Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik hari ni dah 1 Mac...dah masuk bulan ke 3 dah untuk tahun ini..
Cepat betul masa berlalu rasanya kan?
Hari tu masa buat Majlis Tahlil untuk arwah ayah..kami ada buat SOLOK LADA..
Korang pernah makan tak?
Mesti pernah kan?
Best tau...
jom kita tengok...
Lada yang paling sesuai untuk buat solok..lada hijau..Kalau kat Johor ni susah nak cari lada ni melainkan kalau tanam sendiri...Biasanya mereka ni buat solok dengan lada yang hijau pekat tu..
Benda alah ni juga kita perlukan ya...si santan..
dan tak lupa kelapa yang telah diparut ya..
Oppss..aku lupa nak snap gambar ikan..ikan yang biasa dan sedap digunakan ialah ikan selayang..
ikan selayang ni akan diambil isinya sahaja..tulang tak payah ya..isi yang mentah2 gitu..lepas ambil isi ikan,ikan ni akan ditumbuk bagi halus...dan digaul bersama kelapa yang telah diparut...
siap tumbuk ikan kita gaulkan benda ni ya(ikan dan kelapa)
masa digaul tu boleh tambah garam,gula secukup rasa..
oh!ya..masa dok gaul tadi kita letakkan sikit santan kat dalam tu ya...
dah siap gaul...
jom kita sumbat isi ikan dan kelapa tadi dalam lada ni...
sumbat bagi penuh ya...
Tadaaa...dah jadi kan?tapi yang ni belum masak lagi..kat dalam periuk tu kita boleh lagi tambah pucuk ubi kayu..lagi best..makan pulak dengan budu..
mak mertua lalu memang tak nampak...hehehe...
santan tadi tu kita masukkan sekali dalam tu..yang lebihan kita letak dalam isi ikan tu...
Dah masak...
tapi yang ini bukan aku yang buat tapi aku minta dari pakcik google..hehehe..
yang aku masak aku tak sempat dan lupa nak snap..
sebab dah kecur liur ni...
nak makan...
Best...!!!
Hmmm...teringin pulak nak makan solok lada...
bila nak buat lagi ni...???
hmmm.....
4 ulasan :
ni memang sedap ni.... kakak kat kampung pandai buat.... kat sini main beli dah siap je dah kat kedai makan...
sedapnya..time bekwoh gak solok lada femes la..hehe
@Kazman / Sue yang beli tak sama dengan buat sendiri kan..
@Prettywrite tu lah..kalu time bekwoh gak..meme keno buat solok lado..
Catat Ulasan