headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Khamis, Julai 28, 2011

~ Persediaan Menghadapi Ramadhan ~

Assalamualaikum..
Hari demi hari dan bulan berganti bulan...masa berlalu begitu cepat tanpa kita sedari..
kini...Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi...Bulan yang penuh keberkatan dan dinanti dengan penuh kesabaran..

الَلهمَ بلَغنا رمضان

 “Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa
 ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
   " Allahumma Ballighna Ramadhan"
Doa inilah yang selalu  disebut-sebut oleh Rasulullah saw apabila mendekati bulan yang mulia ini. 
                 Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.  
 Bagaimana kita  menyambut bulan yang mulia nni ya...?Macammana persediaan korang ya??

Jom kita kongsikan ilmu di sini ya..
Persediaan dari segi ILMU
  • Menbaca/belajar buku  Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan,rahsia dan tafsiran Al-Quran yang berkaitan dengan puasa.
  • Membaca buku-buku penyucian jiwa
  • Mendengar ceramah tentang ramadhan
  • Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal sebagai persediaan solat samaada sebagai imam atau makmum di bulan ramadhan
Persediaan dari segi IMAN
  • Taubat yang benar
  • Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
  • Perbanyakkan puasa di bulan Sya'ban[Isnin-Khamis,15,16,17]
  • Membaca Al-Quran
  • Mujahadah untuk bangun malam
  • Berzikir setiap masa
Persediaan dari segi DAKWAH
  • Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah ttg kelebihan dakwah di bulan ramadhan
  • Menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid-masjid
  • Mengingatkan orang tentang kepentingan membuat persediaan menghadapi Ramadhan
Persediaan dari segi KELUARGA
  • Menbuat persediaan bersama seluruh ahli keluargauntuk menyambut Ramadhan terutama dari segi aspek IMAN dan ILMU
  • Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama
Persediaan dari segi KEAZAMAN
  • Sentiasa memakmurkan rumah Allah
  • Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik
  • Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkan
Persediaan dari segi JIHAD
  • Merealisasikan matlamat 'Bersungguh-sungguh melawan nafsu'
  • Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus[makan,minum,tidur]
  • Menjaga lidah
  • Menahan syahwat dri perkara haram
Itu adalah antara persediaan untuk kita menyambut Ramadhan.
Kalau nak tahu lebih detail sila ke SINI

Selamat Menyambut Ramadhan dari kami sekeluarga untuk rakan-rakan Blogger.

    2 ulasan :

    #cdmHA berkata...

    waahhh.... menjadi la pokok bunga yg ditanam... leh ar try tanam 1 dulu, br pk bukak nurseri.. ;p

    Anum Shukri berkata...

    AtiEyZ...

    tnam pokok apa ya???

    Daisypath Anniversary tickers

    Daisypath Anniversary tickers