Assalamualaikum...
Hari rabu lepas...my hubby telah menawarkan dirinya memasak untuk kami..
Hmm..dalam hati aku...
boleh ke ni?
tapi aku percaya dia boleh..sebab sebelum ni pun dia ada jugak masak untuk kami..
tapi kali ni dia nak masak berpandukan buku resipi..
Nak masak apa agaknya ya...
okeh..resipinya..
dia suruh aku pilih nak makan apa dalam buku tu..
so..aku order jer lah..hahaha...
Ayam Masak Lada Hitam
aku pilih resipi paling simple..
jom tengok bahan2nya..
300gm isi ayam
1 labu bawang besar(dipotong kasar)
80gm halia(dihiris halus)
80gm bawang putih(dihiris halus)
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan lada hitam(dikisar kasar)
1 sudu makan kicap cair
1/2 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan minyak bijan
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Oleh kerana minyak bijan tak ada kat rumah..my hubby terpaksa ke SR untuk beli..
terima kasih kerana bersusah payah..
bahan-bahan yang telah my hubby sediakan..
Kakak Ain sibuk nak menolong..
bagi jer dia tumbuk lada hitam..
Ni hasilnya..
Bila dah siap sediakan bahan2..
Dah boleh lah dia masak..
aku jeling2 dari jauh..
Hasilnya...tadaa...
Nape hitam jadinya sayang..????
Alasannya..api besar dan aku lambat buka penutup minyak bijan..
huhuhu..
tak perlah sayang...bukan hangit pun kan..cuma warna jer hitam..
rasanya..sedap!!!
Lain kali sayang cuba lagi ya...
Apapun..terima kasih kerana sayang sanggup bersusah payah masak untuk isterimu ini..
Terima kasih banyak-banyak..
Sayang sayang ketat-ketat...
Muahhhhh....!!!!
4 ulasan :
wah.. bagus suami akka ni... mesti rs terharu kan.. :-)
@IntaNBerliaNhmmm..terharu sangat2 ina...
waduhhhhhh terasa sungguhhhh dihargaikan bila husband sanggup turun ke dapur dan masak untuk kita kan... suka lihat keluarga bahagia begini =)
@ADZA IRDAWATI aka MAK DARAhehehe..terima kasih kak..InsyaAllah bahagia hingga ke syurga..
Catat Ulasan