“Tasnim!Tasnim.”jerit Omar lantang.Tasnim Aina yang berada di dapur tergesa-gesa mendapatkan suaminya.Mujurlah bilik Omar terletak di tingkat bawah.Selepas pulang dari hospital Omar meminta untuk menggunakan bilik Tasnim yang berada di tingkat bawah supaya senang dia bergerak.Sebelum ini biliknya di tingkat atas banglo dua tingkat itu.Selepas berpindah masuk ke rumah itu Omar memintanya untuk tinggal di bilik berasingan.Dia hanya menurut kerana tidak mahu bergaduh lagipun orang tak ingin tak kan kita nak terhegeh-hegeh.Dan buat sementara waktu ini Tasnim terpaksa berkongsi bilik dengan suaminya kerana senang untuk menguruskan suaminya.Namun begitu mereka masih tidak sekatil Tasnim hanya tidur di atas sofa.
“Abang panggil Anim ke.”Tanya Tasnim dengan nada yang lembut.
“Toilet,”jawab Omar Firdaus sepatah namun bernada marah.Terkial-kial Tasnim memapah suaminya ke bilik air.Bau badan suaminya membuatkan jiwa wanitanya bergelora.Namun di tahan perasaan itu kerana selama hampir 4 bulan perkahwinan meraka Omar belum pernah menyentuhnya malah tidur mereka pun berasingan.Selesai menguruskan suaminya dia keluar semula dari bilik suaminya untuk masakkan makan malam.Tidak lama masa yang di ambil Tasnim,kembali ke bilik suaminya untuk meninjau keadaan suaminya.Melihat suaminya sedang membaca buku Tasnim terus ke bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib.Tanpa sedat perbuatan Tasnim diperhatikan suaminya.Dalam diam Omar memuji kecantikan Tasnim.Dai terpegun seketika,betapa selama ini dia tidak pernah menilai kecantikan isterinya sendiri.Dia masih ingat lagi macam mana dia melayan Tasnim semasa mereka berpindah masuk ke rumah itu.
“Aku nak kau kemas semua barang-barang dalam rumah ni,selagi tidak kemas jangan makan,”kata Omar setibanya mereka ke rumah banglo dua tingkat itu.Sebenarnya,rumah itu Omar baru beli.Walaupun rekaan dalaman rumah itu sudah siap namun perabot dan barang-barang lain masih lagi bersepah-sepah.
Prang!!
“Hei….!!!kau buat kerja ke kau menjahanamkan barang aku,bodoh!!,”herdik Omar tanpa rasa simpati.Tidak pernah Tasnim di herdik sebegitu rupa.Hatinya memberontak seketika.Kalau bukan suami dah lama aku’ smack down’ jerit hati Tasnim.Namun dia cepat-cepat beristighfar.
“Maafkan Anim Bang…Anim tak sengaja,”sambil memandang cermin bingkai gambar yang pecah.
“Kau ingat dengan minta maaf boleh cantumkan balik cermin yang pecah itu,”marah Omar lagi walaupun harga barang itu tidak seberapa namun demi menyakitkan hati wanita itu dia sanggup.Entah mengapa dia merasa cukup benci melihat wajah isteri yang baru dinikahi tanpa rela itu.Baginya Tasnum Aina seorang hikpokrit,berpura-pura.Dan yang paling penting wanita yang menjadi isterinya itu telah menghancurkan kebahagiannya dengan Sabrina teman wanitanya.
“Abang,Anim minta maaf,”rayu Tasnim dengan air mata yang sudah memenuhi kelopak mata.
“Hei…!!!jangan panggil aku abang,”herdik Omar sekali lagiBadan Tasnim sudah terhinjut-hinjut menahan tangis.Namun Omar puas,puas kerana dapat menyakitkan hati Tasnim.Dalam hati Omar ketawa,padan muka kau perempuan..rasakan!
“Kau jangan nak menangis depan aku pulak bodoh!jangan nak berpura-pura depan aku.Kau ingat dengan menangis begitu aku akan simpati dengan kau?aku akan jatuh cinta dengan kau?jangan haraplah…dasar perempuan tidak sedar diri.Kalau ikutkan hati aku ,tak nak aku nikah dengan aku tapi yalahkan..mak kau yang beria-ia nak bermenantukan aku.Tak sedar diri,”luah Omar dengan nada marah yang masih bersisa.
“Abang,janganlah libatkan ibu Anim dalam masalah kita,”pinta Tasnim sambil menahan sendu.Sakit sungguh hatinya bila Omar menghina ibunya sebegitu.Omar hnya tersenyum sinis seperti mengejek-ejek isterinya.
“Abang nak makan tak,boleh Anim siapkan?.”pertanyaan Tasnim memtikan lamunannya.Pantas dia alihkan wajahnya ke luar tingkap takut Tasnim terperasan yang dia sedang diperhatikan.Bila pertanyaannya tidak dijawab,Tasnim terus keluar daripada bilik itu untuk sediakan makan malam.Selepas beberapa minit Tasnim masuk semula dengan menatang dulang yang berisi nasi,lauk pauk serta air.
“Jemput makan bang,”pelawa Tasnim dengan senyuman yang manis.Sebenarnya Tasnim sedikit gugup bila melihat segaris senyuman yang terukir di bibir suaminya.Selama ini suaminya tidak pernah melemparkan senyuman kepadanya.Jangankan senyum nak tengok wajahnya pun Omar tidak sudi.Namun malam itu Tasnim melihat perubahan itu.Jauh disudut hatinya Tasnim bersyukur.
“Apa kau masak ni?tawar,masin semua ada,kau nak tambahkan penyakit aku lagi ke?yalah biar cepat aku mati nanti senang hidup kau.Kalau tak pandai masak jangan masak,bodoh!.”marah Omar pada Tasnim.Walaupun masakan Tasnim tidak seteruk mana namun egonya terlalu tinggi
“Minta maaf bang,”
“Kau ni kan…dari hari pertama kau masuk rumah ni sampai ke hari ini,perkataan maaf je kau tahu sebut,”herdik Omar.Walaupun, dalam diam dia memuji budi pekerti isterinya.Omar tahu isterinya itu sedang menahan perasaan marah padanya.Omar bersyukur kerana selama ini Tasnim tidak pernah melawan segala perbuatanya walaupun dia dimarahi,dihina,diherdik.
Namun,sejak peristiwa malam itu,kelakuan Omar terhadap Tasnim berubah sedikit demi sedikit begitu juga dengan perasaannya.Entah mengapa Omar tidak pasti adakah dia sudah jatuh cinta kepada isterinya sendiri?Ah!tak mungkin…Omar cuba menafikan perasaanya sendiri.Egonya terlalu tinggi.Namun hatinya betul-betul tersentuh bila Tasnim dengan relanya mencuci najisnya,apabila dia diserang demam yang teruk yang membuatkan dia hanya berbaring di katil selama satu minggu.Hati lelakinya menangis terharu.
Tasnim mula lega dan gembira apabila suaminya tidak lagi marah-marah dan suaranya tidak lagi meninggi bila bercakap.Paling menggembirakan hatinya apabila Omar Firdaus sudah sembuh.Mereka tidak lagi bergaduh malah semakin mesra.Tasnim bersyukur kepada Allah dengan perubahan suaminya.Gembira hati bukan kepalang,doa yang dipohon selama ini dimakbulkan Allah.
Suatu malam,Omar terpegun melihat isterinya yang baru keluar dari bilik air dengan rambutnya yang masih basah,walaupun dengan hanya memakai kain batik dan t-shirt penampilan Tasnim membuatkan Omar terpegun seketika.Ya!Allah.kenapa selama ini aku tidak dapat melihat semua ini…bisik hati kecil Omar.Bagaikan ada satu kuasa,Omar melangkah kearah Tasnim dengan perlahan dan memeluknya dari belakang.Tasnim tergamam dan kaku tetapi membiarkan sahaja perbuatan suaminya.Matanya dipejamkan dan dia sudah dapat merasakan bibir suaminya sudah berada di lehernya,dia mengeliat kegelian.Belum sempat Tasnim berbuat apa-apa,bibir suaminya sudah menyentuh lembut bibirnya.Penuh kasih dan syahdu.Akhirnya,mereka menunaikan tanggungjawab yang satu itu.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan