Berjaya juga aku dapatkan Jauh Kau Pergi...Kak Dhiya,saya dah siap baca dah..ni nak komen boleh tak?hehehe...
Jauh Kau Pergi
Betapa jauh kau pergi...namun aku tetap setia menuggu....
Derita kenangan silam..buat aku sukar untuk menyambut salam cintamu...
Persahabatan yang terbina selama bertahun-tahun akhirnya bersatu dalam akad yang suci walaupun tanpa kerelaan hati namun Afiqah Najwa redha menghadapi..Kehilangan abang tersayang Najmi Hariri amat dirasai apatah lagi saudara kembar sendiri.Begitu lama Afi menangisi pemergian abangnya dalam satu operasi komando sementelah bila memikirkan diri sendirian. Afi dan Najmi dianggap tidah wujud oleh datuk dan nenek mereka sendiri kerana kesilapan ibu bapa yang berkahwin tanpa restu.Namun kerana kasih dan rindu kepada anak sendiri Haji Ibrahim dan Hajah Noraini tewas dengan ego sendiri lalu menerima cucu sendiri walaupun ketika itu Najmi telah pergi.
Nyawa Afi dalam bahaya apabila musuh abangnya mula mencarinya untuk mendapatkan maklumat yang tidak Afi ketahui.Afi bagaikan hidup dalam pelarian..namun Haiyan Rifqi dan kawan-kawan abangnya selalu disisi untuk melindungi Afi. Demi mengelak fitnah masyarakat Rif melamar Afi walau dalam hati tiada cinta.Namun demi Afi,Rif rela berkorban nyawa.Mereka berkahwin tanpa cinta dihati hanya sayang sebagai sahabat sejati.
Kuasa Allah yang Maha Esa mengatasi bila Afi redha dengan ketentuanNya,cahaya cinta mula bersinar kepada suami sendiri.Namun Rifqi masih di deritai kenangan silam bersama tunang tersayang,kerana tunangnya terbunuh di depan matanya sendiri.Jiwa Afi sengsara bila terpaksa bersaing dengan orang yang telah tiada.Di tengah kemelut yang melanda,Najmi muncul sebagai insan lain.Afi rasakan umpama mimpi dalam mimpi.
Kesudahannya....boleh baca sendiri bagi yang belum baca...hehehe..
Tahniah buat kak Dhiya Zafira..Membaca novel ni membuatkan saya menyelami watak Afi...saat dia derita kehilangan abang dan saat kemelutnya bersama Rif.Yang saya suka ketika Afi dibawa 'terbang' oleh Rif semasa berada Pulau Pinang.Dapat saya bayangkn perasaan Afi masa tu..takut dan gayat..tapi saya suka time tu..macam kelakar pulak..yalah...mentang-mentanglah Rif komando...
Saya juga teruja dengan operasi-operasi komando yang dilakukan oleh Najmi,Rif,Eddie,Luqman dan Helmi..mencabar!!
Saat saya menangis bila waktu Rif ingin menyelamatkan Afi dari mati lemas dengan buat CPR...namun dia gagal..dapat saya bayangkan perasaan Rif masa tu...takut kehilangan kali ke dua.
Sekali lagi saya teruja bila Afi mengandung dan dapat baby kembar...
"kita takut sama-sama, okey?"
Tiada ulasan :
Catat Ulasan