Assalamualaikum..
Baca paper hari ni.....
Haramkan segera penjualan botol BPA
PULAU PINANG 15 Mac - Kerajaan diminta menguatkuasakan serta-merta  pengharaman penjualan botol susu polikarbonat yang mengandungi Bisphenol  A (BPA).
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris  berkata, Kementerian Kesihatan tidak seharusnya memberi tempoh setahun  lagi untuk melaksanakan pengharaman tersebut kerana penggunaannya boleh  menyebabkan gangguan terhadap sistem hormon termasuk fungsi tubuh bayi  dan kanak-kanak.
Tegas beliau, penangguhan tersebut hanya menyebabkan lebih ramai bayi  dan kanak-kanak terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.
"Bayi khususnya amat berisiko kerana jumlah toksin yang dihadam  adalah besar berbanding berat badannya. Begitu juga organ-organ bayi  yang sedang membesar akan lebih teruk terjejas berbanding orang dewasa  sekiranya masih menggunakan bahan kimia industri ini.
''Oleh itu, kami menggesa pihak kementerian supaya menguatkuasakan  serta-merta tindakan pengharaman pengimportan dan penjualan botol susu  tersebut," katanya pada sidang akhbar di pejabat CAP di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penggunaan penjualan botol susu BPA mulai 1 Mac 2012.
Tindakan tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana  sehingga kini masih tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu  tersebut selamat digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi  dan kanak-kanak.
Mengulas lanjut, menurut S.M. Mohamed, China merupakan negara pertama  di Asia yang secara rasmi mengharamkan botol susu bayi yang mengandungi  BPA pada 4 Mac lalu.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan China telah merangka satu  peraturan yang disiarkan di dalam laman web rasmi mereka untuk  mendapatkan pandangan umum tetapi tidak menjelaskan bila peraturan itu  akan dikuatkuasakan.
Selain itu katanya, dua negara anggota Kesatuan Eropah (EU), Perancis  dan Denmark telah mengenakan tindakan tersebut ke atas pengeluaran  botol susu terbabit dan telah melanjutkan larangan terhadap semua produk  makanan untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah.
Justeru, kata S.M. Mohamed, CAP menyeru pihak berkuasa supaya  mengharamkan pemasarannya termasuk melabelkan BPA sebagai bahan  berbahaya.
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, kerajaan digesa supaya  menyegerakan pengharaman penjualan botol susu jenis polikarbonat yang  mengandungi Bisphenol A (BPA) kerana bimbang penggunaannya yang  membahayakan kesihatan akibat sikap tidak peka pengguna.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Mohd. Yusof Ismail  berkata, sepatutnya usaha mengeluarkan produk tersebut dari pasaran  perlu disegerakan tanpa perlu melakukan penangguhan.
"Tidak sepatutnya alasan untuk membuat persediaan menukar, membeli  mesin dan memilih bahan mentah yang sesuai digunakan bagi melanjutkan  tempoh penguatkuasaan menghalang penjualan produk itu setahun lagi. 
"Seharusnya, pelbagai inisiatif lain perlu dirancang bagi mengatasi  masalah tersebut sebelum pengumuman pengharaman penjualan botol susu  jenis polikarbonat dilakukan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Yusoff menambah, kerajaan seharusnya bertanggungjawab menghalang kebanjiran produk yang membahayakan pengguna dengan segera.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam  (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, sejak tiga tahun lalu pelbagai  usaha telah dilakukan untuk mengharamkan produk tersebut memasuki  pasaran, namun ia menemui jalan buntu.
Kata beliau, pengharaman botol susu jenis itu tidak dapat dipastikan  sama ada ia akan menghalang lambakan produk tersebut di pasaran.
"Sehubungan itu, rundingan antara kerajaan, syarikat pengeluar botol  susu jenis polikarbonat dan persatuan pengguna perlu diadakan bagi  menangani kemasukan produk itu pasaran secara haram.
"Lebih membimbangkan, produk alternatif bagi menggantikan jenis BPA akan dipalsukan bagi tujuan menipu pengguna," katanya.
Justeru itu, kata Jacob, rundingan tersebut diharapkan dapat  menangani pelbagai isu lain yang bakal timbul berikutan pengharaman  botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi BPA di pasaran dalam  tempoh setahun ini.
 Nota....ibu-ibu sila tengok botol susu anak2 anda...


 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
) 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 


 


 


2 ulasan :
isu ni dh lama kn..
tp kerajaan asyik btangguh je..
2lah pasal...sampai bila nak tangguh ntah lah...jangan nnt ada kes yang melibatkan isu ni terjadi baru nak ambik tindakan..
Catat Ulasan