headerbaru
PERHATIAN!!!!....KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI BLOG NI SILA TINGGALKAN URL BLOG MASING2 YA SUPAYA SENANG SAYA NAK JEJAKI....TERUTAMA KEPADA FOLLOWERS SAYA...TQ!!

Jom Klik MyHB

Followers

Intipan Ziarah

Isnin, Mei 23, 2011

~ Mangsa tertimbus sedalam 3 hingga 4 meter - Bomba ~

Assalamualaikum...
Dua hari tak buka blog...Sabtu dan Ahad...biasalah..kalau minggu my hubby tak kerja...so tak sempatlah nak bertenet...minggu ni pun kami tak kemana-mana hanya dok kat rumah tp kami kemaskan rumah..terutama kami buka katil-katil supaya nak pindah nanti senang..angkat jer!!
Tak sempat juga lah nak buat n3 pasal tanah runtuh tu...MasyaAllah...sungguh terharu..Takziah kepada keluarga dan waris mangsa runtuhan...Seseungguhnya itu adalah kehendak Allah...ada hikmah sebalik kejadian..

  Mangsa tertimbus sedalam 3 hingga 4 meter - Bomba


HULU LANGAT 22 Mei - Sukar untuk dibayangkan, namun hakikatnya runtuhan tanah yang menimbus 16 mangsa di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di sini semalam mempunyai kedalaman antara tiga hingga empat meter.

Tragedi itu diburukkan lagi dengan hujan lebat yang turun bermula pukul 5 petang sehingga 8 malam sehingga menyukarkan usaha mencari mangsa berikutan berlaku pergerakan tanah.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Puzi Mohd. Tabot berkata, hasil kerjasama pelbagai pihak, operasi mencari dan menyelamat itu dilakukan selama 14 jam mulai pukul 3 petang dan ditamatkan pukul 5.40 pagi setelah mayat terakhir ditemui.

"Keadaan paling kritikal adalah sewaktu hujan lebat di awal operasi. Setelah operasi menyelamat ditamatkan, kami cuma menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan termasuk operasi pembersihan dan membantu mangsa yang mengalami trauma.

"Ketika ini tiada pergerakan tanah dikesan namun kami akan meletakkan sebuah jentera dengan kekuatan 10 anggota di lokasi bagi memantau keadaan terutamanya sewaktu hujan sehingga esok," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang semalam, seramai 16 mangsa yang majoritinya terdiri daripada penghuni serta warden rumah anak yatim tersebut maut akibat tertimbus tanah runtuh.
Ditanya mengenai keadaan mangsa ketika ditemui, Mohd. Puzi berkata, kebanyakan mayat berada dalam keadaan sempurna.

"Kebanyakan mangsa ditemui berdekatan dan ada antaranya tertindih di antara satu sama lain. Sembilan mayat ditemui menggunakan anjing pengesan.

"Bagi yang terselamat, langkah awal diambil termasuk memberi oksigen selain menenangkan mereka agar dapat bertahan lebih lama kerana ada antaranya mengambil masa sehingga empat jam untuk diselamatkan," jelas beliau.


Sumber : Utusan Malaysia Online

Al-fatihah untuk mangsa-mangsa runtuhan...

3 ulasan :

dear anies berkata...

kalu musibah tu nk dtg sekejap je kn?

alfatihah

Serius hot! WFTXO@#$%&*!

Anum Shukri berkata...

yalah anies...semua tu kuasa Allah..

ejulz berkata...

semoga mereka ditempatkan bersama2 org yg beriman.. amin..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers