headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Isnin, Julai 18, 2011

~ Antara Keluarga Dan Kerjaya ~

Assalamualaikum...
Salam ceria hari Isnin...agaknya korang tengah buat apa tu ya...Oppss!!mesti ada yang tengah kerja kat opis..dan tentu ada yang tengah jaga anak2 kat rumah...hehehe..
Entry kali ni mungkin lebih kepada pandangan or pendapat tentang antara keluarga ataupun kerjaya...
okey...mana satu pilihan korang ek???yang mana lebih utama...bagi aku lah kan..yang tak ada kerjaya macam aku ni mestilah pilih keluarga kan...tapi sebenarnya bukan aku tak nak kerja tapi dari habis belajar sampai dah beranak pinak ni aku apply kerja tapi tak dapat-dapat...so apa aku nak kata lagi kan...mungkin dah rezeki aku tak bekerja...sebenarnya..aku teringin nak pegang duit sendiri,kereta,rumah..tapi aku tahu mungkin setakat ini itu semua akan berlaku...ada hikmahnya semua itu....hikmahnya..aku bahagia disamping keluarga aku...sepenuh masa aku bersama keluarga...melihat anak-anak membesar dan menjaga kebajikan dan keperluan suami...Sesungguhnya Allah telah tetapkan segala-galanya...Dan aku rasa aku tak akan bekerja kerana aku dah PENAT mengisi borang meminta kerja...ada sampai satu tahap...bila my hubby aku bawa balik borang KEMAS untuk aku isi..tapi aku boleh pandang sepi je orang tu...aku boleh je tengok borang tu dengan pandangan yang kosong....
Hati aku jadi TAWAR untuk mengisi borang bila pulak melihat seorang jiran aku ni..muda lagi dia dah kahwin dan ada anak dah...sebelum ni dia memang full time wife..macam aku jugak...tetiba dia dapat tawaran kerja...gomen pulak tu...murahnya rezeki dia..kata aku..aku yang selama ni bertahun2 mintak tak pernah dapat2...nak buat macam mana kan???Bila dah dapat kerja gomen tu kenalah pergi kursus kan...dan terpaksalah tinggalkan anak kat ibu bapa kat kampung..nasib baiklah sekarang ni dah ambil balik anak tapi kenalah pulak upah pengasuh...kesiankan ...tapi itulah lumrahkan..bila ibu bapa bekerja..semuanya terpaksa dikorbankan..
Bagi aku...tak apa lah kalau tak bekerja pun..asalkan tak menyusahkan ibu bapa kat kampung untuk menjaga anak-anak kita...yalah..dari kecil lagi ibu bapa kita dah jaga kita...tak kan nak suruh mak ayah kita jaga anak kita pulak..bila masa mereka tu nak rehat kan?
Dah dapat kerja tu...terpaksa lah pulak korban kan masa berkualiti bersama anak-anak dan suami...balik kerja dah tentu letih..bila masa nak  bermesra dengan anak2 dan suami macam dulu...???Dan aku jugak tidak menafikan kerjaya adalah jaminan masa depan..kerana kelak kita tidak tahu apa yang akan berlaku...
Jadi..terpulang pada pendapat korang..ini hanyalah pendapat aku yang tidak bekerja...heheheh...mungkin pada isteri yang bekerja ada pendapat sendiri dan anda lebih tahu...

Tinta Hati : Ini hanyalah pendapat peribadi aku...jangan pulak ada yang terasa...

10 ulasan :

Unknown berkata...

pada sy 2-2 pun sama penting, tp bila dipikir2 balik, family most important. kena tgk keadaan gak :) sy dh lama menganggur jaga anak2 kat umah je :)

emarieys berkata...

dua-dua penting kak..

janji kena pandai uruskan masa

dear anies berkata...

setiap kesusahan itu ada hikmah nyer..x keje tp dpt keluarga bahagia.ada org bekerjaya tp keluarga x bahagia.

pendek kata, duit boleh cr tp bahagia?


Kerana LiverpoolFC episode 1

Kerana LiverpoolFC episode 2

Mak anak tiga berkata...

Family mmg penting tp tu la nk jgk merasa duit sendiri kan..I mmg aft kawen n now ada anak sorg mmg full time hse wife..hehe and x akan g kerja psl nk jg anak, nursery sekarang kan mcm2 cerita pastu klu nk tggl ank kt parents, kesian pulak dorang dh berumur nk berehat so i buat online biz, dpt duk umah jg ank, mkn minum suami.
tempat wanita rasanya mmg lebih sesuai kt umah kan~~ hehe Alhamdulillah kalau dpt jd mama yg sentiasa ada utk anaknya..

Anum Shukri berkata...

Huda..
ya..2-2 memang penting...tapi sam lah jugak mcm akak..keluarga lebih penting..mungkin sebab itu Allah pun tak nak bagi akak kerja..hehehe..

Anum Shukri berkata...

MamaEma....
memang betul tu kena pandai bahagi masa..tapi tentu penat kan??

Anum Shukri berkata...

anies..
Akak setuju ngan anies...semua tu Ada hikmahnya..Allah dah tentukan..

Anum Shukri berkata...

eash came..
Betul tu..zaman sekarang ni nak hantar pengasuh pun kena fikir dulu..kalau boleh biarlah yang kita betul2 kenal..nak bagi mak ayah jaga tak patut rasanya..diorang dah lama bersusah kerana kite..

Tercipta Untukku dan Untukmu berkata...

ikutkan dua2 penting, cam sy ikutkan hati xnak keje dok umah jaga anak2 lagi best..tp kalau sorang je keje x cukup lak hehehe..

**mintak tolong LIKE my lil princess-TQ-
STEP 1 : LIKE THIS PAGE FIRST
http://www.facebook.com/pages/Permata-Sofea/111692082213724

STEP 2 : LIKE THIS CUTIES
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.195448120504786.45417.111692082213724&saved#!/photo.php?fbid=202216223161309&set=a.195448120504786.45417.111692082213724&type=1&theater

Anum Shukri berkata...

Adlin...
betul tu 2-2 penting tp terpulang pada masing2 mana yang patut diutamakan...betul tak??

saya dah like ya..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers