headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Jumaat, Januari 28, 2011

~ Kata Ganda Bahasa Klate

Assalamualaikum semua...

Korang buat apa pagi ni ya...????
oppss!!!lupa aku..tentu ada yang sedang bekerja ya..ada yng sedang bersoal jawab dengan bos kat pejabat..ada yang sedang makan pagi..dan tentu ada yang sedang menulis blog kan...masing2 ada aktiviti kan??Apa pun yang korang sedang lakukan aku harapkan korang sedang berbahagia...

So..hari ni aku nak buat apa ya...maksud aku aku nak buat n3 apa kat sini..hurmmm..
apa kata kita belajar pula kata ganda bahasa klate ....

Kata ganda ni bukanlah bermaksud sesuatu benda tu banyak.. tetapi lebih kepada penguat mengenai sesuatu.. kata orang putih 'superlative'....
 Contohnya...

Kurus kekek = yang bermaksud kurus yang amat.
Gemuk debok = gemuk yang amat
Nipis si'ak = nipis yang amat seperti kain yang teramat nipis
Kuning lehe = warna kuning yang teramat
Merah nyalo = merah yang teramat
Kecik tu'ek = kecil yang amat
Besar geduk = teramat besar
Manis leting = teramat manis
Tawar he'bear = teramat tawar..bear tu bukan beruang ya...
Masin pe'rak = masin yang teramat..terlebih masin dalam masakan contohnya..
Pahit le'pe'= pahit yang amat
Comel lote = comel/cantik yang amat
Uduh se'pa' = tak cantik
Busuk kohong = busuk yang amat
Punah jane = rosak yang teruk

Ha...itulah antara kata ganda yang masyarakat klate gunakan dalam percakapan seharian..ada banyak lagi sebenarnya..tp tak larat aku nak senaraikan...hehehe..

5 ulasan :

dear anies berkata...

lama x dgr p'kata2 tu he3

zAnNa@mAMaBaTriCE berkata...

boleh belajar loghat kelate nie..he he he...

Anum Shukri berkata...

anies..awak orang klate ek?

zana...belajar lah..hehehe.

Syafiq Rosli berkata...

hehe..best blaja dialek bahasa ni..

Anum Shukri berkata...

syafiq...hehehe...best kalau dalat blaja semua dialek negeri2 lain..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers