headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Sabtu, Januari 14, 2012

~ Aurat Wanita Dengan Abang Iparnya ~

Assalamualaikum..
Waktu malam begini elok rasanya kita muhasabah diri..
cuba dekatkan diri dengan Maha Pencipta..
Malam ni aku nak berkongsi tentang AURAT..


 Ehsan cik google

Aurat seorang wanita/perempuan dengan abang iparnya...

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(surah an-Nuur:31) 

Aurat seorang wanita dengan abang iparnya adalah sama seperti aurat dengan lelaki bukan muhrim..
Oleh kerana abang ipar itu muhrim sementara, maka diberi sedikit kelonggaran berupa tidak perlu memakai stokin (bagi madzhab jumhur yg menetapkan kaki itu aurat) dan dima'afkan jika terselak lengan ketika melakukan kerja-kerja spt kerja dapur (atas alasan kesulitan). (Dr Abdul Karim Zaydan, alMufassal, Syaikh Atiyah Saqr, Seem wal Jeem; Syaikh Ali asySyabuni, Tafsir ayatu Ahkam ).

2 ulasan :

fieda berkata...

mekasij kak atas ilmu yg sgt2 berguna ni...

Anum Shukri berkata...

@fieda
teroma kasih kembali..sama2lah kita muhasabah diri..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers