Assalamualaikum...
N3 malam ni mungkin penuh emosi....sebelum aku teruskan....aku ingin sedekahkah al-fatihah kepada 2 orang teman yang pernah hadir dalam hidup ini....
Al-fatihah.....
Petang tadi sempat aku buka fb dan balas komen kawan2 yang hantar...tiba2 terkedu aku seketika bila seorang kawan aku maklumkan yang seorang teman kami telah pergi mengadap Ilahi...3 hari lepas...Ya!Allah...itu ketentuanMu...
Ya....BANG T yang dimaksudkan oleh kawan aku tu ialah seorang teman yang berpangkat ABANG kepada kami bekas pelajar SMP ,Pasir Mas....terutama kepada pelajar2 yang tinggal di asrama sekolah termasuklah aku...ini kerana arwah Abang T yang kami panggil Abe T merupakan anak kepada tukang masak asrama yang mesra kami panggil Mok Yah.
Abang T ni sepanjang yang aku kenal seorang yang suka menolong dan setia mendengar rintihan dan masalah kami ketika tinggal di asrama.Dia yang selalu menolong ibunnya memasak...malah sebenarnya hubungan kami terutama geng2 aku sangat rapat dengan Mok Yah dan Abe T...kami juga suka mengusik-usik Abe t ni..sementelah dia waktu itu masih bujang...
Malah hubungan kami tidak berakhir walaupun sesudah tamat SPM..kami masih lagi melawat Mok Yah di rumah mereka...aku dan geng memang riuh kalau bertandang ke rumah mereka..
Ahhh!!!.....kenangan itu....
Semoga arwah tenang disana...
Tidak cukup dengan itu..kawan aku beritahu..yang salah seorang kawan kami telah meninggal dunia..Ya !Allah..itu juga ketentuanMU..bila aku bertanya bila waktuya dia meninggal..kawan aku cakap 4 tahun lepas...sekali lagi aku terkedu....kenapa aku baru mengetahuinya??????Semoga arwah tenang di sana juga...
Semoga roh ke dua-dua arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..aminn..
Sesungguhnya kematian itu pasti....
2 ulasan :
al-fatihah..
kita pun akn jejak mereka jg, cuma x tau masa nya bila..
Ya..al-fatihah...
betul tu TK...bila dah tiba masa tak kira muda atau tua....
Catat Ulasan