Cinta Aku Seadanya
Ingin rasa diri dicintai
Ingin rasa diri dirindui
Mengharap kasih pada yang tak sudi
Agar bahagia kemudian hari..
Sementelah diri sering diuji
Dikeji,dicerca dan dicaci
Kerana tanda lahir dia rela menyendiri
Syifa....dilahirkan mempunyai tanda lahir dipipi kiri...bukan niat dan kemahuan hati namun dia terus dicaci dan dikeji oleh orang-orang yang tidak tahu menilai dan menghargai ciptaan Ilahi...kerana kekurangan yang satu itu Syifa mempunyai sifat rendah diri yang begitu mendalam dalam diri.Dia tidak sanggup berdepan dengan masyarakat,tidak sanggup mendengar diri dicaci kerana setiap kali dicaci dan dikeji dia hanya akan menangis dan tidak pernah mempertahankan diri.Ini telah membuatkan kakak kandung sendiri,Zahra bertindak turut tidak menghargai Syifa dengan terus menghina Syifa kerana mempunyai tanda dipipi.Niat Zahra hanya ingin Syifa sedar diri dan berusaha untuk membela diri namun Syifa lebih rela mendiamkan diri.
Dengan kemelut yang melanda diri..masih ada lagi yang berhati mulia menyayangi.
Nafisah...kagum dengan keperibadian diri Syifa tidak pernah menilai tanda lahir dipipi gadis itu.Lantas ingin menyunting Syifa menjadi menantu untuk anak sulungnya,Muszahri.Kata sepakat diperolehi,Syifa dan Muszahri diijabkabulkan menjadi suami isteri.Syifa keliru sendiri adakah diri dicintai oleh suami yang mula mendapat tempat dihatinya.Sementelah ada yang menjadi duri...Luna seorang gadis yang up-to-date..mengilai Muszahri hingga sanggup menabur fitnah kepada Syifa.
Muszahri...seorang jejaka tampan yang kuat bekerja.Dunianya hanya kerja.Bila menjadi suami dia seakan tidak pandai memainkan peranan diri.Muszahri tidak pandai untuk menunjukkan rasa cinta dihati akibatnya Syifa terkontang-kanting seorang diri.Muszahri lelah sendiri bila Syifa koma dalam satu kemalangan.Muszahri hampir tumbang namun nasib baik ada sahabat sejati,Adlisham yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat.Muszahri lebih tertekan bila Syifa tidak mengingati dirinya sebagai suami.
eh!eh!nak baca lebih2 beli sendiri....heheheh...nanti tak syok lah...ermmm...konklusinya...bila aku baca novel ni...Geram sangat2 dengan Syifa...bukan apa..sifat merendah dirinya melampau-lampau...huhuhu..Muszahri pulak...ada jugak yang macam tu ya..tak tahu nak tunjukkan rasa cinta pada isteri...kesian....saat2 paling sedih dan tertekan bila Muszahri tidak dibenarkan berjumpa dengan Syifa semasa Syifa koma oleh Farizal,adiknya.sedih gak!
Apa2 pun aku suka baca novel Moon ni..Moon,akak bagi 4 ****
Tiada ulasan :
Catat Ulasan