PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Rabu, Januari 11, 2012

~ Langkawi Percutian Keluarga - Part 5 ~

Assalamualaikum...
Tak habis lagi aku ceritakan tentang ni..
Mmmmm..dah tak ada mood sebenarnya..
tapi aku kena habiskan..
tak perlah..biarlah ia menjadi kenangan antara kami dan arwah ayah..
tak ku sangka pula ini adalah percutian yang pertama dan terakhir kami bersama arwah ayah...
Ya! Allah ..Kuatkanlah semangat aku..
Jika di entry lepas ,kami tak jadi nak naik Cable Car..
So..keesokan harinya..sekali lagi kami ke sana..
Alhamdulillah...dapat naik..
tapi arwah ayah menolak bila kami ajak naik sekali..gayat katanya...
 
Sempat bergambar sebelum naik..
 
Tinggikan..memang gayat..patutlah arwah taknak naik..

Permandangan yang sangat cantik..

Tiba di "check point" pertama..

Di antara kami..abang ipar aku lah yang paling nampak kegayatannya...tengok cara dia jalan tu..

Memang kat mana2 nak jer bergambar..
Masa sampai kat check point yang pertama tu kami kena pulak menuruni bukit dengan menggunakan tangga untuk melihat keindahan kawasan ini..Setelah berpuas hati kami panjat daki pulak tangga tu..masa tu lah jugak terserempak dengan penjaga gol Kelantan,siapa lagi kalau bukan Khairul Fahmi Che Mat..tapi tak sempat nak bergambar..hanya berbalas senyuman..

Penat berposing-posing kami sekali lagi naik Cable Car untuk ke tingkat seterusnya...
nilah dia..cantikkan permandangan?semua ahli keluargaku..hanya arwah yang tak ada...
 
 Rasanya tak lengkap kalau tak berposing macam ni...

Bila dah kepenatan...kami turun...
lama juga kami kat atas tu..
jenuh agaknya arwah menunggu..tak sebenarnya..arwah tak kisah sebab dia sebenarnya seorang yang peramah..suka sangat bercakap dengan sesiapa pun walaupun orang tu dia tak kenal..
Balik dari Cable Car..kami terus ke destinasi seterusnya...
mana lagi...shopping time...
kami ke kedai Haji ismail...
disini lah terdapatnya coklat-coklat yang murah..
Selepas beli apa yang nak kami ke Idaman Suri pula...
shopping pinggang mangkuk..
tak boleh nak beli banyak2 lah sebab balik naik flight..nanti pecah pulak..

Bila sampai kat homestay..terus packing barang...walaupun tak banyak tempat kami sempat singgah tak apalah...cukuplah buat kenangan untuk kami sekeluarga..
Malam,terus ke Airport..
Sempat lagi bergambar dengan potret Mahsuri kat Airport Langkawi.
Selamat Tinggal Langkawi...
Panjang umur dan murah rezeki kita jumpa lagi..


4 ulasan :

IntaNBerliaN berkata...

sy xpng g lgkawi.. nmpk cam best je.. :-)

KhaiRin - anies berkata...

sakan jln2 ye kak?
nnt kite berjimba sm2 ya kt langkawi? hehehe

ummi anum berkata...

@IntaNBerliaN memang best tambah2 lagi pergi bersama family..

ummi anum berkata...

@KhaiRin - anies jalan sakan..InsyAllah..ada waktu kita berjimba..hahaha..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers