Assalamualaikum..
Alhamdulillah..aku kembali dengan semangat dan azam yang baru..InsyaAllah..
Alhamdulillah segala kemelut yang melanda dapat diatasi..syukur sangat-sangat..
1.TERIMA SEADANYA
Jangan cuba mengubah pasangan anda mengikut kemahuan kita.Ingat,pasangan yang kita kahwini itu ataupun yang dicintai itu adalah pilihan kita sendiri.Jangan terlalu dambakan kesempurnaan.Terima segala kekurangan,kerana tiada manusia yang sempurna.Cuba fikirkan kebaikan pasangan kita daripada terus memikirkan kekurangan atau keburukannya.
2. BERKOMUNIKASI SECARA TERBUKA.
Jangan selalu membuat andaian tentang perasaan pasangan kita.Adalah lebih baik mengajak pasangan kita berbincang secara terbuka tentang semua perkara.
Belajar mengekspresikan perasaan dengan cara yang terbaik supaya pasangan dapat memahami ketika kita marah,terluka,tersinggung ataupun gembira.Ucaplah kata sayang sekerap yang boleh,walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan kerana itulah yang mahu didengar oleh pasangan.Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.
3. AKTIVITI BERSAMA.
Aktiviti bersama mampu merapatkan hubungan.Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama.Misalnya menonton video di rumah atau menonton wayang.
Kita perlu berhati -hati bila pasangan lebih gemar bersama kawan2 melebihi pasangan sendiri.Ini petanda tidak baik.
4.TUNJUKKAN CINTA ANDA.
Selepas berumahtangga,sesetengah orang kurang mengambil perhatian terhadap terhadap hati pasangan masing2.Ada yang kata....
Sudah kahwin untuk apa romantik lagi?
Itulah tanggapan yang salah.Rasa cinta dan sayang tidak salah diluahkan melalui sejambak bunga buat isteri ataupun menyediakan makan malam yang romantis untuk suami.Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah perkara yang mampu mengekalkan hubungan.
5. KAWAL PERASAAN.
Apabila sedang marah ataupun ada perkara yang mengganggu kita cuba bertenang dan bertanya kepada pasangan.Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana itu hanya akan membawa kepada pergaduhan Pasangan akan menghargai ,sekiranya kita bertenang ketika menghadapi sebarang situasi.
6. JANGAN UNGKIT KISAH LALU
Berhenti mengungkit masa lalu yang negatif.Tidak ada sesiapa yang mahu mengingati kesilapan apatah lagi kesilapan itu merupakan kenangan pahit ataupun memalukan.Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan kita sebagai senjata setiap kali berlaku pergaduhan.
7. KURANGKAN RASA CEMBURU.
Setiap individu tidak boleh lari daripada perasaan cemburu.Namun,cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana sikap itu boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri.Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya pada pasangan.
8.JAGA KOMITMEN ANTARA SATU SAMA LAIN.
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi kerana sikap ini akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita.Menjaga kepercayaan memerlukan komitmen supaya dapat membina satu perhubungan yang sihat.Apabila pasangan merasakan kita mula mengabaikan komitmen maka bersiap sedialah akan kehilangannya.9. JUJUR.
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan.Jangan sesekali menipu pasangan kerana sikap itu antara punca suatu perpisahan.Kejujuran yang dimaksudkan ialah kejujuran dalam mengungkapkan perasaan kepada pasangan kita.Sekiranya kita terluka,katakan kita terluka.Beritahu dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara. sumber : daripada buku 60 tip menjadi isteri cantik dan solehah.
6 ulasan :
betul tu kak! setuju2
Perkongdian yg bagus...! ^_^
nice post
info yg bagus..thanks kak :-)
nice post
mohon copy di blog ye(;
Catat Ulasan