Sebagai umat Islam kita seharusnya bersyukur kerana Allah mewajibkan kita berpuasa di bulan yang mulia ini..Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah:183 yang bermaksud...
"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)
Banyak kelebihan dan kebaikan kalau kita berpuasa ni ya...syukur sangat2...antaranya
1)Puasa membersihkan diri kita daripada dosa..InsyaAllah bila kita berpuasa dengan ikhlas kita akan terhindar dari melakukan dosa.
2)Puasa akan dapat membersihkan kotoran dalam badan kita,dimana ia bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau tosik dalam darah manusia.
3)Ia juga memberikan kesegaran kepada fizikal dan mental kita.
)Puasa juga boleh menurunkan berat badan..hah!sape2 yang rasa diri dia tu dah obes..bolehlah jalankan misi kuruskan badan bulan puasa ni ya....(termasuklah aku)
4)Puasa juga menghindarkan diri kita daripada berkata benda yang bukan2,mengawal diri daripada mengumpat dan sifat2 buruk yang lain...(itupun kalau kita puasa kerana Allah)
5)Puasa juga mengajar diri kita erti kesabaran.
hah!itulah antara kelebihan berpuasa...sebenarnya ada banyak lagi kelebihan dan kebaikannya.
Sahur...ha..jangan lupa sahur ya...banyak berkatnya kalau kita bersahur.Rugi kalau tidak rebut peluang itu..Ia sesuai dengan sabda nabi kita Muhammad S.A.W..
“Makan sahurlah kalian kerana di dalam sahur ada barakah.” (HR. Al-Bukhariy no.1923 dan Muslim no.1095)
Bila bulan Ramadhan dah tiba ni bersama2lah kita berebut2 mengambil keberkatannya.Jangan pulak tidak puasa ya...yalah sekarang ni banyak sangat kisah yang terjadi...si polan2 itu x puasa lah...apa lah...kena tangkap sebab tak puasa lah..makan di khalayak ramai...isshh...tak malu ke diorang ni..ada tu umur dah lanjut tapi x puasa lagi..boleh siap makan depan orang ramai..huhuhuh..harap2 tahun ni x ada lagilah macam tu ya...moga2 semua umat islam mendapat hidayah di bulan mulia ni..InsyaAllah.
Puasa juga membolehkan kita mengawal hawa nafsu...macam2 nasfu kita boleh kawal...nafsu marah,nafsu makan dan macam2 lagi..sebut tentang nafsu makan ni ..aku nak cakap lah skit...errmm....
isteri: "bang,jom pergi bazar ramadhan,"ajak si isteri
suami: "ok,"jawab suami..tiba di bazar ramadhan...
isteri: "alahai bang!banyaknya makanan...saya nak itu..saya nk ini...saya nak makan yang tu...
......alahai..banyaknya berbelanja..nak makan itu lah ini lah..hah!itulah serba sedikit cerita di bulan puasa ni...macam2 kita nak makan..macam2 kita beli..last2 sekali bila dah time berbuka dah kenyang...makanan yang lebih tu akan membazir jer kan...so..pandai2lah kawal nafsu keinginan kita..
Semoga kita semua mendapat berkat di bulan yang mulai ini...InsyaAllah...Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa...
Tiada ulasan :
Catat Ulasan