itu terpaksa akur setelah disuruh berkali-kali oleh Tasnim Aina.Omar Firdaus masih tidak sedarkan diri.

Tasnim Aina begitu setia menemani suaminya.Keluarganya dan keluarga mertuanya sudah diberitahu mengenai kejadian yang menimpa Omar Firdaus.Mungkin mereka dalam perjalanan.Dalam keadaan fikirannya yang berserabut akhirnya Tasnim Aina tertidur keletihan sehinggalah dia terdengar suara yang cukup dikenalinya memanggil namanya.

“Ya!Allah…Abang dah sedar.Syukur Alhamdulillah,”ucap Tasnim sambil menadah tangan kemudian meraup mukanya tanda kesyukuran.Lantas dia memanggil doktor.Setelah diperiksa dan tiada sebarang komplikasi lain alat bantuan pernafasan ditanggalkan.Tasnim Aina begitu lega dan gembira bila doctor memberitahu keadaan suaminya.Tasnim Aina meninggalkan suaminya untuk solat subuh dan memanjatkan kesyukurannya kepada Ilahi.Selesai bersolat Tasnim Aina kembali ke wad dan mendapati keluarga mereka sudah sampai.

Tiada ulasan :

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers