headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Jumaat, Mac 04, 2011

~Rekod Jakim: Setiap 15 minit satu pasangan bercerai~

Assalamualaikum semua...salam jumaat..semoga hari ni memberi penuh keberkatan..InsyaAllah!!!
Pagi tadi belek2 paper...hurmm..macam2 berita ada...macam2 sekarang ni berlaku..
Kat paper utusan hari ni..ada artikel ni..
'Setiap 15 Minit Satu Pasangan Bercerai'

Jom kite baca artikel penuh
PUTRAJAYA 3 Mac – Purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, angka itu diperoleh berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009.
Menurut beliau, statistik perceraian itu terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda.
Beliau berkata, kebanyakan kes perceraian berlaku disebabkan pasangan suami isteri tidak begitu menghayati kehendak ajaran agama dalam melayari kehidupan rumah tangga termasuk menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.

‘‘Masalah ini mungkin disebabkan peredaran masa yang memaksa mana-mana pasangan mengambil jalan mudah menamatkan ikatan perkahwinan mereka.

‘‘Oleh itu, Jakim akan meningkatkan usaha menyedarkan masyarakat mengenai kebaikan memelihara kerukunan rumah tangga dan mengelakkan penceraian,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan seminar sempena sambutan Maulidur Rasul yang bertajuk Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha.
Seminar tersebut dihadiri 1,500 kakitangan kerajaan dengan menampilkan dua ahli panel terkemuka iaitu pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Datuk Dr. Fatma Zahrah Mohd. Ramadan.
Beliau berkata, bagi mengatasi masalah tersebut, Jakim melaksanakan pelbagai program untuk memantapkan institusi kekeluargaan selain membina keluarga bahagia.
Katanya, program tersebut bertujuan menimbulkan kesedaran kepada setiap pasangan yang berkahwin selain menerangkan peranan sebenar sebagai suami, isteri, ibu dan bapa.
Beliau menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin supaya bersedia menghadapi tekanan seperti proses penyesuaian tingkah laku dan tabiat suami isteri.
Dalam pada itu, katanya, mereka juga harus bersedia menanggung beban tugas dengan penambahan anak, beban membayar hutang, membeli kenderaan dan menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anak.
Sementara itu, katanya, perceraian memberi kesan buruk kepada anak-anak hingga banyak gejala sosial berpunca daripada keluarga yang kucar-kacir.

Hmm..Sama2lah kita mengeratkan hubungan kekeluargaan...


3 ulasan :

iduraz berkata...

erm..risau kan..Nauzubillah..semoga kita dapat sama-sama menjaga keharmonian rumahtangga...amin

mykhalis berkata...

betul tue..semoga rumahtangga yang dibina akan hingga ke akhir hayat.. betuk juga..kalau kewajiban dengan Allah un tak laksanakan,camne nak jadi psangan suami isteri yg baik

Anum Shukri berkata...

betul tu iduraz n khalis...semoga rumahtangga yang dibina dengan pasangan masing2 akan terus harmoni dan kekal hingga ke syurga...

org kta...buang yang keruh ambil yang jernih....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers