PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Selasa, Januari 10, 2012

~ Ayah..kau pergi jua..~

Assalamualaikum..
Sudah 10 hari berlalu...
Sudah 10 hari juga aku kehilangan orang yang paling aku sayang..
Ayahku...
Ayah..Kau pergi jua..
Waktu dan ajalmu sudah sampai..
tidak bertangguh walau sesaat..
Itu janji Allah..
walau isterimu dan anak-anakmu tidak berada disisimu..
Begitu senang engkau pergi...
Ya!Allah..
Begitu berat dugaan ini..
Ya!Allah..Kau tabahkan hati aku..
Kau Kuatkanlah iman aku...
Kau Berikanlah aku kesabaran yang tinggi...

1 JANUARI 2012
Hari pertama tahun baru...
hari pertama juga aku kehilangan seorang ayah...
Pagi tahun baru tu aku hanya sempat mendengar suaranya sahaja ketika sedang bercakap dengan abangku..ketika itu dia menyampuk menyuruh aku belanja beg sekolah untuk anak saudara aku yang kebetulan ketika itu datang bercuti di rumah aku bersama adik aku,Farah.
Kali terakhir aku bercakap dengan arwah ketika dia melefon aku untuk menyeselasaikan bayaran bagi TV rosak yang dibaiki..Waktu tv tu dihantar ke rumah aku aku call dia dan cakap tv dah sampai dan sudah settle semua..dia cakap akan datang minggu depan untuk ambil tv dan beli barang kat Rengit.
Kini..
Semua tu hanya tinggal kenangan..
Malam 1 Januari..
My hubby menjawab panggilan dari Mek aku yang mengatakan ayah dah meninggal...
Ya!Allah..aku betul-betul terkejut...
Begitu senang kau pergi ayah....
ayah pergi tanpa sempat bertemu dengan siapa-siapa...
Dia meninggal dalam kedai yang kami sewa kerana serangan jantung..
Selapas mendapat panggilan kami terus balik kampung..
Alhamdulillah...sempat sampai untuk menguruskan jenazahnya..
sempat untuk memandangnya dan mengucupnya buat kali terakhir..
wajah arwah kelihatan tenang dan tersenyum..
macam orang tidur yang lena..
Alhamdulliah..arwah selamat dikebumikan pada jam 11 pagi..

Ya!Allah..
Kau kuatkanlah hati2 kami...
Kau tabahkanlah hati2 kami...
Kurniakanlah kami tahap kesabaran yang tinggi..
Ya!Allah..
Kau cucurilah RahmatMu ke atas roh ayahku..
Kau tempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman...
Aminnnn...

Ya!Allah...
Kau kuatkanlah semangat dan tabahkanlah hati ibuku..

Al-Fatihah...

7 ulasan :

Mama Ema berkata...

semuga akak tabah

ema tak tukar domain pun..masih yg sama..cuma template jer yg ema tukarkan..

ummi anum berkata...

@Mama EmaInsyaAllah..
hihihi..akak salah tengok tadi..nampak cam guna .com dah..
cantik tamplate..

KhaiRin - anies berkata...

innalillahi wainna ilaihi rajiuunnn
takziah buat akk sekeluarga...
tabah ya kak...

kakyong berkata...

Salam takziah & ALFATihah..

terima kasih sudi follow blog kakyong

ummi anum berkata...

@KhaiRin - anies Terima kasih anies..InsyaAllah..akk tabah dalam menempuhi dugaan ini..

ummi anum berkata...

@kakyong Terima kasih kakyong...dan terima kasih juga sudi follow blog anum..

Ros berkata...

Salam UMMI ANUM,

Al Fatihah...dah takziah dari kak Ros buat Ummi sekeluarga..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers